05 January 2013

kata hati ini (part 35)


Bab 36

“assalamualaikum!”
“Waalaikummussalam. Awal balik hari nie Farah?” Farah capai tangan ibunya lalu dicium. Pipi yang makin di mamah usia itu turut di cium tanda kasih pada ibu tercinta.
“Hari nie kerja tak banyak boleh balik awal. Ibu masak apa hari nie?”
“Balik tau nak makan jek! Baru pukul 6, ibu baru nak masak. Farah dah lama tak tolong ibu masak kan. Apa kata hari nie kita masak sama-sama.”
“Yelah..yelah..Farah tolong ibu hari nie. Tapi bagi Farah mandi dulu yer..”
“Pergilah..jangan lupa solat sekali.” Farah menjawab arahan ibunya dengan senyuman.
Masuk sahaja ke bilik, Farah terus melompat atas katil. Ah! Tempat yang paling enak dan nyaman adalah di atas katil sendiri! Lamanya tak dapat bergolek atas katil macam nie! Baru praktikal dah sibuk macam nie, nak permanent kerja nanti mesti lagi sibuk.
Farah mencapai patung Epi di tepi bantal. Patung itik Epi nie masih setia menemaninya tiap malam. Ibunya pun kadang-kadang merungut. Katanya menyemak jek patung nie. Berkepit jek. Mana taknya, kalau tengok TV patung nie pun dalam pelukannya. Even masa outstation, patung tue tak pernah dia tinggalkan.
Nak buat macammana...nie jek yang tinggal padanya. Nak peluk orang yang bagi patung dah tak dapat dah. Nak berkepit dengan orang yang bagi patung pun dah tak dapat dah..
Farah senyum sendirian. Hidung patung Epi di picit-picitnya. Farah bangun duduk di atas katil. Dia meleraikan ikatan tudung di kepalanya. Rambut yang seharian terperap di uraikan. Dah panjang dah rambut nie. Dah lepasi paras pinggang dah.
Farah bangun malas menuju ke bilik air. Penatnye..sekali dapat berehat, malas dah nak bangun! Pemalas punya budak!


Habis makan malam, selesai sahaja Farah menolong ibunya mengemas dapur, Farah terus capai kunci kereta.
“Nak kemana Farah malam-malam nie?”
“Keluar jap,bu. Tiba-tiba nak makan aiskrim. Sape soh TV tue tunjuk aiskrim tue macam sedap. Ibu nak kirim apa-apa?”
“Tak ada apa-apa lah. Pagi tadi ibu dah pergi beli barang dah.”
“OK. Kejap jek Farah keluar. 7-eleven depan tue jek.”


Tak tahu lah kenapalah hari nie tiba-tiba jek tekak teringin kan slurpy. Memang takdir Allah. Kalau tak mesti tak jumpa dengan Amirul..
            “Mirul?”
            “Ya Allah, Epi!”
            Aiyak! Dah jadi jejak kasih plak kat tengah 7-eleven nie. Nasib malam, tak lah ramai orang sangat.
            “Aku tak tau pun citer kau lepas final exam hari tue? Mana kau pergi hah? Puas aku cari kau! Aku ingat dah terjun bunuh diri kat lombong belakang Kampung E tue!”Mirul over excited melihat kawan baiknya.
            “Hotak kau! Apa kes nak bunuh diri? Lepas exam aku terus balik kampung aku. Lepas tue aku terus datang buat praktikal kat sini.”
            “Mana tau ada orang frust menonggeng ke...”
            Pecah tawa mereka meriuhkan kejap suasana di dalam 7-eleven tue.



            Iyaa!!! Dah macam orang mengandung plak. Mengidam malam nie nak makan aiskrim. Siapa suruh TV tue tayang iklan aiskrim yang cam sedap. Kalau kucing pun boleh terliur sampai tergulung benang apa lagi aku. Betul tak?
            Farah mengimbang bekas aiskrim atas tangannya. Senyum meleret terukir dibibirnya. Alamak! Ada makhluk menyekat laluan plak. Berdiri tengah jalan cam empangan temenggor sekat sungai Perak! Nak wat meeting dalam bilik mesyuaratlah bukan tengah laluan orang!
            “Excuse-me.”pedulik apa! Aku nak lalu. Tepi sikit!



