28 September 2017

Pack Light, Pack Right


One of the important things yang kena consider utk travel adalah how do you pack your things. Aku bukan pro. Tapi aku learn to be good at least for myself for my own benefit.  Sebab malas nak usung beg berat2 dgn beg byk2, kenalah belajar utk squeeze and reduce bila packing brg.

My best achievement  so far, manage to pack 8 days travel into 32L deuter futura backpack. (ßini beg pinjam) Sebenarnya aku agak confius jugak beg nie betulke 32L capacity dia, sebab aku rasa beg tue macam besar 40L. Hurmm..tapi itulah yang tertulis di label. Berat beg dalam 11 kg. Tapi masa ke Maldives utk 5 days, manage to reduce the weight to 7.5 kg. (Matilah kalau tuan beg nie tau aku sumbat beg dia macammana! Tapi beg tue masih dalam keadaan normal dan kukuh ok!)

Cara aku :

1.       Go through itinerary trip yang nak pergi tue. Bukan setakat berapa hari, tapi list kan jugak aktiviti utk setiap hari tue. Baru lah boleh plan nak pakai baju apa.  Nie contoh masa trip ke Maldives. Nombor sebelah pakaian tue tunjukkan tue pakaian yang keberapa aku bawak. Nampak tak last day dia kembali nombor 1 sebab aku pakai balik apa yang aku pakai masa datang.

Day / Time
Activity
Cloth
Day 3
8.00 am
breakfast
Swimming suit
Undergarment (3)
9.00 am
snorkelling

lunch
4.00 pm
Jalan2
Cari souvenier
t-shirt (3)
tracksuit (2)
undergarment (1)
8.00 pm
dinner
t-shirt (2)
tracksuit (1)
undergarment (1)
Day 4
8.00 am
breakfast
Swimming suit
Undergarment (2)
9.00 am
diving
1.00 pm
lunch
3.00 pm
Water sport
8.00 pm
dinner
t-shirt (2)
tracksuit (1)
undergarment (3)
Day 5
8.00 am
Breakfast
t-shirt (2)
tracksuit (1)
undergarment (3)

Naik basikal pusing pulau
9.30 am
To Male
t-shirt (1)
jeans (1)
undergarment (1)

Male sight-seeing
12.30 pm
lunch
2.00 pm
Whale submarine
6.00 pm
To airport


2.   Miscellaneous item. Selain pakaian, kena jugak buat list brg2 lain yg nak di bawa. Contoh macam ubat, charger, camera, extra bateri. Even kecik macammana pun barang tue, pastikan korang masuk dalam list. Macam2 boleh berlaku. Bila taka da dalam list, probability untuk tertinggal tue sgt tinggi. Selain dari tue probability untuk kita brg yang tak perlu pun tinggi kalau tak buat listing.


3.     Easy dry cloth. untuk travel better guna pakaian yg jenis mudah kering ataupun dengan kata lain dry fit. Kelebihan dia sebab senang kering lah, second ringan dan tak makan ruang dalam beg korang tue. Boleh jek baju biasa pun, tapi bawaklah material yg kain dia tak tebal sgt. So jgnlah kecam aku kalau tgk gambar travel aku baju sama jek. Hahaha.. aku pun bosan jugak sebenarnya. Tapi nak save luggage punya pasal.


4.    Telekung. Untuk perempuan pasti lagi leceh kan, telekung lagi, pakaian dalam lagi. Belilah khas telekung untuk travel, yang kain dia ringan dan boleh lipat kecik2. Nak lagi senang, pakai jek pakaian menutup aurat. Actually tak susah pun, handsock, stocking, jeans yang longgar, tudung tak jarang dan labuh. Cuma kena pastikan lah pakaian korang tue bersih untuk bawak solat. Aku kagum sebenarnya untuk girls yang boleh terus solat dengan pakaian harian diorg. Salute.

