Bab 14
Farah sampai awal untuk latihan malam itu. Budak
produksinya semua tak sampai lagi. Farah duduk berehat kejap di foyer. Malas
nak naik studio dulu. Duduk seorang diri kat studio kadang-kadang macam
menyeramkan pulak. Bukan tak pernah dengar cerita senior-senior yang dulu tidur
di school nak siapkan projek. Macam-macam cerita seram. Kena kacau masa tidur
lah, tabur pasir atas siling, paling best hantu tue main lampu. Hee.. kalaulah
sendiri yang kena...
“Hai, sorang jek?” entah bila masa Epi dah terpacak
depannya.
“Tak, berdua.” Dah nampak aku duduk sini seorang, lagi
mau tanya ke?
Farah masih dalam
mood merajuk.
Epi masih terpinga-pinga. Payah jugak nak pujuk orang
merajuk nie.
“Aku nak ambil air
aku. Tertinggal dekat cafe tadi.”
“Cafe dekat sana, bukan dekat sini.” Farah masih tak
mengendahkan kehadiran Epi dihadapannya. Dia sibuk bermain dengan handphonenya.
“Ya tak ya jugak!” Epi teragak-agak hendak meninggalkan
Farah.
Tak lama kemudian Epi datang balik. Dia teragak-agak nak
menegur Farah. Farah pun langsung tak mengangkat muka memandangnya. Akhirnya Epi
ambil keputusan untuk terus ke studio. Biarlah Farah tenang dulu. Akan di
pujuknya gadis itu nanti.
Habis latihan Epi terus bergegas ke studio latihan Farah.
Doanya agar gadis itu belum pulang lagi. Memang dia bernasib baik, Farah masih
di studio. Sedang menghabiskan latihan scene terakhirnya.
Farah memang terkenal dengan bakatnya dalam lakonan
teater. Sejak dari minggu orientasi lagi bakatnya dah terserlah. Tambahan lagi
gadis itu tidak malu dan tidak kekok untuk berdiri di hadapan. Rasanya jika di
beri apa jua watak pada Farah, gadis itu dapat menghayatinya dengan baik.
Buktinya, lakonanya sebagai orang gila sewaktu assignment
semester pertama. Lakonan yang di lakukan di hadapan orang ramai secara
spontan. Pada awalnya, tak seorang pun orang di bus stop tue yang menyedari ia
sekadar lakonan. Dengan kain batik yang separuh terlondeh, selipar di tangan,
plastik sampah di kepala, dan rambut yang kusut masai, memang tak tumpah macam
orang gila! Siap ada pelajar yang berbisik, “Kesian..mesti tension sangat
belajar nie!”
Farah dah menyedari kehadiran Epi. Dia memang sengaja
buat tak endah. Mencapai beg sandangnya yang di letakkan di penjuru studio,
meneguk air tanpa menghiraukan pandangan mata Epi yang mengikut setiap
perbuatannya.
“Richard!” Farah memanggil Richard yang sedang berbual
dengan Abang Eddy.
Pada Richard di serahkan sekeping A4 yang di lipat kemas.
Ada sekeping gambar di dalamnya. Gambar Epi bermain gitar sewaktu resital tahun
baru lepas. “Bagi kat Epi.”
Memang macam tak masuk akal. Epi dah sedia berdiri
sekadar 3 langkah darinya. Namun Richard juga yang di panggil jadi posmen tak
bertauliah.
Farah menyandar di tepi dinding. Terngiang-ngiang kata
Ustaz masa sekolah dulu. “Kalau 3 hari bermasam muka sesama manusia di kira
berdosa.” Hari nie hari ketiga dia merajuk dengan Epi. Bukan lah besar mana
kesalahan lelaki itu sampai dia nak merajuk sampai hari nie. Bukannya Epi tak
pernah memujuk dan meminta maaf, tapi dia yang tak tahu macammana nak pujuk
hatinya sendiri.
“Epi!” Farah memanggil lelaki itu yang baru keluar dari
theathrette. Sememangnya mereka baru habis Resital mingguan. Sengaja dia
menunggu lelaki itu di luar. Dia nak menjernihkan suasana. Tapi rasanya kini
dia kehilangan ayat. Nak cakap apa? Maaf?
“Farah...” Epi pun dah terpinga-pinga di situ. Muka gadis
itu masih masam mencuka. Dah 3 hari tak nampak Farah senyum. Kalaupun gadis itu
senyum tapi bukan untuk dirinya. Senyuman Farah akan mati bila terlihatkan dirinya.
“Kau nak balik?”tanya Farah.
“Jom balik sama!”
Mereka bergandingan menuju ke bus stop. Tapi
masing-masing membisu. Dalam bas pun suasana sunyi masih menyelubungi mereka.
