Bab 5
Rasanya kalau kepalanya boleh pusing
3600, memang dah lama di buatnya. Dia yakin matanya tak silap
pandang. Dia belum rabun lagi, dan lagipun hari masih cerah! Takkan lah
pelanduk dua serupa?
“Farah?”
Teguran Niza mengembalikan lamunannya.
“Kau cari siapa?” Niza turut sama
melemparkan pandangan matanya ke arah yang sama. Dia cuba mencari kelibat orang
yang dikenali.
“Tak ada sesiapalah! Aku salah
pandang tadi... jom...”Farah menarik tangan Niza meninggalkan KK Plaza. Kalau
benar apa yang dilihatnya biarlah hanya dia seorang sahaja yang melihatnya.
Fikiran Farah tak tenteram. Mungkin
apa yang dilihatnya tadi memang langsung tak ada kaitan dengan dirinya. Tapi
melihat kecurangan kawan sendiri. Hatinya terusik. Tak tahu nak cakap macammana
perasaannya saat ini. Sedih? Kecewa? Tak percaya?
Terfikir juga di hatinya kenapa
perlu curang. Kalau perasaan sayang dan cinta itu memang dah tidak wujud lagi
dalam hati mengapa hubungan itu perlu di teruskan. Mengapa perlukan hubungan
yang pura-pura. Memanglah kadangkala kenyataan itu pahit untuk di terima.
Teringat kata-kata seorang rakannya, dia lebih rela kalau teman lelakinya
berbohong jika berterus-terang itu akan buatkannya terluka.
Tapi tidak baginya. Biarlah dia tahu
dari mulut orang itu sendiri, bukan dari orang lain. Takkah rasa di khianati?
Walaupun apa yang pernah Zek lakukan padanya memang menghancurkan hatinya tapi
dia bersyukur lelaki itu berterus-terang. Lelaki itu tak pernah menyembunyikan
satu pun rahsia darinya. Memang pahit, memang sengsara, lama dia belajar untuk
lupakan lelaki itu. Malah sampai sekarang pun dia masih tak pasti sama ada dia
dah melupakan Zek atau belum.
Tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Sabah ini
betul-betul datang tepat pada masanya. Lari dari semua kenangan, semua perkara
dan semua benda yang dapat mengingatkannya pada Zek. Kekadang datang juga
lintasan perasaan kenangan itu, namun kesibukannya sebagai pelajar
menghalangnya dari memikirkan semua itu. Cuma sekarang dia dah mampu tersenyum
apabila mengingatkan kenangannya dengan Zek.
Hanya hatinya masih belum mampu terbuka untuk orang lain.
Melihat rakan-rakan di sekeliling bersama pasangan masing-masing, teringin juga
dia. Tapi dia tak bersedia untuk kecewa lagi. percintaan penuh risiko. Walau
macam mana pun, apabila kita bercinta, kita bukan sahaja perlu bersedia untuk
menyayangi seseorang tapi juga perlu bersedia untuk menghadapi kekecewaan.
Cinta kan macam kopi...kadang-kala ia pahit.
Farah meneguk baki minumannya. Sejam lagi baru kelas
psikologi teater akan bermula. Sling beg coklat Quicksilver di capai. Dia dah
biasa begini. Seorang. Bukan tak ada sesiapa nak kawan. Tapi dia yang memilih
cara begini. Ada masanya kita perlu bersendirian.
Farah atur langkah menaiki tangga menuju ke Studio S.
Kadarisman. Dia berselisih dengan Alan. Nampak langkah lelaki itu tergesa-gesa.
Mereka sekadar berbalas senyuman.
Bila melihat Alan, aksi mesra Adia dan Emi yang di lihat semalam
tadi menganggu balik fikirannya. Yang buat dia benar-benar tak sangka adalah
Emi. Emi bukan orang lain. Kawan baik Alan. Semua orang tahu Alan dan Emi bagai
isi dan kuku. Kenapa sanggup Emi mengkhianati kawan baiknya sendiri. Tak ada
lagikah orang baik di muka bumi ini. Sampai kekasih kawan baik pun nak
dirampas. Dah tak ada orang lain ke nak di goda. Adia pun satu... kalau nak
beralih sayang pun carilah orang lain. Kawan baik kekasih sendiri juga yang di
pilih. Kesian Alan...
“Farah, nah nie fail kau! sorry, aku nak cepat nie!”
Kus semangat! Budak nie! Apa lah yang di kejarnya nie. Baru
jek aku nak bermonolog! Farah geleng kepala sambil melihat kelibat Sarah yang
dah menghilang di celah orang ramai. Fail di tangan di belek seimbas lalu.
Proposal untuk program “masih ada yang sayang”. Assignment tak selesai, kerja
amal dah datang.
