Bab 20
“Adia bersalah pada Alan. Adia buta. Tak dapat menilai
mana satu yang terbaik buat Adia. Adia lupa pada janji-janji Adia pada Alan
lepas Adia jumpa Emi. Adia tertipu dengan kata-kata manis dia.
Bila Adia putuskan hubungan Adia
dengan Alan. Adia ingat kan nak tumpukan pada Emi. Adia tak mahu tipu sesiapa
lagi. Tapi rupanya Adia sendiri yang tertipu. Emi berubah. Dia tak macam dulu.
Tak ada lagi masa untuk Adia. Adia cuba bersabar. Memang pada dasarnya tak ada
apa-apa hubungan yang termeterai antara kami.
Adia cuba tanya pada Emi. Mintak
penjelasan yang sebenar-benarnya dari dia. Adia tak sangka yang Emi tak pernah
mengharapkan apa-apa dari Adia. Katanya, kami hanya kawan.”
Alan sekadar mendengar kata-kata
luahan dari Adia. Bila esakan gadis itu reda tadi, dia meminta Adia menerangkan
punca gadis itu menangis sebegitu teruk sekali. Alan tak tahu apakah
perasaannya saat ini. Lega? Gembira? sedih?
Lega sebab Adia dan Emi memang tak
ada apa-apa. Dan dia dan Adia masih boleh bersama semula seperti dulu?
Gembira sebab akhirnya Adia sedar kesilapannya. Ataupun
lebih jelas Adia dah terima pembalasan kerana mengecewakannya dulu?
Sedih sebab Emi mengecewakan Adia?
Entah kenapa dia tiba-tiba
teringatkan Sarah. Terbayang-bayang wajah Sarah yang meninggalkan dia dengan
Adia tadi. Jelas nampak wajah itu keruh walau senyuman di ukir. Terlukakah
gadis itu?
“Adia, cuba terima apa yang terjadi
dengan hati terbuka. Memang perit. Tapi itulah hakikatnya bila menyayangi
seseorang. Kalau cinta itu mudah
dilafazkan, pujangga takkan berkata-kata. Takkan wujud madah bahasa dan bicara.
Satu hari Adia akan jumpa orang yang betul-betul menyayangi Adia dan Adia juga
akan menerimanya sepenuh hati. Mungkin Alan dan Emi bukan orang yang sesuai
untuk Adia....”
“...tapi...Adia
rindukan Alan. Adia dah menyesal atas apa yang Adia lakukan...”
“Hubungan
kita dah tamat Adia. Cerita cinta kita dah sampai penghujung. Kenangan tetap
kenangan. Jangan terbawa-bawa dengan benda yang telah berlalu. Face the future!
Antara kita tetap kawan sampai bila-bila, ok?”
“Assalamulaikum,
boleh duduk sini?”
Sarah
yang tengah tekun dengan novel di hadapannya sedikit terkejut. Dalam
seluas-luas taman nie kenapa jugak kerusi sebelah aku yang dipilihnya. Namun
cepat senyum di ukir. Tapi senyuman tue jadi kaku bila melihat Adia di
hadapannya.
“Lama
tak jumpa Sarah... cammane study?”
Sarah
tahu pasti ada sesuatu yang ingin di perkatakan gadis itu. Adia takkan susah
payah mencarinya di tasik ini jika sekadar untuk bertanya khabar.
“Macam
biasalah. Sibuk sikit. Dapat masa lapang sikit tue yang nak tenangkan fikiran
kejap kat sini sambil bace novel nie..”
“Alan
tak teman?”
Tak
ada ragu! Adia mencarinya kerana Alan.
“Takkanlah
tiap masa... dia pun ada kerja dia jugak. Lagipun kitorang kawan jek.”
“Sarah
jangan salah faham kedatangan Adia nie...”
Sarah
tak menjawab. Dia menunggu Adia untuk menghabiskan patah perkataannya.
“...Adia
nak ucapkan terima kasih pada Sarah sebab banyak tolong Alan. Adia tau Adia
salah, Adia tak pernah menghargai kasih sayang Alan. Adia tahu selama nie Sarah
yang banyak tolong Alan...dan Adia juga dapat rasakan sedikit sebanyak Sarah
juga menyimpan perasaan pada Alan.” Adia senyum manis.
“...kitorang
kawan tak pernah lebih dari itu...”
“Itu
luarannya. Adia pun perempuan. Takkan tak dapat baca pandangan mata seorang
perempuan pada seseorang yang diminatinya.” Cepat Adia memotong kata-kata
Sarah.
Adia
mencapai tangan Sarah. “Tolong jagakan Alan. Gembirakan dia. Adia tahu Sarah
menyayangi Alan lebih dari Adia menyayangi Alan. Dan Adia juga tahu ada sedikit
sayang Alan buat Sarah.”
“..bukan
macam nie, Alan sayang Adia. Sarah tahu tue semua, Sarah nampak. Adia baliklah
pada dia, sayang dia pada Adia tak pernah berubah.”
“We
are not meant to be, Sarah.You are the one for him. Adia akui, Adia masih
sayangkan dia. Dulu Adia terkeliru antara Emi dan Alan. Adia tersalah buat
pilihan...tapi sekarang Alan dan Adia hanya kenangan. Yang berlalu takkan
berulang, Sarah.”
“Adia..”
“Syhhh..Sarah
jangan cakap apa-apa. Jangan sia-siakan peluang yang ada depan mata.”Adia
bangun. Kemudian dia menepuk bahu Sarah seolah-olah mengucapkan ‘Good Luck!’.
Dan kemudian dia terus berlalu.
“Adia!”
Sarah memanggil Adia yang baru beberapa langkah meninggalkannya. Saat Adia
menoleh, jelas kelihatan mata gadis itu berkaca. Sarah sedar betapa Adia
menyayangi Alan... air liur yang di telan terasa pahit.
“Alan
hanya sayang Adia, bukan Sarah. Hubungan Adia dan Alan masih boleh di
perbaiki... Sarah dengan Alan tak de apa-apa. Alan hanya kawan bagi Sarah.
Sarah akan pastikan Alan dan Adia kembali macam dulu.” Ya Allah betapa
lembutnya lidah berkata-kata. Sedangkan hati ini dah hancur.
Adia
peluk Sarah erat.
Sarah
mengiringi langkah Adia dengan senyuman. Kakinya yang memijak tanah dah tak
terasa apa. Perlahan Sarah duduk balik di bangku tadi. Tangannya terasa
menggeletar. Jangan menangis Sarah!
Dia
cuba mengukir senyum. Tapi air mata itu masih degil lagi untuk mengalir keluar.
Berpusu-pusu ia keluar membasahi wajah Sarah.
“....aku gembira bila kau dapat kebahagiaan yang kau inginkan. Aku ingin
ketawa, aku ingin gembira untuk kau. Tapi aku tak tahu kenapa perlu air mata
ini yang mengalir....”
0 comments:
Post a Comment