10 October 2017

7 sebab mengapa anda perlu berkahwin dengan awek kaki melancong.


7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek kaki melancong.

Baru baca satu artikel tentang “7 sebab mengapa anda perlu mengelak berkahwin dengan awek kaki melancong.”
Walaupun aku tak lah kaki melancong sgt. Aku setakat bercuti dekat2 and baru2 nak berjinak nie. Tapi artikel nie tetap buat aku sentap. Aku tak tau mana data orang nie collect. Sample pool mana ntah dia ambil buat study nie. Meh aku betul kan…

1.     Dia tidak kisah dengan Penampilan diri.

Bila dia ke tempat kerja, dia bersolek ala kadar. Di rumah dia selesa dengan baju kelawar koyak 3 tahun dulu. Di jalanan dia sudah biasa berbaju T tidak bergosok dan berseluar jeans lusuh. Rambutnya yang tidak di sikat, di sembunyi di sebalik anak tudung. Hanya wangi dan cantik di pejabat. Tetapi selekeh di rumah.

Perempuan mana yang penulis nie jumpa agaknya. Gila ko pergi jalan tak bersiap. Abislah gambar trip aku tak cantik. T-shirt renyuk? Ko sumbat ke baju dalam beg? Aku susun baju elok, lipat cantik2, sebab kalau tak beg tak muat ok. Rambut tak sikat? Lepas seminggu baik aku pergi salon mintak botak. Tau tak rambut tak basuh and tak sikat, bila nak sikat macam sikat kain guni. Lagi satu busuk kot rambut tak jaga. Lagi2 yang pakai tudung. Sebab tue aku pernah tolak suggestion kawan aku untuk duduk sebilik lelaki perempuan (ramai2). Sebabnya, malam tue lah, time tidur lah rambut aku nak bernafas. Dan kalau ada lelaki dalam bilik, camner nak jaga rambut. Traveler biasa diorg akan terbiasa dgn pakaian yang simple. T-shirt, jeans, tudung biasa jek. yer lah takkan nak pakai dress angkut backpack. Tudung pun takkan nak pakai tudung lip lap kot.  Pada aku shawl pun tak cukup melawa dah kot. Kan senang perempuan simple nie. Lelaki tak payah pening kepala nak beli baju macam2.


2.      Dia tidak Romantik

Ratanya kurang feminine, dan tidak iri hati pun dek kelembutan pelakon korea. Jika mereka mahukan apa2, mereka akan berterus terang. Tiada pujuk rayu, tiada madah berhelah. Jika dia kesedihan, dia tak perlukan anda, dia dah biasa berdikari.

Yes, berdikari. Yerlah dah biasa uruskan hidup sendiri kat tempat orang. Tapi apa kaitan berdikari dengan romantik? Kalau holiday, dapat tgk sunset, dapat tgk tempat cantik2, itu kau kata tak romantic?

Wei, bukan lelaki suka perempuan independence ke? Tergedik2 korang tak suka, independence pun tak suka jugak? Siapa complicated skrang?




3.      Egonya melangit

Dia mahu bebas dan terbiasa membuat keputusan sendiri. Dia dah biasa membuat keputusan tanpa di halang oleh apapun kecuali oleh pegawai imigresen atau jadual keretapi. Sebelum buat keputusan dalam rumahtangga, perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu. Dia fikir dia lebih bijak.

Haiyo! Its takes two to tango. Memanglah keputusan rumahtangga kena bincang sama2. Bukannya maksud kena dgr keputusan perempuan jek. tapi bincang sama2. Bila perempuan tue kaki travel, dunia dia lagi luas, mungkin ada pengalaman yang dia boleh kongsi bersama. 

4.      Belanja tinggi.

Dia tak minta handbag atau kasut mahal2. Tapi dia mintak pergi holiday

Bukan handbag prada tue beribu ke? Bukan sama harga ke kalau g holiday? Entah2 lagi murah. Dan experience you get when travel is priceless. Beg sampai masa boleh rosak. Experience and memory last forever. 

5.      Anda membosankan

Dia dh biasa makan makanan luar. Dia tak buat aktiviti extreme. Jadi apalah sangat dinner di KL tower dan sambal goreng sotong.

Seriusly aku rasa orang yang tulis nie tak pernah travel. Bila dah penat kat luar rumah, balik rumah tue heaven. Ada masa memang nk duduk rumah setelah berhari2 dekat luar rumah. Bila kat tpt org tue, benda yang paling rindu adalah masakan dekat rumah. Telur goring, sambal belacan, nasi panas. Ada ke org kata makanan nie tak sedap?

Dan kalau perempuan tue memang betul sayangkan kau, tak ada benda yang membosankan bila buat sama2. 

6.      Dia ramai kenalan lelaki

Dia mesra dengan semua orang. Bersedialah untuk membuang rasa cemburu. Dia byk teman lelaki yang dijumpai sewaktu melancong. Jadi jgn halang dia dari berjumpa sesiapa yang sama minatnya.

Jgnlah risau sgt pasal hal nie. Sebab bagi orang yang byk kawan lelaki macam nie, dia akan anggap semua kawan dia tue kawan sahaja. Memang takkan ada rasa special langsung. Kalau kau dah Berjaya curi hati dia, dia takkan mudah bertukar perasaan kecuali kalau kau yang suruh dia pergi. Dia memang tak akan balik lagi. Ingat diaorg bukan perayu!



7.      Bersedia lah untuk di tinggal

Ketika syarikat anda bankrupt atau kereta anda rosak waktu hamper dengan tarikh travel dia, si dia takkan korbankan apa yang telah di rancangkan.

Lah..kalau hal kecik2, kereta rosak ke takkan lelaki tak boleh settle sendiri. Cancel trip tanpa sebab munasabah rugi wei. Rugi masa buat planning, rugi duit yang dah booking semua. Siapa yang lelaki siapa yang perempuan nie. Lainlah kalau hal yang melibatkan nyawa, mestilah kena cancel trip. Tak adalah selfish sangat kot.

Secara rasmi aku rasa kaji selidik orang nie tak valid. Either org nie tak pernah pergi melancong atau mungkin dia kena tinggal dengan awek dia yang kaki melancong nie….

0 comments:

Post a Comment