07 January 2013

kata hati ini (part 37)


Bab 38

            Ibu dah balik 3 hari lepas. Saja dia pulang lambat. Nak habiskan masa sikit dengan kawan-kawan. Mengambil kesempatan jugak dalam majlis alumni nie nak berkenalan dengan junior-junior yang baru mendaftar. Bila lagi dapat masa macam nie. Hujung tahun nie dah nak berangkat ke UK. Tercapai jugak hajatnya nak buat master. Tawaran dari MARA itu memang di nantikan. Lepas tamat master nanti dia akan berkerja di UiTM sebagai pensyarah. Lepas tue baru fikir pasal Ph.D.           
                Perjalanan hidup ini memang tak sangka kan. Tak pernah terfikir pun nak ambil ijazah dalam bidang seni nie. Tapi sekarang tengoklah bukan setakat ijazah sampai ke master dah pun. Nak belajar kat Sabah nie pun tak pernah rancang. Tup tup hari nie dia dah nak tinggalkan bumi Sabah selepas 3 tahun bermastautin kat sini.
            Dari hari konvo hari tue tak pernah sekali pun dia bercakap dengan Epi. Senang cakap lebih dia lebih banyak lari dari Epi. Entahlah...kalau nak berbual, nak cakap pasal apa?
            “Here.” Tiba-tiba jek sepinggan sayap ayam tersorong dengan mukanya. Yang lagi peliknya orang menyorongnya adalah Epi.
            “Kau tau tak, jumpa kau kali nie macam kali pertama aku jumpa kau. Yang konon gaya selamba. Dah kantoi masih mampu senyum. Cuma susah nak di ajak berbual.”
            Terkedu kejap mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Epi. Tapi tak pulak terkeluar di mulutnya untuk menjawab.
            “Hah! Penat jek aku ambil kan ko sayap nie.” Sarah muncul dengan menatang dua buah piring. “Aku tak kira, ko kena makan gak nie. peduli lah ko nak jaga badan ke, sok ko puasa lah.”
            “Sarah. Sarah. Masih macam dulu, kalau dah bercakap, susah nak stop.” Sampuk Epi.
            “Shut up you, Epi. Kau tak tau apa-apa.”
            “Camner lah Alan leh terpikat kat ko nie...”
            “Well...dah sayang nak wat camner.” Alan yang muncul entah dari mana terus memeluk erat bahu Sarah. “This one for you...” Alan menghulur sekeping sampul surat pada Epi. “Farah punya dah dapat?” dia mengalih pandangan pada Farah yang pura-pura tekun dengan sayap ayamnya.
            “heh, sepuluh batu lagi kad tue nak sampai kat tangan aku, aku dah tau. Macam lah kau tak tau Sarah nie. dari korang tempah kad lagi aku dah tau.”
            “Dia nie memang!” keletuk! Alan meluku kepala Sarah.
            “matching betul korang nie aku tengok. Sorang tak reti diam, sorang lagi punyalah sabar. Suka aku tengok. Korang memang made for each other kot.”
            “InsyaAllah..”Alan menjeling pada Sarah di sebelahnya. “Korang dua orang pun macam matching, sorang suka merajuk, keras kepala, sorang lagi suka menyakat.”
            Berderau darah Farah naik ke muka. Rasa panas terus suasana. Riuh rendah kelilingnya macam jadi sunyi kejap. Alan nie nak kena nie!
            “Hahaha! Boleh ke Farah?”
            Hish! Si Epi saja cari pasal nie! “Dia reti menyakat jek, tak reti pujuk. Mana sesuai dengan aku yang suka merajuk.”
            Gamat suasana dengan gelak tawa mereka berempat.
            “Korang nie kan, cukup 4 orang, macam nak pecah cafe nie dah. Blurr junior tengok senior nie macam nie.” Amirul menyampuk tiba-tiba.
            “Baru diorang tahu senior diorang nie rock!”
            Pecah lagi tawa mereka. Amirul geleng kepala.
            “Alan, Sarah. congrats on your becoming marriage. Tahan lah kau pagi-pagi lepas nie mesti kena bebel.”
            “kebal dah telinga aku nie! sori, tak dapat bagi kad special untuk kau. Tak mampu nak tempah banyak. Jangan tak datang pula nanti.”
            “Aku datang! Makan free kan! lepas nie Epi pulak belanja makan free.” Amirul mengenyitkan matanya pada Epi.
Tiga pasang mata memaku pada Epi meminta kepastian.
            “tak boleh pakai punya kawan. Tak boleh simpan rahsia betul!” Epi membaling kertas tisu tepat ke muka Amirul.
            “Really?!” serentak Sarah dan Alan bersuara.
            Farah terkedu. Epi nak kawin? Maksudnya? Hampir saja pinggan di tanggan terlepas.
            “Dah lah korang...nanti dah siap kad aku pos sorang satu. Tak payah bising-bising.”
