31 October 2012

kata hati ini (part 27)


Bab 26
           
            Farah campak ke tepi skrip di tangannya. Mukanya dah merah padam. Rasa macam ada asap yang berkepul-kepul keluar dari hidung dan telinganya. Pelakon-pelakon produksinya yang terdiri dari junior-juniornya rasa sekecil ibu jari jek pada pandangan matanya.
            “Kamu semua nie masuk sini amik course apa?” Farah bersuara datar. Tak seorang pun berani menjawab. “Kalau macam nie gaye awak berlakon, tukar lah course awak semua nie. Tak payah amik teater lah!”
            Budak-budak produksinya semua dan macam tikus nampak kucing. Tak pernah nampak Farah yang begini garang.
            “Amik skrip masing-masing! Saya bagi satu jam. Lepas nie saya tak mahu ada apa-apa masalah lagi. Skrip reading saya dah bagi masa 3 minggu. Blocking dan busines saya dah tunjuk minggu lepas. Takkan saya nak tunjuk A sampai Z. Baik saya yang berlakon!”
mencicit masing-masing mencari port masing-masing untuk menghayati watak. Farah hari ini tak macam Farah yang diorang kenal. Yang sentiasa senyum dan boleh bergurau senda.
Farah meraup mukanya. Zikrullah menitir di bibirnya. Jangan di biar amarah menguasai diri. Ini semua hasutan syaitan. Kaki di langkah ke bilik air. Di mahu menyejukkan hatinya yang sedang marak menyala. Hanya satu caranya, wuduk.
Hati memang tak penah menipu. Bila di saat dia rasakan sebelum cuti semester hari tue yang kemesraan dengan Epi macam tak kan kekal. Dan ia benar-benar berlaku...
Minggu pertama kuliah bermula. Dia tak jumpa Epi langsung. Hujung minggu baru jumpa pada malam majlis suai mesra antara junior dan senior Fakulti kesenian. Epi langsung tak tegurnya. Langsung!
Bila dia datang menghampiri Epi, lelaki itu masih tak memperdulikannya. Epi menyibukkan diri dengan membakar ayam barbeque. Dia di situ berdiri macam orang bodoh di sisi Epi. Hatinya saat itu macam disiat-siat. Dia tak mintak banyak. Dia tak mintak perhatian 100%. Dia tak mintak lelaki itu untuk berkepit dengannya. Tapi berat sangatkah mulut tue nak menyebut hi, apa khabar? Senyum pun dah mencukupi. Tapi Epi meletakkan dirinya seolah-olah langsung tak pernah wujud dalam hidupnya.
Sakit sangat. Menusuk-nusuk dalam hati nie. Kalau sakit kat luar, boleh lagi sapu ubat lepas tue tampal dengan plaster. Tapi nie dalam hati... macam nie rasa terluka... dulu masa Zek cakap dia jumpa Alia pun, dia tak rasa sakit macam nie.
Farah lihat wajahnya yang basah dengan air di cermin. Tanggannya memengang dada. Sakit tue datang lagi. Tak tertanggung rasanya. Peritnya! Airmata Farah mengalir. Sakitnya bila sayangkan orang...


Epi lontar pandangannya jauh. Dia nampak Farah dengan produksinya sedang sibuk. Dah lama mereka tak bersua. Memang dia sengaja melarikan diri dari Farah. pengecut? Mungkin... dia takut bila dia sedar perasaan sayangnya pada Farah makin mekar. Bukan sayang seorang abang terhadap adiknya, bukan perasaan sayang sebagai seorang kawan tapi lebih dari itu. Dia cuba buang rasa itu tapi makin kuat rasa itu bertakhta di hatinya.
Malam suai mesra hari itu, bukan dia sengaja tak menegur Farah. tapi lidahnya kelu nak berkata-kata. Kalau boleh ingin saja dia tarik Farah dalam rangkulannya. Dia rindukan gadis itu. terlalu rindu!
Dia tak pernah rasa kacau macamnie. Tak tau nak expressed macam mana. First time rasa sayang kat orang macam nie. Dulu masa dengan Ain pun tak macam nie. Rasa macam sakit sangat. Cintanoe angausted. Hah! Penyakit baru!
Hampir setahun dah perkenalan mereka. Sedar tak sedar dah macam-macam mereka buat sama-sama. Boleh dikatakan dia dah cukup mengenali gadis itu. dari apa yang gadis itu suka giler sampai lah ker apa yang Farah allergic habis! Semua dah dalam buku notanya.
Dia tak sedar bila dia mula sayangkan gadis itu.mulanya hanya rasa takut kehilangan, dan kemudian rasa rindu mula berputik. Tak sedar sayang itu bercambah tanpa di baja.
Epi menekur kepala dengan tangan kanan.
“Puas tengok dari jauh? Hah?” Amirul yang dari tadi melihat gelagat Epi bersuara. “Sampai bila kau nak macam nie? Kau menyeksa diri kau sendiri.kau menyeksa Farah.”
“Apa aku nak buat,Mirul? Cakap pada dia aku sayang dia? Sama aje kesannya... aku bukan sesiapa pada dia. Dia tak mungkin sayang aku...”
“Kau pasti? Jawapan yang kau cari tue ada tulis kat dahi dia ke?” tungkas Amirul. Dah berapa minggu dia lihat kawannya yang satu tue dah tak macam orang. Pagi-pagi buta even takde kelas, Epi dah siap bertapa kat studio. Malam, bila embun jantan dah keluar baru nampak muka kat bilik. Main instrument pun dah tahap Prof Sahar bagi two thumbs up!
“..rejection..satu perkataan tue..aku tak kuat nak hadapinya...”
“Let it be from her words...kuat kan hati doa banyak-banyak. It may hurt... but menyayangi orang memang menyakitkan.” Bahu kawannya itu di tepuk perlahan.

“...walau beribu makian dan cacian keluar dari mulutku, namun ia tetap tak dapat memadamkan rasa sayang ku pada mu di dalam hati ini...”

0 comments:

Post a Comment