23 October 2012

kata hati ini (part 19)


Bab 18

            Dalam terpisat-pisat bangun tidur tue, Farah capai juga handphone. Siapa jugalah yang terlebih rajin pagi-pagi buta nie dah hantar mesej.
            Shah?
            ‘Saya ada benda nak bagitau farah. Saya harap farah tak marah. Sebenarnya saya sukakan farah...’
            Uiks! Bingkas terus Farah. Segar terus biji mata. Kalau hari-hari kena kejut macam nie confirm gi kelas tak ngantuk.
            Kejap...macam tau jek hari nie hari apa...hmm...
            ‘Shah, ko nie ngigau ke nak buat april fool?’
            Wakaka! Nak kenakan orang? Hehe! Nasib baik ada tanda amaran untuk hari nie. 1 April. Hari yang paling harus berjaga-jaga! Tapi...cam idea bagus gak lah idea shah tue nak mengenakan orang. Bleh lah aku pratik kat orang lain.
            Farah senyum tanda kekejaman. Dua batang tanduk mula bercambah keluar dari kepalanya. Jari-jemarinya pantas berlari di atas keypad handphone.
            ‘Askum. Aku ada benda nak bagi tau kau nie. Dah lama sebenarnya aku nak bagitau kau. Aku harap kau tak marah. Aku sukakan kau...’
            Butang send ditekan.
            Melompat-lompat farah dalam bilik tue. Tiba-tiba rasa jantungnya berdegup selaju 100km/j. Aku nie buat april fool ke betul-betul?
            Tak lama kemudian handphone nya berbunyi. ‘One message received’ tertera di skrin. Makin tak keruan Farah dibuatnya.
            ‘Wsalam. Terima kasih kejut aku bangun tido. Hari nie aku ada pameran. Kau jangan lupa datang. Datang jangan tak datang!’
            Mak!!! Farah tak tau nak sorok muka kat mana. Rasa macam nak masuk bawah katil jerk. Malu! Apa agaknya Epi pikir saat nie? Huhu~


            Farah bersandar di dinding sambil berpeluk tubuh. Sha di sebelahnya dah malas nak cakap apa.
            “Aku takut lah...”
            “Dah tau takut kenapa kau datang jugak?”
            “Kau yang paksa!”
            “Gonjeng! Bila masa aku paksa? Aku just suruh kau pikir macammana dia susah payah datang show ko. Apa salah kau pulak datang pameran dia nie.”
            Lepas Epi balas mesejnya pagi tadi, sha terus dicari. Niat di hati, plan asal hari nie nak duduk rumah study. Final tak lama lagi. Bila dah jadi macamnie pagi tadi, hanya kerana satu mesej, bukak buku pun dah tak masuk apa dah. Tue lah tak ada keje cari keje. Mengacau anak teruna orang dengan april fool konon!
            Dari jauh dah nampak Epi melambainya dari booth. Telan air liur sendiri Farah. Nak cakap apa? Hai... apa kabar...booth kau lawa...dapat mesej aku tak?...eh soklan last tue, patut dilupakan.jangan nak buat hal lagi.
            Raut wajah Epi jelas keletihan.  Farah tau dalam 2 minggu nie Epi memang sibuk dengan Pameran Seni nie. kesian Epi... lelaki itu pun lebih banyak diam hari nie. Ingin rasa Farah nak kongsi masalah Epi. Tapi, siapalah dia pada lelaki tue...
            Dah puas di booth Epi, Farah dan Sha bergerak pula ke Booth lain untuk mencuci mata. Dia bukan minat sangat pun nak datang pameran nie. Datang atas permintaan Epi dan ‘paksaan’ Sha tadi. Dah puas berjalan, dan melihat seketika di setiap booth, mereka menuju ke cafe. Dalam perjalanan mereka terserempak dengan Epi sedang menghidupkan motornya.
            “Pergi mana?” tanya Epi.
            “D’bayu. Lunch. Kau nak balik ke?”
            “A ah!”
            “Nak ikut!” tak tau kenapa perkataan tue yang keluar dari mulutnya.
            Mulanya jelas juga riak terkejut di wajah lelaki itu, tapi Epi hulur juga helmet pada Farah. Dan Farah terus sambut sambil menoleh ke Sha.
            “Aku balik dulu eh. Sori tak dapat lunch ngan ko.”
            Sha senyum. “Ok. Nanti aku gi makan dengan Amirul.” Sha merujuk kepada buah hatinya yang juga turut mengadakan pameran hari nie.
            Farah rasa tangannya sejuk waktu nak ikat tali helmet. Apa aku buat nie? Rasa macam badannya bertindak luar kawalan. Farah berpaut pada bahu Epi untuk naik ke atas motor.
            “Ok?” tanya Epi memastikan.
            Farah angguk.
            Motor bergerak meninggalkan perkarangan Sekolah Pengajian Seni. Sempat Farah menangkap senyuman penuh makna Sha yang di lemparkan padanya.
            Farah kat atas motor macam patung. Macammana aku boleh nak ikut Epi nie?
            “Nanti aku nak gi isi minyak dulu. Boleh?”
            “Aku ikut jek.”
            Motor meluncur laju. Sewaktu melalui bumper, Farah rasa macam nak terjatuh. Tangan yang asalnya hanya berehat di pahanya terus cekap melingkar di pinggang Epi menggelakkan dirinya dari terjatuh.
            “Sori.” Epi berkata sepatah. Mungkin terasa pelukan erat Farah padanya.
            Perjalanan mereka sepi. Farah masih kaku. Epi pun diam sahaja. Tiada lagi mulut yang kecoh menyakat Farah. Farah dapat rasa tanggannya beku memeluk pinggang Epi. Pengalaman pertama naik motor dengan lelaki!
            “Kenapa kau diam jerk?” farah bersuara.
            “..aku penat..”jawab Epi ringkas.
            “Aku takut kalau kau senyap jek.”
            Terdengar letusan kecil tawa Epi. Dari cermin sisi Farah nampak Epi senyum. Senyuman Epi itu turut menariknya untuk sama senyum.
            Epi berhentikan motornya betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Farah.
            “Thanks.and sori. Menyusahkan orang awam jek aku nie.”kata Farah sambil menghulurkan  helmet pada Epi.
            Lelaki itu sekadar senyum.
            “Terima kasih sebab datang.”
            Entah kenapa kata-kata Epi itu membuatnya terasa. Tak pernah sekali pun dia ucap terima kasih atas susah payah lelaki itu untuknya. Susah payah lelaki itu datang show nya dulu, dia siap merajuk lagi adalah.
            Yang pasti hari itu Farah bukan dirinya. Tersenyum pandang dinding!

“...Kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi. kalau sudi katakan sudi, tidak aku termimpi-mimpi...”


0 comments:

Post a Comment