01 January 2013

kata hati ini (part 31)


Bab 31

            Setelah hampir dua bulan bermastautin di hospital, akhirnya dia di benarkan untuk pulang. Alhamdulillah semuanya dah pulih. Luka semua dah sembuh. Kaki masih bersimen. Lagi 5 bulan baru boleh buka. Bertongkatlah nampaknya sampai habis sem nie. Apalah malang sem akhir kena pakai tongkat. Nasib baik field work dah tak ada. Tinggal kerja studio jek. Kalau tak parah lah dia.
            Ingatannya pun makin baik. Cuma satu yang masih dia kabur. Hubungannya dengan Sarah. Dia tak tahu apa sebenarnya pertaliannya dengan gadis itu.
            Komputer di hadapannya di pandang sepi. Wallpaper di desktop jelas gambar dia dengan Sarah tengah senyum mesra.
            Sketch book di tepi komputer di capai. Setiap helaian penuh dengan aksi Sarah. Begitu istimewa gadis itu di hatinya. Bukan dia tak rasa sekarang. Saat pertama kali dia buka mata di hospital, bila lihat wajah Sarah dia dah rasa ada sesuatu.
           

            Kemunculan Shah di hadapannya hari itu sedikit sebanyak membawa sedikit persoalan di hatinya. Sejak semester lepas, sejak Farah menolak luahan Shah padanya, Shah tak pernah lagi tunjuk muka di hadapannya. Bukan setakat itu, Shah seolah-olah lenyap dari Universiti ini.
            “Mana Shah hilang?”
            Shah senyum sambil melirikkan matanya pada Farah disisinya. “I was here but only in the early semester. I got exchange program at Japan.”
            “Wow! Tak bagitau pun!”
            “Kalau bagitau pun, does it look like you will care?”
            Sarcastic! Shah masih terasa hati ke?
            “I’m sorry...” Farah menguis kaki.
            “Nope... it was i’m sorry..not you. Actually, Shah pergi kelam kabut sikit. Ada masalah visa. Supposely dari awal sem lagi, Shah dah pergi. Tapi ada problem, tue lambat about 2 weeks. Shah pergi nie subtitute Salim. Dia tolak offer tue, and then the offer goes to me. That’s the story. Tue tak sempat bagitau Farah.”
            “it’s okay. Lagipun farah pun sibuk dari awal semester ari tue. Final year kan. Dengan produksi sendiri lagi, produksi luar lagi.”
            “i’ve heard you won best actress again. Congrats!” kata-kata Shah merujuk kepada Festival Teater Sabah yang baru berakhir minggu lepas
            “Hahaha... alah peringat Sabah. Peringkat kebangsaan tahun nie tak tahu lagi.”
            “i believe you can do it. Eh, Epi!” pandangan Shah beralih kepada Epi yang sedang melangkah menghampiri mereka. Mereka bertukar salam.
            “i got to go Shah. Lupa lak ada appointment dengan Dekan.”
            “Eh, Farah, Dekan...”Shah tak sempat menghabiskan ayatnya.Farah terus melangkah laju meninggalkan Epi dan Shah. “ Dekan kan pergi KL seminggu...”
            “She used be like that for almost 5 month already.” Epi bersuara setelah melihat kekeliruan di wajah Shah.
            “Used to be? Kenapa pulak? Lupa or saja buat-buat lupa?”
            “Bukan buat-buat lupa...she creating excuse for not to see me.” Farah, macam nie akhirnya perkenalan kita? Silap aku kah sekadar meluahkan rasa hati? Aku boleh terima penolakkan kau atas perasaan aku tapi bukan sikap kau yang jadikan aku seperti orang asing dalam hidup kau.
           
