17 June 2009

kata hati ini (part 3)

Bab 2

“Holla!” Farah tolak pintu Studio Visual tanpa amaran, hampir saja mencium hidung mancung Apan yang berada di belakang pintu.
“Hoi! Ko yer pun ko tak sayang aku janganlah musnahkan kehenseman aku nie.”
Dia buat tak tahu saja dengan sapaan Apan. Dah alah dah! Tak berkesan langsung di hatinya. Dari mula kenal lagi, Apan lah paling suka menyakatnya. Dah naik kebal dah telinganya dengan usikan dia nie.
“Niza mana?”
“Datang jek, cari Niza dulu. Aku nie ko tak pernah nak tanye! Cubalah tanya aku nie sihat ke tak ke?” Apan menarik muncung sedepa.
“Kau? Aku tak yah tanya, aku tahu ko hidup lagi.” baru sahaja dia nak melangkah masuk ke studio , tiba-tiba dia terdengar petikan piano di bilik tutor muzik yang terletak bersebelahan dengan studio visula. Langkah kaki di tukar arah ke bilik sebelah.
Alunan lembut dentingan piano irama Love Story menyapa halwa telinganya. Matanya bertembung dengan sepasang mata tajam sebaik saja dia melangkah masuk. Dia tak kenal pemain piano itu. Tak pernah jumpa rasanya. Sebuah senyuman di lemparkan tanda perkenalan.
“Boleh main kan lagu ... emm...menghitung hari?!” sebaik sahaja jari-jemari itu berhenti berlari di atas key hitam putih, dengan selambanya dia membuat request. Lelaki tersebut memandang dengan tanda soal. ‘tak malu betul perempuan nie. Aku tak kenal pun dia. Suka-suka hati jek buat request. Ingat ini segmen pilihan bersama radio muzik ke?’
“Farah!” Farah menoleh ke muka pintu. Niza dah terpacak di muka pintu.
Tanpa kata Farah meninggalkan bilik itu. Dengan riak mukanya. ‘Tak mahu main takpe lah, aku pun tak kisahlah! Bukan sedap pun kau main piano tue! Huh!’
Mata lelaki itu masih tak meninggalkan langkah Farah. ‘eleh, cari gaduh pulak perempuan nie. dahlah datang tak bagi salam. Ko ingat ko cun ke? Tapi..leh berkenalan tak?’



Matilah, aku dah lambat nie!
Macam tak jejak tanah saja langkah kakinya. Kan bagus kalau aku boleh terbang saat ini. Nak lari jawabnya ada yang tergolek-golek kat tangga nie. Nie yang malas kalau hari formal kena berpakaian formal dan dia juga tersalah pilih baju hari nie. Berkebaya! Dan siap ber ‘high heel’ lagi! Tapi takkan nak pakai kebaya dengan sneakers kot! Memang kalau silap langkah, ada yang sarapan simen lantai pagi nie kang!
Farah senyum sumbing sambil melangkah masuk ke Studio M. Osman. Senyum cover malu. Bila bukak jek pintu seisi bilik kuliah tue terarah padanya. Cool girl! Nasib baik Prof Inon mood baik hari nie. Kalau tak, siaplah aku jadi topik hari nie.
Mana aku nak duduk nie...matanya pantas menscan tempat duduk kosong. Ya, suspek dijumpai!
Perghh! Buat malu kaum jek! Kelas dekan datang lambat! Jatuh standard pelakon terbaik aku! Spoil new term betul!
Farah senyum pada orang di sebelahnya yang tadi terganggu konsentrasi akibat kehadirannya. Sorry,kawan!
“sorry! Dah sampai mana?”
“Page 31..it’s ok.happen all the time.” Lelaki di sebelahnya menjawab tenang.
Walla...cam cool jerk mamat kat sebelah aku nie...
“Saiful.” Ada tangan dah terhulur di hadapannya. Farah buat muka tak beriak. Question mark besar dah terpampang besar di mukanya.Ada jugak manusia yang buat sesi perkenalan tengah-tengah dalam dewan kuliah nie yek!
“Your name?”
Senyum. “Farah..” macam pernah nampak jek, tapi kat mana ya?....



