**** citer nie ter stuck sampai Chapter 2 jek long time ago. nie aku publish balik sambungannya. Just For Fun!. Just To Share. Just to Spill.*****
utk baca part 1 klik sini : http://spillandthrow.blogspot.com/2009/06/kata-hati-ini-part-1.html
utk bace part 2 klik sini : http://spillandthrow.blogspot.com/2009/06/kata-hati-ini-part-2.html
utk baca part 3 klik sini : http://spillandthrow.blogspot.com/2009/06/kata-hati-ini-part-3.html
Bab 3
Farah menyusun kertas-kertas yang bertaburan di atas
meja. Penatnya dua jam mengadap buku nie... heheh...kalau mengadap buku
semuanya penat...kalau pergi jalan ke tengok wayang ke satu hari suntuk tak apa
pulak?!
“Farah!”
Kus semangat! Apa lah nasib dapat kawan yang suka buat
orang kena heart attack nie... “Nak apa? Tak reti bagi salam?”
Sarah sengih di muka pintu. “Semekom! Boleh saya jumpa
dengan Farah bt Reduan?”
“Waalaikumussalam..melebih-lebih pulak! Apa mimpi kau
sesat kat rumah aku malam-malam nie?”
“Belum cukup malam lagi nak bermimpi, cik Farah! Meh
lah.... dinner yok!”
“Dinner ke supper?”
“Alah, pukul 8, waktu dinner lagi lah.... jom...aku nak
kenal kan kau kat seseorang.” Sarah kenyit mata.
“So suprise! Kau nak match maker kan aku dengan siapa lak
nie?”
“Wait and see!”
“Tak mahu!”
“Mengada-ngadalah kau nie! Aku tarik kau turun bawah
dengan baju tidur nie kang! Kau ingat aku tak kuat nak tarik kau!” Sarah dah
memaut tangan Farah.
“Eh! Yer lah! Yerlah! Aku pergi. Dah, lepas! Aku tukar
baju.”
“10 saat! 1...2...3...”
“Jahat!”
Sarah masih tak melepas-lepaskan
lagi tangan Farah. Dari rumah sampailah ke perkarangan Permai Walk di tariknya
gadis itu. Farah pula sekadar mengikut sahaja langkah Sarah. Tarik orang macam
polis tarik pesalah hukuman bunuh baru keluar makhamah jek!
“Hah! Mana orang yang kau nak sangat
kenalkan tue?” tak menyempat Farah terus menyoal Sarah sebaik saja mereka duduk
di meja makan.
“On the way!”
“Apa nie? Baru jumpa dah lambat!
Reject terus lah!”
“Ko nie kenapa? Hormonal disorder
ke? nah, amik milo ais ko...kasi sejuk skit!” berkerut seribu dahi Sarah
melihat Farah yang macam orang bengang. “Budak Seni jugak, budak muzik. Dah
malam aku tak berani nak turun bawah sorang-sorang. Alan ajak jumpa.”
Simple word simple meaning... Farah
mengangkat kening double-jerk memberi isyarat untuk Sarah menerangkan maksud
yang tersirat.
“Hari nie birthday Alan. Adia cancel
date... aku kesian kat dia, aku ajak lah kuar dinner nie...”
Owh... ok! Kesian... Farah mengulang
dalam hati. Biarpun tempoh perkenalannya dengan Sarah belum sampai setahun,
tapi tindak tanduk rakan baiknya di sini itu cukup jelas di penglihatannya.
Sejak kali pertama dia melihat apabila Sarah, Salim dan Alan yang rapat,
pandangan Sarah pada Alan berbeza. Walaupun perhubungan Alan dan Adia di
ketahui ramai namun jelas pada penglihatan adalah kemesraan Alan dan Sarah.
Bila di tanya, Sarah menjawab sekadar kawan. Tak salah lelaki dan perempuan
kawan baik. Memang tak salah selagi hubungan itu dengan niat kawan baik. Dia
tahu sedikit sebanyak Sarah menaruh perasaan pada Alan. Buktinya nama Alan tak
pernah tercicir dalam setiap perbualannya.
“Eh, apa cerita dengan ‘piano boy’
kau tue?”
Farah tersendak. “Piano boy?! Punya
jambu kau bagi nama kat mamat tue. Tak ada nama lain ke?”
“Dah tue, base on your story tue kan
each time ko jumpa dia mesti dia dengan piano nya.”
“Correction. One time, dalam kelas
Prof Inon, tak ada piano.” Farah kembali menyisip milo ais nya. Nyaman. “Kau
lah punya pasal hari tue miss call aku tengah-tengah sedap aku mengintai dia.
Kantoi terus. Tak mau dah aku jumpa dia lagi. Malu seh!”
“Huhu... kantoi anak dara mengintai
anak teruna! Betullah dunia dah terbalik. Aku miss call sebab kau janji nak
jumpa aku, dah lebih sepuluh minit aku tunggu, ko tak datang-datang.”
“Nie siapa yang kau nak kenalkan kan
dengan aku nie?” Farah bertanya namun mata lekat pada Keluang Man di kaca
televisyen.
