Bab 24
Tak sampai satu hari pun lagi dia
sampai di JB. Tapi hatinya dah mula rindu pada Epi. Sampai sahaja di airport
tadi, Epi terus di hubungi. Perbualan ringkas itu Cuma hendak menyatakan dia
selamat sampai ke JB.
Dan sekarang jam baru menunjukkan
pukul 6 petang dan dia rasa rindu sangat pada lelaki itu. rasa kalau ada sayap
saat ini mahu rasanya dia terbang balik ke negeri di bawah bayu itu.
Dadanya rasa sebak semacam. Tak
pernah dia rasa sebegini. Sakit sangat dalam hati nie. Rindunya dia pada Epi.
Terlalu! Airmatanya merembes lagi. Teresak Farah kini.
Handphone di sebelahnya berdering.
Bagai mengerti rasa hati ini yang rindukan lelaki itu. tertera di skrin
telefon, nama lelaki itu.
“Hello..” Farah kawal suaranya akan
tak ketara bunyi esakan. Kenapalah telefon time orang tengah menangis nie.
Hilang cun!
“Assalamualaikum..ko sihat?”
“Sihat. Kau?”
“OK. Mak sihat? Eh, mak pulak!
Makcik sihat?”
Sempat lagi nak buat kelakar tue!
Epi terlalu istimewa di hatinya. Dia
tak sedar bila dia mula sayangkan lelaki itu. sedar-sedar jek perasaan tue dah
ada dalam hati ini dan sedang tumbuh mekar tanpa perlu di baja.
Asslamualaikum,
Farah.
Maaf, sebab lama Zek tak hantar berita buat Farah. Zek
agak sibuk menguruskan pembelajaran Zek disini. Maklumlah..negara orang.
Bermacam-macam cabarannya.
Farah macammana? Sihat? Pelajaran OK? Farah budak pandai,
mesti anugerah dekan tiap semester nie! Zek yakin!
Alhamdulillah, pengajian Zek disini dah tamat. insyaAllah
dalam 2 minggu lagi Zek balik. Kalau Farah free datanglah jemput Zek di
airport. 29 April, sampai di KLIA jam 11.40 malam.
OK, jumpa nanti ya!
Zakri
Farah meraup mukanya mencari
kekuatan. Di saat dia dah betul-betul melupakan lelaki itu, mengapa masih perlu
lelaki itu mencarinya. Memang hakikatnya mereka masih berkawan. Tapi
persahabatan yang dibina atas kemusnahan cinta...amat susah untuk di jalani...
Dia tak tahu adakah dia kuat untuk
menghadapi lelaki itu. memang rasa sayang tue dah tak ada tapi kenangan yang
datang, itu yang menyakitkan.
Butang delete di tekan. Selamat dah
email itu bersemadi dalam trash bin. Tak perlu untuk di ingatkan lagi. Antara
dia dan Zek hanya kenangan. Kenangan yang tak perlu di ulang. Kalau di
takdirkan ada lagi pertemuan antara mereka selepas ini, biarlah ia nya berlaku
tanpa di rancang.
Farah membelek dua pasang kasut di
tangannya. Hmm..mana lagi cantik. Coklat ke putih? Alah...nie yang payah takde
second opinion... nie yang malas nak gi shopping sorang diri... nantilah! Pergi
lagi sekali ajak Yan. Baru puas hati sikit!
Farah terus pusing badannya ke kanan
dan tanpa sengaja dia terlanggar seorang lelaki yang juga tengah sibuk melihat
kasut disitu.
‘Aduh!!! Kalut betul aku nie!’ Farah
bersungut dalam hati.
“Maaf, saya tak sengaja.”
“...Farah?” lelaki itu tak berkelip
melihat wajahnya. Seketika kemudian lelaki itu meraup mukanya. Dan seketika
kemudian dia bercekak pinggang menghadap Farah.
Ok ow! I should be at home now! Nie
semua nightmare! Cepat Farah, wake up!
“Where have you been, Farah?”
“I’m here...” sarcastic bunyinya tue
Cik Farah!
Lelaki itu mengerut kening, berfikir
sesuatu. Farah di hadapannya dingin kini. Tak seperti dulu.
“Lunch?”
“Taken.”
“Drink?”
“Not thirsty.”
“Come on, Farah. macam nie ke layan
kawan?”
You have no right to use that words,
Zek! “Ok, kita pergi minum. Tapi tak boleh lama, nak kena balik cepat.”
Farah sekadar mengacau jus oren di
hadapannya. Selera mati sebaik sahaja melihat Zek di hadapannya.
“Where’s my old Farah? yang banyak
cakap, yang sentiasa senyum..”
Dah mati! “Zek nak cakap apa nie?”
“Kenapa Farah tak tunggu Zek kat
airport?”
“Why should I? To greet Alia and
you?” kenapa lelaki ini tak faham-faham bahasa. Tak sedarkah Zek yang hatinya
dah pernah dia remukkan suatu ketika dulu.
