Bab 9
Cepat betul masa berlalu. Rasa baru jek
dengar takbir raya hari tue, hari nie dah dengar lagi takbir. Takbir aidiladha.
Buat masa nie, Farah dapat bertahan lagi. Bertahan dari mengalirkan airmata.
Berada berjauhan dari keluarga di hari-hari seperti ini memang mengundang
gundah di hati tapi sekurang-kurangnya dia masih lagi di Malaysia. Tak adalah
jauh mana pun, Cuma di pisahkan laut china selatan. Suasana sambutan masih
sama, masih jumpa rendang, ketupat dan lemang. Dan satu lagi hidangan istimewa
dia jumpa. Burasak! Makanan orang bugis.
Burasak nie di perbuat dari beras yang di
gaul dengan santan. Lepas tue di bungkus dengan daun pisang. Tengok dari luar
macam lepat pisang lah. Lepas tue burasak nie di kukus dalam periuk besar. Nak
kukus nie yang tak larat tunggu. Lama! Lepas tue bila dah masak boleh lah makan
dengan ayam ke daging, apa-apa lauk lah.
Itu semua Farah kenal masa ikut senior nya
balik ke Lahad Datu aidilfitri lalu. Masa sembahyang raya rasa nak menitik
jugak airmata tapi tahan. Dalam hatinya berbisik sendiri. Kau kena kuat Farah!
Hilanglah cun kalau pagi raya nak nangis!
Raya Aidiladha nie dia tak ke mana-mana.
Masih di bandar KK. Rumahnya nie pun tinggal 3 orang. Dia dan 2 lagi temannya
yang berbangsa Cina. Tapi hari nie dah plan dengan Sarah, Alan dan Epi nak
berjalan-jalan.
Sekarang nie tengah tunggu Alan dan Epi habis
sembahyang raya. Dia tak pergi. Sebab...biasalah keistimewaan yang diberi pada
kaum perempuan. Cuti seminggu setiap bulan!
Epi datang terus jek buka pintu depan.
Menghalau Sarah yang dah sedia selesa duduk kat depan.
“Hari nie lelaki duduk belakang. Kitorang
drive hari nie...” Farah menghalau Alan dan Epi yang dah menyibuk kat depan.
Tak lama kemudian kereta proton saga yang
mereka sewa mula bergerak meninggalkan perkarangan Universiti Malaysia Sabah.
Mulanya mereka bergerak tanpa arah tuju. Entah mereka tahu nak kemana pagi-pagi
macam nie. Takkan lah sewa kereta semata-mata nak pergi bandar KK yang
tiap-tiap minggu diorang jejak tue.
“...so, mane kita nak pergi nie?”Farah
bersuara setelah memandu kereta tanpa arah tuju hampir setengah jam.
“Aku pun tak tahu...ada rumah sesape kita nak
pergi beraya?”Sarah menjawab.
“Cuba tanya Jimi, dia ada kat kampung dia ke
tak? Rasanya dia kata dia balik.” Epi beri cadangan. Sambil itu sempat juga dia
mengacau Farah yang tengah memandu.
“Epi, aku tengah drive nie! Duduk diam-diam
kat belakang tue!”
Itulah Epi, suka sangat mengacau dan
menyakat. Tapi tak adalah sampai menyakitkan hati orang. Buat masa nie...
“Jimi kat kampung dia. Kau tahu rumah dia
ke?” Sarah masih memegang hp.
“Rasanya aku ingat lagi. Jom lah. Kita beraya
kat papar.”
Farah menjeling cermin pandang belakang.
Matanya menangkap kelibat Alan yang mendiamkan diri dari tadi.
“Kau ok Alan?”
Alan seolah-olah tersentak dengan pertanyaan
Farah sekadar tersenyum.
Dari KK ke Papar memakan masa lebih kurang 1
jam. Epi menjadi pemandu pelancong. Belok kiri ke belok kanan ke. Itupun mereka
tersalah masuk simpang. Hampir sahaja mereka nak terlajak ke Keningau.
Mereka tiba di rumah Jimi dalam pukul 11
lebih. Sebaik sahaja turun dari kereta. Farah dengan penuh kelegaan meliuk
lenturkan badannya. Penatnya driving Tuhan aje yang tahu. Dah lah perut lapar.
Dari pagi tadi, sejak mereka keluar rumah, satu benda pun tak masuk dalam
perutnya.
