Bab 13
Kalau dah namanya pun ijazah sarjana
muda seni teater dan pementasan memang tak dapat lari dari pementasan teater
lah. Farah rasa nak gigit je skrip kat tangannya tue. Dan rasa macam nak makan
je Abang Eddy yang senyum sumbing kat depannya sekarang nie. Dah orang tengah
lapar nak pergi makan dia boleh block tengah jalan. Tak boleh tunggu time orang
senang lenang agaknya.
“Please, Farah. Tolong projek final
abang nie...” lelaki kalau bab memujuk memang pandai.
“Tak payah cakap. Kalau orang cakap
tak boleh pun, macam Abang Eddy nak lepas.” Dah faham benar dengan kerenah
Abang Eddy tue. Sejak dari minggu orientasi mereka dah bekerjasama sebagai
senior dan junior.
“Nie abang sayang Farah nie. Next
week ada meeting nanti abang mesej.”
Farah menghantar langkah Abang Eddy
dengan padangan matanya. Dia pula menghayunkan langkahnya yang di halang tadi.
Hmm... perut lapar pun dah hilang.
Namun di capai juga pinggan. Tak
lapar pun tetap kena makan. Mengamuk pulak nanti cacing pita kat dalam nie.
Sambil menyuap nasi tangannya
menyelak helaian skrip Sangkar Madu yang baru di terima tadi. Watak utama...
dah lah banyak monolog.
Farah menyua sudu ke mulut. Namun
matanya masih melekat pada skrip. Tiba-tiba dahinya berkerut. Kenapa mulut nie
rasa panas semacam? Pantas air mineral di teguk habis dengan sekali nafas.
Epi di depannya dah gelak sakan
sampai berair mata. Entah bila makhluk asing nie mendarat agaknya. Mesti dia
lah yang buat onar tadi.
“Tue lah, masa makan jangan buat
benda lain. Nasib baik aku letak lada. Kalau aku letak lipas. Mesti lagi sedap
kan?”
Bergerak-gerak mulut Farah tanpa
butir menyumpah-nyumpah lelaki di hadapannya. Geram teramat. Tapi kalau nak
marah pun bukannya jenis yang makan saman Epi nie. Buat membazir air liur jek!
“Skrip untuk Festival Teater Universiti
ke?”
Farah tak menjawab. Di biarkan
sahaja lelaki itu membelek skrip di hadapannya.
“Guess what? Kak Bat offer aku join
produksi dia. Tapi tak adalah watak utama macam kau. Watak sampingan jek...”
Farah angkat kening. “Sejak bila ko
join teater nie?”
“Apa kau ingat aku tak reti berlakon
ke? Kau tak tahu tue hah, Rosyam Nor tue anak murid aku tue.”
Farah senyum sumbing. Epi..Epi...Merepek
nombor satu!
Bila latihan dah mula, penat jangan
cerita lah. Siang sibuk dengan kelas. Malam pula latihan sampai jam 12
kadang-kadang. Housemate nya dah mula bising. Susah benar nak nampak muka kat
rumah. Tak tahu kadang-kadang ada ke tak kat dalam rumah nie. Nak buat macammana,
bila balik semua dah tidur. Pagi pulak orang belum bangun dia dah keluar, kalau
tak pun dia belum bangun, orang dah keluar.
Ingatkan pementasan kali nie tak
adalah masuk markah exam. Cuma tolong final projek pelajar tahun 3 yang
menjayakan festival teater universiti. Sekali baru dapat berita, masuk markah
20% untuk kertas pementasan. Argghhh! Tension!
Dah lah Abang Eddy bagi watak utama
padanya kali nie. Banyak lah pulak nak kena hafal. Pertandingan hujung bulan 3.
awal bulan 4 dah final exam... Jadi
orang seni kadang-kadang susah jugak!
Farah duduk tersenguk-senguk tepi
studio. Dah seminggu tidur 3 jam je satu hari. Masuk kuliah jangan cerita lah.
Memang dah ke alam lain. Sementara Abang Eddy melatih penggerak, Farah ambil
peluang nak melelapkan mata kejap.
Farah buka mata perlahan-lahan nak
mengintai apa yang budak-budak krew tengah buat. Tapi yang pertama menyapa
pandangannya adalah sengihan Epi. Mahkluk perosak!
“Nie apa kau buat kat sini nie? Kau
punya produksi mana?” seperti yang telah di aturkan. Untuk mengelakkan
pergaduhan, setiap produksi dah di beri studio masing-masing untuk latihan.