5.    Choose your tudung. girls nie masalah dia adalah tudung. Bak kata orang, kalau tudung tak jadi, boleh moody seharian kot. Hahaha. Maka bawaklah tudung yang tak perlu iron. Tak pun iron lah siap2 sebelum pergi. Ada jenis2 tudung tak mudah renyuk. Lipat baik2 masuk beg. Bila sampai terus keluarkan, dah ok , boleh pakai. Biasanya jenis tudung crepe lah. Kalau satin memang menangis lah.


6.    Bawak hanger. Alah hanger tue tak makan space pun sebenarnya. Sebab dia nipis jek kot. Aku always bawak 3 hanger bila travel. Aku bukan solo backpackers. Biasa hotel sediakn hanger tak lah banyak mana. Takkan nak conquer hanger kot. Tapi yang mana bawak beg jadi handluggage tue, jgn plak bawak hanger besi. Sangkut kat scanner nanti. Bawak hanger plastic jek.


7.   Cara lipatan. Nie banyak jek kat youtube boleh search. Roll, stuff. Macam2 lagilah cara. Highest capacity aku pack last time, 6 helai t-shirt, 2 tracksuit, 1 swimming suit (bukan bikini yer, full muslimah swimsuit), 4 pair undergarment, 2 pair of socks, towel, handtowel, telekung, 2 tudung. Plus toiletries, bedak, lotion and others  plugs and cable. Semua muat dalam Beg 32L deuter future tue. 

8.    Basuh baju. Memang nak tak nak, nak jimat baju, rajin2 lah basuh baju.especially pakaian dalam. Takkan trip 8 hari ko nak bawak spender sampai 16 kot?! Alah bukan kotor berlumut pun, setakat nak hilangkan bau badan jek. aku ada jumpa satu spray pakaian nie. Wangi. Biasa mmg aku akan bawak dan spray kat semua baju2 aku. Bau dia macam bau dobi. Ini utk keselesaan orang2 keliling aku. Kang aku busuk, semua tido luar bilik.
9.    Small bottles. Guna botol2 kecil utk toiletries and make up kit. Kalau naik flight diorg ada limit tak boleh bawak botol lebih 100mL / 100 g naik atas flight. Diorg tak tetapkan berapa botol 100mL boleh bawak naik buat masa skrang nie. Asalkan setiap botol tak lebih 100mL / 100 g. Sebelum korg packing barang, check semua label within limit. Kalau 110g pun dia tak akan benarkan. Dan ini jugak membantu korg utk pack light. Botol kecil nie ada jek yang jual kat kedai. Even kedai RM2 pun ada jual. Tak pun beli siap2 sabun and shampoo yang mmg pack botol kecil. Tak pun recycle balik bottle amenities dari hotel. Trip aku banyak melibatkan laut, so shampoo is a must. Dah lah dgn rambut sensitive, so mmg kena bawak shampoo sendiri. Lagi pulak aku pakai contact lens, so solution contact lens pun kena bawak jugak. Nasib ada jual travel pack, yg bottle 60 mL.


10.  Small transparent bag and undergarment bag. Yang nie untuk korg punya toiletries, brg2 make up dan jugak undergarment. Senang kalau beg korang terburai ke, tak der lah semua benda melambak keluar. Kot2 kena bukak beg tgh public ke, tak der malu sgt. Lagi2 kalau naik flight, even korg punya botol tue 100mL, kadang2 dia akan suruh bukak untuk tgk. Kalau dah siap2 masuk dalam small and transparent bag senang sikit tunjuk kat kastam tue. Tak payah geledah. Untuk perempuan mesti risau undergarment kan, masuklah semua dalam small bag. Skrang pun banyak jual undergarment bag. Undergarment korg pun elok jek nanti terlipat cantic, tak lah selit2 and penyek.

11. Travel towel. Aku tak biasa guna towel hotel. Sebab base on experience. Tapi aku tak halang orang yang nak guna. Tapi if korg nak bawak towel sendiri, belilah travel towel. Mmg costly skit, tapi for long term convenience, worth it. Bukan guna travel jek, nak balik kampung boleh guna. Dulu kalau pack brg mesti pening nak sumbat towel, tapi skrang towel tue masuk last jek, selit skit jek.

