05 September 2017

Beauty is not Pain


Aku pakai lens dari umur 16 tahun sampai sekarang masih pakai lagi. Banyak jugak dengar cerita ngeri tentang yang pakai lens. tapi bila teliti betul2 macammana accident tue happen mostly adalah kecuaian sendiri.  Contohnya :

-          Pakai lens lebih dari 8 jam

-          Mata jenis kering tapi pakai lens yang normal
-          Pakai solution yang biasa2 sahaja, padahal itu solution utk bilas sahaja.

-          Malas nak bukak lens sebelum tido

Dulu yer, pada mulanya aku pakai lens sebab nak cantik, lens warna warni tue. aku pilih hazel color. Tapi aku ingat lagi hazel dia sgt brownish sampai macam Nampak natural colour. Ramai sgt ingat itu warna ori mata aku termasuk cikgu aku sorg tue. Selalu masuk kelas mesti cakap “Saya suka tengok mata safni.” Tetiba rasa bersalah plak tak explain kat dia. Nasib masuk jek ilmu dia ajar kat aku.

Byk jugak lah pasal lens nie aku belajar masa mula2 pakai nie. Lucky me, byk jek perkara bahaya yang berlaku tapi nasib baik tak teruk. Pernah jek lens aku koyak dalam mata. Sakit dia macam ada org tengah cubit mata hitam ko tue. Paksa jugak bukak mata nak keluar kan lens tue. Tapi kat cni aku belajar no compromi  bila beli brg yg melibatkan keselamatan diri. Kat cni brand bukan jenama semata tapi kat cni membuktikan manufacturer tue adalah certified dalam bidang dia. Which means they use the quality product which has been tested and inspected properly before sell to customer.

Sebab dah merasa pakai lens dulu dan dah rasa mudahnya nak bergerak bebas. Sekarang Aku pakai lens bukan sebab nak melawa. aku pakai lens yang clear jek. Even sampai skrang pun ramai jek tak tau aku pkai lens. aku pakai sebab senang nak gerak, nak buat aktiviti lasak. Contoh bila buat sports tak de lah melurut jek spec bila berpeluh.  Bila g diving, takde perlu beli mask yg ada power. Bila pakai spec aku rasa limited. Lagi pulak kan kalo korg pakai spec, pandangan tue macam terhad, tak leh jelling 2 hujung mata sebab tak cover area tepi2 mata, depan jek. tak termasuk lagi kes keluar jek dari aircond, trus berkabus cermin mata tue. then aku kalo drive, aku nak pakai spec hitam…sekali lagi bukan nak melawa, matahari terpacak depan mata, ko expect cammana aku nak drive. Spec hitam aku pun pasar malam pnya type as long as cermin dia mmg gelap abis. Kalo jenis spec yang bertukar warna hitam tue, tak berapa gelap sgt. Kalo pakai spec hitam yg jenis clip on, tak best..dah penah try.

Seriously siapa nak pakai lens sila sediakan diri untuk jadi fussy and kluarkan duit lebih. Rasanya lebih kurang jek kos spec and lens.

Spec (good quality) = 800 for 3 years. Aku akan cari spec mmg paling berkualiti sebab nak tahan lama. Cermin tak mudah calar and tak jadi kuning. And of course bila kena duduk ke pijak pun tak patah. Sebab tue spec aku tahan lama.

Contact lens : RM50 (3 pasang utk 3 bulan) , RM 40 (3 botol solution untuk 6 bulan) = RM 70 utk 3 bulan, setahun RM280, 3 tahun Rm840.

Ini roughly budget yang aku guna lah. Tapi ofcourse lah even pakai lens kena ada gak spec. so budget jadi double. Tapi bila jarang guna spec, aku tak perlu pun tukar spec every 3 years, aku tukar bila rasa power dah naik. Kalo tak naik, aku pakai jek lah selagi boleh. Aku rasa aku pnah pakai sampai 10 tahun kot spec.

Ok lah..nie antara tips yang aku gunapakai sepanjang aku pakai lens.

1.       Beli lens dari kedai yang bertauliah. Kalo untuk yang first time user, diorg akan ajar macammana nak pakai, macammana nak cuci, nak simpan lens. kalo beli kat kedai biasa, diorg takkan ajar semua tue. Lagi satu belilah dari manufacturer yang bertauliah, yang memang dikenali sebagai contact lens manufacturer. Yg ada jenama tak semestinya mahal pun. Tapi biarlah dia certified manufacturer.


