Bab 8
“Buatlah
puisi dan lagu...”Farah bagi cadangan. “Kau kan boleh buat puisi.”
Sarah
kerut dahi. “Kalau datang mood tue boleh lah jadi puisi. Aku tengah tension
nie. Pola lantai tuk Joget tak siap lagi. En Latiff nak minggu nie jugak. Show
tuk resital nie pulak hari rabu nie. Kalau nak buat puisi dan lagu, siapa nak
melagukannya?”
Farah
pikir. Perlahan dia menyedut milo ais. Matanya melilau ke sekeliling kot-kot
ada yang boleh mendatangkan ilham ke? Matanya bersinar tiba-tiba bila
terpandangkan Epi yang tengah rancak borak dengan Amirul.
“Kau
nampak apa yang aku nampak?” tanya Farah tanpa memalingkan wajahnya.
Sarah
menoleh.
“Bingo!”
Keadaan riuh rendah dalam Studio M.
Osman. Macam penuh jek studio tue dengan orang. Padahal hanya Sarah, Farah dan
Epi yang ada berlatih untuk persembahan hari rabu nie.
“Lagu
nie...mana boleh lagu masih kah kau ingat. Tak sesuai. Kau ilhamku jerk boleh
masuk.”
Epi
tengok dengan muka pelik bila tengok 2 orang anak dara nie berdebat depannya.
“Dah! Dah! Aku pengarah muzik sekarang nie. Biar aku yang tentukan! Jangan masuk
campur urusan rumahtangga orang!”
Farah
jeling Epi dengan ekor matanya.
Eh, eh! Main jeling-jeling pulak.cungkil biji
mata tue baru tahu!
Cungkil lah, kalau berani!
Epi mula melarikan jari jemarinya melagukan
lagu kau ilhamku. Matanya melirik pada Farah di sebelahnya yang sibuk
meng‘edit’puisi yang ditulisnya semalam.
Bintang rembulan
aku tersenyum aku terkaku
kau tinggalkan diriku
setelah kau hiaskan hidup ku
dengan warna-warna pelangi
suka duka tawa dan tangis
kala ini aku termenung sendiri
merenung langit indah
bintang berkelipan mengucap salam
salam perpisahan...
bersama kenangan terahir yang kau tingalkan
pilu dan sepi menusuk sanubari
melelapkan aku dalam kelemahan yang tak di
mengerti
kau 2003...
aku relakan pemergianmu sayang
biar berat ku tanggung di hati
aku rela andai itu suratan
Cuma ku pinta bawalah segala kenangan
kenangan aku bersamamu
agar bisa aku tenang tanpamu
agar bisa aku tempuhi hari mendatang
dengan azam baru
Puisi ini datang dari hati nalurinya sendiri.
Di tulis berdasarkan pengalaman sepanjang tahun lepas. Mencoretkan sedikit
kenangannya dengan Zek. Dah setahun rupanya cerita sedih nie berlalu. Lagi
setahun Zek balik...bolehkah aku berdepan dengannya macam biasa?
“Hoi, berangan!”
Tersipu-sipu Farah disergah Epi. Nasib baik
kantoi berangan. Kalau kantoi mengusha anak teruna orang lagi haru!
“Dah Ok?”
“Dah 2 round dah kitorang berlatih nie...”
Walla..lama jugak aku berangan!
“Lusa kan korang nak perform nie? Aku tak
dapat tengok ah.”
“Kenapa?”hampir serentak Epi dan Sarah
bertanya.
“Aku ada kerja kat DBP. En Fuad ajak. Sorry,
guys!”
“Sampai hati kau...”
“Lah, bukan aku sengaja... nanti korang
record lah... aku tahu korang leh buat punye.”
Epi tak tahu. Dia baru berangan dapat melihat
Farah yang tepuk tangan memberi sokongan untuknya di atas pentas nanti....
“...aku
tak tahu apa yang aku rasa, aku cuma tak mahu kau jauh dan ingin berada disisi
kau untuk selama-lamanya...”
0 comments:
Post a Comment