“Tak semuanya harus kita tunjukkan...mungkin benar cinta harus diluahkan. Tapi bila tiba satu saat dan ketika, cinta itu terpaksa kita buang jauh dalam hati.”~Sara
“....bukan kau, tapi aku yang tak sesuai untuk diri kau. Maafkan aku, kau terlalu istimewa dalam hati aku kerana itu aku tak sanggup kehilangan kau.”~Farah
“Kalau cinta itu mudah dilafazkan, pujangga takkan berkata-kata. Takkan wujud madah bahasa dan bicara...”~Alan
“...aku tak pernah jatuh cinta dan aku juga takkan jatuh cinta...dengan orang lain selain diri kau...”~Epi
“mungkinkah itu hanya seketika
Kata yang lafaz dari bibirmu
Mungkinkah itu hanya kau berpura
Bagaikan embun di hujung rumput...
Bagaikan embun di hujung rumput...
Katanya hanya aku yang dimimpi
Tiada selainnya dariku
Akan ku padamkan lilin cintamu
Jika kau menolak cintaku...
Jika kau menolak cintaku...
Benarkah apa yang dikau katakan
Makin resah jiwaku
Apa buktinya aku yang kau cinta
Tunjukkanlah oh kasih
Kekasih kekasih ohhh…
Sebenarnya hati ini sepertimu….
Sebenarnya hati ini sepertimu….”
Prolog
Riuh rendah suasana di sekitar kampus Universiti Malaysia Sabah dengan acara wajib tahunannya. Tiang-tiang lampu di seluruh kampus penuh dengan pelbagai banner acara yang di aturkan sepanjang minggu ini. Dataran Dewan Canselor dan Dataran Anjung Siswa penuh dengan ribuan manusia. Walaupun cuaca panas terik tapi tidak sedikit pun menghalang pengunjung untuk memeriahkan tapak pesta yang hanya setahun sekali di anjurkan ini.
Pesta Tamu Gadang ataupun lebih dikenali sebagai Pesta Konvokenyen di universiti-universiti lain dah berlangsung selama seminggu. Inilah keistimewaan Universiti Malaysia Sabah yang berada di sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai suku etnik. Perkataan ‘tamu gadang’ membawa maksud ‘pasar besar-besaran’.Dan hari ini adalah hari kemuncaknya, hari konvokesyen UMS yang ke 10.Saat inilah nak mendapatkan cenderamata dari universiti dengan harga yang murah. Inilah juga peluang kepada pelajar-pelajar nak menunjukkan bakat keusahawanan mereka. Ada yang membuka gerai makan dan minum, kraf tangan dan bermacam-macam lagi. Tambahan pula tapak jualan di sewakan dengan kadar berpatutan, bersesuaian dengan kemampuan seorang pelajar.
“Perhatian kepada Mahasiswa dan Mahasiswi sila ambil tempat masing-masing. Sebentar lagi upacara perarakan masuk ke dewan canselor akan di mulakan.”suara coordinator pecah di gegendang speaker menarik perhatian semua.
Sempat lagi Farah membetulkan topi empat segi dikepalanya. Dia senyum pada cermin di depannya. Hari bersejarah nie... Semua kena perfect!
“Hoi, cepatlah!” panggil Sara. Tangan Farah di kait keluar dari tandas.
“Mana Epi ngan Alan, ek? Aku tak nampak pun diorang dari tadi nie...” Farah memanjangkan lehernya melihat sekeliling. Namun jarak pandangannya tak melepasi sempadan 1 meter pun. Nie lagi teruk dari kabus tebal dekat Kundasang! Ribuan para graduan dengan jubah dan hoop yang berwarna-warni membanjiri Dewan Canselor menyukarkan pencariannya. Setiap warna hoop itu mewakili jurusan yang berbeza. Farah dan Sarah sendiri menyarungkan jubah berhoop warna biru mewakili Sekolah Pengajian Seni.
“...adalah tue nanti.. kau akan jumpa jugak dia nanti. Kau orang kan amik anugerah pelajar terbaik SPS nanti...”
