Bab 22
“Aku
suka kau!”
Meow!!!
Lagak Farah dah macam kucing hampir nak kena terkam dengan anjing. Rasa semua
bulu-bulu yang bermastautin di tubuhnya dah tegak berdiri. Shah berdiri di
hadapannya dah jadi berbalam-balam. Dalam seronok-seronok mengingatkan exam dah habis, datang pula jet
pejuang menjatuhkan bom tepat atas kepalanya.
“Shah
suka Farah!”Shah mengulang ayat itu buat kali kedua. Cuma kali ini kata ganti
nama yang ditukar. Agar lebih jelas maksudnya.
“Farah
pun suka Shah...sebagai kawan.” Aiyak! Apa pulak masuk kes hati dan perasaan
saat ini. Nie dah luar syllabus nie...tak tahu pulak aku kena amik paper
pengajian cinta hari nie...
“Kawan?”
“Shah
benda nie... terlalu mengejut. Shah datang tiba-tiba dan terus cakap yang ...
payah untuk Farah terima. Kita pun baru kenal...”
“Kita
belajar untuk kenal sekarang. “
“Jangan
terburu-buru...Shah baru suka. Suka, sayang, cinta. Masing-masing di tahap yang
berbeza. Jangan tertipu dengan perasaaan sendiri. Kita kawan...kalau betul
memang Farah untuk Shah, Farah takkan kemana-mana...Farah sayang kan
persahabatan kita, Farah tak mau apa-apa terjadi dalam persahabatan kita
nie...”
Siapa
pula yang nak datang lunch dekat rumah aku nie? Sempat jugak Farah mengomel
sambil melangkah ke muka pintu. Loceng rumah nya dari tadi tak berhenti
berbunyi menandakan ada tetamu yang tak sabar-sabar nak masuk.
Sebaik sahaja pintu di
buka, elok sahaja teddy bear sederhana besar yang sedang memegang 3 kuntum ros
merah menanti betul-betul di hadapan mukanya. Farah kelu tak terkata.
“If I say I love you,
would you say I do?” Zek terjenguk di sebalik teddy bear serba putih itu.
“Zek! Apa nie?”
“Zek sayang Farah.”
Ok ow! Sayang maknanya
lebih kurang cinta lah.. jadi...
“...what u expect me to
say?” Farah peluk tubuh gaya macho. Konon tak de apa-apa perasaan lah! Padahal
dalam hati nie bergelora macam baru lepas tsunami. Buat pertama kali dalam
hidupnya hatinya kini di lamar seseorang.
“Don’t say a words... just
give me your hands and i’ll lead you to my heart..” syahdu sungguh kata-kata
itu.
Terlalu perit bila kenangan
itu datang semula. Sangkanya dia dah cukup lupakan Zek. Tapi, masih ada lagi
sisa-sisa kenangan yang ditinggalkan lelaki itu. Kata-kata Shah tadi mengimbas
kembali saat pertama kali Zek meluahkan perasaan padanya.
Hampir 3 tahun perkenalan
mereka, akhirnya Zek tekad meluahkan perasaannya pada Farah. Farah akur pada
ketentuan takdir. Walaupun saat itu belum ada rasa sayang yang sebenar pada
lelaki itu. apalah yang mampu di fahami perkataan sayang pada umurnya yang saat
itu baru mencecah 15 tahun.Zek mengajarnya tentang kasih sayang yang
sebenarnya. Cinta tak boleh di paksa tapi boleh di pupuk. Itulah yang di
lakukannya. Perasaan sayangnya buat Zek dipupuk hari demi hari. Di baja dan di
siram secukupnya. Tapi bila saat sayang itu mula untuk bercambah, Zek pinta
perpisahan antara mereka...
Dan tadi, Shah pula meluahkan
kata-kata keramat itu lagi. ‘Maaf, Shah. Aku hargai perasaan kau pada aku. Tapi
aku tak dapat menerimanya.’ Mahu saja di jawabnya sebegitu, tapi terlalu kejam
pula. Dia serahkan pada takdir. Dia tak mahu musnahkan hubungan dia dan Shah
sekarang hanya kerana secebis perasaan murni itu.
Serikkah dia untuk bercinta
lagi?...dia bukan orang yang begitu lemah... apa yang membuatnya tak mahu
menyerahkan tangannya pada Shah untuk di tunjukkan jalan seperti mana dia
pernah menyerahkan pada Zek dulu?
Atau adakah sudah ada nama
lain yang terukir di hati ini sehingga tak ada ruang lagi untuk orang lain?
“....kenangan biarlah kenangan. Jadikan dia petunjuk
untuk kita lalui masa depan. Tapi kadang kala bila kenangan itu datang, ia begitu
menyakitkan....”
0 comments:
Post a Comment