30 April 2017

Travelogue : Throwback Lombok Bali 8 days (Part 1)

As per promise...with a long weekend, finally manage to pull up some time to spill and throw.

Plan utk  holiday kali nie aku decide around 2 month before pergi. trust me, asalnya plan hanya untuk ke Lombok sahaja. entah mana datang gila kawan2 aku, extend trip utk ke bali terus. we spend quite balance number of  days for these 2 island. 4 days for Lombok, 4 days for Bali.

14/02/2017
tarikh berlepas di awalkn 5 hari utk cover extend day holiday period. nasib baik masa tukar planning, tiket flight tak beli lagi. yes untuk cari tiket flight nie mmg tricky skit. we all bukak website hari2 utk check harga tiket jek. tak semestinya beli awal akan dpt harga murah yer.
i won't disclosed our expenses so much, sbb ada confidential situation here and that. i will tell only the range. so utk tiket ke lombok nie, korg boleh dpt harga less than RM170.

disebabkan kitorg dari JB, and there is no direct flight from JB to Lombok, we need to transit to KLIA. plan asal nak naik bas. owh bagi yang tak tau there is direct bus from JB (Taman Tun Aminah) to KLIA. bas ada setiap 3 jam. better book awal utk elak xdpt bas.

10.35 am : utk pergi nie, lucky for us, airasia made a promotion for domestic flight which cost us only RM39 for JB-KLIA2. lucky tak lucky sgt lah, airasia dan rules and extra payment tak abis2. kitorg check in after 1 hour so, kena caj rm10 seorg. pfftttt!

*Isi perut sebelum next flight*

Aku pergi trip kali nie dgn hanya kenal dgn Yuz seorg jek. ini namanya menyelit trip org lain. tapi diorg semua best. kenal masa nak pergi nie and terus click. Rindu diorg semua!

7.15 PM : we safely arrive at Bandara Internasional Lombok. i'm not sure either it is normal situation here or what. the airport is guarded by troop of army complete with shotgun. seram jugaklah. and only arrival and departure passenger are allowed to go in the airport. 

kitorg dah siap sedia ambil supir and guide utk sepanjang di Lombok nie. tapi dekat luar airport tue byk  jek supir yang sedia tunggu penumpang.  better korg survey harga dulu and cubalah tawar menawar utk harga yang berpatutan. 

utk communication pulak, dekat airport lobby tue sndiri dah ada booth utk beli sim card. harga sgt berpatutan. better korg beli terus. senang utk call supir and in case of emergency. 

sampai jek supir terus bawak kitorg pergi makan signature dish Lombok which is Ayam Taliwang. rasanya macam nasi ayam penyet kot. Nasi putih, ayam goreng and sambal. apa yang best, sambal dia kick. bak kata Faris, rasa cam nak seret bibir kat atas jalan. 



15/04/2017
trip nie major focus on diving.  untuk Lombok nie kitorg dah plan utk 6 dive, 3 dive sehari. fuhhh...dgr mmg penat. whole day akan main dengan air jek lah. 

kitorg stay di Sengigi. nama hotel - Baleku.

ada beberapa sebab kitorg pilh utk stay di senggigi. first of course save budget, second sebab dekat sengigi lagi banyak tempat boleh jalan. Dive tue dive jugak. land pun kena explore jugak.

7.30 am : memang dah kena siap sedia dah turun breakfast. pukul 8 dive center akan ambil dan bawa kitorg kat tpt bot diorg utk ke GIli.

Di Lombok nie, diving sites dia semua di sekeliling Gili terdiri daripada 3 pulau, Gilli Trawangan, Gili Air, Gili Meno. we didn't spend much time kat atas pulau gili nie, hanya waktu surface interval makan tgh hari jek kitorg naik ke pulau. tue pun around 1 hour jek. nie pun tips utk cari kedai makan, cari lah yang jauh skit dari pantai. cari jek kedai2 biasa. save budget. 
frust jugak tak dapat ambil gambar kat buai. dapat tgk dari jauh jek. takper..itu tandanya kena datang lagi. 


10.00 am : 1st dive site : Turtle Heaven. Dah nama pun turle heaven, mmg melambak lah turtle kat sini. turtle dia friendly sgt. duduk depan muka diorg pun, diorg tak kisah. and the turtle is really huge. the biggest one yang aku jmpa is 3x ganda lagi besar dari aku rasanya. 


12.00 pm : 2nd Dive Site - Bounty Wreck. "The pier where the Bounty Ferry use to dock was abandoned years ago and over time sank into shallow water off the southwest coast of Gili Meno." -Trawangandive.com. 

2.30 pm : 3rd Dive Site - Halik Reef. "Halik reef is a sloping reef available to all divers. Beautiful coral formations are found in the shallows, and along the reef, coral bommies and Gorgonian fans." -Trawangandive.com. 

Time nie ada cerita kelakar. aku jenis mabuk darat. which is berombak cammane pun, aku still cool kat atas bot, tapi bila naik darat, aku akan rasa lantai bergoyang2. so yang kelakar time nie is masa nak naik ke bot after 3rd dive, kepala noneng, tersilap pegang, and i fall back masuk dalam air. serius rasa bersyukur sebab dah pandai berenang. so no panic and no worries. gelak sendiri dalam air tue. tapi sempat jugak terhantuk punggung kat tangga bot. kah kah kah!

well, its not the end of the day. Nasiblah dpt geng gila2. bak kata diorg, kalo nak tido dalam bilik, kat rumah pun boleh. so the adventure continue. 

