Bab 10
Laju
kaki Alan mengejar Adia. Hampir sahaja dia melanggar orang yang naik turun
tangga. “Adia!”
Riak
muka gadis itu jelas terperanjat dengan kehadiran Alan di situ. “Eh, apa Alan
buat kat sini?” setahunya Alan ada field work di Likas. “Tak pergi Likas?”
“Lepas
lunch. Tue fasal datang school awal. Nak jumpa Adia.”
“Kenapa
tiba-tiba nak jumpa Adia?”
“Adia
lupa hari nie hari apa?”Alan menduga.
Adia
mengerut kan dahinya. Dia memang tak ingat langsung. Apa pulak special
occassion hari nie?
“Adia
tak ingat? Tahun nie genap 5 tahun hubungan kita...” riak muka Alan yang tadi
gembira mula keruh. Mana mungkin gadis itu melupakan tarikh keramat itu.
“Ops,
sorry! Alan...sorry... Adia lupa! Sorry... banyak kerja lah akhir-akhir nie...”
Adia mohon simpati.
Alan
sedikit terpujuk mendengar kata-kata Adia. Dia faham kesibukan Adia. Assignment
lah, field work lah... dia pun dah jarang dapat keluar dengan Adia. Seminggu
sekali pun susah.
“Ok.
Tapi Adia kena ganti rugi... kita lunch. Lagipun dah lama kita tak makan sama
kan?”
“...Alan...”
“Adia..
Eh, Alan?” kehadiran Emi menganggu perbualan mereka. “Kau tak pergi Likas ke?”
“Petang
nanti.”
“Alan,
sebenarnya Adia ada hal. Nak cari bahan kat state library. Dengan Emi.”
“Oh...kalau
macam tue tak apalah. Korang carry on.”
Alan
cuba memadamkan api cemburu yang mula bersarang di hati kecilnya. Buat apa
cemburu. Merosakkan keadaan! Dan memang Adia dan Emi satu jurusan, apa yang nak
di hairankan. Lagipun Emi tue bukan orang lain. Kawan baiknya. Kawannya yang
pertama sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Sabah ini.
“Aku nampak Adia dan Emi kat town tadi”
Diorang
cari material untuk projek kot!
“Aku tengok Emi dengan Adia jek akhir-akhir
nie...”
Diorang
ada projek sama. Assignment. Kan diorang sama course!
“Dah lama aku tak nampak kau dengan Adia.”
Sibuklah.
Masing-masing ada urusan sendiri. Biasalah tue!
Macam-macam
lagi cerita dan soalan yang di ajukan padanya. Kadang-kadang dia sendiri tak
terjawab. Senyum ajalah. Sejauh mungkin di buang segala curiga dan syak
wasangka yang bermain di fikirannya. Jangan dengar cakap orang!
Tapi
sampai bila harus di pendam perasaan ini. Termakan juga kadang-kadang dengan
kata-kata orang. Kesabaran pun ada juga batasannya. Tapi apa yang harus
dilakukannya saat ini... 5 tahun dah hubungan mereka, takkan nak musnahkannya
di pertengahan jalan?
Alan duduk termenung lama. Suasana sekitarnya
yang huru-hara langsung tak menarik perhatian. Handphone di tangannya di
tekan-tekan, mesej yang satu itu di baca berulang kali.
‘Adia
mintak maaf banyak-banyak... mungkin antara kita cukup sekadar kawan. Maaf.’
Hampir
sahaja gugur air mata lelakinya membaca kata-kata Adia. Dia sayang Adia. Mereka
kenal sejak sekolah menengah lagi dan apabila sama-sama melangkah ke menara
gading, hubungan mereka kini semakin di eratkan. Tapi kini, dia kehilangan
kata-kata, segala-galanya telah dilakukan. Keputusan yang diambil Adia
benar-benar menyentap semangatnya.
