26 October 2012

kata hati ini (part 22)


Bab 21

            “Tiket kena amik sebelum tengah hari esok.” Sha bersuara sebaik sahaja menutup flip handphonenya.
            Tue lah padahnya apabila mengambil tiket super saver yang harus di tuntut dalam tempoh masa 24 jam. Nasib baiklah Epi ada nak menemaninya hari nie memandangkan Sha ada kelas jam 11 sampai 1 tengah hari.
            Kesian dia melihatkan lelaki itu yang penat menemaninya berjalan di bawah matahari terik pergi ke bank dan selepas ini ke Gaya centre pula ke pejabat MAS.
            “Kau OK?” Farah bersuara apabila melihatkan lelaki itu diam sahaja dari tadi.
            “Kau tengok kereta kat luar tue, mula-mula kita potong dua pastu letak sos, lepas tue makan mesti sedap kan.”
            Farah tak tahu nak gelak atau nak kesian dengar kata Epi itu. Dia tahu lelaki itu lapar. Dari pagi lagi tak makan apa-apa. 1 jam mereka tunggu bas nak ke KK. Jam 10 baru dapat bas. Sampai sahaja, Farah terus menarik Epi cepat  untuk ke bank. Kebetulan pula bank ramai orang. Jam sekarang dah menunjukkan pukul 11.30.
            “Kejap lagi jek. Pas nie kita lari gi MAS. Pastu kita pergi makan ea.” Farah memujuk.
            Handphone di poketnya berbunyi menandakan ada mesej menanti untuk di baca. Sha...
            ‘Kau dah amik tiket belum? Sebelum jam 12 tau!’
            Baik... Farah jawab dalam hati. Risau juga dia kalau tak sempat nie. Lagi setengah jam jek nak berkejar ke pejabat MAS pula.
            “...handphone kau nie, tak payah potong dua dah, letak sos pastu terus masuk mulut.” Epi tiba-tiba bersuara. Bulat mata Farah mendengar kata-kata Epi. Lapar sangat mamat nie sampai handphone aku pun nak di makannya.
            Selesai urusan di bank, mereka terus bergegas ke Gaya Centre. Nasib menyebelahi mereka. Sampai betul-betul di kaunter jam 12 tepat. Dapatlah akhirnya Farah tiketnya untuk pulang ke JB cuti semester nanti.
            Farah menatap tiketnya dengan senyuman. Hilang sudah penat berkejar-kejaran pagi tadi.
            “Seronoknya orang tue dapat balik!”
            “Of course lah! Ada ke orang yang tak seronok balik rumah?!” Farah menjulingkan matanya pada Epi.
            “Ada sesiapa ke tunggu ke tunggu kat sana?”
            “Ada...orang yang paling aku sayang...”
            Epi menoleh sepantas kilat.
            “Apa? Mak aku lah!”
            Riak kelegaan terpancar di muka Epi. Pernyataan yang keluar dari mulut Farah tadi semacam mencengkam hatinya seketika.

           
            “Hmm... aku nak mintak something dari kau....” Farah tersipu-sipu dengan muka kesian di sebelah Epi.
            “Apa?”
            “Nak mintak satu hari kau...”
            Tergelak Epi melihat aksi Farah yang kemalu-maluan. Macam tak percaya Farah yang selama nie outspoken boleh jadi pemalu pulak hari nie.
            “Satu hari? Hari jumaat?”
            “Bukan!”
            “Abis tue?”
            “Aku nak mintak satu hari kau untuk habiskan masa dengan aku.” Farah melafazkan perkataan itu dengan satu nafas. Puff! Farah tergamam melihatkan muka Epi yang beriak. Keletuk! Farah ketuk kepala sendiri dengan  handphonenya. Malu lah pulak... apa yang aku cakap tadi...
            “OK!” ringkas saja jawapan Epi. Farah ternganga. Ok? Maksudnya?
            “Hari apa?”
            “Aaa?” tiba-tiba saja Farah tergagap.
            “Hari apa kau nak ajak aku keluar?”
            “Aaa... jumaat...”
            “Solat Jumaat?”
            “aaa..lepas kau solat jumaat tue lah..” Farah rasa mukanya dah macam udang kena bakar. Dia memang tak menjangka langsung yang Epi akan setuju dengan permintaannya walaupun sememangnya dia berharap sangat dapat menghabiskan masa satu hari dengannya sebelum cuti nie.
            “Set!” senyuman Epi saat itu buat Farah rasa nak korek tanah dan menyorok bawah tanah tak mau keluar-keluar!
           