           
            “Sarah, would you please give this to Azlan Shah. Saya ada urgent meeting dengan dekan sekarang. He need this thing immediately. Would you?” Angguk tidak geleng pun tidak, Sarah menghulurkan juga tangan menyambut Fail hardcover hitam dari tangan En Lan itu biar berat terasa di hatinya.
            Dan itulah yang membawanya kini ke sini. Sarah menolak pintu bilik studio visual perlahan-lahan. Doanya dalam hati agar Alan tidak ada di situ. Bukan dia mengelak dari bertemu empat mata dengan Alan Cuma dia masih tak tahu bagaimana untuk berada disisi Alan sedangkan lelaki itu sendiri tak kenal dirinya.
            Studio kosong. Sarah menarik nafas lega. Dia tak perlu berhadapan dengan Alan. Sarah melangkah ke susunan loker di tepi dinding. Fail itu akan ditinggalkan didalam loker sahaja. Loker ketiga dari kiri di buka. Loker milik Alan. dia terpaku pada gambar yang dilekatkan di dalam loker itu. 3 keping. Dan semuanya adalah gambarnya dengan Alan. Terasa seluruh tubuhnya terketar.
            “I wonder is it Sarah in front of me right now is the same Sarah in that picture?” suara Alan bergema di belakangnya.
            Sarah tak bergerak. Dia tak sedar bila lelaki itu masuk.
            “i know i’m not the old Alan, tapi kenapa Sarah pun mesti jadi Sarah yang lain.”
            Senyuman di ukir biar nampak sumbing. Sarah berpaling menatap wajah Alan. wajah yang dirindunya sekian lama.
            “Sarah sama jek. Tak pernah berubah pun..”
            “I missed my old Sarah. The one yang ada 2 lidah and 2 mulut. Yang suka jelir lidah and potong cakap orang. Yang tak pernah mengalah walau dugaan tue seberat mana pun. Yang setia disisi Alan, yang buat Alan gembira...yang menyayangi Alan...”
            Sarah tak terkata.
            “Maybe i forgot about you, but i’ll never forget that i love you.”
           

            Shah sekadar melihat Farah dari muka pintu. Dari tadi dia sekadar berdiri di situ. Bukan malas nak melangkah masuk ke studio tue tapi tak nak mengganggu Farah yang sibuk dengan produksinya.
            “Ok. Kita rest 10 minit.” Farah mencapai tuala mukanya yang terdampar di atas beg nya. Ketika itu barulah dia sedar kehadiran Shah. “Eh, dah lama ke kat situ? Kenapa tak masuk?”
            “tak lah lama sangat. Saje.. tak nak menganggu.” Barulah Shah melangkah masuk. Dia melabuhkan punggungnya di satu sudut. Farah turut mengikuti langkah Shah.
            “Aik? Balik dari oversea nie relax jek ke? Macam tak busy pulak. Siap boleh melepak-lepak lagi.”
            “Ooo..Farah tak suka lah nie Shah datang sini nie? Yelah,yelah.”Shah pura-pura merajuk. Dah siap sedia lagi nak keluar dari studio.
            “Mera..juk! tak sesuai lah lelaki merajuk. Buruk! Sinilah...”
            Shah ketawa. Hadirnya dia disini hari nie membawa satu misi. Dari amirul dia dapat cerita tentang Farah dan Epi. Pelik jugak mendengar Farah dan Epi bermasam muka hanya kerana Epi luahkan perasaannya. Tak pula Farah bermasam muka dengannya sewaktu dia meluahkan perasaan dulu. Sehalus dan tersusun habis kata-kata gadis itu saat menolak sayangnya pada gadis itu.
            “Farah, thanks sebab masih anggap shah kawan dan still layan shah macam kawan.”
            “eh, napa pulak cakap macam tue? Mestilah! Dah memang Shah kan kawan Farah.”
            “Epi bukan kawan Farah?”
            Tergamam sebentar Farah mendengar nama Epi keluar dari bibir Shah. “Apahal tiba-tiba jek nama Epi yang keluar nie?” mood Farah berubah tiba-tiba.
            “Shah minta maaf. Shah tak patut masuk campur urusan Farah.”
            Farah hanya diam mendengar tutur bicara Shah. Tak tahu kenapa bila nama epi di sebut, dia jadi tak keruan. Marah, sedih, kecewa semua jadi satu. 5 bulan dah. 5 bulan dia tak bertegur sapa dengan Epi. Rindu! Rindu sangat dia pada gurauan lelaki itu. Rindu nak menatap wajah dan senyuman lelaki itu tapi dia tak ada kekuatan nak berdepan dengan lelaki itu.
            “Beri peluang pada Epi. Apa juga yang Epi cakap, kalau pun Farah tak dapat terima, rasanya tak patut bermasam muka macam nie. Kalau shah nie kawan Farah, apatah lagi Epi yang Shah rasa lebih rapat dengan Farah.” Kerja gila! Ada ke orang yang suruh orang yang dia sayang berbaik dengan lelaki lain? Sungguh! Sampai sekarang hatinya belum bertemu dengan pengganti Farah. Tapi dia redha andai itu terbaik buat Farah. “Jangan korbankan sebuah persahabatan hanya untuk sebuah perasaan. Hargai setiap orang kita jumpa, yang menyayangi kita sebab kita tak akan dapat jumpa orang lain lagi yang macam dia.”
            Shah hulur sekeping kad pada Farah. Di atasnya terukir sebuah madah.
            “Shah dapat offer untuk terus buat master di Jepun. Habis semester nie Shah terus pergi. Praktikal pun di sana. And make sure bila kita jumpa balik nanti, Shah masih kawan Farah.” Shah meninggalkan Farah di studio dengan sebuah senyuman.
            Kad di tangannya di belek. Madah kata di atas nya di hayati.

