28 October 2012

Oreo Blueberry Cheese Cake

*Resipi ini tinggi kalori. siapa tgh diet sila jgn baca :p*

dah puas seharian Aidiladha tambah kalori dgn segala amcam rendang. ari nie nak tambah kalori lagi dengan cake pulak. *evil grin*

resipi nie sebenarnya dapat dari officemate. Shu-ai. tertarik nak buat sebab no bake utensils is needed. yes! no oven, no mixer. simple and easy!



the ingredients!

1. Oreo Crumbs. (aku guna separuh dari sepaket besar dia tue. actually boleh jek nak guna biskut oreo biasa, tp kena buang dia punya krim dulu sebelum di hancurkan. aku pakai cara mudah cari oreo crumbs.kalo x nak pakai oreo, boleh jek pakai biskut marie.tp xder lah oreo blueberry kan.  yg penting kena hancurkan biskut tue jadi crumbs)
2. Butter (aku guna half jek can use any type of butter. salted, unsalted, murah, mahal. sebab hujung bulan, aku cari butter paling murah. RM2++ jek.)
3. Whipped Cream (nie yg dalam kotak warna ungu tue. kalo nk buat byk, beli kotak besar lah. biarkan kat suhu bilik at least setengah jam sebelum guna)
4. Cream Cheese (tue yg ada gambar lembu tue. nie pun kalo nak wat byk, beli lebih lah. biarkan pada suhu bilik at least setengah jam sebelum guna)
5. Gula kastor (setengah cawan mug. aku guna gula kastor sebab nak gula halus. kalo nak pakai gula biasa pun boleh tp kuantiti gula kurang kan sikit. For info gula pasir biasa lagi manis dari gula kastor)
6. Blueberry filling ( ada org kata pakai jammed pun boleh. sebab blueberry nie kita guna untuk topping jek. nak tukar perisa lain pun boleh. strawberry, orange dll)
7. Gelatin (+/-3 sudu besar. ok gelatin nie ada dua jenis. ada yg tak tau.ingat gelatin nie dari Ba** sahaja. tapi kita ada juga gelatin dari Lembu. kalo dia kata sumber dari Bovine tue maknanya dari lembu lah tue. Malaysia senang skit nak cari yg halal. tp kalo kurang yakin, pakai agar-agar tanpa warna pun boleh jugak)
8. Esen Vanilla or lemon juice (untuk aku aku letak dua2, dua2 bahan nie utk kurangkan bau susu padan cream cheese tadi. tak yah letak byk2, 1 sudu each cukup)

note : aku nie jenis susah skit nak sukat2. aku main agak2 jek. so korang agak2 dari pic tue lah quanitty yg diperlukan.

Step by Step 

1. gaul oreo crubs dengan butter tadi. make sure butter dah dicairkan utk lebih senang. nak cairkan butter senang jek, either atas dapur or biarkan jek pada suhu bilik. kalo atas dapur pastikan api tak terlalu panas sebab if terlalu panas warna butter akan berubah dan rasa dah lain. untuk aku, tgh2 cuaca panas nie, letak jek atas meja 10 minit dah cair. 

gaul dan gaul. dan sebati, mampatkan dalam bekas yg kita nak gunakan. see below aku guna bekas tupperware jek! sebab kat umah memang xder bake utensil. adalah loyang besar gabak tue. aku nyer portion nie takat 15cm x 15 cm jek. pas dah mampat betul (pastikan mampat kalo tak nnt potong hancur.) masukkan dalam peti bagi dia keras skit.


 2. next kita prepare bahan atas pulak. masukkan kan whipped cream, gelatin, cream cheese, gula.pastu blend. opps! lupa plak. gelatin tadi, kacau dulu dalam air panas suku cawan sampai larut. pastu baru masukkan dalam blender.
Yes! aku pakai blender. kalo siapa nak build muscle kat tangan bleh kacau guna tangan. kalo ada mixer bleh guna mixer. guna blender pasti cium dulu blender tue kot2 ada bau lada n bawang ker. x pasal2 kadi oreo blueberry cheese bawang cake. :p

bila tengok dah gebu tue (x lama 5-10 min jek) masukkan esen vanilla n lemon juice. blend kejap bg sebati. lemon juice aku perah sendiri. pastikan bila perah buah lemon tue, biji buang, yg putih2 pun buang. nnt jadi pahit kek korg.


Ada org tambah telur. tapi utk aku rasa cam x best jek letak telur.takut tak tahan lama n ini non bake cake. cam akan ada rasa lain jek. So aku tak letak.
ada jugak org kata tambah susu pekat, aku belum try lagi. mungkin bleh cuba. tapi kalo dah tambah susu pekat make sure kuantiti gula kurangkan xpasal2 pas makan kek, kena diabetes.


3. then, pour mixture tadi atas oreo yg telah dimampatkan. ratakan... then masuk dalam peti ais balik kasi keras skit sebelum tamabh topping kat atas.
ohh! between oreo n cream nie pun aku letak topping blueberry. saje nak try tgk apa jadi. 


4. dalam sejam-2 jam, kuarkan balik untuk tambah topping blueberry kat atas. Blueberry topping aku tinggal skit tue yg nipis tue. kalo nak tebal skit pun bleh. ok now..bleh masukkan balik dalam peti. ada org kata 2 hours dah ok. tpi untuk peti ais aku tak ok, so aku leave it overnight. tapi tadi after 12 hours aku dah potong skit. skit jek!!! jamah skit nak rasa jadik ke tak. yummy!!! bak kata mak aku "eee....banyak lemak!!!"


dah keras nnt aku potong, aku post pic yer.

p/s : baru dpat tips nak potong kek cantik2, xder pecah2 n terabur. try cara secret recipe  celupkan pisau dalam air panas. <--not really panas kot, around 40 degrees just fine

0 comments:

Post a Comment