02 January 2013

kata hati ini (part 32)


Bab 33

            Kundasang salah satu tempat percutian yang popular untuk di Sabah. Dengan kedudukannya di kaki gunung Kinabalu sememangnya menyajikan pemandangan yang begitu indah. Ini bukan kali pertama farah ke sini tapi kali ini lebih istimewa kerana Epi ada bersamanya walaupun hubungan mereka masih tak bernama. Sedih terselit di sebalik tawanya. Mungkin ini percutian terakhir bersama mereka. Esok malam dia akan pulang ke semenanjung. mungkin pulang terus.
            Gelak tawa Alan dan sarah menarik perhatiannya. Bahagialah mereka. Akhirnya kasih sayang antara mereka terikat juga. Puas dah dia melihat Sarah menangis, seronok bila tengok sekarang Sarah makin berseri wajahnya. Dia memperoleh seorang sahabat dan juga kekasih. Bertuahnya Sarah!
            Pandangannya menyapa pula wajah Epi. Lelaki itu sedang memejam kan mata. Tidur atau mungkin memikirkan sesuatu. Nampak ada butiran keringat di dahi lelaki itu. mungkin dek kerana bahang air panas nie.
            Tadi mereka dah menghabiskan tenaga menjejaki canopy walk. Macam dah nak terputus kaki berjalan mendaki bukit setinggi 835 M! Tetapi memang berbaloi lah bila nampak permandangan kat atas tue. Menyeberangi jambatan gantung sampai terjerit-jerit dia dan Sarah kena kacau dengan Alan dan Epi. Punyalah tinggi. Bawah air terjun deras dah sedia menunggu. Jatuh confirm tak hidup.
            Kembali ke bawah. Masa untuk memanjakan kaki yang penat menampung badan tadi. Sedapnya bila sesekali berendam dalam air panas. Tambah-tambah lagi dengan suhu sekitar yang sejuk. Maklumlah kaki gunung.
            Untuk hari-hari terakhir nie dia nak gembira dengan Epi. Dulu hampir 6 bulan perang dingin mereka. Terasa membazir waktu pula. Kalau tidak mesti banyak perkara yang mereka dapat lakukan. Mungkin salah dia di situ. Tapi semua dah berlalu. Macam tak dapat di betulkan. Dia pun tak tahu macammana nak ulang balik saat Epi meluahkan perasaannya dulu. Kalau boleh, dia tak akan menangguh lagi. Terus menerima saja. Pasti hubungannya dengan Epi dah bernama sekarang. Dia pun tak tahu masih ada kah sayang Epi untuknya.
            “...Epi terlalu sayangkan kau.”
            Perlukah dia terus mengharap pada kata-kata harapan tue?
            “Oi, kak! Sampai bila nak berendam tue? Aku dah kecut dah nie. Air pun dah tak rasa panas dah.” Sarah dah siap berbungkus dengan tuala dah.
            “Yelah,yelah..kita balik lah nie!”
            Tanpa Farah sedar pandangan mata Epi mengekorinya. Ada sayu pada pandangan itu.
            mereka dah sedia menyewa rumah penginapan di pekan Kundansang. Tak susah nak cari tempat untuk menginap. Kalau nak hotel yang berbintang-bintang, bolehlah menginap Kinabalu Pine Resort. Harga pun berbintang-bintang lah! Cukuplah untuk mereka berempat sebuah chalet berkembar. Dua buah bilik satu hall open air. Malam itu, selepas makan malam mereka lebih banyak menghabiskan masa di chalet mereka. Cuaca sejuk buat masing-masing nak menyelubungkan diri atas katil jek. Sarah dah sarung baju 4 lapis dah. Tergelak mereka melihat Sarah dah macam orang eskimo.
            Epi menjengah masuk ke bilik Farah dan Sarah. Di lihatnya Farah sedang berbaring atas katil sambil membaca majalah dan Sarah pula sedang menghadap laptopnya.
            “Syoh,syoh! Nie bilik perempuan. Bilik ko kat sana lah!” halau Sarah.
