02 November 2012

kata hati ini (part 29)


Bab 28
           
            Matanya tertancap kaku di muka pintu bilik kecemasan itu. menunggu saat lampu merah di atas pintu yang menyala sejak sejam lalu itu padam. Dalam hatinya doa tak pernah putus agar tidak ada apa-apa yang akan berlaku. walau hakikatnya dia tahu takkan semudah itu. kemalangan itu mungkin sahaja akan meragut nyawa.
            “Sarah..” Farah menyentuh perlahan bahu kawannya itu. dia faham perasaan yang bergelojak dalam hati Sarah saat ini.
Saat dapat berita kemalangan Alan tadi jelas pucat tak berdarah wajah Sarah. Sekelumit pun dia tak bergerak dari bangku yang diduduki. Bila Farah ajak dia ke hospital pun reaksinya macam orang bodoh. “Nak buat apa pergi ke hospital?” otaknya masih belum dapat mempercayai berita yang di terimanya itu.
Pintu bilik kecemasan di buka dari dalam. Bingkas farah dan Sarah berdiri.
“Doktor, macammana?”
“Awak ahli keluarga Mohd Azlan Shah?”
“Kami kawan-kawannya. Keluarganya masih di semenanjung. dalam perjalanan mungkin.”
“Baiklah...buat masa sekarang kami akan tempatkan dia di wad ICU. Jika dalam masa 12 jam ini dia tak sedar juga, kami tak dapat buat apa-apa.”
“Boleh kami melawat dia?”
“maaf. Untuk 12 jam yang akan datang nie sebarang pelawat adalah tidak di benarkan.”


Dari luar cermin Sarah memerhatikan Alan yang terbaring tak sedarkan diri. Wayar meliliti tubuh Alan. Nampak dada Alan bergerak perlahan seperti jalur-jalur terpapar di skrin mesin. Ribuan doa di panjatkan saat ini. Dia mahu Alan selamat. Dia mahu Alan sihat. Dia mahu Alan dapat kembali seperti dulu...
“Assalamualaikum...wah, dah makin lupakan orang nampak?!”
Sarah menelan makanan tanpa sempat di kunyah. “Boleh tak kasi orang telan makanan betul-betul. Nasib tak tercekik tau!”
“Sorry..sorry..” Alan menghulurkan air pada Sarah yang dah merah padan mukanya. “Tue lah daulat lupa kawan.”
“Siapa lupa siapa nie... dah Alan sibuk.takkan nak kacau pulak.”
“Bunyi lain macam jek...”
“Asal? Alan dengar bunyi lembu ke?”
“Tak...tapi macam bunyi katak panggil hujan.”
Keletuk!
Alan gosok kepalanya yang baru kena hentak dengan botol air mineral.
“Evolusi jadi ganas ke?!”
“Padan muka!”Sarah menjelirkan lidahnya.
“Jelir-jelir! Tarik lidah tue kasi panjang sampai kaki!”
Farah buat muka selamba. “..Adia mana?”
“Adia?”
“Yelah..selalu Alan dengan Adia kan...”
“Oooo..nie bawak diri nie..kes jeles ke?”
“Tolonglah! I’m not that type of girl ok!”
“Yelah tue... hari tue Adia mintak tolong buat poster untuk projek marketing dia. Tue yang selalu dengan dia tue. Tak delah selalu sangat pun. Alan kat studio. Sarah jek yang tak datang kat studio tue.”
Datang untuk tengok sesuatu yang melukakan, buat apa? “Alan dengan Adia macammana sekarang?dah baik balik macam dulu ke?”
Alan senyum. “Adia dengan Alan hanya kenangan. Mungkin jodoh antara kitorang hanya untuk berkawan. Lagipun....alan dah jumpa seseorang yang istimewa. Cuma Alan lambat nampak dia. Tak sedar kehadiran dia selama ini.”
Aku jugak yang terlambat nak merebut hati kau. Mungkin jodoh antara kita hanya sebagai kawan. “Siapa orangnya?”
“hmm...Alan bagi clue lah. Orang tue ada 2 biji mata, satu hidung...”
“..satu mulut, dua telinga, dua kaki, dua tangan.”Sarah memotong kata-kata Alan.
“Salah...dia ada 2 mulut. Sebab dia suka sangat potong cakap Alan.”
Sarah jelir lidah lagi.
“Dia pun ada 2 lidah sebab suka jelir lidah dia kat Alan. Tak caya cuba Sarah pusing belakang.”
Dalam teragak-agak tue, Sarah pusing jugak badannya ke belakang. Yang di lihatnya hanyalah cermin besar yang tergantung di dinding. Dia tak lihat sesiapa di situ.
“Mana?”
“Sarah tengok cermin tue, Sarah nampak muka siapa? Itulah orang yang istimewa untuk Alan.”
Sarah pusing lagi. Kalau dah tengok cermin, mestilah nampak muka sendiri. Takkanlah...
Saat Sarah berpaling ke depan semula. Alan dah tiada di situ. Yang tinggal hanya sekeping nota dan sekuntum bunga ros.


“Sarah...kita balik dulu ok? Esok kita datang. Kalau tunggu pun tak boleh jumpa. Balik ok?” Farah memujuk kawannya yang dari tadi tak bergerak di depan wad ICU.
Sarah menyerahkan sekeping kertas ke dalam genggaman Farah. dibiarkan Farah baca sendiri kata-kata yang tertulis di atas kertas itu.
Sarah,
Bukan Alan tak menyedari kehadiran Sarah disisi Alan selama ini. Alan cukup sedar. Apatah lagi rasa sayang yang kian bercambah dari hari ke hari. Cuma Alan terlewat menyedari perasaan sayang itu.
maafkan Alan, Sarah. Alan buat sarah lama menunggu. Dari dulu lagi sememangnya Sarah berada di tempat istimewa di hati Alan. sambutlah cinta Alan ini kiranya ada kesempatan lagi...
Alan

“...kau ada di hadapan ku, tapi kenapa tanganku ini tak dapat mengapai diri mu mahupun bayang mu...”


0 comments:

Post a Comment