09 May 2017

Travelogue : Throwback Lombok Bali 8 days (Part 2)

18/02/2017

8.00 am : kitorg gerak dari hotel menuju ke jeti feri di bangsal. Perjalanan dari sengigi ke bangsal ambil masa lebih kurang setgh jam. Feri kitorg jam 9.30 pg. Eh, bukan feri tapi speedboat. Menuju ke Amed, Bali. Masa perjalanan dalam 30-40 minit. Harga tiket dalam lingkungan 100k-200k rupiah. Kitorg ambil speedboat nie sebab nk memudahkan perjalanan kitorg ke Tulamben. Tulamben terletak pantai barat pulau bali. Atas sikit jek dari Amed.

If korg nak ke Kuta (main city in Bali, bahagian selatan bali), boleh ambil feri di pelabuhan lembar, lombok ke padang bai, bali. Harga lebih murah, below 100k sebab guna feri penumpang.

Biasalh kalau dekat indonesia nie korg mesti akan di datangi penjual2 cenderahati. Manis mulut diorg promosi mcm2. Kalau tak nak beli tolak jek secara baik. Kalau nak beli, silalah belajar tawar menawar.
Kali nie ada penjual nie dtg jual gelang mcm2. Sampai ada satu gelang nie dia kata boleh baikkan sakit. Diorg kata ambil dari dalam laut. Kitorg nie dah lah baru abis 6 dives, pastu hiking tiu kelep waterfall. Semua dah jalan mengangkang dah. Serius masa sarung jek gelang tue, trus rasa sakit kurang. Tapi yang kelakarnya sampai kat bali jek dah rasa sakit balik. Aku syak gelang tue berkesan kat tanah lombok jek kot.


10.15 am : sampai di jeti Amed. Kat sini pun kitorg dah siap ambil supir untuk hantar kitorg kat hotel yang kitorg book. Perjalanan dari Amed ke Tulamben ambil masa dalam 45 minit. bila masa dalam perjalanan nie lah masa utk top up tidur yang tak cukup tue. Dapat lelap kejap pun jadik lah.

11.00 am : This is our stay for 2 night at Tulamben. Tulamben wreck divers hotel. 

Kalau ikut rating dia 4* hotel. Tapi harga yang kawan aku dpt is below rm100 per person for 2 nights. Bilk dia best. Pool dia pun ada 3 biji. Sayang tak sempat ambil gambar dalam bilik. Nie ehsan pakcik google jek. This hotel also serve as dive centre jugak. Ada offer fun dive and utk certification jugak.

Masuk bilik melantak dulu. Kitorg mmg dh borong mcm2 makanan kat Lombok semalam. Sebab as you know main religion kat Bali is hindu. Sangat susah nak jumpa islam. Maka sgt susah nak dpt Halal food. Babi golek byk lah.

Utk trip bali nie, mmg tak fully prepare. Kitorg mmg plan nak terjah and redah jek. So lepas kenyang and kena after kena sound dgn faris sebab dok tergolek semua atas katil, tugas pertama adalah cari dive centre yang boleh bagi price yang cun. Kalau kat tulamben nie mmg sepanjang pantai tue semua dive centre. Ko pilih jek mana satu ko nak. Dah kitorg dapat harga yang cantik dari Matahari Dive.

Matahari resort pun ada offer makanan halal. As per owner confirmation, diorg ada separate kitchen and utensils utk halal and non-halal. Utk aku, aku accept confirmation dari owner. aku tak nak subhah, kang yang halal pun boleh jadi haram.

Settle bayar booking, sementara nak habiskan masa, kitorg sewa motor. Kat cni kalo mmg silap cara, kurang hati2, mmg boleh kena tipu. Diorg akan kenakan harga yang lebih tinggi utk pelancong.
Kat bali nie boleh dikatakan tpt2 utk di lawati agak jauh antara satu sama lain. Each place about 1 hour driving distance. Kitorg search nama2 tpt menarik, waze distance. Yang paling dekat dlm sejam setgh. Jam dh pukul 3 lebih, kitorg x prefer jugak utk jln mlm dekat tpt yg x tau hala tuju. Plus, area tulamben nie bukan bandar besar, lebih kepada kawasan perkampungan.


tempat nie nama dia Tirta Gangga, Water Palace. Asalnya dia adalah istana. As per Pakcik google, dulu kawasan nie hampir musnah sebab letusan Gunung Berapi Gunung Agung. lepas tue diorg bina balik kawasan nie. Ada 2 kolam kat sini untuk mandi. Tiket masuk bayar lain, nak mandi kat kolam pun kena bayar lain. kitorg tak mandi lah..jalan2 ambil gambar jek, habiskan masa. by the way kiorg kena gerak balik  by 6. nanti jalan dah gelap. nak balik pun sejam lebih nie.

sambil jalan balik tue, mana2 tempat yang macam menarik, lereng bukit, tepi jambatan yang mana boleh bergambar, kitorg stop ambil gambar. Gila bergambar semua. 