6.00 pm : kitorg sewa motor and spend time ronda2 bandar Lombok, Mataram. tak jauh sangat pun dalam setgh jam. semua pakai waze jek. pusing punya pusing waze yang kejam bagi masuk jalan lorong celah rumah orang. sakit wei duduk atas motor lama2. dah lah sakit jatuh bot tak hilang lagi. mmg kadang2 macam nak baling jek waze tue.  Finally kitorg sampai jek bandar mataram tue, siap ronda shopping complex - Epicentrum Mall. 

malam tue lepas balik jalan2 tue bukan reti berehat pun. duduk lepak tepi pool sambil borak2. yakin konon esok lepas dive nak terjun pool lah.

16/04/2017
7.30 am : dah tido lmbat tapi still kena bangun awal jugak. aku rasa bila g holiday aku lagi kurang tido kot. 

10.00 am : 1st Dive Site - Meno Slop  "A sandy slope on the West side of Gili Meno, the shallow part of the slope is peppered with small and large coral bommies" - manta-dive-giliair.com. 

kat cni pun kelakar sebab almost nak terpegang sotong. yerlah sotong tue elok dok posing cam batu. sekali nak pegang, dia bukak mata daa... 


12.00 pm : 2nd Dive Site - Bounty Wreck. tempat sama macam semalam tapi kitorg pergi part lain. masa safety stop, kitorg caught in current. nasib baik ada batu utk kitorg hold. masa nie nekad, balik nnt kena jugak cari pointer. senang aku nak cacak kat pasir if kena current lagi nnt.


2.30 pm : 3rd Dive Site - Shark Point. harapan mmg nak tgk shark kat cni tapi jumpa shark pemalu menyorok dalam batu. puas kitorg umpan. makin dalam kitorg masuk



5.00 pm : balik tue sempat jugak dive instructor kitorg singgah bawak pergi Pantai Malibu 2. Tempat nie kat lereng bukit. sempat lah buat beberapa photoshoot.


next is land tour. ptg tue balik letak brg, and kitorg dpt pakai kereta open air.


kitorg lepak atas bukit (aku lost nama bukit tue!) sambil tunggu sunset sambil makan jagung bakar. sedap weh, ada perisa bbq dan curry. sambil tue boleh lah tgk hotel mahal2 kat bawah bukit tue. hahaha. 


17/04/2017
hari nie totally land tour! kitorg pergi waterfall tiu kelep and sendeng gile. ada entrance fee (aku lupa berapa) and kalau pakai guide pun ada harga jugak. semua harga boleh runding. hehehe. sila upgrade keupayaan anda untuk tawar menawar sebelum pergi. 
first waterfall sendeng gile. air terjun dia nice, boleh lah utk picnic family. jalan nak pergi ke waterfall nie senang. banyak naik turun tangga. if tak larat ada jek jalan yang motor boleh lalu. harga berapa tak pasti sebab tak tanya. 
Jalan nak ke second water fall ada hiking skit, ada redah anak sungai skit. kitorg di maklumkan jalan nie baru jek di buka kembali sebab last week ada tanah runtuh. memang boleh nampak lah saki baki kesan tanah runtuh tue. 
sila bawak air masak utk hilangkan haus hiking tue and terus lah pakai baju untuk di basahkan masa hiking tue. tak payah nak tukar2 baju kat atas tue sebab mmg akan basah pun. 
air terjun tiu kelep agak deras jugak. nak melintas sungai tue pun rasa macam nak hanyut. try jugak nak berenang dekat air terjun tapi bila air baru paras dada pun dah rasa kena tarik. memang surrender lah. duduk tepi jek lah.

next kitorg ke  Pantai Tebing. pantai nie di panggil pantai tebing sebab tebing tepi pantai yang terhakis oleh angin dan menghasilkan bentuk yang unik. 

next kitorg ke Villa Hantu, bukan utk cari hantu ok. tapi villa nie di biar terbengkalai. scenery dia sama di lereng bukit menghadap laut biru. Apa yang kitorg buat kat sini, kitorg berangan kitorg nak take over villa nie, buat hotel, buat dive center, buat pusat dobi layan diri. dobi tue mmg idea paling best, bagi kitorg yang backpackers nie, baju mmg limited. bagi elak berbau and baju abis, mmg basuh baju hari2. kalo ada dobi layan diri mesti senang. trus boleh kering. 

inilah last day kitorg di Lombok. esok pagi2 nak ke Bali pulak. bagi aku Lombok is nice. scenery dia, org2 tempatan semua nice. majorly islam. so no worries pasal makan or solat. Surau or masjid dia mmg cantik, aku tak tau nak cakap actually dia masjid atau surau sahaja. 

harga petrol dia 1 Liter = 10000 ribu rupiah = dalam RM3.00. senang jek cari petrol, diorg jual tepi jalan dalam botol kaca. 

service and facility utk dive kat sini is great. of course lah kan, semua orang siap pasangkan kot. mask ko pun diorg tolong defog kan. equipment dia lengkap, wetsuit ada, booties pun ada, fin pun jenis open heel. senang kalo tak bawak equipment sendiri pun tak apa. guide dia pun care and experienced. rasa selesa and selamat bila dive dgn diorg. 

kitorg try cari souvenier yg berkaitan dengan diving, tapi tak jumpa. seems like Lombok lagi popular dgn Gunung Rinjani and Gili. 


next..to be continue...Bali...

sneak peek?

0 comments:

Post a Comment