Bab 4
Macam nak tercekik anak tekak
rasanya mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Pn Tasia. Pementasan di
percepatkan 2 minggu! Rasanya bukan dia saja yang terjojol biji mata tapi semua
yang berada di Studio S. Kadarisman.
Keadaan yang tadi sunyi seketika
mula jadi huru hara. Pelbagai luahan rasa hati dapat di dengar kala ini. Farah
melepaskan keluhan halus. Memang gila! Skrip di tangan di tatap penuh khusyuk.
Bukan tak hafal lagi...tapi macam tiba-tiba sahaja macam semuanya hilang dari
kotak fikirannya. Pementasan teater mereka, Nyanyian Angsa yang sepatutnya di
jadualkan dalam masa sebulan lagi, kini di percepatkan 2 minggu. Ini bermakna
mereka hanya punya masa 2 minggu lagi untuk berlatih. Kalau di fikirkan tak
adalah melampau sangat. Mereka pun dah berlatih hampir 2 bulan. Tapi
perkhabaran ini terlalu mengejut!
Yang paling kesian budak prop. Baru
nak berehat-rehat. Buat kerja slow and steady. Sekarang nie nampaknya ada yang
dengan tie dan kemeja t, masuk bengkel pengang gergaji dan tukul. Heyya, Farah!
Gelakkan orang. Kau pun apa kurangnya, macam orang tak betul dah. Dalam bilik
air, tengah makan pun, skrip dibibir sentiasa!
“Farah, conduct diorang buat warm
up. Lepas tue buat latihan macam biasa. Saya nak tengok budak-budak prop.” Arah
Pn. Tasia.
Ai ai madam! Farah sekadar
mengangguk. Hmm..sejak aku dapat gelaran pelakon terbaik MAKUM tahun lepas, Pn.
Tasia nie kalau boleh semua nak aku yang handle. Susah banyak tanggungjawab
nie! Botol mineral di sebelahnya di capai dan di teguk. Seketika kemudian dia
dan rakan-rakannya dah membentuk satu bulatan mengeliligi Studio S. Kadarisman.
Warm-up! Kadang-kadang ada orang
ambil ringan benda nie. Banyak orang tak sedar kepentingan warm-up dalam apa
jua benda yang kita nak buat. Nak belajar pun kena warm up! Supaya otak tue tak
cram tengah jalan.Cara warm-up tue terpulang pada keadaan. Kalau nak study tue
takkan lah nak berlari satu padang kot. Nak study warm up otak lah...
“Ok, kita buat vokal pulak!”
Itulah keistimewaan teater. Bukan
fizikal sahaja yang terlibat tapi dalam jugak. Teater nie mencabar! Kawalan
emosi paling penting sebab kita buat persembahan life. Tak ada 3,2,1 action,
cut ke take 1 take 2! Kalau tengah-tengah pentas tiba-tiba pengsan macam mana
yek? Improvise sendiri lah... pelakon teater wajib tahu improvise dan handle
stage fright dengan baik. Itu yang Farah suka pasal teater nie. Bukan sekadar
kena tahu berlakon, kena boleh menyanyi dan menari!
Itu bahagian performance lah. Tak
masuk lagi bahagian pengurusan. Belajar teater tak semestinya belajar berlakon
jek, banyak lagi benda yang perlu di pelajari untuk menggerakkan sesebuah
pementasan. Orang biasa nampak pelakon-pelakon kat atas pentas jek, krew-krew
yang belakang pentas yang tertunggang-terbalik orang tak pernah tahu. Di sini,
walaupun dia pegang peranan pelakon, tapi dia tak lepas juga dari pengang tukul
dan gergaji. Tapi bagi Farah, bahagian yang paling susah dalam teater nie bila
kena buat pengurusan. Naik turun pejabat minta budget. Memang kena buat muka
tak malu lah kalo kena jadi Production Manager. Itulah jawatan yang paling di
elakkan. Tak termasuk lagi tugas pengurus pentas yang bertanggungjawab dalam
semua aspek sesuatu produksi.
Sewaktu pertama kali dia memegang
tanggungjawab sebagai pengurus pentas, gemuruh yang dirasai sewaktu persembahan
mengalahkan gemuruh seorang pelakon. Beberapa kali dia terpaksa menarik nafas
sebelum memberi que untuk memulakan permentasan. Sepanjang pementasan
berlangsung, terasa tangannya beku. Mana tidaknya, kelancaran pementasan
bergantung sepenuhnya pada dia, kalau salah bagi que pada teknikal, mau tak
berhambur pementasan tue. Tapi yang pasti, bergiat dalam teater nie mengajar
Farah untuk hidup berdikari, dan menjadi lebih kuat.
“Ok, rest dulu..lepas nie kita buat
run through!” Farah capai tuala muka dan botol airnya lalu melangkah keluar
dari Studio. Nak ambil angin luar kejap.