Suasana
petang itu sungguh damai. Angin bayu bertiup lembut menyapa muka. Alan merenung
daun yang jatuh luruh di kakinya. Perlukah di halang keputusan gadis itu?
Tapi..masih adakah ruang untuknya di hati gadis itu?
“Alan...”
Alan tak
mengangkat wajahnya. Untuk apa melihat wajah yang meruntunkan hatinya itu.
Mungkin dulu wajah itu lah yang mengubat segala keresahan hatinya.
Hubungannya
dengan Adia bukan setahun jagung walaupun dijalinkan dalam usia muda. Dah masuk
tahun ke lima mereka bersama. Ibu bapa mereka juga dah memberi restu. Dan
memang dia dah memasang niat, tamat sahaja pengajian mereka, akan di pinang
gadis itu.
“Apa
salah Alan, Adia?”
“...mungkin
bukan jodoh kita...”
Alasan!
Terasa macam nak menjerit mendengar kata-kata Adia itu. Apa yang dia tak buat untuk gadis itu. Segala
permintaan sedaya upaya di tunaikan. Kenapa bila semua hatinya dah di serahkan
pada gadis itu, perpisahan juga yang berlaku. Kalau perpisahan ini memang dia
silapnya, mungkin dia boleh menerima tapi Adia memintanya tanpa penjelasan yang
sewajarnya.
“Walau
apa pun terjadi, kita masih kawan... Alan seorang kawan yang baik. Terima kasih
untuk segala apa yang Alan buat untuk Adia sepanjang hubungan kita nie. Dan
maafkan Adia di atas apa yang berlaku nie.” Riak muka gadis itu masih tenang
seperti biasa. Tak tergambar langsung kesedihan di wajahnya.
Adia
bangun. Dia mula melangkah pergi.
“Semua
nie sebab Emi kan?”
Langkah
Adia terhenti. Tapi dia tak menoleh.
“Kenapa
tak berterus-terang Adia? Alan tak cukup bagus? Selama nie Alan percayakan
Adia. Alan bagi sepenuh kepercayaan pada Adia. Alan boleh terima kalau orang
lain yang Adia sayang tapi bukan kawan baik Alan sendiri!”
Alan
menghampiri Adia. Jelas bahu gadis itu terhinggut-hinggut. Wajah gadis itu
basah dengan air mata.
“...
Adia tak tahu macam mana boleh jadi macam nie...maafkan Adia...”
“Kenapa
mesti bohong? Kenapa dari dulu Adia tak berterus terang? Kenapa sampai orang
lain yang menyampaikan pada Alan?” Alan cuba untuk mencari sinar di mata Adia
yang selama ini di lihatnya. “Puas Alan cuba menafikan kata-kata orang.
Macam-macam cerita sampai kat Alan. Tapi Alan lupakan. Itu semua fitnah orang
sebab Alan percayakan Adia! Percayakan Emi!”
“Alan...”
“Stop
it, Adia! Kalau Adia terus terang dari dulu mungkin Alan tak terluka seperti
hari ini. Dah hampir setahun hubungan Adia dan Emi, dan sekarang baru Adia nak
tamatkan hubungan kita berdua? setahun Alan jadi orang bodoh! Percaya setiap
kata-kata Adia! Adia bagi macam-macam alasan bila Alan nak jumpa, ajak keluar.
Alan sabar! Tapi kenapa Adia buat Alan macam nie?!”
Hatinya
bagai disiat-siat. Air mata yang mengalir di pipi Adia tak sedikit pun
mengundang rasa simpati. Dia Cuma minta kejujuran dan keikhlasan Adia
menyayanginya seperti mana dia menyayangi gadis itu. Dia boleh terima
perpisahan ini tapi bukan pembohongan Adia!
“...Perkara paling susah dalam hidup ini
adalah apabila melihat orang yang kita sayang menyayangi orang lain... tapi kalau
kita sayang orang itu, kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga...”
0 comments:
Post a Comment