Bab 39
“Nak minum?” tanya Epi.
“Belikan mineral. Thanks.” Dia menghantar langkah Epi
dengan pandangan sayu. Sebenarnya banyak yang dia nak cakap dengan Epi. Banyak
sangat! Banyak sangat benda nak di ceritakan. Banyak sangat benda yang berlaku
3 bulan nie. Dia nak dengar cerita Epi. Nak dengar Epi ketawa. Rindu dengan
usikan Epi.. Tapi dia...takut..
Lepas nie mungkin ada ke lagi
pertemuan antara mereka? Lepas nie masing-masing dah bawa haluan sendiri. Kuat
ke dia nanti kalau dia tengok Epi dengan orang lain?
“Your drink.” Epi hulur mineral
water padanya.
Farah senyum pada seraut wajah itu.
entah kenapa terasa berkaca mata saat itu. “Thanks.”
“Kau macam jadi pendiam sekarang
nie. sepatah aku cakap, separuh patah kau jawab.”
“Epi...tak tau nak cakap apa lah...”
bukan tak tahu nak cakap apa. Tapi...tengoklah macam sekarang nie. Bukan mulut
jek, hidung dah rasa tersumbat. Mata dah rasa panas. Entah kenapalah aku terima
pelawaan untuk kau hantar aku ke airport nie.
“Aku suka tengok kau pakai tudung
nie. it suit you well.”
“i take that as a compliment. Your
wife to be tue bertudung?”
Pertanyaan Farah sekadar di balas
dengan senyuman. “Kau mesti datang kahwin aku tau, kalau tak aku tak leh kahwin
nanti.”
“Yerlah tue. Entah kau nampak aku
lagi tak masa tue.”
Epi ketawa. Matanya mengecil dan
jelas dua lesung pipit terbentuk di pipinya.
‘Aku pasti akan rindu senyuman ini
nanti.’
Farah menjeling jam di pergelangan
tangan. Lagi 20 minit pukul 10. “Aku rasa aku dah patut boarding sekarang.”
Handbag di sarung ke bahu. Mereka melangkah seiringan ke balai berlepas.
“Terima kasih.” Farah berdiri
menghadap Epi.
“Untuk apa?”
“Untuk semuanya..” Untuk peluang aku
mengenali diri kau. Untuk semua kenangan terindah yang kau berikan. Untuk aku
kenali cinta dengan kau...
“Sama-sama...and terima kasih
jugak.” Terima kasih kerana menyayangi aku.
Farah ketawa. Aku sayang kau...
Farah melangkah masuk ke balai
berlepas. Nafas di tarik dalam-dalam. Dia tak nak menangis lagi. Melepasi
pemeriksaan kastam Farah menoleh mencari Epi di muka pintu. Biar dia tatap
wajah itu untuk yang terakhir.
Tidak lah ramai sangat orang di muka
pintu. Boleh di kira dengan jari. Tapi wajah Epi tak kelihatan. Farah hampa.
Epi dah tiada di situ. Sebuah keluhan di lepaskan. Cepatnya kau pergi..sama
cepat kau pergi dari hidup aku.
“Cari siapa?” bisikan itu dekat di
telinganya. Macam kenal jek suara itu. Farah menoleh ke sisinya. Epi berdiri di
sisinya.
“Macam mana kau boleh ada kat sini?”
macam mana Epi boleh masuk sampai waiting hall nie?
“Aku special. Jom. Nanti terlepas
kapal terbang. Kau berenang lah balik semenanjung.” Tangan Farah di tarik.
Farah yang masih dalam kehairanan mengikut saja langkah Epi.
Farah masih dalam kebingungan. Betul
dia tak faham apa yang berlaku nie. lagi tak faham bila Epi turut sama duduk
dalam kapal terbang.
“Pakai safety belt.”arah Epi.
Farah melihat Epi membetulkan
seatbelt. “Eh, kejap! Kenapa kau ada kat sini?”
“Kau rasa kenapa?”
Farah tak terjawab. Mukanya masih
berukir tanda soal.
“ Aku nak hantar kau balik lah.”
“Tak..tak..” kata-kata terhenti
mendengarkan pengumuman dari ketua pramugari yang mengarahkan para penumpang
memakai tali pinggang keselamatan.
Bibir Farah bergerak tanpa butir.
Masih lagi memikir sesuatu. Pandangan di tala keluar tingkap. Bandar Kota
Kinabalu makin mengecil pada pandangannya saat ini. Bumi Sabah hari ini di
tinggalkannya. Tapi Epi masih di sebelahnya...
“...di saat ini aku tak
perlukan apa-apa selain dari diri kau untuk aku berpegang dan berpaut, untuk
aku kongsi segala rasa, untuk aku curahkan segala kebahagian dan
kegembiraan...”
2 comments:
pegi terbit buku laa oiiii
amiinnnnnn! moga makbul. huhu~
Post a Comment