*belakang tue Gunung Agung, gunung tertinggi di Bali*

balik tue kitorg singgah dinner kat Matahari. balik bilik dan tidur. esok nak start dive 6.30 pagi wei! 

19/02/2017


kat sini semua dive site adalah shore dive. semua dekat2 jek dengan pantai. hari nie kitorg ada 3 dive, Liberty Wreck, Drop Off, Suci Place. 

 
Suci Place- project of Matahari Tulamben Resort

ada satu perkara yang aku kagum kat sini, naik jek kitorg ke darat akan ada beberapa orang perempuan akan tunggu kat tepi pantai untuk tolong angkat dive equipment kitorg. the tank. tau tak tank tue berat. aku pun terhuyung hayang pikul tank. diorg boleh angkat tank tue junjung atas kepala. bukan 1 tapi 2. yes, safni balik sila ke gym, latih angkat berat!



3.00 pm : Sebab dive awal, habis pun awal.  kalau dah abis jelajah laut, kita jelajah darat pulak lah.

Kalau ikut aku, memang nak sangat pergi Lovina. Nak tengok Dolphine...jarak dia 2 jam lebih dari Tulamben. Tapi waktu nak tengok Dolphin kena sebelum pukul 6 pagi. memang tak sempat lah dengan masa yang kitorg ada. 

kitorg plan jugak nak pergi Air Terjun Les. tapi beberapa hari sebelum kitorg pergi, ada tanah runtuh, so jalan ke sana tak boleh lalu. nak pergi air terjun Git Git. ambil masa lebih 2 jam. nanti sampai sana dan 6 lebih...frust lagi.

Akhirnya supir yang kitorg tanya tue cadangkan untuk pergi ke Rumah Pohon. jarak tak jauh sangat. Rumah Pohon nie adalah hak milik persendirian. tapi dia buka untuk pelancong datang melawat dengan bayaran rp 10.000.


20/02/2017

6.00 am : awalnye kena gerak sebab kitorg nak daparkan bot utk ke Nusa Penida pukul 7 pagi. Nusa Penida nie adalah sebuah pulau kecil yang terletak di Tenggara Pulau Bali. Kitorg naik bot Caspla Bali Sea view dari Sanur. lebih kurang 45 minit perjalanan dari Tulamben. satu perkara yang aku perasan best kat Indonesia nie, boleh dikatakan kebanyakkan tempat ada free WiFi.  Sambil tunggu bot ke sambil makan, boleh jek access internet tak perlu nak tunggu balik hotel. 

dekat Nusa Penida nie kitorg dah search awal2 untuk ambil supir. tips kat sini try search guna google Indonesia. kitorg dapat supir Muslim. nama dia Pak Rohani. if korang berminat ke Nusa Penida boleh contact dia 087861901447. Pak Rohani nie guide yang bagus. dia sangat2 menjaga kitorg semua. 

plan asal nak spend 1 hari sahaja di Nusa Penida, ptg nie jugak nak bertolak balik ke Kuta, Bali. tapi lepas dgr offer dari Pak Rohani trus tak jadi balik, terus decide utk tidur Nuda Penida malam tue. selain supir, pak rohani pun ada sediakan rumah tumpangan. tak lah tahap hotel mewah. tapi pada aku dah cukup untuk tempat kami rehat.  dan lah harga rp 100 000 sahaja untuk satu malam. makan pun dia boleh sediakan skali dg harga rp 15 000 per pack per serving. dah tak yah pening dah nak fikir makanan halal lagi dah. 

Di Nusa Penida nie kitorg pergi 4 tempat. Cuaca dekat nusa penida nie sgt2 panas. Kepala aku dah pening dh panas dia mencucuk. Aku rasa inilah tempat yang menyebabkan aku sunburn. 
Lagi satu jalan nak pergi ke setiap tempat nie. Memang kalau bisul bontot, boleh pecah lah bisul tue. Gigih aku tengok pak rohani tue bawa van dia dgn jalan yang berbatu nie.

Tempat pertama kitorg pergi pantai billabong or angel beach. Kat sini ada infiniti pool semulajadi. Kitorg tak boleh turun kat pool tue sebab masa kitorg pergi nie ombak tengah kuat. Ombak kat sini jenis menarik orang ke laut. Tengok ombak tue hempas batu tue pun dah rasa ngeri. Orang local ada cerita last month ada orang kena tarik dgn ombak ke laut. Memang tak jumpa pun lepas tue langsung.  Kalau time air tenang mmg boleh jek nak berenang kat situ sebab air dia jernih sgt. 



Next kitorg ke Pasih Uug. Kawasan nie menarik sebab ada batu lubang menghadap ke laut. Nama lain tempat nie broken beach. Tak ada jalan nak turun bawah pun. Boleh tengok dari atas nie jek.


Next, kitorg gerak ke pantai kelingking. This is the view. Aku paling suka view kat sini. Tolonglah sesiapa buat jalan nak pergi ke bawah tue!



