06 October 2012

kata hati ini (part 17)


Bab 16

            Lagu Nothing Else Matter kedengaran dari hp Farah. Farah tahu itu panggilan dari Epi. Farah memberi isyarat pada Ning yang sedang sibuk menyolekkannya untuk memberi ruang menjawab panggilan.
            “Assalamulaikum.”
            “Waalaikummussalam. Sibuk ke?”
            “Tengah make up. Kau datang tak nie?”
            “Dah setengah jam aku tunggu bas, tak ada. Macammana?”
            Farah tahu petang minggu begini manalah ada perkhimatan bas yang campus sediakan. Dah lah kolej kediaman mereka terletak jauh dari campus induk.
            “Tak kira kau datang jugak.”
            “Tengok lah.”
            “Datang!” sengaja Farah memaksa Epi. Tapi kalau dah memang tak ada bas, dia tak lah ambil hati sangat. Dia pun faham.


            Festival Teater UMS dah seminggu berlangsung. Setiap malam akan ada persembahan dari produksi seperti yang di jadualkan. Para pengadil pula di jemput dari dewan bahasa dan pustaka juga dari penggiat teater yayasan Sabah. Hari ini tiba giliran Farah untuk beraksi. Kecut juga perutnya. Bukannya tak pernah naik pentas, Cuma kali nie agak berbeza. Bukan tak pernah masuk pertandingan, Cuma kali ini rasanya tanggungjawab besar di pikulnya di bahunya. Memegang watak utama, memang membawa wajah pada keseluruhan persembahan. Kalau untuk persembahan kurang sikit lah bebannya tapi bila pertandingan, menang atau kalah di tangannya.
            Epi dah beraksi minggu lepas. Produksinya merupakan yang pertama membuat persembahan. Epi pengang watak sebagai syaitan. Memang hidup. Wataknya mendapat pujian ramai. Memang berlainan dengan karektor hariannya yang kerap tersenyum tapi wataknya adalah serius dan wajah yang menyeramkan.



            “Ok, buat yang terbaik. Abang yakin dengan korang semua. Jangan risau, lepas nie abang dah tak marah-marah dah.” Abang Eddy memberikan kata-kata semangat sebelum meninggalkan para pelakon di belakang pentas untuk tugasan teknikal.
             Kelakar mendengarkan ayat terakhir dari mulut abang Eddy. Dia faham bila adakalanya Abang Eddy naik angin. Ada ke pengarah yang senyum sentiasa semasa mengarah? Kalau dah pelakon tak dapat buat apa yang di suruh, confirm lah ‘my blood go upstairs!’. Bekerja dengan pelbagai pengarah sepanjang menceburkan diri dalam teater dah mengajar Farah untuk telan jek kemarahan pengarah. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sudah. Habis cerita.
            Farah tarik nafas panjang bila lampu pentas di padamkan. Dia yang akan mulakan persembahan malam ini. Dengan lafaz bismillah, dia melafazkan dialognya.
           

            Senyum Farah melebar bila nampak Epi. Dia tak sangka Epi datang juga akhirnya. Dia sekadar main-main sahaja memaksa lelaki itu.
            “Kau datang naik apa tadi?”
            “Aku naik bas luar lah. Penat tau aku jalan kaki dari gate luar sana.”
            Farah hanya tersenyum mendengar rungutan Epi. Seketika kemudian dia meninggalkan Epi bersama kawan-kawannya  untuk berjumpa Abang Eddy.
            Nampak bercahaya sikit muka Abang Eddy. Mungkin dah lega pementasan dah selesai. Tugasnya sebagai pengarah pun dan selesai. Sekarang cuma tunggu untuk di nilai sahaja. Minggu depan akan berlangsung majlis penutupan dan penyampaian hadiah. Farah tak mengharap apa-apa anugerah. Cukuplah bila tengok Abang Eddy dan penonton puas hati dengan persembahannya.
            Sekolah pengajian seni dah sunyi balik. Tadi meriah penonton tapi sekarang hanya tinggal krew-krew dan pelajar yang terlibat dengan persembahan menunggu bas khas mereka untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing.
            Farah melangkah menghampiri Epi yang rancak berbual dengan kawannya. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Epi. Dia tak menyampuk perbualan Epi Cuma menjadi pendengar. Epi pun macam tak kisah dengan kehadirannya di situ.
            Tak lama selepas itu, Epi bangun menuju ke theatrette. Farah mengikuti langkah lelaki itu lambat. Di theatrette Epi sibuk mengacau Fetty dan produksinya yang kebetulan tengah sibuk membuat persiapan untuk pementasan mereka esok. Farah sekadar melihat dari jauh Epi seronok bergelak tawa dengan Fetty.
            Epi melintas di sebelahnya untuk keluar dari theatrette. Lelaki itu tak menoleh langsung apatah lagi menegurnya. Sedikit hati Farah terusik.
            “Bas! Bas!” entah siapa yang melaung memaklumkan kehadiran bas. Farah terus melangkah laju menaiki bas. Dia langsung tak mencari di mana Epi walaupun tadi telah di nyatakan pada Epi untuk balik bersama.
            Dari dalam bas Farah nampak Epi. Epi langsung tak memperdulikannya. Kerusi di sebelah Farah yang kosong, Epi tak sentuh. Epi terus ke belakang. Farah sekadar mendengar gelak tawa Epi bersama kawan-kawannya. Atau lebih jelas kawan-kawan perempuannya.
            Kini bas menuju ke kolej kediamannya. Destinasi terakhir bas itu, memandangkan kolej mereka yang paling jauh. Dalam bas itu yang tinggal hanya Epi, Farah dan Richard. Epi duduk di hadapan Farah tapi menghadap gadis itu. Sedikit pun Farah tak alihkan padangannya dari luar tingkap.
            Panggilan Epi berkali-kali tak sedikit pun di hiraukannya. Akhirnya lelaki itu pindah duduk di sebelahnya. Tanpa Farah sedar, airmatanya dah mengalir. Di sekanya pantas. Dia tak tahu kenapa perlu air mata ini mengalir. Sakit dadanya saat ini menahan rasa sakit hati di tambah lagi menahan sebak.
            Epi di sebelahnya dah diam. Sampai sahaja destinasi mereka, Farah terus mencapai beg dan turun mendahului Epi. Panggilan lelaki itu turut tak di endahkannya. Sekadar ucapan good nite di beri pada Richard.

“...perkara terakhir yang ingin aku lakukan adalah menyakiti kau. Kerana melihat airmata kau ibarat asid yang menghancurkan luluhkan hati ini...”

0 comments:

Post a Comment