Ada jugak dia mengadu lapar masa perjalanan
tadi tapi akhirnya dia yang dimarahi Epi. Tak baik katanya, nanti kempunan.
Masa jalan jauh tak boleh cakap lapar.
“Sayang nak air apa?” tanya Epi sewaktu
mereka singgah untuk isi minyak. Namun ayat pertama yang digunakan Epi tue
menstroke kan otaknya untuk berfikir sekejap.
“..aaa... eee...apa-apa jer lah!”
Hampir 3 jam juga mereka meluangkan masa
dirumah Jimi. Macam-macam hidangan yang disajikan buat mereka semua. Farah pun
dah tak larat dah nak makan lagi.
“Hah! Tadi siapa yang kata lapar. Cepat
habiskan.” Sempat lagi Epi memerlinya.
Usai solat zuhur mereka bertolak balik ke KK.
Kali hala tuju mereka beraya ke rumah Naiimah yang juga merupakan rumah
Timbalan Dekan SPS, Prof Sahar di Likas. Sememangnya Farah dah tak larat dah
memandu. Nasib baiklah jalan tak sesak. Kalau jalan sesak pasti patah kakinya
asyik nak menekan clutch. Awal-awal lagi dia dah pesan suruh orang take over
bawak kereta bila balik dari rumah Naiimah nanti
Sampai di rumah Naiimah mereka sekali lagi di
sajikan kejutan. Tak di sangka pula Prof Sahar, abang Naiimah buat open house
hari nie. Naiimah juga tak memaklumkan sewaktu mereka telefon tadi.
Segan jugak mereka nak datang majlis besar
nie. Dah lah Naib Canselor pun ada. Terpaksa mereka menjamah makanan dengan
penuh tatasusila. Macam-macam jenis hidangan yang tersedia. Tapi Farah dah tak
daya nak makan. Hanya menjamah lemang sahaja. Alan yang diam dari tadi yang
bukan main berselera makan. Dari lemang ke laksa ke nasi ayam semua di
bedalnya. Tak padan dengan badan!
Balik dari rumah Naiimah, mereka menghabiskan
masa di Tanjung Badak. Masing-masing tak pernah sampai pun kat pantai nie.
Senior Farah yang menganjurkannya untuk ke situ. Mereka pergi pun dengan
berpandukan peta yang di lakar seniornya itu. Cari roundabout sampai terlepas
ke Pelabuhan Sepanggar. Farah menyedari yang mereka terlepas simpang bila
nampak simpang nak ke Resort Karambunai.
Bukan main seronok lagi mereka di Tanjung
Badak. Ikut plan asal nak mandi tapi nampaknya waktu tak mengizinkan. Dah pukul
5 lebih pun. Di Sabah nie matahari terbit awal maka terbenamnya pun lebih awal.
Jam 6 lebih nanti dah masuk maghrib. Mandi mana cukup setengah jam!
Mereka hanya main air. Tapi hanya Sarah,
Farah dan Alan. Epi sekadar duduk di tepi melihat mereka.
“Alan!” bila Alan toleh sahaja, Farah terus
merenjis air ke muka lelaki itu. Bila Alan nak membalasnya secepat mungkin
Farah lari sambil terjerit-jerit. Macam
budak-budak. Tersenyum Epi melihat gelagat gadis itu.
Farah melangkah menghampiri Epi bila
melihatkan lelaki itu duduk berseorangan di tepi pantai. Sepanjang mengenali Epi
dia jarang melihat lelaki itu diam berseorangan. Macam ada sesuatu sedih yang
difikirkan.
Farah turut sama mencangkung di sebelah Epi.
Ranting kayu yang bersepah di atas pasir di capai lalu di patah-patahkannya.
“Kau ok?”
Epi masih diam. Anak matanya masih tertancap
ke permukaan laut yang luas.
“Apa yang kau fikirkan?” Farah turut sama
melontarkan pandangan ke laut China Selatan itu. Sesekali dia membetulkan
rambutnya yang di tiup angin. Sedap bau bayu laut. Sebab tue dia suka dengan
laut. Macam ada aura ketenangan bila dekat laut. Lapang, luas, damai! Tapi
kawannya pernah ingatkan, laut ada satu enzim yang boleh buat kita lupa. So
laut bukan the best place untuk study!
“... aku rindukan kampung aku di Semporna...”
Epi menjawab setelah lama mendiamkan diri. Namun dia masih tak palingkan
wajahnya ke arah Farah. Bimbang gadis tue dapat membaca kesedihannya. “Dah 3
tahun aku tak balik sana...” tambahnya lagi.
