Bab 17
Epi datang tersengih-sengih
menghampiri Farah. Sha memberi isyarat pada Farah. Namun Farah masih rancak
meneruskan perbualan. Kehadiran Epi seolah-olah tiada kaitan dengannya.
“Gambar nie kan lawak lah...”
sengaja Farah menambah topik untuk di bualkan. Biar Epi tahu betapa dia tak
sudi nak melihat lelaki itu.
“Farah, kesian lah dekat dia...”Sha
bersuara setelah Epi berlalu meninggalkan mereka.
“Biarlah...”
“Kau tak kesian ke tengok muka dia?”
“Muka tersengih tue? Ah, tak payah
fikir lah pasal dia!”
Hari itu merupakan pementasan
produksi yang terakhir, Produksi ANIA sebelum malam penutupan esok. Farah saja
hadir itu sama-sama memberikan sokongan pada rakan produksi lain. Pertandingan
tue pertandindangan juga, tapi kawan tetap kawan takkan nak jadi musuh pulak.
Farah khusyuk dengan handphonenya
tidak menyedari Epi berdiri di sebelahnya dari tadi.
“Assalamualaikum.”
Farah jawab salam Epi dalam hati.
Pasti Epi mahu bercakap dengannya. Di biar saja
Epi di situ. Tidak langsung mempelawa Epi duduk di kerusi kosong
sebelahnya.
“Epi!” entah siapa yang memangil
Epi. Yang pasti suara perempuan. Farah menjeling dengan ekor matanya. Suasana
Theatrette yang telah di gelapkan menyukarkan Farah untuk mengecam pemilik
suara itu.
Epi terus pergi kepada yang
memanggilnya. Sepanjang pementasan itu fikiran Farah tak tenteram. Lebih
tertumpu pada Epi dan perempuan itu.
Sakitnya hati! Macam nak ganyang-ganyang jek perempuan
tue! Tak tahu ke Epi tangah pujuk aku nie!
Eh,eh! Sape awak? Isteri dia?
Tak.
Tunang dia?
Tak jugak.
Emm..makwe dia?
Soon to be...
Perasan! Hello, wake up. Epi just your friend, ok? Yang
kau nak merajuk dengan dia kenapa nie?
Hobi.
Kau sayang dia...
Apa buktinya?
Kau cemburu...
Bila masa?! Mana der aku cemburu. Aku..aku Cuma tak puas
hati jek...
Cemburu tanda sayang.
Shut up!
Cut it off lah, Farah!
“Cut it off lah, Farah... dengar lah apa dia nak cakap
tue. Dia datang tue. Dengar dulu ye?”
Sha tinggalkan Farah sambil membentuk lambang OK dengan jarinya.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.”
“Ada pun suara... jom amik gambar.”
Macam nak tergelak pun ada Farah rasanya.
“Tak mau.”
“..hmm...kita balik lah.”
Farah angguk.
Dalam bas masing-masing membisu.
“Kau OK?”
Farah diam.
“enggage...”
Cam nak gelak guling-guling pulak dengar istilah baru Epi
tue. Suka hati jek! Farah cover senyuman dengan tangannya. Dah tak leh control
nie... sebab marahnya pada Epi dah lama hilang sebenarnya.... cepat lah sikit
bas nie sampai...
“Marah lagi kat aku?”
“Mana kau tahu aku marah kat kau?”
“Aku tahulah...”
Baki perjalanan itu sunyi. Masing-masing senyap.
Pujuklah aku lagi...
Penatlah...
Nie aku marah nie...
Kenapa kau marah aku nie, cuba lah pergi marah kat orang
lain ke.
Aku suka kalau merajuk ngan kau. Best kena pujuk...
Aku pujuk orang yang sayang aku jek. Kau sayang aku?
Automatik Farah dan Epi saling berpandangan. Berderau
darah Farah. Apa punya telepati lah nie..nie bukan telepati tapi berangan...
Epi tarik nafas panjang. Pandangan mata Farah tadi macam
dengar jek kata hati nya. Kalau dengar kenapa tak jawab. Kau sayang aku ke?
Kalau dah namanya khabar angin tue tak payahlah nak
percaya. Ada pulak yang jadi riak nanti. Semua sibuk mengatakan yang farah akan
merangkul gelaran pelakon wanita terbaik malam ini. Fara biarkan saja orang
berkata-kata. Dia dah jadi terbaik untuk dirinya sendiri itu dah cukup.
“Jangan pernah ada niat nak bertanding dengan orang lain.
Tandingi diri sendiri dulu.” Kata-kata Cikgu Rokiah itu memang melekat dalam
otaknya sampai bila-bila pun.
Farah nampak Epi masuk. Kerusi di sebelahnya masih
kosong. Farah berkira-kira dalam hati nak panggil ke tak. Mana lagi bagus?
“Epi!” meliar mata Epi mencari. Farah lambai tanggannya.
Bila Epi dah berada sebelahnya Farah jadi kaku. Nasib
baiklah pengacara majlis dah buat mulakan acara dapat juga elakkan diri.
Duduk di sebelah Epi, Farah paling suka cium bau haruman
lelaki itu. Sedap. Bukanlah dari jenama yang mahal seperti Tommy ke DKNY ke
tapi lebih sedap dari bau-bau yang mahal tue.
Kalau dah suka, kentut pun wangi!
Gelak Farah mengingati baris ayat yang popular tue.
Aku suka dia ke? Sebagai apa?
Farah mengintai wajah Epi dari hujung tirai matanya.
Sorakan penonton
mengejutkan Farah. Dah habis rupanya orang berucap. Padanlah, dah nak umumkan
pemenang.
Farah turut sama bersorak bila produksinya menang
anugerah pelakon harapan lelaki. Dia mencari juga kelibat Abang Eddy. Pasti
Abang Eddy gembira. Tak sia-sia penatnya melatih Arif menjiwai wataknya sebagai
orang buta.
“Sekarang tiba masanya untuk mengumumkan anugerah pelakon
wanita terbaik.”
Macam-macam nama di jeritkan. Farah gelak bila namanya
turut di jeritkan.
“Pelakon wanita terbaik.... Nor Farah Osman dari produksi
Sangkar madu!”
Farah macam tercekik air liur sendiri. Aku menang?
Farah jalan naik pentas dalam keadaan tercengang-cengang
lagi. Macam tak percaya. Dari atas pentas Farah nampak wajah bercahaya Abang
Eddy. This one for you Abang Eddy!
Malam sejarah. Boleh lah kot. Farah macam tak boleh
tidur. Macam tak percaya boleh menang. Tambah mengejutkan bila produksi Sangkar
madu boleh dapat tempat naib johan. Abang Eddy pun terkejut.
Farah rebahkan diri di atas katil. Patung itik ‘Epi’ yang
terbaring sebelahnya mengamit kembali memorinya dengan seseorang. Sekeping gambar
dari celahan buku di ambil. Gambarnya dengan Epi di Tanjung Badak. Aku sayang
dia ke? Tanpa sedar setitis airmata Farah mengalir...
“....wanita menangis
untuk sesuatu yang mereka mahu dan aku menangis kerana aku mahu kamu....”
0 comments:
Post a Comment