Lepas pergi 3 tpt nie kitorg balik rumah untuk makan tgh hari. Panas tadi mmg dah drain out dh semua energy. Kitorg mmg makan sampai kenyang. Lepas zohor Last place kitorg ke crystal bay. Kat sini kitorg snorkelling. Nak jugak kan. Tak puas lagi masuk air nie. Kan tadi dah ckp ombak dia kuat. Kat pantai nie pun boleh rasa. Ombak dia tinggi 2-3 meter kot. Seram jek tgk ombak. Ikan kat dalam air tue pun aku tgk terhuyung hayang kena pukul dgn ombak. Nak naik ke pantai pun kelakar, sebab tak boleh nak bangun asyik kena pukul dgn ombak. Tergolek kitorg macam dugong tepi pantai!


One day nak datang balik Nusa Penida tapi nak buat dive. Fuhhh! Dengar cerita dive site dia scary skit sebab current dia boleh buat kita macam washing machine. Tapi kat sini byk hidupan laut yang susah nak jumpa macam mantaray...mola mola. New wish list insert!

Malam tue kitorg buat spa traditional. Kah kah kah! Berurut lah! Semua kaki dah keras macam batu! Dah sedap kena urut semua pengsan tidur. 


21/02/2017

7.00 am : kita sarapan dulu. Lepas nie nak cari feri or boat untuk ke Kuta. pak rohani bagi kitorg memang cukup makan lah. bak kata ecah, diorg bagi kitorg makan macam orang makan nak g menoreh. segunung nasi dia bagi. memang tak rugi duduk kat tempat pak rohani nie. 

Cari punya cari dpt public feri. aku tak ingat dapat jam berapa bertolak. but not so late and the price not so expensive.Not bad jugak. Dalam 45 minit jugak ke Padang Bay. Dari padang bay, kitorg kena cari supir utk ke kuta. Kat sini mmg kaw2 lah dia ambil. Bila tau dari malaysia jek trus dia charge harga pelancong. Ada sahaja nak kenakan orang kan.  Nasihat aku, book supir awal2. Harga discuss dgn supir. Biasanya diorg akan tgk jumlah penumpang and berapa tempat nak pergi. Harga dalam rp 500 000 utk sehari. Plus minus. Survey cari beberapa supir and compare harga yang diorg beri.

Sampai kuta kitorg cari makan dulu. Nasib baik mcD dia halal. Tapi set diorg tak sama macam kat Malaysia. Blurr skit nak makan apa. and satu lagi diorg tak kedekut sos. kalau kat cni tekan sos berkali2 tak penuh2 bekas kecik tue. tapi kat sini, skali tekan terus melimpah.

Kat kuta nie kalau tgk pantai dia lebih kepada untuk surfers. Mungkin sebab ombak dia yang kuat kot. And kat kuta nie lebih happening. Tp kitorg tak dpt stay kuta lama, flight kitorg mlm nie dah. Rasa dekat bali nie mcm rushing skit jalan. Tapi sebab pergi byk tpt, sbb tue rasa rushing. rushing tapi puas.

Sambil makan sambil cari supir. Dapat jugak akhirnya. Dia bawak mana saja tpt kitorg nak pergi sampai last akan hantar kitorg ke airport. Disebabkan masa yang terhad, pukul 8 dah kena ada dekat airport!, setiap tpt pergi limit 1 jam sahaja. dah lah setiap tempat tue jalan jammed. Berlari2 kitorg cari tpt menarik ambil gambar. Sempat lah kitorg ke uluwatu, tanah lot and kedai souvenir. 
Nie muka penat tapi still nak berjalan jugak*
 
*Semua tempat ramai orang, beratur nak bergambar*

Kat kedai souvenir aku jumpa benda pelik. Hahaha byk gila jual melambak. Dah balik sini tgk balik gambar baru perasan benda nie apa guna sebenarnya. Punyalah lawak. Siapalah yang beli dan guna benda nie untuk buka botol. Mau kena jerit ngan mak aku.


Thats all. Sorry lah simple story. Byk benda dah lupa. But you can ask if need further details, mungkin boleh retrieve balik. 

Suggestion aku kalau untuk honeymoon, famili holiday, santai boleh pergi ke Lombok. tempat pelancongan dia dekat2 and tak berapa extreme and tak payah risau pasal makan. Kalau Bali nie pun boleh jek nak relax, cari tempat luar Kuta lah. and cari supir yang boleh bawak tempat makanan halal. banyak jek lagi tempat kitorg tak pergi. memang insyaAllah akan kembali lagi ke Bali and ke Lombok. 

Utk next2 entry mungkin akan buat beberapa throwback travelogue lagi, mungkin cerita pasal diving : the beginning, or mungkin pasal holiday trip yg bermula esok? ehee... doakan perjalanan aku selamat pergi dah balik yer.

#siscuba #writersblocksindrome #prayforsafni #holidaymood 


2 comments:

Unknown said...

Salam
berapa harga supir+van dengan pak rohani tu?

auRoRa^boRealis said...

kalau tak silap saya dia ambil 500rp utk sehari. tak kisah berapa banyak tempat nak pergi.

Post a Comment