Farah bersidai di tepi koridor. La’
Obe kosong hari nie. Tak ada yang buat latihan nampaknya hari nie. Kebiasaannya
dataran khas itu sering di gunakan pelajar-pelajar SPS untuk membuat latihan
tarian atau teater.
Farah membalas teguran
rakan-rakannya yang melintas di hadapannya. Sesekali die membetulkan rambutnya
yang di tiup bayu petang. Angin laut! Aroma masin air laut menusuk masuk ke
hidungnya. Nyaman dan damai. Itulah salah satu keistimewaan UMS yang terletak
betul-betul di pinggir Laut China Selatan.
Sayup-sayup kedengaran bunyi tiupan
saksafon. Siapa lah pulak yang menambah suasana jiwang petang nie...
SPS-sekolah pengajian seni, macam-macam ada! Kalau silap orang, boleh pening
bila masuk SPS. Macam-macam jenis orang boleh tengok, macam-macam bunyi boleh
dengar. Dia dah lali apabila kadang-kadang latihannya terpaksa bersaing dengan
suara muzik orkestra. Kata Pn. Tasia, bagus untuk vokal! Hah hah hah...yerlah
tue. Terkeluar anak tekak aku!
Dan entah kenapa tiupan saksafon dan
tiupan bayu laut seolah-olah membawa hati dan fikirannya kepada seseorang.
Seseorang yang sering buat dia tersenyum sendirian. Dah lama tak jumpa... Apa
dia tengah buat sekarang? Farah geleng kepala.
Keletuk! Dia mengetuk sendiri kepalanya dengan botol air.
Apa kena kau nie, Farah? Tak fasal-fasal angau kat anak teruna orang!
Epi meneliti not muzik di
hadapannya. Kepala tauge bertaburan atas kertas putih. Sesekali dia melarikan
jarinya di atas string gitar. Cuba mencari melodi yang terbaik. Seketika dia
menjeling jam di pergelangan tangan. Jam hadiah dari bapanya sewaktu usianya 13
tahun. Dah lama rupanya! 10 tahun dah berlalu... satu-satu hadiah yang pernah
di terima dari bapanya.
Perjalanan hidupnya yang penuh
ranjau mengajarnya untuk menghargai setiap apa yang dimiliknya. Dia di besarkan
dalam keluarga yang besar seramai 17 orang adik-beradik. Pendapatan keluarga
pula sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Tapi satu yang tak
pernah di abaikan oleh orang tuanya, ilmu. Semua adik beradiknya di pastikan
mendapat pendidikan sekurang-kurangnya ke peringkat SPM.
Epi bangun. Tangannya di rengang
seluas-luasnya. Berdetup pinggangnya. Adeh! Dah 3 jam aku dalam studio nie
rupanya... dia menyusun kembali kertas-kertas nota yang bertaburan di atas
meja. Hmm... tak tersusun sungguh kau nie, epi! Macam mana nak ada makwe!
Makwe? Entah kenapa pandangannya
jatuh pada fail putih yang menempatkan nota pengurusan seninya. Segaris
senyuman terukir di bibirnya. Entah kenapa dia teringat pertemuan pertamanya
dengan Farah. Gadis itu unik pada pandangan matanya. Selamba tapi bersopan.
Ganas tapi ayu. Apa-apa saja kau nie, epi! Sejak bila kau rajin nak menilai
orang nie?
Farah menghayunkan langkahnya ke
tandas. Nak basahkan muka biar segar sikit. Saat dia melintasi Studio Siti
Payung, pintu studio di tolak dari dalam. Terperanjat sekejap dia. Bukan kerana
pintu yang ditolak tanpa amaran tapi kerana makhluk anak adam yang berdiri di
hadapannya. Baru sahaja teringat tadi. Kini, dah ada di depan mata. Pintu
langit terbuka ke tadi?
Epi juga terperanjat melihat Farah
di hadapannya. Kelu rasa lidah seketika. Nak kata apa? Hi..apa khabar? Buat apa
kat sini?...aduh, tadi tercari-cari. Sekarang dah ada depan mata,
pandai-pandailah...sejak bila kau jadi orang bisu pulak nie.
“Hi...”
“Hi..” kau nak cakap apa? Kalau
tanya buat apa mesti soalan bodoh. Dah nampak keluar dari studio, mestilah
berlatih muzik.
“Latihan?”
Tak lah...nak jemur kain. Ada
ampaian kosong tak? “Ye. Dah nak balik ke?”
Sekadar dua tiga patah perkataan
setiap kali mereka berjumpa. Bila si dia hilang dari pandangan mata mulalah
mencari. Pelbagai soalan bermain di minda. Tapi bila dah jumpa, hilang semua
soalan tadi...bila mata bertentang mata...
“...bila kau tak ada pasti aku akan tercari-cari di mana
kau berada dan apa yang kau lakukan. Aku ingin kenali kau, tapi bila bersua aku
hilang kata...”
0 comments:
Post a Comment