Bab 15
“Macammana kau dengan Alan?” tanya
Farah sewaktu jogging bersama dengan Sarah petang itu. Sesekali meluangkan masa
untuk menyihatkan badan.
“...macam biasa...”Sarah jawab tanpa
nada.
“Kau tak bagitau dia?” kau pun tak
bagitau kat Epi
“Bagitau apa?”
“Kau suka dia.” Aku suka Epi ke?
“Nonsense! Ada ke patut?!”
“Lah..patutlah tue.. dia pun single
sekarang. Dan korang memang dah rapat pun.” That’s word goes to you back,Farah!
“Hahaha!” Sarah gelak buat-buat.
“Eh, aku cakap yang betullah...”
“Tak mungkin lah, Farah.”
“Apa yang tak mungkinnya? Sampai
bila kau nak pendam perasaan pada Alan?” yes, for how long more you want to
keep your feeling, Farah?
“Tak semuanya harus kita tunjukkan...mungkin benar cinta harus
diluahkan. Tapi bila tiba satu saat dan ketika, cinta itu terpaksa kita buang
jauh dalam hati.” Sarah melemparkan pandangan jauh.
“Apa
maksud kau?”
“Come
on lah, orang teater takkan tak paham ayat kot!”Sarah menolak bahu Farah.
“Something
wrong with you girl. Apa yang ada dalam nie?” Farah menunjuk ke dada Sarah. Dan
juga apa dalam hati kau jugak.
“Aku
tak mahu ambil kesempatan atas kelukaan Alan. Aku tak mahu bina bahagia atas
kesengsaraan orang lain.”
“Abis
kau tak rasa sengsara ke dengan dia tiap-tiap hari, simpan perasaan tue
sorang-sorang, benda dah depan mata tak tercapai dek tangan?” that is what you
feel, Farah.
“Kau
tak faham, Farah. Kita sayang kan orang tanpa minta balasan. Aku tak rasa
sengsara, aku bahagia. Mungkin aku bukan seorang kekasih untuk dia, tapi
sekurang-kurangnya aku adalah tempat untuk dia mengadu susah dan senang. Itu
dah cukup untuk aku.”
“Hebat
sungguh penangan cinta!”
“Cinta
boleh ubah orang, Farah. Yang lemah akan jadi kuat, yang kuat pun boleh jadi
lemah kerana cinta. Aku tak nak musnahkan hubungan aku dengan Alan sekarang
kerana cinta. Biar dia di depan mata walau tak tercapai tapi jangan tak dapat
melihat, bercakap apatah lagi di capai.” Sarah memperlahankan lariannya.
Matanya menatap matahari yang mula terbenam.
“Mana
tahu Alan boleh terima kau?”
“Mana
tahu tue tak pasti lagi, cik Farah oi! Biarlah, kitorang macam nie. Kalau
memang dia di takdirkan untuk aku...adalah. biarlah dia terima aku kerana aku
bukan kerana simpati.” Daun lalang yang meliar di sekitar tempatnya berpijak di
tarik sebatang. Kemudian bunga lalang yang melekat pada daunnya itu di tiup
lembut. Sarah senyum melihat bunga lalang itu terbang mengikut angin petang
yang bertiup perlahan.
Let
it be...yes. Biarlah aku dah Epi macam nie.
Farah
terpaksa ponteng latihan teaternya malam tue. Ada kerja yang lebih penting
harus di selesaikan tugasan Pengantar Pengurusan Seni harus di hantar dalam
tempoh 3 hari.
Farah
tekun menghadap komputer. Nasib baik lah petang nie tak ramai orang di CC.
Server pun laju. Senang sikit nak mengakses internet. Farah nyanyi kecil sambil
menunggu loading page internet. Ambil je semua maklumat dulu. Sesi mengedit
adalah kemudian. Kalau dah rasa pening sangat, copy and paste je lah. Tapi
tengok pensyarah lah, kena pensyarah yang cerewet, tanggung lah...“I want your
work not internet work!”
“Assalamualaikum.”
Waalaikumussalam.
Farah jawab dalam hati. Sapa pulak yang rajin bagi salam kat aku nie?
Bila di toleh kebelakang, memang tak
heran lagi dah. Entah macammana pulak makhluk perosak nie boleh sesat kat CC
nie.
“Kau buat apa?” tanya Epi.
“Basuh baju.” dah nampak aku kat CC
tengah menghadap komputer, mestilah tengah surf internet, cik abang oi!
“Loyar buruk dia!” Epi menarik
kerusi di sebelah Farah yang kebetulan kosong. Dia mengangkat tangan ke
kaunter. Tahulah Farah, Epi nak menggunakan komputer di sebelahnya.
Suasana sepi. Farah sibuk mencari
maklumat untuk tugasannya. Epi pun sibuk dengan urusannya.
“Aku dah siap.”
“So?” Epi menjawab tanpa mengalihkan
padangannya dari skrin komputer.
“Nak balik sama tak?”
“Ada janji ke?”
Arghhh! Kalau aku ada kekuasaan saat
ini, akan ku sunatkan lelaki ini buat kali kedua!
Farah dah malas nak layan. Dia
bangun dan menuju ke kaunter. Membuat bayaran dah terus keluar dari CC.
“Nak pergi mana?”
Dalam terpinga-pinga dia di luar CC
tue, Epi menegurnya dari belakang.
“Aku ada janji ngan kau ke?” amik
balik!
Epi gelak. Dia tahu Farah marah
padanya.
“Aku gurau jek. Jom teman aku
makan.”