“Budak Muzik.”
Muzik...ada kaitan dengan piano
tue...
“Nama dia Saiful.”
Ooo...macam nama betul Epi lah
plak...Hah! Lipat maut Farah mengalih pandangannya dari kaca televisyen.
“Epi?!”
“Assalamualaikum. Ya. Saya disini.”
Serentak Farah dan Sarah menoleh.
Darah menyerbu naik ke muka Farah. Rasa
macam nak masuk bawah meja! Dapat dirasakan mukanya panas. Huhu... angin sejuk
malam dah tak terasa!
Alan mengambil tempat di sebelah
Sarah dan dia... Saiful, di sebelah Farah. Mak tolong! Nak balik!
“Nie lah dia... Saiful. Budak muzik
yang aku cakap tue.”
“Hah! Apa korang cakap fasal aku?
Mengumpat ye!”
Jantung macam nak melompat keluar
tengok dia senyum! Aduh! Cupid dah lancarkan anak panah yang sangat tepat!
Yang pasti pertemuan itu buat Farah
dan saiful tidur dalam senyuman. Jumpa dalam mimpi ke?
Dari jauh Sara memerhatikan kemesraan Alan bersama Adia.
Dadanya tiba-tiba rasa sakit. ‘Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini. Aku pohon Kau
kurniakanlah sedikit kekuatan agar bisa aku tempuh kenyataan hidup ini.’
Dia mengenali Alan saat hati lelaki
itu telah di miliki oleh gadis lain. Mungkin dia terlambat. Menempuhi hidup
dengan melihat orang yang kita sayang menyayangi orang lain adalah sesuatu yang
susah. Apatah lagi untuk melihatnya saban hari. Bukan setakat melihat, bahkan
diri ini jugalah di jadikan tempat mengadu dan bercerita tentang kebahagiannya.
Sayang....
Kerusi di sebelahnya di tarik.
A...duss! Farah duduk.
“Yes!
Tak lama lagi cuti raya...huhu..” tak lama kemudian bait-bait lagu raya mula
meniti keluar dari bibir halusnya. Farah senyap seketika apabila melihatkan
Sarah yang dari tadi membeku di sebelahnya. Tubuhnya di pusingkan menghadap
rakannya yang satu itu. Terkejut dia melihatnya air mata yang laju menuruni
pipi Sara.
“Kenapa nie?”
“Tak de apa-apa lah...” senyuman
diukir cuba untuk menyembunyikan duka yang bersarang di hatinya. Entah kenapa
terasa hatinya begitu tersentuh melihat Adia dan Alan hari ini sehingga
mengalir airmatanya. Mungkin hatinya dah berat menanggung rasa.
“Hei, nape nie?”
“...mata masuk habuklah.”
“Come on lah, alasan tue dah tak
boleh pakai lagi lah. Kau nak tipu budak kecik boleh lah.”
Sara diam.
“Kau rindukan keluarga kau?” Farah
meneka.
Sara masih diam. Namun begitu Farah
sempat juga menangkap kerlingan sekilas Farah pada Alan dan Adia.
“Listen here...”tangan Sara di
capai. “Aku tak tahu apa yang fikirkan selagi kau tak cakap pada aku. But you
know, I can be a good listener even though not a good advisor.” Yelah, macam
mana nak advice orang, sedang perasaan aku pun masih lagi tunggang langgang
nie. “Jangan simpan apa dalam perasaan kau tue lama sangat. Nanti kena barah
hati tau.” Sempat lagi dia mengenakan kawannya.
“Kau jahat!”
“Hey, that’s my word!”
“Aku ok. Tersentuh sikit jek.
Sorry.”
“I don’t want your sorry....ok macam
nie.. sok kita buka puasa kat luar...nak?”
Sara senyum.
“That’s my girl. Nanti kau ajaklah
sesiapa yek.” Beg di sandang ke bahu. Jam di tangan di jeling sekilas. “Aku
pergi dulu. Dah janji nak jumpa En Fuad.”
Dah hampir setengah jam Farah
terpacak di bus stop menantikan ketibaan Sara. Jam di tangan di jeling entah
buat puluhan kali. Dari jauh dia nampak Sara terkedek-kedek melintas jalan.
Sengih! Farah kenal sengih itu, sengih minta maaf.
“Sorry...jangan marah aku. Please...”
“..janji pukul 5, sekarang dah pukul
5.30. sempat ke nak buka puasa nie. Ini Sabah tau, bukan semenanjung.”
“Tau, tapi aku tak sengaja. Aku
pujuk budak-budak lain pergi....”
“Lagi?”
“Aku borak dengan Alan kejap...”Sara
tunduk.
Dengusan halus keluar dari mulut
Farah. “...aku tak mahu cakap apa-apa. Kau sendiri tahu menilai kan.”
“kitorang kawan.”
“Selagi Adia tak tau, yes, korang
kawan. Aku takut dia sengaja peralatkan kau.” Farah hulur 2 keping not
seringgit kepada konduktor bas. “Mana yang lain? Yang kau kata kau pujuk tadi?”
