01 November 2012

kata hati ini (part 28)


Bab 28

Rasa macam luruh segala kekuatannya saat itu. segala urat sendi yang menyambung otot-ototnya dah longlai. Hampir saja buku kajian teater Malaysia yang dalam genggamannya terlepas dari pegangan. Kaki dah tak larat nak melangkah ke studio. Sesak! Paru-parunya terasa kosong. Terasa darah yang di pam tak mampu nak berjalan ke seluruh badan. Kaku.
Mustahil dua biji mata ini akan membohongnya. Tak mungkin impuls yang di hantar ke otak tersalah tafsir. Figura yang di lihatnya tak mungkin silap. Jaraknya tak jauh. Tak sampai 10 langkah pun. Cuma orang di hadapannya sahaja yang tak sedar kehadirannya di situ.
Dia nampak senyuman mesra Epi. Tapi senyuman itu bukan untuknya. Gadis kecil di sebelah Epi tunduk hormat mencium tangan Epi. Epi pula lembut memegang kepala gadis kecil itu sebelum memulas minyak motor meninggalkan perkarangan dewan kuliah.

“Macam mana kalau sayang aku pada kau lebih dari seorang kawan?” Epi melafaz tenang. Namun matanya masih tak melepaskan gadis di hadapannya.
Farah terpinga seketika. Terasa impuls yang di hantar oleh telinga itu payah untuk di tafsirkan otaknya.  Tadi Epi yang lama tak di ketahui khabar berita tiba-tiba sahaja muncul di studio latihannya. Dan kemudiannya entah bagaimana perbualan ringkas mereka boleh terlanjur kepada soal hati dan perasaan. Dan saat ini Epi meluahkan perasaan kepadanya. Apa nie?
“Kau baca skrip adegan mana tue?” Farah cuba berlagak tenang. Walau dia sedia tahu tak ada dialog tue dalam skrip produksinya. Jantung yang berdetak dah tak dapat di tafsir berapa kelajuan.
“Farah...aku tak pernah jatuh cinta dan aku juga  takkan jatuh cinta dengan orang lain selain diri  kau...”kali ini Epi melafazkan dengan lebih jelas. Tak ada lagi isi tersirat.
Berderau darah Farah. nie dah off-handed habis! Terasa muka dah macam kena simbah dengan minyak panas. Nak jawab apa? Ya?
“Farah masuk dulu. Latihan dah mula. Budak-budak nie kalau tak di tengok, tak jalan nanti.” dia tak menunggu lagi. Wajah Epi juga tak di pandang langsung.
Epi meraup muka bila tubuh Farah hilang dalam studio S.Kadarisman. No answer... Farah... apa yang kau cuba sampaikan?



Pandangan terasa kabur. Namun adegan Epi dan gadis kecil itu masih berputar di kotak ingatannya. Bersilih ganti dengan saat Epi meluahkan perasaannya minggu lepas. Kebahagiaan yang baru nak berbunga dihatinya kini hancur lebur. Apa maksud kau Epi? Kenapa kau buat aku begini?
 Mmenyayangi orang memang menyakitkan.... airmata cuba di tahan dari mengalir. Nafas di tarik dalam-dalam. Namun dia gagal. Perasaan di dalam membuak untuk di luahkan. Airmata yang tadi cuma bertakung kini mula melimpah keluar. Beranak sungai  wajahnya dengan cecair bening itu. tak sedar Farah terduduk di tebing jalan itu.

“...aku tak nak mengenali kau kerana aku takut kita akan jadi rapat, dan bila kita mula rapat aku takut pula akan menyayangi kau.. dan kini aku takut akan kehilangan kau...”

0 comments:

Post a Comment