12.  Travel Adapter. Check before korg pergi mana2. If dalam Malaysia, ok lagilah. Semua kepala plug sama. Tapi ada negara lain guna lain plug. Even Thailand dan Indonesia pun guna lain. Kalau sama tak perlu lah bawak. Tapi kalau berbeza, and korg tak bawak travel plug, melopong jek lah korg. Nie ada jenis plug yg diorg guna setiap Negara. beli satu jek travel adapter yg universal. semua jenis plug boleh guna.


13.  Extension plug. Aku tau benda nie besar dan besar. Tapi skrang dan ada jual travel extension plug. Berbaloi. Especially kalau trip dengan kawan2. Tak semua bilik ada byk plug. And tak semua org charge satu brg jek. Handphone, powerbank, camera, go pro, spare battery. Nie pun bukan travel jek, balik kampung and kat rumah pun boleh guna.


14. Weight your bag. Nie sejak2 air asia enforce beg limit 7 kg nielah. Sebenarnya ada betul jugak enforcement nie, aku selalu tgk org bawak beg besar masuk dalam cabin. Sampai tak cukup ruang compartment untuk isi brg. Seorang punya beg je dah penuh separuh tempat. If any heavy turbulence happen, overheard compartment boleh terbukak, bygkan beg yang berat tue jatuh hempap kepala orang kat bawah. Isk isk isk!  Kalau tak der penimbang kat rumah, tumpang lah timbang member2. Tak pun ko calculate assumption sendiri jek. Take it 1 helai pakaian = 0.5 kg.  pada aku max 10 helai tue cukuplah. Around ±5 kg. lagi 2 kg spare utk berat beg, and others accessories yg korg bawak. Well aku pernah terbaca satu trick, diorg kata airline xkan timbang kalau kita bawak bantal, so diorg bagi idea, instead letak bantal dalam sarung bantal, stuff pakaian korg sampai jadi rupa macam bantal. Aku tak pernah try idea nie. Sesape yang cuba tue, sila ceritakan pengalaman anda.

15. Easy match colour. Kau bawaklah baju warna apa pun..itu kita kira kemudian. Yg nak di matchkan adalah tudung dan kasut. Senang cerita carilah tudung dan kasut yang boleh match dengan semua warna. Contoh tudung bawak jek warna basic, hitam, cream, putih, coklat, very light pink. Sebab kalau nak bawak tudung yang betul2 match ngan baju,ermmm…bawak luggage 15kg lah terus. Kasut pun sama, pakai kasut yg paling sedap utk pakai lama. Kalau nak bawak extra pun, depends pada aktiviti, if tepi pantai takkan nak bawak heel, mestilah slipper or sandal kan.


16. Pack early. Ini memang cara aku. Tapi pada aku bila pack awal kau ada masa nak susun brg dlm beg. Rather campak jek semua dalam beg bila dah last minute packing. Awal tue taklah awal sgt pun, takkanlah seminggu awal. Biasa aku buat 1-2 hari sebelum pergi. Kalau trip isnin, sabtu malam aku dah start pack. Senang kot2 tak muat beg, boleh fikir contingency plan. Macam nak g Maldives hari tue, tgk mcm sikit, yerlah 5 hari jek kan, trip 8 hari pun boleh muat beg tue. Tapi aku lupa kali nie aku bawak go pro. Aksesori dia jek dah makan banyak ruang. Beg tue jadi penuh mengalahkan trip 8 hari.



Ini style travel aku. Kalau boleh memang nak bawak satu bag jek. and kalau boleh nak bawak handcarry jek. malas nak check in luggage, selain ada extra pay, pastu nak kena tunggu plak luggage keluar after flight. Tak suka waiting time nie….

If others person doesn’t mind untuk check in, pastu bawak brg banyak2, boleh lah ikut cara sndiri. Lain org kan lain caranya.



p/s : dah nak masuk 5 bulan tak punggah beg nie. I need vacation please!

0 comments:

Post a Comment