‘Kawan bukan macam papan ski, belum main, gilap, dah main, pijak. Kawan bukan macam bola sepak, belum dapat kejar, dah dapat tendang. Kawan bukan macam bulu tangkis, belum main pegang, dah main, pukul. Kawan tue ibarat macam ragbi, belum dapat rebut, dah dapat lindung dan jaga. Kawan tue macam jari, lukanya sembuh sendiri, hilangnya tiada ganti....’

            “Terima kasih, Shah!”


            Terkumat-kamit mulut Farah depan studio Intan payung. Dari tadi dia mengira-ngira nak masuk ke tidak nie. Dia yakin orang yang di cari ada kat dalam nie. ‘Jangan musnahkan sebuah persahabatan hanya kerana sebuah perasaan.’
Nafas di tarik dalam-dalam. Pintu studio di tolak perlahan. Terasa macam setiap pasang mata di dalam studio itu mengarah padanya. “Boleh..”tergagap Farah memulakan bicaranya.
“Hei, mirul. cuba..” Epi yang dari tadi khusyuk dengan komputernya baru menoleh ke belakang. Dan dia baru menyedari kehadiran Farah di muka pintu. Terasa macam bumi nie berhenti berputar.
“...Boleh tak, nak jumpa Epi kejap?” Farah memecahkan keheningan.
Epi tak tahu nak buat apa. Kelam kabut meja di hadapannya di kemas.
“Masuklah Farah.” Amirul menenangkan suasana. Sambil itu dia mengenyitkan mata memberi isyarat pada kawan-kawannya yang lain untuk keluar dari studio, memberi ruang pada Epi dan Farah.
“emm.. farah sihat?”
Soalan Epi sekadar di balas dengan anggukan. Terasa macam pertama kali bertemu pulak.
“Farah nak mintak tolong Epi boleh?”
“Apa dia?”
“Jadi music director untuk Farah punya produksi.”
Epi menjawab dengan senyuman.
Sunyi sepi suasana dalam studio. Farah mati idea. Kata-kata Epi tersangkut di kerongkong.
“Oklah, farah pergi dulu. Nie dalam Fail nie ada skrip and beberapa info pasal produksi Farah. Epi tengoklah dulu, ok.” Farah terus melangkah kembali ke pintu.
“Farah!” Farah menoleh. “Tak perlah..” Epi mengaru kepalanya yang tak gatal. Nak cakap apa nie?
Farah senyum melihat gelagat Epi. “Epi..”Epi masih lagi dengan muka tak keruannya itu. “I’m sorry.” Ungkap Farah sebelum dia melangkah keluar dari studio.
Epi geleng kepala. Syukur padaMu. Terima kasih kerana membawa dia kembali pada aku, Ya Allah!

            ‘...kau tak tahu betapa aku merinduimu selama ini. Betapa aku terseksa sekadar melihat kau dari jauh. Bila kau kembali, terasa ingin ku genggam erat tangganmu itu agar kau tak lagi pergi jauh dariku...’

0 comments:

Post a Comment