03 January 2013

kata hati ini (part 33)


Bab 34

            Fuh! Leganya! First time rasanya kerja habis awal. Takde dinner, takde shooting, takde dubbing, takde show. Bahagianya dapat balik rumah awal. Ibu pun dah bising. Dia kata menyesal bagi ambik course seni nie. Tak pernah nak melekat kat rumah. Keluar awal pagi balik lewat malam. Kesian ibu. Tak per kejap jer... lepas nie nak further study buat master. Anak ibu nak jadi pensyarah. Mesti ibu senang hati. Kerja office hour.
            Farah susun fail-fail yang berlambak atas mejanya. Laci meja di tarik. Dia nak mencari balik surat yang di terima pagi tadi. Nak tunjuk pada ibu. Tawaran buat master di UK.
            Farah senyum saat apa yang di cari dijumpai. Sampul surat sederhana besar di tarik keluar. Tanpa sengaja ada benda lain yang ikut tertarik dan  terjatuh. Farah geleng kepala. Gelojohnya!
            Farah kutip kertas yang bertaburan atas lantai. Not-not gitar...seketika fikirannya melayang.
Epi leka melihat susunan gitar yang berbaris cantik di hadapannya. Jarinya perlahan berlari di atas tali gitar.
            “kau pandai main gitar.”
            “Itu persoalan atau pernyataan? And is it an insult or compliment?” Epi menjawab tanpa menoleh.
            “Pernyataan. And take it as my compliment.”
            “Thanks!” Epi mencapai gitar akustik berwarna hitam. “Nie brand yang paling aku suka. Ibanez.”
            “Hmmm...boleh kau ajar aku main gitar?” ikhlas! Dia memang dah lama minat dengan gitar. Cuma tak ada orang yang nak ajar.
            “Serius?” Epi merenung tepat wajah Farah.
            “Yer lah!” dia nie kan... tak mahu ajar cakap lah tak mahu! “Tak mahu ajar, cakap jek lah!” Farah bersuara separuh merajuk.
            Dari Epi dia kenal muzik. Dari lelaki itu dia mula belajar main gitar. Dari seorang yang tak kenal satu pun not-not muzik nie, hari nie jarinya dah ligat berlari atas tali gitar.
            Farah labuhkan punggung atas kerusi. Bingkai gambar berkembar yang setia mengisi mejanya sejak mula dia menempatkan diri di pejabat produksi nie di capai. Perlahan jarinya meniti atas wajah di atas gambar itu. satu bingkai menempatkan gambarnya dan Epi di Tanjung Badak dan satu lagi gambar Epi seorang tersenyum pada kamera.
“Saiful.” Ada tangan dah terhulur di hadapannya. Farah buat muka tak beriak. Question mark besar dah terpampang besar di mukanya.
            “Your name?”
            Senyum. “Farah..”
Ingat lagi dulu saat mula-mula mengenali Epi. Tak pernah dia sangka mereka akan berkawan. Dan tak pernah terfikir dia akan menyayangi Epi sedalam ini. Sampai sekarang pun, dah 2 bulan dia meninggalkan bumi Sabah, sayangnya pada lelaki itu tak pernah kurang.
Tak di nafikan memang dia menolak cinta lain yang datang. Bodohkan? Seolah macam masih mengharap. Bukan...bukan mengharap...Cuma dia masih tak dapat lupakan Epi. Dia tak mahu orang lain jadi mangsa keadaan. Sayangnya pada Epi masih kuat. Dia tak mahu kecewakan orang lain.
            Mungkin satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka...mungkin satu hari nanti dia akan jumpa orang lain..mungkin... tapi, mungkin ke orang tue akan layan dia macam Epi layan dia? ...Mungkin tak orang tue nanti akan pujuk dia macam Epi pujuk selalu?
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Ada pun suara... jom amik gambar.”
Macam nak tergelak pun ada Farah rasanya.
“Tak mau.”
“..hmm...kita balik lah.”
Farah angguk.
Dalam bas masing-masing membisu.
“Kau OK?”
Farah diam.
“enggage...”
Cam nak gelak guling-guling pulak dengar istilah baru Epi tue. Suka hati jek! Farah cover senyuman dengan tangannya. Dah tak leh control nie... cepat lah sikit bas nie sampai...
“Marah lagi kat aku?”
“Mana kau tahu aku marah kat kau?”
“Aku tahulah...”

“Hai, sorang jek?” entah bila masa Epi dah terpacak depannya.
“Tak, berdua.” Dah nampak aku duduk sini seorang, lagi mau tanya ke?
 Farah masih dalam mood merajuk.
Epi masih terpinga-pinga. Payah jugak nak pujuk orang merajuk nie.
 “Aku nak ambil air aku. Tertinggal dekat cafe tadi.”
“Cafe dekat sana, bukan dekat sini.” Farah masih tak mengendahkan kehadiran Epi dihadapannya. Dia sibuk bermain dengan handphonenya.
“Ya tak ya jugak!” Epi teragak-agak hendak meninggalkan Farah.

...Mungkin tak orang tue akan tegur salah dia baik-baik macam Epi selalu buat? ...Mungkin tak orang tue akan cuba untuk penuhi permintaan dia macam Epi yang tak hampakan setiap yang dia minta?
“Hmm... aku nak mintak something dari kau....” Farah tersipu-sipu dengan muka kesian di sebelah Epi.
            “Apa?”
            “Nak mintak satu hari kau...”

Mungkin tak orang tue akan buat dia ketawa dan senyum macam Epi selalu ceriakan hari-hari dia?
“Assalamualaikum..ko sihat?”
            “Sihat. Kau?”
            “OK. Mak sihat? Eh, mak pulak! Makcik sihat?”

            “...Farah..OK.. macammana nie...Ok tarik nafas dulu...”
            “Buat apa tarik nafas...tak boleh..hidung dah tersumbat...”
            “Tarik nafas bagi hidung tue kembang...nanti tak tersumbat.”
            “Epi...”Farah senyum walau masih ada airmata yang bersisa.
            “Gotcha! You smilling right! Hmm...cuba tengok kat cermin, mesti hidung ko dah kembang.”
            “Jahat!”
            Tawa Farah bergabung dengan tawa Epi.

“smile?”
            Farah tersenyum depan gambar. Matanya dah berkaca. Kukuh lagi semua kenangan tue.. macammana Epi sekarang ya? Silapnya juga, balik saja dari Sabah terus saja nombor handphone nya di tukar. Sim card lama pula terus saja di patahkan. Kononnya niat di hati mahu mulakan hidup baru. Tapi sampai sekarang, sesekali terlintas juga kenangan tue, terngiang-ngiang juga suara Epi di telinganya. Entah bila baru dapat dia lupakan lelaki itu. Betullah, menyayangi orang memang mudah tapi nak melupakan orang seumur hidup pun belum tentu lagi.
            Farah geleng kepala. Ntah Epi ingat lagi padanya atau tak. Beg bimbit dan lap top yang dah tersedia di atas meja di capai. Farah melangkah keluar. Senyuman masih lagi menghias bibirnya. Pesan Epi untuk dia sentiasa senyum.
            “Kan elok ketawa macam tue..nie monyok jek. Orang nak ngurat pun lari tau!”
            Epi..epi... aku ketawa pun kau tetap lari jugak...

“...entah kenapa, sampai saat ini, nama kau masih tetap kukuh terukir dalam hati ini. Biar badai melanda namun, namamu tetap tak terhakis jua...”

0 comments:

Post a Comment