2.       Sila cari lens yang sesuai dengan mata korg. Mata kena sentiasa lembab. Tau tak kenapa wujudnya air mata. Untuk buang habuk kalau termasuk dalam mata. If mata kering, habuk masuk dalam mata, dia boleh sebabkan scratch dan akhirya luka. Paling bagus mmglah high oxygen level, breathable lens, high moisture. Tapi boleh jek pakai yg normal tapi selalu lah hydrate dia dengan eye drop. Sila cari eye drop yg boleh guna dengan lens. sila pastikan sebelum beli. Kalo boleh guna mmg dinyatakan utk kegunaan contact lens.


3.       Cuba untuk pakai lens jangan lebih dari 8 jam. Sebab mata kita nie perlukan oksigen, dan lens nie akan serap oksigen , jadi kat sini akan senang kena jangkitan. Based on my experience, if pakai lens terlalu lama, nak bukak pun susah, dia macam melekat dekat mata, maknanya mmg dah kering. Bahaya bila keadaan macamnie. Risiko utk luka dan jangkitan kuman sgt tinggi


4.       Kebersihan. Tangan pastikan bersih sebelum pegang lens. kuku jgn panjang sebab boleh sebabkan lens koyak. Antara sebab aku tak suka makan pakai tangan sebab nie lah. Kalo makan sambal belacan, 2 jam lepas tue bukak lens, pergh..pedih ke mata kot. Even dah cuci tangan pakai sabun pn kdg2 tak hilang kesan pedas tue. Selain dari cuci tangan bersih2, masa nk pakai and bukak lens, aku selalu bilas jari aku dengan contact lens solution jugak.


5.       Container lens pun kena tukar selalu. Biasa beli solution akan dpt free container, jadi setiap kali tukar solution, aku akan tukar container baru. If solution korg tak ada bg free container, its ok..rendam lah container korg dengan air panas bagi bunuh kuman tue skit.


6.       Jgn sesekali cuci lens dgn air paip. Ramai kawan2 aku yang buat nie. Kat dalam air paip tue mcm2 kuman ada kot. Korg mmg willingly nak kuman tue infect kat mata ke apa. Punyalah susah payah orang buat lens dgn solution tue beli mesin sterilizer, pasang water system mahal2,  korg boleh guna air paip biasa jek!


7.       Pilih solution yang betul. Ada yang multipurpose. Ada yang rinsing shj, ada yg soaking shj. Aku lebih suka guna multipurpose. Boleh guna dua2. Ada yang beli rinsing jek, tapi solution sama tue jugak korg guna utk soaking and storage. Tak sama tau. Bila kita rendam balik lens tue maknanya kita nak refresh balik oxygen coating dia. Rinsing tue just remove dirt jek. Pastikan korg ikut arahan yg di tulis dekat botol solution tue.  Bilas, rub, simpan. Tak susah pun. Rajin skit jek. fikirlah mata tue nak pakai lama. Make sure jgn guna solution yang dah di buka lebih dari 3 bulan or baca lah spec diorg tulis boleh guna berapa bulan boleh guna after buka tue. Tak payah nak rasa sayang sangat kalau dah 3 bulan solution korang ada lagi separuh botol. Manufacturer dah dah buat study after 3 month the solution is not sterile anymore, risk of bacteria growth tinggi. Rendam lah lens korang dengan bakteria sekali yer kalau sayang sangat nak buang.


8.       Tolong jgan tido dengan pakai lens. aku tak faham dengan alasan penat, terlupa nak bukak lens. I really not dare nak tido dengan lens dalam mata. Terlelap dalam bas sejam pun rasa lens tue kering dalam mata ini korg boleh tido lena dari malam sampai pagi dengan lens! serius. Tolong jangan buat. Bila kita tidur, mata kita tertutup, oxygen tak ada. Lens jadi kering. Bila kering, dia tak dapat melekat dengan mata hitam. That’s why yang jadi bila bangun tidur lens hilang dalam mata. Lagi plak nak salahkan lens tue, korg yang tak ikut precaution.



Aku tak adalah kata bila ikut tips2 nie mmg zero accident. Tapi ikutlah betul2 precaution yang di tetapkan oleh lens manufacturer, optometrist semua tue. Nak cantik tak perlu rosakkan mata pun. Ikut arahan jek.




0 comments:

Post a Comment