Next week dah pementasan teater. Dah akhir-akhir nie kurang lah sikit tekanan
kat teater. Dulu masa mula-mula biasakan diri dengan teater life nie, rasa
memang macam nak lari balik jek. Mana tak.. kena marah, kena herdik, kena
paksa.. dah macam rasa masuk latihan tentera jek tue tak masuk lagi bila time
mood Pn Tasia ke En Andika bad mood. Kerusi pun boleh melayang!
Lagi..dengan masa yang sentiasa penuh jek. Sampai tak ada masa untuk diri
sendiri. Latihan lagi, kelas lagi, assignment yang menimbun lagi.Pensyarah nie
pulak makin nak final exam, makin banyak pulak assignment yang di bagi. Cubalah
bagi masa awal-awal sem. Jadi student teater betul-betul mengajar dia
menguruskan masa sebaik-baiknya. Kalau tidak memang hanyut ke laut lah. Ada
yang grade cukup makan kang!
Farah angkat kaki balik ke kafeteria. Ada lagi sejam
sebelum kelas mula. Nak cari tempat nak kaji proposal. Kalau bawa balik nanti
bukan sempat pun nak belek. Masa terluang yang seciput nie lah yang nak
membereskan kerja-kerja macam nie. Kerja yang di luar bidang!
Langkah Farah terhenti. Baru semalam dia melihat
kemesraan Adia dan Emi. Kali nie matanya di sajikan pula dengan kemesraan Alan
dan Sarah. Dia tahu betapa Sarah menaruh perasaan pada Alan. Tambahan lagi
dengan layanan baik Alan padanya. Dia tak mahu kalau sesuatu yang berlaku
antara Alan dan Adia, jari semua menunding pada Sarah.
Hasrat hati nak membelek proposal terbantut. Kaki di hela
kini tanpa arah tuju.
Buk! Adeh, pening kejap kepala! Sejak bila pulak Uni bina
tiang kat tengah-tengah laluan orang nie?
“Farah?!”
Farah tak terjawab. Kenapa lah pulak time mood aku tengah
tak baik nie bleh jumpa mamat nie kat sini... padanlah keras cam batu. Case
gitar yang dia sandang aku langgar rupanya. Agaknye senget tak kepala aku
sekarang nie?
“Kau ok tak nie?” eh, dia nie diam jerk. Mata macam
tengok aku tapi aku tak dapat baca mesej telepati yang dia cuba sampaikan.
Takkan perlanggaran tanpa momentum tadi boleh buat dia hilang ingatan kot?
Farah senyum apabila melihat muka risau Epi. Aku belum
hilang ingatan lagi lah!
“Kau ingat kat siapa sampai boleh langgar orang nie?
Ingat kat aku ke?”
Eh, mamat nie. Bagi soalan provokasi plak! “Tak
adelah...pikir projek ‘masih ada yang sayang’ nie jerk...sorry terlanggar
tadi.” nasib baik ada alasan sampingan. Tak pe! Bohong sunat!
Epi memandang sekilas pada fail yang di pegang gadis itu.
“Oh ye...kau pengarah projek nie kan. Terbaca notis kat
office hari tue. Sampai hati tak ajak aku join.”
“Lah...bace notis tapi tak bace sampai habis ke? kan dah
suruh siapa yang minat bagi nama.”
“Ye ke? aku tengok nama kau jek!”
Oi, cik abang! Janganlah goda aku! Jerit hati kecil
Farah.
“Kau nie...ke hulu ke hilir dengan gitar. Janji nak ajar
aku...” Farah menarik muka.
Epi gelak kecil. Entah apa yang menggeletek hatinya.
Farah kerut kening.
“Aku ingat kau main-main. Ok, ok! Nanti kita cari masa.
Kenapa kau minat sangat nie?”
“Nak cari pakwe yang pandai main gitar tak jumpa-jumpa so
kenalah belajar main tuk diri sendiri. Nasib badan...”
“Kau ada kelas kul berapa nie? Kalau free jom ikut aku gi
studio kejap.”
Bersinar biji mata Farah. Peluang keemasan.
Hello, cik Farah. Peluang keemasan untuk apa tue?
Mengurat anak teruna orang ke? Shut up! Kau tak tahu apa-apa. Aku
nak...belajar.. hmm...belajar mengenali orang...
Hak tui!!!
“...Cinta itu buta? Cinta tak ada mata bagaimana nak jadi
buta...yang buta adalah orang yang bercinta. Lupa diri, lupa orang sekeliling,
lupa segala-galanya. Sebab cinta, kawan boleh jadi lawan, keluarga boleh di
tinggalkan...”
0 comments:
Post a Comment