            “Siapa orangnya? Orang mana? Aku kenal ke? Bila majlis?” bertubi-tubi soalan Sarah lontarkan.
            Pertama kali Epi tersipu-sipu. “Korang nie buat aku malu lah. Mungkin dalam 3 bulan lagi, ikut perancangan awal lah.sebab dia nak pergi further study kat oversea, kalau boleh sebelum dia pergi lah nak langsung.”
            “kau  nie diam-diam jek. Tup tup tup terus nak langsung. Terkejutnya aku.camner orangnye?”
            “she’s an ordinary girl. But she’s so special to me.”
Farah rasa ada pisau menusuk dadanya.
“Aku takkan jumpa perempuan lain yang macam dia.”
Pisau tue mencincang hatinya sehingga hancur tidak berupa lagi.
“ With her, i got everything i want.”
Dan sekarang pisau itu sedang mencantas pangkal jantungnya.
            “Congrats!” semua mata tertumpu pada Farah yang bersuara tiba-tiba. “Take a good care of her.”
            “I will.heh! aku kahwin dulu dari kau!”usikan Epi sekadar di balas dengan senyuman kecil Farah.
            Amirul memerhati tindak balas Farah dalam diam. dapat dibaca riak kecelaruan dalam anak mata gadis itu. Di lihat pada anak mata Epi yang sesekali mencuri pandang wajah gadis yang kini ayu bertudung itu. Sayang tak semestinya memiliki...sayang tak semestinya di luahkan... kata-kata yang di anggap sekadar madah kini terhampar di depan matanya.
            Entah kenapa Farah rasa keseronokan menghadiri parti alumni nie jadi hilang. Tak rasa apa-apa dah sekarang.kalau boleh, dia nak balik sekarang juga. Dia mahu bersendirian. Gelak tawa di sekeliling tak membawa apa-apa makna padanya.
            “Excuse me..”Farah bangun. I need to be alone now.
            Farah meninggalkan Cafe SPS yang riuh rendah. Kakinya melangkah perlahan menyusuri aspal kosong. Kini dia sendirian di belakang dewan. Tenang. Sunyi. Suasana riuh rendah tawa di ganti dengan riuh rendah cengkerik bersahutan.
            Satu keluhan kecil di lepaskan. Macam ada sesuatu yang berat di fikirannya sekarang nie. ceritanya dan Epi dah lama tamat. Tapi kenapalah perasaan nie tak reti-reti lagi nak berhenti. Keras kepala! Hahaha! Pecah tawanya. Betul lah tue kot!
            Kadang-kadang kan bagus jugak kalau sesuatu yang tak pasti tue kekal sebagai yang tak pasti. Sekurang-kurangnya kita mencari kepastian bukan macam sekarang, menerima kepastian lebih susah rupanya.
            “Kahwin juga kau Epi.. ada juga orang nak dekat kau nie yer..Epi..epi..”Farah menyeka setitis air matanya yang mula mengalir.
            “Kau sayang Epi?”
            Farah mengurut dadanya. Terkejutnya bukan kepalang “Kau nie Sarah! Boleh buat orang mati terkejut tau! Dalam gelap tiba-tiba jek muncul. Hilang mood aku nak bermonolog.”
            “Sorry, kau tue yang tak perasan aku kat sini. Baju aku punyalah lip lap lip lap nie.”
            “Hah! Yang kau sesat kat sini kenapa?”
            “Cari kau lah. Mana tau kena culik ke.. majlis dah nak tamat dah tue. Jom!”
            “Kau pergi lah dulu..nanti aku datang.”
            “Tak abis lagi bermonolog ke?”
            “Aku baru nak start, ko dah kacau.”
            “...Farah, kau masih letak harapan pada Epi?” Sarah bertanya teragak-agak, takut menambahkan lagi beban di hati kawannya.
            Lama Farah mendiamkan diri.
            “3 bulan aku cuba tipu diri aku Sarah. Kononnya meluputkan Epi dari diri aku. Tapi dia tetap ada disini. Di hati aku ini. Aku tak tau macam mana nak padamkannya.” Airmata yang mengalir di biarkan. Dah tak terasa dah. Dah lama dia menangis dalam hati. “...sakit Sarah. Rasa sakit sangat sayang kan dia. Tapi lebih sakit bila aku cuba lupakan dia.” Sarah genggam kuat tangan Farah. Cuba untuk beri kekuatan. “Aku paling takut saat ini sampai, saat aku hilang dia buat selama-lamanya. Aku tak sanggup hilang dia, Sarah. Aku sayang dia...sayang dia..aku rindu dia..” Farah dah menggogoi dalam pelukan Sarah.
            Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang turut mengikuti perbualan mereka berdua. Dan sepasang mata itu turut berkaca menakung air yang bakal melimpah bila-bila masa saja.

“... kenapa kadang-kala kita lemah berdepan dengan satu kepastian sedangkan kita boleh kuat menghadapi beribu-ribu ketidakpastian...”

0 comments:

Post a Comment