25 July 2017

Hotel Little Secret

Ada antara cerita kat sini adalah cerita benar dari first person story. Entry nie bukan nak menjatuhkan sesiapa. Cuba sebagai pengguna rasanya kita perlu tau dan ambillah precaution step. tak boleh jugak nak salahkan hotel jugak, procedure tue dah ada, cuma pekerja yg tak follow. dah kadang2 pekerja pun pressure dari pihak lain yang buat diorg tak dapat follow procedure. bayangkanlah pekerja ada 6 orang, bilik nak bersihkan ada 100.



Bed sheets
Sometimes bed sheet never changed. Yes it is their policy and procedure to change the bedsheet every check out. But how sure we are.
Kalau aku check in hotel dengan mak aku, all bed sheets, pillow, duvet mak aku suruh kibas dulu. Kot2 kalo mood dia rajin, dia pergi cari housekeeping untuk mintak bed sheet baru dan pasang sendiri. Yer, kitorg dah tau root cause dia, tak payah nak susahkan diorg. Mintak baru, hampar jek buat alas lagi satu.

Towel.
Tak semua tuala hotel cuci bersih. Dan tak semua tuala tue orang buat lap badan jek. mungkin. Ada certain case. tak semua. Towel yg guest dah guna tue, diorg akan guna untuk keringkan lantai, bath tub, toilet semua. Yes mmg diorg cuci towel tue lepas tue. Ok lagi lah even dah lepas lap semua tue, diorg cuci dulu sebelum hantar balik utk guest guna. Ok kot? Ada jugak case, guest terlalu ramai, dan nak tunggu towel siap basuh mmg tak sempat lah. Diorg campak jek towel basah semua tue dalam dryer, lipat, hantar balik bilik.

Antara risau dengan kebrangkalian case mcm nie, aku lebih prefer bawak towel sendiri dari rumah. Nampak macam leceh, tapi aku tak sanggup nak guna towel tue bila teringat rare cases nie.

Kettle
Tak tau apa lah org letak dalam kettle tapi ada kes, guest boleh letak used condom kot dalam tue.

If only aku nak guna keetle tue, aku akan masak air dalam tue, tapi air yang pertama tue aku takkan guna. Kira yg first tue haraplah macam untuk sterilize kettle tue balik. Entahlah serve the purpose ke tak agaknye. Tapi nie jek precaution step aku utk kettle. Itupun kalo terpaksa perlukan air panas lah.

 Cawan, pinggan, sudu.
Semua brg2 dalam bilik tue yg perlu berkilat diorg akan lap kering2 pakai towel. And towel tue dah lap macam2 benda kot. So precaution, sebelum pakai, bilas lah dengan air panas dulu sebelum guna.


Pintu Bilik.
Rasa semua taulah nie. Pintu bilik boleh di  access semua pekerja hotel sbenarnya as long diorg ada card. Especially manager and housekeeping personnel. Kita tak boleh nak halang diorg daripada prioritize nie. Sebab itulah adalah ruang kerja diorg. Even diorg ada procedure, nak masuk bilik sebelum card access tue, kena ketukk bilik and panggil beberapa kali. Tapi accident can happen kan.

Kat pintu bilik tue setiap bilik dan hotel akan ada selak kunci tue, sila pasang, masuk jek bilik selak terus. Selain itu, selain autolock, ada jugak lock manual pada pintu tue, pusing lah lock tue untuk extra tambahan secure bila korang dalam bilik tue. Kang nanti korg keluar bilik air berkemban, pastu tetiba org masuk tak pasal ko kata staff tue sengaja masuk plak.

0 comments:

Post a Comment