Tersenyum sebentar Farah mendengar kata-kata Sara. Alhamdulillah... tak sia-sia penat lelahnya selama 3 tahun di bumi Sabah. Hari ini bukan setakat gulungan ijazah yang akan di genggamnya tapi namanya sebaris dengan pelajar-pelajar terbaik UMS. Amin.
Seisi Dewan Canselor bangun serentak apabila diumumkan perarakan masuk barisan para ilmiah. Perarakan masuk di iringi bersama-sama dengan lagu. Perarakan diketuai oleh pembawa cokmar. Cokmar adalah simbol kebesaran universiti. Ukiran bunga rafflesia dan lilitan sirih emas pada batang cokmar ini merupakan lambang kebanggan Universiti Malaysia Sabah. Tingkat bawah dewan di penuhi dengan para graduan yang lengkap berjubah biru hitam dengan warna hoop jubah mengikut jurusan masing-masing. Tingkat dua dewan pula di penuhi dengan para jemputan,ibu bapa graduan yang turut tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan upacara bersejarah anak-anak mereka ini.
Selesai nyanyian lagu Negaraku dan di iringi lau Bertekad Cemerlang, lagu rasmi Universiti, isi dewan duduk serentak. Dewan sunyi. Yang hanya kedengaran hanyalah bunyi penghawa dingin. Para graduan yang berada tingkat bawah Dewan Canselor tekun mendengar amanat terakhir dan ucapan tahniah dari Naib Canselor. Tidak ketinggalan juga sanak saudara para graduan. Di wajah masing-masing terpancar sinar keceriaan.
Seketika seolah-olah ada satu perasaan sebak menyerbu di hati Farah. 3 tahun di sini, banyak perkara yang di pelajarinya. Banyak kenangan dari saat dia mula menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Dengan suasana baru dan dengan dia yang langsung tidak mengenali orang di sekeliling. Seksa di buli senior sewaktu minggu suai kenal. Mungkin mulanya bagaikan seksa tapi rasanya itu antara kenangan manisnya di sini. Tanpa senior-senior, tak mungkin dia akan dapat mengenali dan membiasakan diri dengan susanan di UMS. Penat lelah mengulangkaji pelajaran. Tersengguk depan komputer semua itu kini buat dia tersenyum. Semuanya berputar dalam layar ingatannya bagai satu tayangan slide. Di sini dia belajar tentang kehidupan...
Kini tibalah pada atur cara kemuncak. Upacara penyampaian ijazah. Satu persatu nama mahasiswa dan mahasiswi di sebut. Darah panas mengalir di segenap tubuh. Sedih dan bangga bercampur baur. Farah atur langkah tertib melangkah naik ke pentas menerima ijazahnya. Bila berada di atas podium dengan lengkap berjubah dan mengenggam gulungan ijazah, matanya terasa panas. Sehelai kertas yang cuma berharga beberapa ringgit tapi nilai yang di bawa kertas itu tak terdapat di mana-mana.
Farah mengambil tempat khas yang di sediakan untuk mahasiswa-mahasiswa yang menyandang gelaran pelajar terbaik bagi setiap jurusan. Seketika dia cuba menahan perasaannya. Gembira dan sedih bercampur di saat ini.
Farah menoleh saat kerusi di sebelahnya di duduki... pandangannya berlaga dengan Saiful. Orang yang dicarinya dari tadi. Sinar mata lelaki itu bagai memancarkan sesuatu membuatkan Farah hilang kata.
“...biar semua laut di bumi ini mengering, biar di saat matahari terbit dari barat dan biarpun saat nyawa dan jasad ini terpisah...aku akan tetap cintakan kau....”
skip to main |
skip to sidebar
i spill something to share and i throw whatever i feel
10 June 2009
kata hati ini (part 1)
Labels
- laugh out loud (3)
- my contengan (68)
- my grafiti (43)
- spillage (4)
- travelogue (5)
- Wordless Wednesday (2)
0 comments:
Post a Comment