03 November 2012

kata hati ini (part 30)


Bab 29

“Dia dah melepasi tahap bahaya. Kami akan pindahkannya ke wad biasa. Cuma... dia mengalami hentakan yang kuat di kepala sewaktu kemalangan tersebut. Dari CT scan yang di buat, kami mendapati ada darah beku di otaknya. Mungkin ini akan menganggu sistem ingatannya. Mungkin ada beberapa perkara yang dia akan lupa.”
Penerangan doktor yang merawat Alan melegakan hati sarah. Tapi ia tak cukup lama. Senyuman Sarah mati bila dia jumpa Alan sendiri.
“Alan...” Sarah menyentuh lembut lengan Alan.
Alan buka matanya perlahan. Dia cuba mengamati beberapa figura manusia di hadapannya. Dahinya sedikit berkerut. Tapi tak lama kemudian dia tersenyum lemah. “Mak... ayah...” pandangan di alihkan pula ke sisi katil. Dia nampak senyuman manis yang di lemparkan padanya. Tapi dia tak kenal pemilik senyuman itu. berkerut dahinya cuba mengingati pemilik seraut wajah itu.
Perlahan Farah capai tangan Sarah memberi kekuatan. Sarah cuba untuk senyum.
“It’s ok, Alan. kau belum sihat sepenuhnya. Jangan paksa diri kau.”


Hari ini dah masuk minggu ke dua Alan di hospital. Doktor kata kecederaan Alan dah pulih sepenuhnya. Cuba ingatan Alan jek yang belum pulih kembali. Alan hanya ingat perkara yang lama. Perkara yang baru berlaku masih belum dapat Alan ingat lagi.
Hari ini seperti hari-hari sebelum nie. Sarah tetap setia melawat Alan setiap petang selepas kelas walaupun siapa dirinya pada Alan, Alan tak pernah ingat. Bahkan namanya pun Alan tak pernah sebut lagi. Adakalanya jika berkesempatan, Farah akan menemaninya.
Dari jauh dia nampak ada seorang perempuan disisi katil Alan. langkahnya terhenti ketika. Dia nampak Alan senyum. Dia tahu siapa perempuan tue.
“Sarah?” Farah menghentikan langkahnya setelah menyedari Sarah hilang dari sisinya.
Senyuman di lemparkan buat Farah. langkahnya kembali di hayun seiring dengan Farah.
“Assalamulaikum..” sapa Farah dan Sarah serentak.
“Waalaikummussalam.” Serentak jugak Alan dan Adia menyahut.
Sedikit buah tangan yang di bawa Sarah diletakkan di meja. Entah kenapa dengan kehadiran Adia di situ, Sarah jadi kekok tiba-tiba. Serasa ingin di ajak Farah balik saat itu juga.
“Macammana hari nie?”
“Macam biasa lah... tak de beza pun. Terbaring atas katil nie jugak lah. Nasib baik Adia datang nie, kalau tak termenung jek lah atas katil nie.”
“Cian..tak dapat nak tolong lah yek! Thanks lah Adia teman kawan kita yang seorang nie. Tapi tahan pulak Adia ya. Cerewet sikit nak jaga dia nie bila sakit nie.”
“Boleh lah tahan manja dia tue. Tak perlah, orang sakit kan. Bagi chance.”
Pecah tawa Adia dan Farah serentak.
Sarah Cuma mengikut perbualan mereka dengan pandangan mata. Buah-buahan yang di bawa tadi, di capai lalu di bawa ke sinki untuk di basuh. Selepas itu, Sarah menyibukkan diri dengan kerjanya memotong buah.
‘Alan ingat Adia...’ bisikan hatinya bersuara. Menggigil kejap tangannya memegang pisau.
Tanpa Sarah sedari, sejak dia datang tadi, tingkahnya tak lepas dari pandangan mata Alan.
Telefon Adia berdering tiba-tiba. Adia meminta diri untuk menjawab panggilan. Sarah menghulurkan sepinggan epal yang siap di potong pada Alan dan Farah.
“Kenapa diam jek?”
“Siapa?”
Alan mengangkat jari telunjuk ke arah Sarah.
“Ark?!” Sarah turut sama mengangkat jari telunjuk ke arah dirinya sendiri. Seketika kemudian dia mengukir senyuman. “Takde apa nak di ceritakan. Dengar jek lah orang lain bercerita.”
“Ada orang terencat mood..”sampuk Farah tiba-tiba. Sepantas kilat jari Sarah mencari sasaran. Sepantas itu juga Farah menepis. Riuh wad dahlia dengan gelak tawa Sarah dan Farah.
“Assalamualaikum. Kecoh betul. Dari luar dah dengar suara.” Suara itu mematikan tawa Farah.
Epi berjabat salam dengan Alan. kelihatan mereka berbicara sesuatu. Tak tahu kenapa Farah tak dapat menangkap butir bicara mereka. Tangannya menggigil.
“Guys, ada perkara pentinglah. Alan, Adia tak dapat temankan Alan malam nie. So sorry.” Kemunculan Adia menyentak Farah yang terkaku di tepi katil sejak tadi.
“Its Ok. Alan boleh jaga diri...”
“I don’t think so...dengan kaki macamnie..why not Sarah tolong jaga Alan.  boleh kan Sarah? Adia betul-betul ada hal.”
Sarah sekadar mengangguk. Tak sempat pun nak fikir apa-apa. Saat Adia mencapai tangannya baru dia sedar. ‘Jaga Alan malam nie? Maknanya tidur ngan Alan, eh silap, tidur kat hospital... Maknanya kena uruskan semua keperluan Alan?’
“Sarah, i think i need to go now. Dah pukul 6 dah nie. Aku balik sorang tak leh balik lambat.” Farah capai beg silangnya.
“Aku hantar kau balik.” Epi bersuara tiba-tiba.
“Its OK. Aku naik bas jek. Tak perlu susah-susah.”
“Nak gelap dah Farah. ko nak kena tukar bas lagi kat KK nanti. Aku rasa baik kau balik dengan Epi.” Alan turut sama memberikan pandangan atau macam lebih jelas satu arahan.
“Aku...”
“I said i sent you home.”
Farah tak bersuara mendengar suara tegas Epi. Wajah Epi juga jelas serius. Dia mengikut langkah Epi dari belakang.
Sarah disisi katil Alan cuba menyibukkan diri dengan surat khabar yang tersedia di situ. Saat terasa Alan bergerak baru dia mengangkat wajah.
“Alan nak apa-apa? Nak air?”
Alan menggeleng.
“Sarah...maafkan Alan sebab tak dapat ingat Sarah.”
“Tak per Alan. satu hari nanti Alan ingat jugak. Jangan paksa diri Alan. “
“Tak..tak OK..”Aku tahu ada sesuatu antara kita. Bukan kawan...memang aku tak dapat satu clue pun siapa kau tapi wajah kau yang datang dalam mimpi aku tiap malam....



