Bab 37
Farah cium tangan ibunya. Nampak
wajah itu begitu ceria melihat anaknya yang satu ini lengkap berjubah
mengenggam segulung ijazah. Pipi ibunya turut di kucup. Dia takkan berjaya
tanpa doa ibunya. Dia sampai ke tahap ini semua kerana ibunya.
Perkarangan dewan canselor meriah
hari ini. Para graduan masing-masing dengan wajah gembira bersama keluarga
masing-masing. Riuh rendah suasana di tambah lagi dengan gelak tawa dan sorakan
para graduan.
Dalam keramaian itu, entah kenapa pandangan matanya
menangkap jugak kelibat Epi bersama keluarga. Pandangan mata mereka bertemu. Farah
tunduk. Saat dia mengangkat kembali wajahnya, Epi dah berdiri di hadapannya.
Kaget sebentar Farah. air liur yang di telan sangkut di tekak. Bila masa makhluk
nie sampai sini?
“Assalamualaikum, makcik.” Epi tunduk hormat pada ibu
Farah. “Saya Saiful, kawan Farah.”
Ayo yo yo! Bulat kejap mata Farah. amboi, suka hati jek
introduce diri sendiri!
“Saiful...satu course ke?”
“Tak, satu fakulti. Saya ambil course muzik. Makcik
datang dengan siapa nie?”
Farah sekadar mampu berdiri tegak disitu di antara Epi
dan ibunya. Yang mak aku nie terlebih peramah pulak kenapa nie? Mahluk nie pun
bukan main manis lagi senyum dia hari nie!
“Farah! sini jom amik gambar!” sedang terkaku tue
tangannya di rentap sarah. Melayang Farah. “Makcik, pinjam Farah kejap!”
Apsal lah kawan aku semua hari nie aggressive sangat?
Sambil bergambar tue matanya tak lepas melihat aksi Epi
dan ibunya. Nampak rancak pulak tue bersembang. Tak puas hati aku nie.
“Farah, senyum..”
Farah senyum automatik. Tapi senyumannya mati tiba-tiba.
Rasa nak melompat katak kat situ jugak. Epi dah gila! Epi bawak famili dia
jumpa mak aku!
“Hoi, Farah. tue sesi perkenalan besan ke?” Sarah yang
terkekeh ketawa di sebelahnya diluku dengan sikunya. “Aduh!”
Farah meninggalkan Sarah yang masih menggosok kepalanya.
Dia menghampiri ibunya dan, epi dan keluarga Epi. Atur langkah cuba di kawal
agar tak nampak janggal. Napa aku rasa seram sejuk nie?
“Nie lah Farah yer?” lagi 3 langkah dia nak sampai, ibu
Epi nak menegurnya. Rasa cam nak terpelecok kat situ jugak. Senyumannya pun
rasa sumbing nie. Tangan ibu Epi di kucupnya.
Pada bapa dan abang Epi sekadar tunduk hormat. Lalalala..lidah aku
kejang!
“Nie lah Farah yang selalu Epi cerita ya?” soalan Abang
Epi lebih di tujukan buat Epi. Epi di lihat senyum ala malu-malu.
Cerita? Confirm kena kutuk jek nie! Cis! Nasib baik depan
famili kau! Nanti kau!
“Atuk! Atuk!” jeritan kanak-kanak itu menarik perhatian
mereka semua. Kelihatan dua orang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 3
tahun berlari dan terus memeluk bapa Epi. Di belakang mereka ada seorang
perempuan dan satu lagi pasangan.
Farah tak tahu apa fungsinya berdiri di situ. Sepatutnya
dia tak datang ke sini tadi. Masuk jerat sendiri aku nie nampak gayanya!
Farah terasa jubah yang di pakainya di tarik. Salah
seorang budak lelaki tadi yang menariknya. Farah tunduk sambil memegang tangan
budak tersebut. “Siapa nama?”
“nama saya Afiq. Akak, kak Farah kan?”
Farah gosok kepala Afiq. Suka dia melihat kepetahan budak
lelaki itu.
“Afiq, bukan akak Farah lah.” Tiba-tiba budak lelaki yang
seorang lagi menyampuk. Budak laki itu kini
dah berada dalam dukungan Epi. “Kita kena panggil Makcik Farah.”
“kenapa?”tanya Afiq
“Sebab dia nak kahwin dengan Pakcik Epi. Jadi kena
panggil Makcik Farah lah bukan akak.”
Ok Ow! Rasa muka dia dah macam kena simbah sos tomato plus
minyak tanah saat ini. Malunya! Rasa macam nak lari masuk dalam semak!
Famili Epi ketawa melihat reaksinya. Kelihatan bapa Epi
menepuk bahu Epi. Ibu Farah pula senyum lalu menggosok lembut tangan Farah.
“...telah ku sampaikan pada
alam betapa aku menyayangimu.kau mahu tau?...hujan itu airmataku, sinar bulan
itu cahaya kasihku dan angin itu kata rinduku...”
0 comments:
Post a Comment