“Ada, diorang balik dulu. Janji
jumpa kat KK.”
“Siapalah yang di ajak nie?”
“hmmm...Amy, Rasdi, Amirul, Epi and
Alan. Tue yang nak pergi lah...”
Epi... macam ada saraf yang
bertindak balas pada mukanya untuk menghasilkan senyuman apabila mendengar nama
Epi di sebut.
“Kau nie kenapa? Makruh senyum
sorang-sorang!”
“Siot lah kau!” bahu Sara di tolak
lembut. Farah malu sendiri. “Sorry yek, apa yang aku cakap tadi. Fasal Alan
tue.”
“It’s ok. Aku faham apa yang kau nak
sampaikan.”
Kedengaran suara azan bergema dari
radio bas. Farah keluarkan air mineral yang sedia di bawanya tadi.
“Sorry, kena buka puasa dalam
bas.”bisik Sara.
“Dah nak sampai pun. manelah
budak-budak tue..”
budak-budak tue, Farah? Cut it out! I think you only
search for ‘one budak’...
Cis, tak guna betul! Farah geli hati sendiri memikirkan
kata hatinya yang mengusik.
Mereka berdua melangkah tenang ke tempat pertemuan yang
di janjikan. ‘Restoran Sweet Sour’.Di sana ‘budak-budak’ tue dah sedia menunggu
mereka. Dah siap order and dah siap makan pun! cis, tak gentleman sungguh
lelaki zaman sekarang nie!
Farah buat endah tak endah sahaja dengan kehadiran Epi di
situ. Dia lebih senang melayan kerenah Rasdi dan Amirul. Epi juga sekadar
berdiam diri di situ. Dia lebih senang senyum dan mendengar.
Mereka seronok malam itu. Bergelak
tawa bersama. Cuma Alan yang nampak kadang-kadang bagai hanyut dalam alam
ciptaannya sendiri. Namun dia bijak menyembunyikan rahsia hatinya. pandangan
mata antara Alan dan Sara bagai menyimpan satu rahsia.
Farah mengeluh dalam hati. Dia
berdoa agar tidaklah mereka terserempak dengan Adia. Dia faham perasaan Sara
walau kawannya itu tak pernah ceritakan apa-apa padanya. Dalam hal ini dia tak
tahu nak salahkan siapa.Dia tak mahu Sara meletak harapan yang tinggi dengan
layanan Alan selama ini.
Lawak jenaka Amirul dan Rasdi tak
lagi menarik perhatiannya. Otaknya melayang-layang entah ke mana. Kenapa lah
aku rasa lain macam nie?
“Kau ok?” sepatah ayat itu bagai
mencabut jantungnya. Kus semangat! Bagi salam boleh tak?
“Terperanjat ke?”
“...yelah, tiba-tiba jek muncul.”
Mamat nie kan macam ada six sense lah!
“Mula-mula Ok, tapi tiba-tiba Farah
senyap...”
“Saya OK. Just thinking.” Senyuman
manisnya di lemparkan buat Epi. Tak sangka dalam diam lelaki itu
memerhatikannya.
Terasa hatinya bagai berbunga-bunga
bila Epi di sampingnya. Tiada layanan istimewa. Biasa sahaja... tapi dia
senang. Love at first sight? Ah! Mana boleh pakai semua tue! Tue semua plastik,
kosmetik!
Lagi pun dia belum sedia dengan
semua itu. Luka hatinya masih belum sembuh lagi. masih berdarah. Dia tak mahu
sayangkan sesiapa buat masa ini. Penat menyayangi orang nie. Bukan menutup
pintu hatinya tapi dia tak mahu cinta itu lahir atas sebab simpati atau sekadar
pengubat luka hatinya, sekadar untuknya melupakan Zek. Dia tak mahu melukakan
hati orang lain.
Epi leka melihat susunan gitar yang
berbaris cantik di hadapannya. Jarinya perlahan berlari di atas tali gitar.
“kau pandai main gitar.”
“Itu persoalan atau pernyataan? And
is it an insult or compliment?” Epi menjawab tanpa menoleh.
“Pernyataan. And take it as my
compliment.”
“Thanks!” Epi mencapai gitar akustik
berwarna hitam. “Nie brand yang paling aku suka. Ibanez.”
“Hmmm...boleh kau ajar aku main
gitar?” ikhlas! Dia memang dah lama minat dengan gitar. Cuma tak ada orang yang
nak ajar.
“Serius?” Epi merenung tepat wajah
Farah.
“Yer lah!” dia nie kan... tak mahu
ajar cakap lah tak mahu! “Tak mahu ajar, cakap jek lah!” Farah bersuara separuh
merajuk.
Epi gelak kecil. “Aku bukan
apa...aku tak pandai nak ajar orang nie. Aku pun bukan terror sangat.”
“Kau ajar lah apa yang kau tahu.”
Tangan Farah turut berlari di atas salah satu gitar yang berbaris itu.
“hati ini laju apabila memikirkan kau pun, dan menjadi semakin laju saat
kau berada di sampingku. Apakah tandanya ini?”
0 comments:
Post a Comment