           
            Sekejap jek dah sampai hari jumaat. Exam pun dah nak abis. Tak tahu lah macam mana keputusan kali nie. Rasa macam OK sikit lah. Ada lah beberapa paper yang rasa boleh score.
            Farah senyum teringat paper bahasa perancisnya. Boleh dikatakan dia menjawab soalan dengan senyuman tak lekang. Sampai kena sound kena dengan pengawas peperiksaan nie.
            “Senang ke soalan tue?”
            Ada dua sebab dia senyum. Pertama memang soalan tue dia dapat jawab sebab apa yang di baca semua keluar. Sebab yang kedua... sebelum exam tue dia berborak seketika dengan Epi yang juga akan mengambil exam di dewan sebelah. Wahhh!! Betapa kuatnya pengaruh Epi!
            Dan sekarang dia membonceng motor Epi menuju ke KK. Tak tahu kenapa Farah rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perutnya. Seram sejuk! Padahal ini bukanlah kali pertama dia keluar dengan Epi.
            Farah menjeling Epi dari cermin sisi. Lelaki itu terlalu istimewa padanya. Dia tak tahu bila ia mula. Perasaan sayang itu datang tanpa sedar. Layanan lelaki itu padanya sangat istimewa. Lelaki itu memanjakannya. Seboleh mungkin lelaki itu mahu dia gembira. jika dilihat dia bermuram, lelaki itu pasti akan membuat dia senyum. Dan tak pernah satu pun permintaanya di hampakan. Seolah-olah hanya satu yang lelaki itu mahu...melihat dia gembira.
            Dan perasaan ini...dia tak tahu bila mulanya. Dia mula tahu untuk merajuk. Dia mula kenal apa itu cemburu. Dan dia mula menangis kerana lelaki itu.
            “Dah sampai...”kata-kata Epi itu mengejutkan Farah dari lamunannya.
            Sebuah senyuman dihadiahkan buat lelaki itu.
            Hari itu seolah-olah hari yang terindah buat Farah. Hanya dia dan Epi sahaja. Mereka bergelak tawa bersama. Mendengar lawak jenaka Epi yang sentiasa buatnya tak kering gusi.
            “Mana lagi lawa?” Farah menunjukkan 2 brooch pada Epi untuk di pilih.
            Epi diam sejenak merenung 2  brooch yang berada di hadapannya. Tidak lama kemudian mengeluarkan jari telunjuk dan jari tengahnya dan menunjuk kepada kedua-dua brooch di hadapannya.
            Farah memuncung dengan tindakan Epi. Gelak pekerja di kedai itu melihatkan gelagat mereka berdua.
            Farah tatap wajah Epi yang sedang enak menikmati aiskrim puas-puas. Esok dia akan pulang ke JB. Hampir 3 bulan dia akan rindukan lelaki itu.
            Akan rindukah dia pada Epi? Entah... siapa akan buat dia senyum untuk 3 bulan nie?
            “Apa kau tengok?” Epi melihat sekeliling. Dari tadi dia lihat anak mata Farah tak berganjak dari wajahnya.
            Farah geleng kepala seraya tersenyum. “Kau makan aiskrim, comot!”
            Cepat Epi seka tepi bibirnya. Ada sisa aiskrim di situ. Epi malu!
            Jam dah menunjukkan pukul 9 waktu mereka pulang. Membonceng motor Epi tak menjadi satu keganjilan lagi buat Farah. Memang kadang-kadang bila pulang dari latihan atau kelas, jika waktu tamat mereka sama, dah menjadi kebiasaan untuk Farah membonceng motor Epi. Farah juga tak lagi segan silu untuk memegang Epi seperti waktu kali pertama dia membonceng dulu.
            Farah lemparkan pandangan ke dada langit. Langit cerah. Jelas kelihatan taburan bintang. Dan bulan juga mengambang penuh.
            “Bulan penuh malam nie.” Epi seolah-olah tahu apa yang difikirkannya. “Macam nie lah kat kampung aku...”
            Farah senyum. Selalu dia mendengar Epi bercerita tentang kampung halamannya. Menurut lelaki itu dah lebih 2 tahun dia tak balik. Dia tahu lelaki itu pasti rindukan keluarganya.
Rasa macam baru semalam dia mengenali Epi. Macam baru semalam dia mengendap Epi main piano. Rasa macam tak percaya sekarang mereka dah rapat sedangkan dulu tak terfikir pun mereka akan berkawan.
            Minggu depan Farah akan berlepas pulang ke JB. Ada rasa tak sabar untuk pulang tapi kadang-kadang rasa macam tak sanggup nak balik. Dia tak sanggup nak tinggalkan seseorang...
Tatkala Epi membelok masuk ke persimpangan rumahnya, sempat Farah melemparkan pandangan ke rumahnya yang nampaknya terang benderang.
            motor berhenti. Farah turun.
            “Bukak kan!” Farah terkial-kial nak membuka helmet yang tersarung di kepalanya. Entah kenapa tiba-tiba klip helmet tue nak mengada-ngada malam nie tak mahu terbuka dengan mudah.
            Epi menghulur tangan membantu Farah. tapi jelas riak mukanya tersengih-sengih macam kerang busuk. Farah pelik. Mesti ada sesuatu nie...
            Bebas sahaja dari helmet, Farah terus toleh belakang. Rumahnya yang tadi terang benderang dah jadi gelap gelita sekelip mata. Nak kata blackout, rumah lain punya lah meriah. Dah tue pulak, dekat tingkap yang terbuka luas, nampak lah 4 kepala yang terjenguk-jenguk mengendap!
            Farah geleng kepala. Tak boleh pakai punya housemate! Padanlah mamat nie tersengih-sengih kemaluan!

“...tak ada sebab bila kita mencintai seseorang...ianya datang dengan sendiri...segala apa yang ada padanya, baik dan buruk semua di terima. Dan kadangkala yang buruk itulah yang buat kita makin sayang padanya...”

0 comments:

Post a Comment