Langkah kakinya bagai tertarik-tarik untuk masuk ke Theatrette Ahmad Nifsu. Dentingan piano yang menyapa halwa telinganya benar-benar memikat hatinya. Siapakah gerangan hamba Allah yang rajin betul berlatih main piano nie? Hampir seminggu, tiap-tiap hari dia mendengar bunyi dentingan piano itu, tapi orangnya terlindung di sebalik tirai.
Farah memeluk tubuh bila terasa kedinginan mencucuk tubuhnya. kalau masuk theathrete nie memang macam rasa berhijrah ke benua antartika.Bilik beku! Itulah gelaran yang diberi kepada theathrete ini. Hari ini dia nekad, identiti pemain piano ini mesti dibongkar!
“...gadisku..terindah padamu..kerna tak pernah meminta selain cinta...”
Mak ai! Sedapnye suara!...mintak petua boleh?
Macam dah gaya pencuri jek Farah terjenguk-jenguk kat situ.
Tiba-tiba sahaja lagu haruskah adam bergema dari telefon bimbitnya. Hampir sahaja Farah melompat di situ.
Tertera di skrin handphonenya ‘1 Missed Call’. Tak guna betul! Handphone dimasukkan kembali ke poketnya.
Mukanya tiba-tiba pucat tak berdarah. Segaris senyuman dari pemilik wajah di hadapannya dilihat bagaikan melihat hantu. Hampir sahaja Farah terjatuh. Tangannya mencapai apa sahaja untuk mengimbangi badannya. Tiba-tiba terasa ada tangan yang memeluk pinggangnya.
“Carefull,girl.”suara lelaki itu setelah Farah tenang.
Saat ini barulah dia sedar tanggannya memaut kemas leher lelaki itu. No wonder lah lelaki itu juga memeluknya. Mukanya yang tadi pucat kini dah macam udang kena bakar rasanya. Panas!
“Ok?”
Pertanyaan itu sekadar di balas dengan anggukan.
“...lain kali jangan masuk curi-curi... sini kan tempat umum...” lelaki itu melangkah kembali ke atas stage..ke piano...
Farah muka dah tak beriak. Mission incomplished! Sedih... kantoi! Malu...
“Kenapa tercengat kat situ? Sini....” lelaki itu melambai agar Farah menghampirinya. Perlahan Farah atur langkah. Dah malu tak hilang lagi ni...
“Farah kan?” sepantas kilat Farah pusing kepala memandang wajah lelaki itu. takkan lah aku nie cukup popular sampai makhluk berkaki dua nie boleh kenal aku? Sumpah! Dia tak ingat mana dia kenal lelaki tue!
“Farah tak ingat? Minggu lepas, kelas pengantar pengurusan seni, yang Farah lambat masuk tue...”
Berkerut dahinya sekejap nak mengingati nama lelaki di sebelahnya. Farah tepuk dahi sendiri. Mamat cool yang duduk sebelah dia dan juga mamat yang bajek bagus main piano kat bilik tutor muzik hari tue! “...ya..mm..Saiful kan?”
“....panggil Epi je.”
Keadaan sunyi seketika. Epi cuma melarikan jarinya di atas piano melagukan kod-kod yang entah apa-apa. klasik piano. Main ikut rentak hati, tapi menghasilkan bunyi yang menarik dan sedap di dengar.
“Epi, amik course muzik?”
Senyum. Dia memandang tepat mata Farah. Membuatkan gadis itu sekali lagi tak keruan. “Iya. Farah teater kan?”
Erk! Macam tercekik tulang ikan rasanya. Budak ni ada keturunan nujum pak belalang ke... dah lah mata kau tue macam ada air batu. Beku aku di buatnya!
“Nampak dekat buku Farah ari tue...Nor Farah Osman. Performing art, theather.”
Owh..ok!
“Farah nak lagu apa? Saya tolong mainkan.”
Huhu...
“Lagu?...ntah. banyak sangat lagu yang minat. Mainkan lagu apa-apa lah.” Stop it, Farah! Gelabah semacam! Tarik nafas, hembus, tarik, hembus..fuh!
Piano berdenting intro lagu bertakhta dihati.
“Dihempas ombak... Terdampar buih... Menanti waktu pulang ke laut... Begitu rindu... Dipisah takdir ...Meniti saat bersulam cinta...”
Buat seketika Farah bagai terpaku terpesona medengar keharmonian pemilik suara itu dengan dentingan piano di hadapannya....



Farah tekun mendengar penerangan Arman tentang atur cara resital hari ini. Sambil itu, tentatif ditangan di lihat sekali imbas. Bahagian teknikal bukanlah bidangnya, hari ini dia sekadar jadi bidan terjun membantu Arman yang kehilangan pembantunya di saat akhir.
Tengok panel kawalan dengan bermacam-macam-macam jenis butang tue. Dengan audio system yang lagi besar dari dia. Berpusing jugak biji mata Farah.
Keadaan resital hari itu nampak luaran berjalan lancar tapi Farah dan Arman di dalam bilik kawalan dah macam lipas kudung. Persembahan tak mengikut tentatif. Dah lah ada persembahan tambahan yang tak di ketahui mereka.
“Arman, CD tak mahu play.” Habis!
Arman pula mencuba tuahnya. Riak muka dah nampak sedikit tegang tapi masih tenang. Nampak peluh renik di dahinya walaupun kesejukan aircond mencengkam.
Dari tingkap bilik kawalan itu, Arman memberi isyarat bahawa CD rosak. Keadaan dalam theathrette agak sunyi ketika itu.
“How?”
Ada susuk tubuh melangkah naik selamba ke atas pentas dengan memegang sebuah gitar. Duduk dan kemudian mula melarikan jarinya di atas string gitar. Intro lagu Semangat Yang Hilang mula mengisi kesunyian. Para penonton juga turut sama menepuk tangan mengikut rentak lagu.
Farah mengecilkan mata melihat siapakah orang itu. Saat senyuman terukir dibibir lelaki itu, farah turut sama tersenyum. Epi!

“Pertemuan antara kita tak pernah dirancang, tak pernah diminta, tak pernah diduga... takdir menentukan untuk kita bertemu dan berkenalan di sini... dan kau tahu? Aku mula mengharap agar berlaku pertemuan lagi antara kita...”

0 comments:

Post a Comment