Farah masih tak bergerak. Saja buat
tak menghiraukan Epi.
“Marah lagi? Aku kira sampai 3,
kalau kau tak mau temankan aku, aku dukung je kau pergi restoran tue nanti.”
Ugut Epi.
Dalam mencuka tue, Farah ikut juga
langkah Epi. Bukan boleh dipakai, makhluk perosak sorang nie. Ikut kepala dia
jek. Kot datang angin tak betul, di dukungnya
betul-betul, tak ke buat naye jek!
“Kau perasan tak?” tanya Epi sewaktu
menunggu pesanan.
“Perasan apa?”
“Kita pakai baju sama warna.”
Sepantas kilat Farah tunduk melihat
bajunya kemudian mengamati baju yang tersarung di tubuh Epi pula. Mereka
mengenakan baju yang sama warna. Baby blue. Sama gila! Gila pun tak sama macam
nie!
“Mesti kau tiru aku tadi nie...”
Pulak? Farah angkat kening. “Kau
kenapa hari nie? Deman ke sawan? Nak menyakat orang jek dari tadi.”
Epi gelak. “Tak...aku suka tengok
kau marah. Dah 3 hari tak jumpa kau.”
Mengucap panjang Farah. Ada ke patut
suka tengok orang marah?
“Nak aku merajuk macam hari tue lagi
ke?”
“Eh, janganlah...payah nak pujuk
tue. Ok, ok. Tak kacau kau lagi dah. Dah..meh makan.”
Tau takut!
Mereka menikmati hidangan
masing-masing. Sempat juga tue Epi nak mengacau Farah. Di hulurkan sudu pada
Farah, nak buat aku suap menyuap. Sekali sekala pula, di ambil nasi sikit nasi
pinggan Farah. Farah dah tak kuasa dah nak melayan kerenah Epi. Buatlah apa
yang kau suka, Epi.
Balik dari makan, Epi mengheretnya
pula masuk ke kedai runcit. Dia tahu kadang-kadang Epi memasak, nak jimat duit
katanya. Satu tin sardin, satu botol kicap, sepuluh biji telur dan satu packet
perentah nasi goreng. Macam sedap jek apa Epi nak masak nie.
“Nah, kau tertinggal nie.” Farah
menghulur botol susu pada Epi. Lelaki itu menjenggilkan matanya pada Farah.
Farah gelak. Sesekali dapat peluang nak usik Epi, bukan senang.
“Tak boleh langsung tinggal rokok!”
sempat lagi Farah marah Epi, bila lelaki itu tak ketinggalan membeli rokok.
Setahunya memang Epi merokok cuma dia belum pernah nampak lagi Epi merokok di
hadapannya.
Dalam perjalanan itu mereka terserempak
dengan Amirul. Boleh lah di katakan kawan baik Epi. Farah melihat saja dua
lelaki itu bersalaman. Dia cuma berbalas senyum sahaja. Bukan tak kenal, lebih
dari kenal. Teman lelaki kawannya, Sha. Tapi Cuma malas nak menganggu pertemuan
dua rakan baik nie.
“Nie kenalkan... ha..makwe aku.”
Terlopong kejap Farah bila Epi memperkenalkan dia pada Amirul
sebegitu. Namun cepat di tepisnya. “Haha! Yer lah tue!”
Dia pelik dengan tingkah laku Shah akhir-akhir ini.
Akhir-akhir ini memang lah dia rapat dengan Shah, tapi itu pun sebab nak mintak
tunjuk ajar berkaitan aplikasi visual memandangkan Shah mengambil Seni Visual.
Mula-mula dia kurang perasan tapi sewaktu dia pulangkan buku Shah, lelaki itu
minta untuk dia duduk dan berbual sebentar. Dia penuhi permintaan lelaki itu
atas dasar terima kasih sebab membantunya selama ini.
Tak cukup dengan itu, lelaki itu mula rajin bermesej
dengannya. Saban malam mengajaknya keluar makan. Bila tak di penuhi dikatakan
tak sudi, tapi bukannya dia tak sudi, tapi jadual latihan teater yang ketat dan
kalaupun masa tue dia ada di rumah, itulah masanya nak berehat dan menyiapkan
segala kerja yang tertangguh.
Malam ini di penuhi juga permintaan Shah untuk bertemu
dengannya di HEP. Dikatakan nak belajar, lelaki itu mengajaknya untuk belajar
di HEP bersama.
“Nak ajak kau keluar, macam ada bodyguard je dalam rumah
tue.”rungut Shah.
“Bukanlah...tapi tak kena masa lah kau ajak tue. Sibuk
dengan latihan teater. Lagi pun kan aku dah datang nie...”
“Takkan lah tak ada masa sikit pun tuk aku.”
Alamak, lain macam jek ayat tue!
Farah tak ambil peduli. Janji datang nak study. Farah
buka buku nota kuliahnya. Shah di hadapannya sibuk melakar sesuatu di atas
kertas.
“Kau buat apa tue?”
“Cari subjek matter untuk asses.”
Farah menajamkan matanya mengamati lukisan Shah. Dia
kenal figura tersebut. Eh, bukan gambar dia ke?
Shah senyum melihatkan riak muka Farah. Memang dia
melukis gambar Farah. Gambar gadis itu yang sedang khusyuk dengan nota
kuliahnya.
“...andai kau bukan
di takdirkan untuk aku, aku redha. Tapi biarlah tali persahabatan ini teguh
mengikat kita, agar aku tahu aku masih punya tempat di hatimu....”
0 comments:
Post a Comment