“Epi, aku balik sendiri.”
“Cuba dengar cakap aku. Dah nak malam. Kalau kau naik satu bas, aku tak kisah sangat. Kau nak tukar bas lagi kat KK nanti. Dah lah sorang-sorang, malam lagi nie.”
“Aku balik naik teksi.”
“Kenapa kau degil? Apa salahnya aku hantar? Satu jalan jugak kan.”
“Salah..banyak salahnya..”
“Sejak bila jadi kesalahan untuk aku hantar kau balik?”
“Mak aku tak kasi aku naik motor dengan lelaki.”
Epi senyum sumbing. “Habis selama nie kau naik motor dengan aku  mak kau kasi pulak. Bila mak kau pesan tue?Tadi? Malam tadi?”
“Aku boleh balik sendiri Epi!”
Farah mula menghayun langkah tapi tangannya di capai Epi. Orang ramai yang melihat aksi mereka tak di pedulikan.
“Kita kena selesai kan perkara nie.”
“perkara apa nak di selesaikan? Tak de apa-apa.”
“Aku tak tahu kenapa kau berubah. Berubah sangat. Bukan Farah yang aku kenal dulu. Dah nak masuk 3 bulan kau larikan diri dari aku. Call aku kau cancel kan. Nampak aku kau lari. Apa salah aku?”
“Kau tak salah apa-apa.”
“Aku nak Farah yang dulu...kalau pasal apa yang aku cakap dulu yang buat kau berubah. Kalau kau tak boleh terima...terima apa yang aku cakap tue. Lupakan saja. Anggap tak pernah berlaku. anggap aku tak pernah cakap semua tue. Aku nak kita macam dulu.”
Lupakan?! Lupakan sebab kau dah jumpa orang yang lebih sesuai?! Lupakan sebab perasaan itu dah tak ada untuk aku?!
Sebuah teksi melintas lalu di hadapan mereka. Cepat Farah mengangkat tangan menahan. Farah terus meloloskan diri ke dalam teksi tanpa menghiraukan Epi.
“Farah!”

“...menyayangi kau memang menyakitkan tapi kehilangkan kau lebih menyeksakan aku...”

3 comments:

RIZZNA said...

alaaa...kena baca dari episod 1 nampaknya nie...

** kan ada pasangan kekasih baru yg dah confirm nak pegi :)

auRoRa^boRealis said...

baca jgn x baca, pjg lagi sambungan nya nie.
psangan kekasih baru????? hehehe

RIZZNA said...

Cameron lambat lagi,kena plan elok2. Tapi QC kalau dh ckp nak gi, mmg jadi punya lahhhhhh

Post a Comment