Cakaplah Epi.
Kau marahkan aku lagi ke?
Nie aku bagi kau peluang lah. Cepat! Pujuk aku!
Kena pujuk ea? Camner nak pujuk kau?
Suka hati kau lah!
“Kau buat apa lepas nie?” tanya Epi tiba-tiba.
“Balik rumah. Rehat ke mandi ke tido ke...” Farah masih
menjawab acuh tak acuh. Jual mahal jangan tak jual mahal!
“...keluar kejap. Minum sama.”
Farah sekadar mengangguk. Epi perlu mencari peluang untuk
habiskan masa seketika bersama gadis itu.
Restoran Zimal seperti biasa tetap di banjiri pengunjung
yang kebanyakkannya pelajar UMS dan UiTm yang duduk berhampiran selain Permai
Walk yang juga menjadi pilihan.
Epi menyusun ayat dalam hati. Petanda baik bila Farah nak
minum sama dengannya.
“Ingatkan nak ajak kau dinner, tapi malam nie aku ada kelas. Jadi dapat ajak kau minum
petang je lah. Kau nak goreng pisang?”
“Boleh lah.”
tak lama kemudian Epi kembali dengan sepinggan goreng
pisang yang masih berasap.
“Kau OK?”
“Kau rasa?” sengaja dia bagi soalan provokasi pada lelaki
itu.
“Aku sebenarnya tak suka sambut hari jadi. Kalau masa
hari jadi tue aku suka duduk kat rumah.”
Farah masih diam. Dia beri peluang Epi jelaskan
segala-galanya.
“Terima kasih lah wish happy birthday tue. Kau orang
kedua.”
Kedua?! Isk, mana boleh jadi nie!
“Siapa pertama?” laju jek soalan tue keluar dari mulut
Farah.
“Akak aku yang di Johor.”
Fuh! Lega! Ingatkan siapa lah tadi yang terlebih cepat
darinya.
Macam-macam cerita mereka borakkan petang itu. Dari sini
lah Farah mula mengetahui latar belakang Epi yang sebenarnya. Betapa susah
payah nya lelaki itu untuk hidup sampai dapat menjejakkan kaki ke universiti.
Lelaki itu juga tak pernah kenal sambutan hari jadi sepanjang hayatnya.
Mendengar cerita Epi bagaikan satu motivasi untuk Farah. Menjadikan dia untuk
lebih bersyukur dengan kesenangan yang dia dapat selama ini.
Pagi itu seperti minggu-minggu sebelumnya. Kelas gitarnya
bersama Epi. Cuma yang istimewanya hari nie, dia ada sesuatu untuk lelaki itu.
Memang dah niatnya nak memberikan sesuatu untuk lelaki itu. Penat pusing satu
Centre point, mula-mula ingatkan nak cari tie, tapi tak jadi pulak bila
melihatkan harga tie yang mencecah hampir 30 ringgit sehelai. Bangkrup orang di
buatnya.
Akhirnya jam tangan segi empat bertali kulit itu jadi
pilihan hatinya. Harga yang berpatutan dan rupa yang menarik itu betul-betul
menepati citarasanya.
“Nah, untuk kau.” Farah serahkan kotak jam pada Epi.
Lelaki itu mula-mula agak teragak-agak nak mengambilnya.
“Terima kasih.” Epi ambil juga hadiah Farah lalu di
masukkan dalam begnya.
Farah senyum. Tue kotak sahaja. Kalau bagi jam, kenalah
pakaikan sekali. Baru seronok. Tapi rasanya tangan dia dah seram sejuk. Camner
nak pakaikan orang jam?
Macam biasa kelas di teruskan. Epi dah tak banyak nak
kena ajar Farah. Gadis itu dan makin maju. Sekarang dia cuma nak melatih
plucking untuk Farah kuasainya.
Farah membiarkan Epi mengemas barangnya. Terasa macam ada
‘kupu-kupu dalam perutnya saat ini’.
“Epi, bak tangan kau!” berkerut dahi lelaki itu
mendengarkan permintaan Farah.
“Buat apa?”
“Bagi jer lah...”
Epi hulurkan tangan kanannya.
“Kau pakai jam tangan mana?” baru Farah teringat nak
bertanya.
Epi hulur tangan kirinya pula.
Agak terkial-kial juga Farah nak memakaikan Epi jam.
Sedikit pun dia tak berani nak angkat muka memandang Epi yang pasti sedang
memerhatikannya saat ini. Farah senyum bila jam tangan itu dah kemas tersemadi
di tangan Epi.
“....kau tak perlu
jadi yang pertama dalam hidupku, kerana dalam hati aku hanya ada kamu...”
0 comments:
Post a Comment