“Farah. You’ve change... I’m
sorry..”
“Tak ada apa yang berubah, dan tak
ada apa juga perlu di maafkan. Yang berubah adalah keadaan kita. I don’t think
we should sit down and talk like this, Zek. It will hurt Alia.”
“Kita lupakan Alia sekejap boleh?
Zek nak tahu pasal Farah.”
“Ok. Farah sihat. Macam yang Zek
tengok. Masih bernafas. Sekarang tengah break. Lepas nie, alhamdulillah, masuk
tahun akhir. Dan terima kasih jugak sebab selalu doakan Farah. makbul kata-kata
Zek. Dean list every semester.” Farah melafazkan kata-kata dengan satu nafas.
“Tahniah!”
“Thank you. So boleh Farah balik?”
“Nope. Why you change your phone
number? I can’t reach you.”
“It’s not important. Lagipun Zek kan ada email Farah. alamat rumah
pun ada. Kalau nak jemput makan nasi minyak, hantar jek jemputan antara dekat
email atau pos kan aje kat rumah.” Ya Allah, tabahkan hati aku. Berikan aku
kekuatan. Dugaan Mu ini terlalu kuat. Rasa tak sanggup aku nak hadapinya.
Kenapa kau takdirkan pertemuan ini, Ya Allah? Adakah kau ingin mengujiku?
“Farah. I want the old Farah. yang
kuat yang tabah. Yang tak pernah kalah dengan dugaan.” Zek tahu Farah di
hadapannya memendam perasaan yang teramat. Dia hanya mahu menjernihkan
hubungannya dengan Farah. dia tak mahu kehilangan gadis itu walau hakikatnya
hubungan cinta antara mereka berdua telah tamat. Kalau perkenalan mereka
bermula dengan persahabatan, ia tak perlu berakhir sekarang.
Farah tarik nafas dalam-dalam. “What
did you want from me?”
“Kita kawan. Macam kita mula-mula
kenal.”
Farah merenung ke dalam gelas
minumannya.
“...OK. I’m sorry for threating you
bad....”
“It’s ok...just.. don’t do it
again.. please. It hurts. Ouchh!” Zek buat aksi menumbuk dadanya.
Farah senyum. “Oh ya! Macam mana Zek
boleh sesat kat JB nie?”
“Sesat? Apa Farah ingat JB nie
kawasan larangan untuk Zek ke?” Zek senyum lega. Farah dah ramah balik. “Tak de
lah.. Zek teman kawan. Dia ada hal kat JB nie. Mintak teman drive...”
Perbualan mereka tak lagi sunyi.
Farah cuba untuk memaniskan wajah. Ketawa dan senyum. Come on, Farah! berlakon
memang bidang kau! Benda kecik jek nie! Dan Farah terus mengukir senyuman...
Farah memberhentikan keretanya di
perkarangan kawasan Danga Bay. Sebaik sahaja masuk kereta tadi, airmatanya tak
berhenti mengalir. Dia tak tahu untuk apa dia menangis. Sedih? Kecewa?
Lantas nombor Epi di dail. Dengar
taliannya bersambung. Ceria kedengaran suara Epi di hujung talian.
“Hello? Farah?” Epi bersuara untuk
kali ketiga. Talian di sebelah Farah sunyi.
“...Epi...” Farah mengumam di dalam
tangisannya.
“Farah kenapa nie?!” suara Epi jelas
menggelabah.
“Make me laugh please...”
“Farah kat mana?”
“Dalam kereta...”Farah cuba menahan
esakannya. Tak larat rasanya nak bersuara. Dia tak mahu menangis..
“Farah nak pergi mana? Are you
driving right now? Stop somewhere, and we talk ok?”
“Dah berhenti dah... epi..buat aku
ketawa...aku tak nak nangis...”
“...Farah..OK.. macammana nie...Ok
tarik nafas dulu...”
“Buat apa tarik nafas...tak
boleh..hidung dah tersumbat...”
“Tarik nafas bagi hidung tue
kembang...nanti tak tersumbat.”
“Epi...”Farah senyum walau masih ada
airmata yang bersisa.
“Gotcha! You smilling right!
Hmm...cuba tengok kat cermin, mesti hidung ko dah kembang.”
“Jahat!”
Tawa Farah bergabung dengan tawa
Epi.
“..siapa yang buat my princess nie
nangis?”
“Nantilah...satu hari ko tau
jugak...”
“OK..so sekarang dah ok?”
“Hmm...”
“Hmm tue apa? Aku tak paham bahasa
isyarat?”
“Ok...50-50..”
“Nangis lagi?”
“Tak.. thanks...”
“You are always welcome...jangan
nangis lagi tau..” It hurt me when you crying...
“Baik, tuan!”
“Melawan...”
Farah ketawa lagi...ketawa bersama
senyuman yang tak lekang dari bibirnya...
“....bila adanya kau,
aku tak perlukan apa-apa lagi. Kau melengkapkan aku...”
0 comments:
Post a Comment