            “Excuse-me.”sedang rancak Epi dan Amirul berborak. Ada pulak suara menganggu. Epi bergerak ke tepi sikit. Rancak sangat berborak tak sedar pulak mereka menghalang laluan orang.
            “Wei, kita lepak luar ah! Banyak citer nie! Tak sesuai borak kat sini nie.”
            “Jom. Tapi bagi aku bayar barang aku nie.” Amirul menuju ke kaunter. Tak ramai. Ada seorang perempuan bertudung sahaja. Itupun dah selesai dah urusan gayanya.
            Tak kemana pun mereka. Jadi mat lepak jap malam nie. Melepak depan 7-eleven tue jek.
            “kau silap Epi. Kadang-kadang aku rasa korang nie memang sama-sama bodoh tau tak?”
            Keletuk! Epi luku kepala Amirul dengan bekas slurpy di tangan. “kau nak kata aku bodoh takpe. Tapi farah..jangan..”
            “Yelah, Yelah! Payah betul orang sayang orang nie. Tuelah suruh cakap awal-awal tak nak. Takdelah benda jadi complicated macam nie. Dia kat shah alam nie jugak kan? Kau tak de jumpa dia ke?”
            “baguslah aku sayang orang bukan sayang binatang! Dunia nie orang kata memang tak luas. Tapi bila kau nak mencari seseorang, kalau Tuhan tak izinkan untuk bertemu selisih bahu pun tak perasan..manalah aku tau nak jadi camtue...”
            “Sebab kau tak tau lah kau kena siap sedia. Dahlah berapa orang jek yang tau Murni tue adik susuan kau. Tau dia sepupu kau pun tak ada tau. Nasib baik jek aku pernah jumpa kau dengan dia. Kalau tak aku pun tak tau.”
            “Farah yang tak tanya kenapa..”
            Keletuk! Kali nie giliran Amirul pulak balas dendam.
            “Aku cakap dua-dua bodoh tak kasi. Masa pertama kali kau cakap kau sayang dia, mestilah dia terkejut. Tiba-tiba dalam masa dia nak fikir tue nampaklah pulak kau dengan Murni.bestnya! hancur berkecai lah hati dia.”
            “kau rasa dia sayang aku tak?”
            “kalau dari apa yang dia cakap dulu..dululah..dia sayangkan kau...tapi tue dulu,mana tau sekarang dia dah jumpa..”
            “Jangan nak menakutkan aku lah!”
            “Tanyalah dia lagi sekali. Tak pun ikut instict kau. Tak lama lagi grad, kau jumpa dia, tanyalah balik.”
            “Aku takut..takut jadi macam dulu...”
“Cuba dulu. Jadi atau tak belakang kira. Yang penting kau dapat jawapan. Bukan terus menduga apa yang bakal terjadi...lagipun dulu tue bukan dia larikan diri pasal kau luahkan perasan tapi kan miscommunication. Sorok lagi family kan..”Epi senyum sumbing mendengar perlian Amirul.



“Saiful, jam 10 nanti ada meeting pasal sountrack drama untuk Pujangga Production. I want you to be there.”
Belum sempat aku duduk pun, dah dapat arahan dah? Isk isk isk..nak buat camner kan? Epi just mengangguk. Terdengar tawa kecil seseorang yang melihat reaksinya menerima arahan pagi-pagi nie.
“Apa gelak-gelak?”Dia mengangkat kening pada Suraya yang setia menyambut sesiapa yang masuk ke Insync Studio nie.


Farah meneliti jadualnya untuk hari tue. Tak ada secreatary lagi, kenalah susun jadual sendiri. Aiyak! Sedar lah diri tue sikit!
“Farah, kul 10 ko ada apa-apa kerja tak?” abang Mad, Production Managernya tiba-tiba dah terpacak depan mejanya.
Kus semangat! Makhluk nie memang jalan pun tak der bunyi. “..hmm.. ada meeting pasal soundtrack drama baru dengan Insync Studio. Ikut En Arman.”
“..takper..nanti saya mintak Rina ganti awak ikut En Arman tue. Saya nak awak ikut saya. Nak pergi tengok location untuk drama baru tue.”
“Ok..” menurut perintah tuan!
            Asyik-asyik kena tengok location, tengok prop. Panas tau! Kalau meeting sejuk sikitlah. Tapi boring. Well, masing-masing ada pro and con... tapi, diorang kata staff kat Insync Studio nie hensem-hensem tak macam staff kat Pujangga Production nie...huhu..takde jodoh...

“...di antara kita tak pernah terpisah...kenangan itu pengikat kita...rindu itu penghubung kita. Kita masih bersama...dari dulu dan selamanya...”

0 comments:

Post a Comment