Farah diam seketika memikirkan ayat yang
sesuai untuk memberi semangat pada lelaki itu. Silap perkataan lain yang jadi.
Dia pun bukan pandai sangat nak kauseling kan orang nie. Lagi pun dia masih tak
mengetahui latar belakang sebenar lelaki itu.
“Aku lagi jauh Epi... aku tak ada sanak
saudara pun kat sini. Sekurang-kurangnya kalaupun kau tak balik kampung, kau
masih ada abang-abang kau di KK nie...” Farah menguis pasir di hadapannya.
“Rumah aku macam nie. Tepi laut. Sama macam
suasana kat sini.”
“Kenapa kau tak balik?”
Epi diam. Tapi riak wajahnya tak berubah.
Melihatkan reaksi Epi sebegitu, Farah rasa tak perlulah dia mengulang soalannya
tadi. Soalannya cukup jelas. Mungkin lelaki itu tak bersedia nak menjawabnya.
Siapalah dia untuk mengorek rahsia lipatan hidup lelaki itu.
Malam itu. Jam 8 mereka keluar lagi. Sewa
kereta untuk satu hari jadi mestilah digunakan sepenuhnya. Kali ini destinasi
mereka ke Tanjung Aru.
Mereka cari tempat duduk yang agak jauh dari
kebisingan orang ramai. Baru lah lega sikit. Baru dapat dengar bunyi ombak!
Orang kata bunyi ombak nie sebenarnya menyampaikan sesuatu. Sesuatu dari
seberang sana yang tak terjangau oleh pandangan. Ye ke?
Epi mencapai gitarnya. Entah kenapa malam itu
Love Story menjadi pilihan hatinya. Sebaik sahaja Epi melarikan jarinya, Farah
duduk di sebelahnya. Farah suka lagu nie. Tambah lagu dengan suasana malam di
tepi pantai. Romantik! Mesti ada yang mengatakannya jiwang. Dah tue nak buat
macammana? Itulah dirinya yang sebenar. Dia jiwang pada keadaan yang sesuai.
Bukannya dia baca puisi dalam kelas marketing ke...
Layan jiwang nie best...lagi-lagi kalau tengah
malam ker, tepi laut ke... tapi kalau tengah putus cinta pi dok layan jiwang
tue namanya nak bunuh diri!
Tiba-tiba Epi berhenti.
“Kenapa?”
“Jalan jom. Dah tak de orang kat sini...”
Farah faham maksud ayat Epi tue, di kawasan
itu hanya tinggal dia, Epi, Alan dan Sarah. Memanglah tak elok. Mereka bergerak
ke kawasan yang ramai orang. Riuh rendah suasana. Ada live band, ada karaoke...
Mereka singgah sebentar di kedai menjual
aiskrim. Asalnya Sarah yang mengidam sangat. Tapi sampai jerk dekat kedai,
masing-masing berebut nak memilih.
“Sayang nak perisa apa?”
Pertanyaan Epi tue buat Farah tersentak lagi
sekali. Mamat nie pun nak buat drama swasta janganlah kat sini. Buat perasaan
aku makin lonjak-lonjak jerk!
“Vanila dengan coklat.”
Mereka berempat jalan menyusuri pantai
tanjung aru dari hujung ke hujung sambil makan aiskrim. Sarah dengan Alan di
hadapan dan Farah dengan Epi pula bergandingan di belakang. Terasa macam orang
bercinta pulak. Makan aiskrim sambil menyusuri pantai.
Farah hulur tisu bila melihatkan Epi yang
comot dengan aiskrimnya.
“Macam budak-budak!”
Epi senyum malu bila Farah menegurnya. Mamat
seorang nie memang pemalu, tapi di waktu-waktu tertentu!
Benar! Memang ada rasa sayang mula bercambah
buat Epi...tapi belum tahap sayang sebagai kekasih. Dia pun tak tahu sebagai
apa. Yang boleh dia cakap, biarlah dia menganggap Epi sebagai abang. Sikap Epi
yang protective dan memanjakan dirinya, buat dia rasa senang dan selamat di
samping lelaki tue. Biarlah...cukup Epi sebagai abang! Tak perlu lebih dari itu....
“...saya
suka teddy bear, saya suka laut, saya suka aiskrim, saya suka coklat, tapi apa
yang paling saya suka adalah setiap saat saya bersama awak...”
0 comments:
Post a Comment