            “aku tengok macam tilam bilik korang macam lagi bestlah!” Epi terus melompat atas katil berbaring di sebelah Farah. menjerit gadis itu.
            “Tepi lah!!! Suka hati jek baring atas katil orang!” Farah pukul epi dengan bantal tapi Epi tak bergerak sedikit pun. Terus memejam mata konon buat gaya dah lena tidur.
            Kekecohan dalam bilik mereka menarik Alan untuk menjeguk. Senyum dia melihat Epi yang terbaring atas katil. “Epi, kau tido sini lah malam nie. Aku tido ngan Sarah”
            “Banyak lah kau!” buk! Bantal yang tadi di gunakan untuk memukul Epi tepat melayang ke muka Alan. “Amik kawan kau nie balik. Tunjukkan dia jalan yang benar.”
            Alan tak menghiraukan kata-kata Farah. dia bukan menarik Epi keluar dari bilik tapi menarik Sarah keluar dari bilik meninggalkan Farah dan Epi.
            Farah merengus halus. Malas dah nak pedulikan Epi. Dia bangun dari katil menuju ke meja. Laptop Sarah yang di biarkan terbuka di belek. Gambar mereka siang tadi dilihat kembali. Senyum sendiri dia melihat aksi-aksi dalam gambar. Epi dengan Alan lah! Macam-macam gaya!
            Farah menoleh ke katil. Aik? Tido betul ke mamat nie? Pelik dia melihat Epi tak bergerak sedikit pun.
Farah duduk di birai katil. Wajah  Epi tenang dalam lena. Farah senyum. Dia tak tahu lepas ini bila lagi dia dapat menatap wajah ini. Akan adakah lagi pertemuan antara mereka? Kesan lekuk lesung pipit kelihatan di pipi Epi. Rindunya dia pada senyuman lelaki itu. senyuman yang mampu menariknya untuk tersenyum bersama. Rasa ingin di usap rambut Epi menzahirkan rasa sayangnya. Dia tak tahu bagaimana nak cakap pada Epi yang dia juga sayang kan lelaki itu. dia tak tahu apa kedudukannya di hati Epi saat ini. Wajah Epi terus di renung. Dia tak mahu lupakan seraut wajah ini...
“Hah!!!” Epi tiba-tiba buka mata dan menyergah Farah.
Terkejut sekejap Farah. tapi cekap pula tangannya mencapai bantal lalu di tekup ke muka lelaki itu. tak lepas-lepas. Memang rasa macam nak bunuh orang saat itu. baru jek nak melayan perasaan!
“Hoi, kau nak bunuh orang ke?!” Epi bersuara sebaik dapat melepas diri. Semput kejap nafasnya. Boleh tahan juga Farah nie. Tapi dah lama tak nampak muka Farah marah.
“padan muka!” merah padam muka farah. nie marah tambah malu. Mana taknya kantoi tengah menghadap muka Epi. Majalah yang tadi di baca di capai. Dia mahu bangun tapi tangannya di tarik kembali. “Dah pergi keluar. Aku nak tido.”
“Nak tido? Jom kita tido sama-sama!”
Pap! Melekat tapak tangan  Farah di belakang Epi. “Adoi! Asal kau ganas sangat malam nie? Patah riuk aku malam nie lah!” berkeriut dahi Epi menahan kesakitan.
“Dah! Dah! Time’s up! Tambah nilai tak di benarkan. Gi balik bilik kau. Aku nak tido nie!” entah dari mana entah, Sarah dah terpacak depan pintu. Siap dengan gaya lagi menunjukkan pintu keluar pada Epi.
“Good night!” sempat lagi Sarah wish sebelum tutup pintu.
Sebaik sahaja pintu ditutup, Farah terus landing atas katil seenak-enaknya.nyamannya. dah lah memang penat. Udara pulak sejuk nie. Macam confirm tak bangun Subuh esok nie. Silap-silap tengah hari baru bangun nie.
Baru sahaja Farah tarik selimut rapat ke dada pintu bilik mereka kembali di ketuk. Farah dan Sarah berpandangan. Malaun mana pulak nie!
“Dah tido!!!” jerit Farah dan Sarah serentak.
“Aik? Dah tido boleh lagi menjawab ea?” dengar suara Epi di luar. Sempat lagi buat lawak tue. Tak cukup lagi tue. Pintu bilik tue di buat macam gendang. Macam-macam irama keluar.
“Tue ko punya. Ko gi layan. Kalau tak memang tak tido lah kita.”
