Bab 19
Sarah merenung Alan dihadapannya yang
khusyuk dengan skecthesnya. Dari tadi lelaki itu tak mengalihkan pandangan dari
kanvas di hadapannya. Alan memang serius kalau dah buat kerja! Agaknya kalau
gempa bumi pun dia tak bergerak!
Dah lebih setahun dia mengenali
Alan. Dia tahu hampir semua berkenaan lelaki itu. Dia tak pernah pun terfikir
akan sayang pada lelaki itu. dan dia juga tak tahu dari mana datang kekuatan
untuk tetap teguh berdiri di samping lelaki itu biar di saat lelaki itu telah
bahagia dengan Adia.
Tak pernah sekali pun dia mendoakan
keruntuhan hubungan Adia dan Alan. Dia gembira jika Alan gembira. antara dia
dengan Alan...biarlah jika ini yang terbaik.
“Apa kau fikir?”
Terkejut Sarah. “Fikir bila kau nak
habis buat kerja kau.”
Alan senyum. Sepanjang dia mengenali
Sarah, gadis itu tak pernah merungut. Gadis itu yang setia disisinya tak kira
dalam apa jua keadaan pun. Dia rasa hidupnya tak cukup lengkap tanpa gadis itu
di sisinya.
“Jom. Aku belanja kau makan.” Alan
mengemas barang-barangnya.
“Kau demam ke hari nie?” Sarah buat
muka blank.
“Demam?”
“Tak ada angin, tak ada ribut.
Tiba-tiba kau nak belanja aku makan nie kenapa?”
“..tak boleh ke kalau nak belanja
orang yang istimewa makan...”
Kata-kata Alan itu buat Sarah
terkaku.
Baru sahaja hatinya berbunga gembira
sebentar tadi. Kini di hadapannya Adia sedang menangis tersedu-sedan.
“Adia, kenapa nie?”
Sarah melemparkan pandangan pada
riak muka Alan yang jelas kerisauan. Adia di hadapan mereka masih teresak-esak.
Sepatah perkataan pun masih tak keluar dari mulutnya.
“Alan... aku pergi dulu...” Sarah
meninggalkan Alan dan Adia di situ. Pasti mereka perlukan waktu untuk
bersendirian.
Sempat Sarah menoleh kebelakang dan sempat jugak dia
menangkap aksi Alan yang sedang mengelap titisan air mata di pipi Adia. Longgor
segala skru di badannya. Tak mustahil untuk Alan masih menyayangi Adia. Takkan
mudah rasa sayang itu terpadam.
Sarah kesat airmata yang mula mengalir. Kaki di hala
tanpa arah tuju. Bodohkah dia terus menanti orang yang tak pernah mencintainya?
Ya, mungkin dia masih berharap pada Alan... apalagi sejak keruntuhan hubungan
Alan dan Adia...mana tau ada secebis kasih lelaki itu untuknya...
Tapi... tadi kenapa tanpa amaran Adia muncul balik.
Dengan tangisan bertali arus. Kenapa perlu Adia cari Alan semula setelah hati
Alan dia remukkan?
Handphone di poketnya berbunyi. Mesej.
‘Sarah, sori. Lain kali kita makan sama ya!
Alan teman Adia kejap.’
Alan, kenapa kau tak pernah faham apa yang aku rasa
terhadap kau? Apakah hanya sekadar disini sahaja hubungan kita? Tak ada langsung
ke ruang dalam hati kau untuk aku?
Kenapa Adia? Kenapa orang yang pernah mencincang lumat hati kau itu juga
yang jadi pilihan kau?
“....salah aku kah kerana
mengenali kau selepas dia? salah aku kah mengharap sesuatu yang lebih dari
hubungan kita ini? Salah aku kah kerana terlalu menyayangi kau?....”
0 comments:
Post a Comment