“Ada. Saja melawat kau. Balik pukul
berapa nanti?” Epi turut bersandar di sebelah Farah.
“Nak balik awal kot. Penat lah.
Pukul 10.”
“Balik sama. Aku tunggu kau kat
foyer.”
Farah jalan seiringan dengan
Richard. Dah memang jadi kebiasaannya balik bersama Richard sebab mereka satu
kolej kediaman. Dari atas tangga lagi dah nampak Epi menunggunya di foyer. Dia
senyum pada lelaki itu.
“Eh, kau tunggu siapa nie?” makin
lebar senyuman Farah dengar soalan yang ditujukan Richard untuk Epi tue.
“Aku tunggu kau lah nie!”
Richard toleh belakang. Mungkin
dapat mengagak sesuatu. “Oooo!” Richard senyum dan meninggalkan Farah dan Epi
di situ.
“Jom!”ajak Epi.
Seronok? Haha, hilang semua penat
hari nie...
Epi memberi laluan untuk Farah
menaiki bas dulu dan membiarkan gadis itu memilih tempat duduknya.
15 minit perjalanan rasanya tak
cukup lama untuk Farah. Epi di sebelahnya rancak bercerita tentang apa yang di laluinya
hari itu.
“Pagi tadi aku bangun pukul 9. aku
tunggu bas, bas pulak takde. Bila aku sampai kelas, aku duduk jek, En Samirin
pun cakap. Kelas dah abis. Sedihnya aku!”
“Sape suruh bangun lambat? Buat apa malam tadi? Kalau aku jadi kau, dah
bangun pukul 9 tue, tak ada lah aku nak pergi kelas.”
“Aku...buat apa malam tadi...aku
baca novel yang aku pinjam dengan kau tue. Nie kau punya pasal lah nie.”
“hei, apa pulak aku!” Pap! Farah
memukul Epi dengan skrip di tangannya.
“Kalau kau tak bagi pinjam novel
tue, mesti aku tak bangun lambat.” Epi makin galak menyakat.
“Aku tak bersalah lah. Tak mau kasi
kau pinjam apa-apa lagi...”
Ketawa Epi melihat muncung Farah.
Dia suka bila gadis itu begitu. Sebab itulah dia suka menyakat Farah.
Setiap malam habis latihan teater,
dah jadi kebiasaan mereka untuk balik bersama. Itulah satu-satunya masa nak
bercerita. Sekarang nie nak jumpa every week untuk kelas pun kena buat
appointment dulu. Kalau time kelas, jumpa setakat di cafe lah. Itupun tak duduk
semeja. Epi dengan kawan-kawannya dan Farah pulak dengan geng-gengnya.
Perjalanan 15 minit tue lah jadi tempat nak bergurau senda ke nak ketawa ke.
Sarah pula baru jek mengadu kat
Farah. Epi dah serius sekarang.
“Kau ada jumpa Epi?”
Farah geleng. Macam tak sesuai pula
nak cerita kat Sarah keintimannya dengan Epi sekarang. Tak tahu kenapa.
“Susah nak jumpa mamat tue sekarang.
Kau pun sama. Mengalahkan nak jumpa perdana menteri!”
“Dah hujung semester, biasalah semua
sibuk. Lagipun kita kan lain course. Masing-masing ada urusan sendiri. Kau
kecik ati ke?”
Sarah diam.
“Don’t be sensitive, girl.
Understand me, please. Would you?”
Sarah angguk.
“Smile?”
“Smile?”
Farah memang tak boleh tahan. Epi
tahu kalau dia sedih ke susah hati ke. Hari nie memang lah dia takde mood.
Tambahan lagi tadi kelas pensyarah dia boleh suruh balik lambat. Suka-suka hati
nak ambil masa orang lebih. Kelas patut habis jam 5 boleh sambung sampai jam 6.
Muka semua dah macam sambal tempoyak basi dalam kelas.
“Aku bad mood lah hari nie...”
Epi diam memberi peluang pada Farah
untuk meluahkan rasa hatinya.
“...pensyarah tue..dia tahan
kitorang sejam dalam kelas. Kul 6 baru balik. Tunggu bas pulak sejam. Nak kejar
pergi latihan nie lagi...penat. Balik mandi, terus pergi school balik.”
“Kesian ko...”
“..tue jek?!”
“Lah? Nak cakap ape lagi? Ok..Ok!
Siapa pensyarah tue? Bagitau nama dia...biar aku gi belasah dia sekarang jugak.
Geram nyer! Suka hati dia je dia nak tahan makwe orang dalam kelas!”
