04 January 2013

kata hati ini (part 34)


Bab 35

            Epi menghirup hot choc yang masih berasap. Kerja dah kurang. Tapi dia nak siapkan not terakhir nie sebelum balik. Sekilas matanya menjeling ke arah jam segi empat bertali kulit yang dah hampir 2 tahun di pergelangan tangannya mengantikan jam usang pemberian bapanya...
“Epi, bak tangan kau!” berkerut dahi lelaki itu mendengarkan permintaan Farah.
“Buat apa?”
“Bagi jer lah...”
Epi hulurkan tangan kanannya.
“Kau pakai jam tangan mana?” baru Farah teringat nak bertanya.
Epi hulur tangan kirinya pula.
Agak terkial-kial juga Farah nak memakaikan Epi jam. Sedikit pun dia tak berani nak angkat muka memandang Epi yang pasti sedang memerhatikannya saat ini. Farah senyum bila jam tangan itu dah kemas tersemadi di tangan Epi.
            Kenangan... Epi geleng kepala. Gitar yang tersandar di dinding di capai. Tune gitar di periksa. Kemudian jarinya melagukan melodi.
            “Bagi sepuluh sebab kenapa kena ajak kau. Dah lah janji nak ajar aku main gitar, tapi  tak ajar-ajar pun.”
            Epi sengih menampakkan barisan giginya. “Kau belilah gitar sendiri dulu...”
            “Dah beli dah... mane tadi Sarah, gitar yang kau beli tue...” farah menyelongkar beg plastik dalam tangan Sarah. Sebiji gitar mainan yang Sarah beli untuk adiknya di bawa keluar. “Nah, nie gitar. Bleh lah...”
            Pecah ketawa mereka semua. Ada ke patut gitar mainan yang nak di buat belajar. Jari pun tak muat nak tekan chord!

“Kau nie...ke hulu ke hilir dengan gitar. Janji nak ajar aku...” Farah menarik muka.
Epi gelak kecil. Entah apa yang menggeletek hatinya. Farah kerut kening.
“Aku ingat kau main-main. Ok, ok! Nanti kita buat jadual. Kenapa kau minat sangat nie?”
“Nak cari pakwe yang pandai main gitar tak jumpa-jumpa so kenalah belajar main tuk diri sendiri. Nasib badan...”
“Farah...”
Satu nama itu meniti di bibir Epi. Entah di manalah gadis itu sekarang. Hilang arah di mana hendak di cari gadis itu. Farah seolah-olah bertekad untuk lari darinya. Nombor telefon di tukar. Dan baru hari itu dia ke Johor mencari Farah di kampung halamannya, tapi dia di maklumkan Farah dan keluarganya dah berpindah. Ke mana pindahnya, tidak dapat nak di jejaknya. Kenapa sampai begini Farah?
Banyak perkara mereka buat sama-sama. Dia tengok Farah ketawa, Farah menangis, Farah merajuk...dia rindukan Farah...
            “Terima kasih.” Farah mulakan bicara.
            “Untuk apa?”
            “..sebab datang tengok aku malam nie lah!” dia nie kan... memang sengaja buat aku blushing! Dah lah mekap nie tebal 2-3 inci, nie nak tambah lagi tebal kulit muka aku ke!

“Cium sikit?” Epi hala pipi pada Farah.
            Cepat Farah memukul dengan tuala mukanya. “Gatal ea!”

“Aku nak mintak satu hari kau untuk habiskan masa dengan aku.” Farah melafazkan perkataan itu dengan satu nafas.

 “Apa kau tengok?” Epi melihat sekeliling. Dari tadi dia lihat anak mata Farah tak berganjak dari wajahnya.
            Farah geleng kepala seraya tersenyum. “Kau makan aiskrim, comot!”

“...Epi...” Farah mengumam di dalam tangisannya.
            “Farah kenapa nie?!” suara Epi jelas menggelabah.
            “Make me laugh please...”

“Epi, aku balik sendiri.”
“Cuba dengar cakap aku. Dah nak malam. Kalau kau naik satu bas, aku tak kisah sangat. Kau nak tukar bas lagi kat KK nanti.”
“Aku balik naik teksi.”
“Kenapa kau degil? Apa salahnya aku hantar? Satu jalan jugak kan.”
“Salah..banyak salahnya..”
“Sejak bila jadi kesalahan untuk aku hantar kau balik?”
“Mak aku tak kasi aku naik motor dengan lelaki.”
Epi senyum sumbing. “Habis selama nie kau naik motor dengan aku  mak kau kasi pulak. Bila mak kau pesan tue?Tadi? Malam tadi?”
“Aku boleh balik sendiri Epi!”

“Epi..” Farah mendongak mencari wajah Epi di sebelahnya. “Boleh aku pinjam bahu kau?” Farah tak tunggu jawapan Epi. Kepalanya di lentokkan ke bahu Epi.
Epi gelak tiba-tiba. Kenapa sayangnya pada gadis itu masih kuat sampai sekarang? Sakit menyayangi Farah masih lagi terasa.
Mood nak tulis lagu pun dah hilang. Epi kemas mejanya ala kadar. Jaket di sarung. Beg di capai. Lampu studio di tutup.
minyak di pulas. Enjin RXZ mengaum. cermin helmet di turunkan. Epi pecut motornya ke jalan besar. Menyelit di celah-celah ribuan kereta yang bersesak.
Lampu isyarat bertukar merah. Epi memperlahankan kelajuan dan berhenti di sebelah Satria Gti. Gelagat pemandunya yang kelihatan rancak mengikut irama lagu dari radio tidak langsug menarik perhatian Epi.



Farah mengetuk jarinya di stereng kereta Satria Gti nya mengikut rentak lagu yang berkumandang di radio. Nasib baik ibu belikan kereta nie kalau tak makin payah lah nak berulang-alik ke tempat kerjanya setiap hari. Sayang ibu!
Clutch di tekan, gear di gerakkan. Farah mengimbang minyak. Motor RXZ yang berhenti di sebelah sekadar menarik hujung matanya sahaja. Nak di intai penunggangnya, pakai helmet fullface pulak! Clutch di lepas perlahan. Farah membelok ke kiri. Dan motor RXZ terus menderu ke jalan lurus.

“....angin, jika kau sudi, sampaikanlah lagu rinduku ini buat dia yang jauh di mata...”

0 comments:

Post a Comment