Mangkuk ayun nie memang nak kena nie. Tak tau malu betul. Suka betul menganggu ketenteraman awam. Pastu dah tahu buat salah, tahu pulak buat muka kesian. Macam sekarang nie. Terpacak depan pintu buat muka seposen.
“Ye, cik abang sayang... nak apa?”
“Nak cik adik lah!”
“Kau nak kena lagi ea? Kali nie memang patah riuk aku kerjakan!”
“Ok, ok! Sori... aku salah. Tapi memang aku nak kau...kita borak kat luar, please...”Epi penuh muka mengharap. Tapi mukanya jelas serius. Macam ada perkara penting nak di bincangkan.
Farah mengikuti langkah Epi. Dan sekarang mereka disini. Duduk di balkoni depan bilik mereka. Farah menggosok kedua-dua belah tangannya untuk mendapatkan haba. Sejuknya... nampak ada wap halus keluar dari mulutnya setiap kali dia menghembuskan nafas. Macam kat oversea pulak!
“Sejuk?”
Kura-kura dalam perahu, Makan tauge dengan tauhu, Kuih tat kuih bahulu! Dah namanya pun dekat kaki gunung. Takat didih air pun dah tak 100 C! Takkan panas lak tengah-tengah malam nie. Betul lah mamat nie!
“Tak, panas!” amik kau!
Epi gelak dengar jawapan Farah. memang loyar buruk. Memang Farah yang dia kenal. Outspoken!
“Apsal kau gelak? Dah lah kacau orang, pastu gelakkan orang lagi.”
“Saje...suka! kan tue hobi aku, kacau kau! Dah lupa ke?”
            Epi gelak. “Tak...aku suka tengok kau marah. Dah 3 hari tak jumpa kau.”
            Pergilah kau kenangan... tak sanggup nak ingat lagi...tak sanggup kehilangan lagi...
            “...sok malam kau balik kan?”
            Pertanyaan Epi sekadar di jawab dengan anggukan. Pandangannya di lemparkan ke dada langit.
            “Aku hantar kau ke airport ye?”
            “Thanks, but no. Sha hantar aku nanti. Kau jangan datang. Aku mintak pada kau jangan datang. Please...” aku tak nak kau tengok airmata yang pastinya akan mengalir esok.
            “..ok...”Epi menjawab lemah. Dia akur dengan permintaan gadis itu.
            “Epi..” Farah mendongak mencari wajah Epi di sebelahnya. “Boleh aku pinjam bahu kau?” Farah tak tunggu jawapan Epi. Kepalanya di lentokkan ke bahu Epi. Matanya di pejamkan. Malam akhir...
            Epi diam. Dia membiarkan farah baring atas bahunya. Sayu bertandang dalam hatinya. Kenapa hubungan kita hanya sampai sini, Farah? kenapa sayang aku tak sampai dalam hati kau? Kenapa bahagia itu bukan milik kita? Kenapa kita tak macam Alan dan Sarah? Aku ingin meluahkannya sekali lagi, tapi lidah ini terlalu kelu. Aku takut jadi seperti dulu. Kehilangan kau lebih menyakitkan dari menyayangi kau. Kau tak tahu betapa aku hilang arah saat itu. terasa macam robot. Tak ada perasaan. Nak gelak, tapi airmata yang mengalir. nak menangis, tapi aku tertawa sendirian. Macam orang gila.
            Farah terasa Epi meletakkan kepala atas kepalanya. Dan kemudian terasa tangan Epi merangkul bahunya. Sekelip mata kehangatan tubuh Epi meresap dalam tubuhnya. Setitik airmata yang mengalir di biarkan. Kenapa harus begini akhirnya hubungan kita Epi?
“...Epi terlalu sayangkan kau.”
Sayang antara kita tak kesampaian. maafkan aku kerana menghampakan kau. Bukan kau, tapi aku yang tak sesuai untuk diri kau. Maafkan aku, kau terlalu istimewa dalam hati aku kerana itu aku tak sanggup kehilangan kau. Biar begini...biar terus tak bernama...asal aku tak kehilangan kau.

“...izinkan aku untuk terus menyayangi kau dan simpan semua kenangan kita kerana hanya itu yang tinggal untuk aku, bila aku rindukan kau...”

0 comments:

Post a Comment