Tergelak Farah tengok aksi Epi. Dah
siap sinsing lengan dan bukak langkah silat lagi.
“Kan elok ketawa macam tue..nie
monyok jek. Orang nak ngurat pun lari tau!”
Farah tersipu malu. “Dah! Pergi
balik kat studio kau! Menyibuk je kat sini!”
“Halau! Tak pe kau!”
“Ok, sorry! Pergi lah kat produksi
kau, orang cari nanti. Thanks for being with me just now. Thanks for make me
smile.”
“Balik sama?”
“Iye!”
“Cium sikit?” Epi hala pipi pada
Farah.
Cepat Farah memukul dengan tuala
mukanya. “Gatal ea!”
Farah dah mengekor Epi hampir sejam.
Dari masuk studio keluar studio. Masuk pejabat keluar pejabat. Dan sekarang dah
sampai kat cafe pun.
“Epi, boleh lah.”
“Ada kelas jam 4.”
“Kau nie... mana kau ada kelas jam 4.”
“Aaa... ada janji dengan Prof Adam.”
“Kejap jek. Kul 1 keluar, sebelum kul 3 janji dah sampai
campus balik.”
“Tak boleh lah..”
“Epi...”kata-kata Farah tersangkut melihat Amirul
menghampiri mereka.
Farah biarkan dua lelaki itu berborak. Farah nak makan
pun tak ada selera.
Habis makan Farah masih mengekor Epi menuju ke
theathrette. Tapi dia tak lagi bersuara memujuk lelaki itu untuk menemaninya ke
bandar. Lelaki itu pun masih tak mengendahkannya di situ.
Tujuan dia nak ke bandar semata-mata nak membeli hadiah
sempena hari jadi Epi. Dia mahu lelaki itu pilih sendiri apa yang dia mahu.
Memang dah lama dia berniat memberi sesuatu kepada Epi. Sebagai balasan susah
payah Epi mengajarnya gitar.
Farah dah tak larat nak memujuk Epi. Biarlah. Dia tak
kisah kalau lelaki itu tak mahu tapi tak perlulah beri alasan yang macam-macam.
Farah capai beg dan terus keluar dari theathrette tanpa sepatah kata.
Epi tak senang duduk. Dia tahu Farah marah padanya. Tapi
dia tak berniat nak lukakan hati gadis itu. Dia tahu tindakan Farah yang selama
ini tak pernah mengajaknya keluar pasti ada kaitan dengan harijadinya yang akan
tiba 2 hari lagi.
Selama hayatnya di dunia nie belum pernah sekali pun dia
menyambut hari jadinya. Bila saat itu tiba setiap tahun dia lebih senang duduk
di rumah. Bersendirian. Sedih datang juga kadang-kadang bila tengok orang lain
yang gembira saat hari jadi mereka.
“Mad, pinjam handphone kau!”
‘Akum, kau marahkan aku? Aku minta maaf. Aku
tahu aku yang salah.’
Farah tekan butang cancel. Nak kata dia marahkan Epi. Tak
adalah sangat. Dia cuma kecil hati dengan apa yang Epi buat. Tindakan Epi tue
buat hatinya terguris. Itu saja. Dia Cuma perlukan masa nak bercakap dengan Epi
balik.
Lagu ‘Where do you go’ berkumandang dari telefonnya. Farah renung skrin tue buat seketika “Mad.”
Tapi dia tahu panggilan itu dibuat Epi setelah mesej yang di hantar tadi tidak
dibalas.
“Assalamualaikum.” Farah jawab malas. Dia tak mahu lelaki
itu makin susah hati jika panggilannya tak di jawab.
“Waalaikumussalam. Kau OK?”
“Ntah! Ok kot...”
“Janganlah macam nie... memang aku salah. Aku minta
maaf.”
“Hmmm....”
“Aku bukan tak nak ikut kau keluar, tapi aku tak boleh.”
“Hmm...”
“Cakaplah.”
“Nak cakap apa? Dah lah, kau pakai telefon orang nie.
Habis kredit orang nanti.”
“...aku minta maaf. Aku salah. Kalau boleh aku nak cakap
lagi...”
“Dahlah. Ye. Aku ok.”
“Maafkan aku.”
“Hmm..bye!”
Farah matikan talian tanpa menunggu jawapan Epi. Dia
belum bersedia nak bercakap dengan lelaki itu. Biarlah...
“....aku tak faham
apa yang aku rasa sekarang...Cuma aku tau aku mahukan sedikit perhatian dari
kau, agar kau sedar kehadiran aku disisi kau...”
0 comments:
Post a Comment