Bab 23
Epi
memerhatikan Farah yang sedang tersenyum bersama handphonenya. Gadis itu baru
selesai bercakap dengan ibunya.
“Apa
tengok-tengok? Ada hutang ke?” Farah menjeling pada Epi.
“Ada!
Hutang satu kiss!”
“Kiss
dengan tapak kasut bolehlah. Nak?”
“Ganas
nye!”
Farah
menjelirkan lidahnya pada Epi.
Sha
dan Syuk sekadar senyum melihatkan mereka berdua. Dah terbiasa dengan aksi
usik-mengusik Farah dan Epi. Pernah juga Sha tanyakan pada Farah, apa
hubungannya sebenar dengan Epi? Farah senyum. “Tak ada nama.”
Farah
duduk senyap di sebelah Epi sambil melihat orang lalu lalang di airport.
Teringkat kenangan menghabiskan satu hari bersama Epi. Terasa seronok sangat...
entah kenapa tiba-tiba matanya terasa hangat. Dia tak tahu sampai bila hubungan
tak bernama ini akan terjalin. Hari ini dia akan pulang ke negeri kelahirannya
untuk cuti semester selama 3 bulan.
Tak sangka dah hampir setahun
dia mengenali Epi. Tak pernah dia sangka perkenalan ringkas itu akan kekal
sampai hari ini. Dan adakah hubungan ini akan terus kekal kemesraannya bila
balik cuti semester nanti? Adakah dia masih dapat bermanja, bergurau senda dan
merajuk lagi dengan Epi? Dia tak sedar banyak perkara mereka dah buat bersama.
Terlalu banyak. Kalau nak buang kenangannya dengan Epi dia harus buang segala
ingatannya selama setahun ini.
Epi tak tahu nak cakap apa
lagi. Tali beg laptop Farah di pangkuannya di pintal-pintalnya. Gadis itu
banyak mewarnainya harinya selama setahun ini. Dia tak tahu apa perasaannya saat
ini pada Farah. Dia cuma tahu dia tak mahu kehilangan Farah dari hidupnya. Tak
sanggup kalau saat itu tiba...
Dia tak tahu apa yang menanti
mereka naik cuti nanti. Segala-galanya boleh berlaku. Akan kekalkah kemesraan
mereka seperti hari nie?
“Jom. Dah 9.40.”
Farah ikut Sha bangun. Mereka
berempat melangkah ke balai berlepas.
“Ok. Aku balik dulu.” Farah
senyum pada Epi di hadapannya. Terasa ada sesuatu yang menumbuk-numbuk di
dadanya. Sabar, Farah. Jangan buat drama hindustan kat airport nie!
Epi serahkan beg laptop pada
Farah. Terasa berat nak melepaskan gadis itu pergi. Lamanya 3 bulan...
tiba-tiba Farah mencapai
tangan Epi. Tunduk lalu menciumnya penuh hormat. Epi tergamam.
“Farah!” dia cuba memanggil
gadis itu yang telah melepasi pemeriksaan kastam. Tapi Farah langsung tak
menoleh. Epi mengenggam erat tangan kanannya. Ada kesan titisan air mata di
situ...kenapa Farah menangis?
Farah tak tahu kenapa perlu
air mata ini mengalir juga. Puas dia ingatkan pada Sha semalam, ‘jangan buat
drama hindustan kat airport!’ tapi nampaknya dia yang buat hari nie.
Lampu untuk memasangkan tali
pinggang keselamatan baru sahaja di padamkan. Anak-anak kapal dah mula sibuk
menyiapkan hidangan untuk para penumpang. Tak sampai dua jam lagi dia akan tiba
di Johor Bahru. Baru sahaja beberapa minit dia meninggalkan bumi Sabah, tapi
dia dah mula merindui Epi. Senyuman lelaki itu menari di birai matanya, dan
matanya terasa panas lagi sekali...
“...aku menyayangi kau tanpa mengharapkan apa-apa kerana
tak ada peraturan di dunia ini yang menyatakan bila kita suka seseorang, orang
itu perlu suka pada kita juga...”
0 comments:
Post a Comment