26 September 2012

kata hati ini (part 7)


Bab 6

            Krew prop sibuk hari nie. Malam nie malam pementasan mereka. Satu hari suntuk mereka dah berkampung kat SPS nie. Semalam dah buat raptai penuh. Pn. Tasia tak banyak cakap dah. Dia dah tak de benda nak komen. Yerlah...kalau nak tukar apa-apa pun sekarang nie...memang dah tak sempat. Pn. Tasia lebih tumpukan dekat prop sekarang nie.
            “Ok. Settle dah! Teknikal dah faham kan tugas masing-masing. Ingat, jangan buat silap masa show nanti.” Sempat jugak Pn. Tasia memberi amaran pada krew teknikalnya. “Pelakon semua ready untuk mekap. Make up artis ready nak make up. I give you 3 hours only. Semua pelakon mesti dah siap make up by 6. Teknikal carry on dry tech.”
            Farah capai bag pack. Malam nie malam penentuan. Perutnya dah naik kecut dah sekarang bila fikir pementasan malam nie. walaupun ini bukan kali pertama dia naik ke pentas, tapi perasaan gemuruh itu pasti tetap akan ada setiap kali pementasannya. Gemuruh itu sebenarnya petanda baik, sebab kita takut silap maka akan buat yang terbaik. Tapi kalau dah gemuruh sampai sepatah haram perkataan tak keluar, kaki pun kejang, itu masalah besar lah pulak namanya.
            “Farah, are you ready?”
            “Ya, coming!” nafas di hela panjang. Yes, i’m ready!



            Mereka duduk membentuk bulatan dalam Studio Saadiah. Tangan mereka saling berpautan. Sama-sama mereka cuba mencari kekuatan dan semangat di saat-saat akhir. Sambil itu doa juga di pohonkan agar pementasan teater mereka pada malam ini berjalan lancar dan di jauhkan dari sebarang kesulitan.
            Farah tahu dia bukan lah yang terbaik. Tapi dia janji akan buat yang terbaik. Harap semuanya berjalan lancar. Dalam persembahan life macam nie ada satu perkara jek yang berkemungkinan untuk pelakon-pelakon pentas, samada hilang keyakinan atau over confident. Moga di jauhkan dari kedua-dua kemungkinan itu...farah berdoa dalam hati.
            “Guys... placing!” Adam, Stage Manager dah bagi arahan. Semua pelakon mencari tempat untuk bersiap sedia dengan watak masing sebelum melangkah ke pentas lakonan.
            Farah menggengam erat tangannya yang dah beku macam dalam air batu. Tak sampai beberapa minit lagi pementasan akan bermula. Sudahlah dia adalah pelakon pembuka tirai.
            Lampu theathrette dah di gelapkan. Nafas di tarik dalam-dalam dan di hembus dengan lafaz bismillah. Farah mengambil tempatnya di atas stage. Terasa panas lampu pentas menyuluh ke arahnya. Terangnya cahaya lampu yang menyuluh ke arahnya menyebabkan pandangannya pada penonton kelam.
            Babak bertukar babak. Tinggal lagi beberapa minit lagi pementasan tamat. Farah dah boleh tarik nafas lega dah sebab semua babak untuknya selesai. Tanggungjawabnya untuk malam nie dah lepas.
            Pementasan Nyanyian Angsa selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dapat pujian melambung dari Dekan. Tapi berbaloi lah dengan susah payah mereka selama berbulan nie. Bila dah selesai pementasan malam tue, macam terasa satu beban hilang dari bahunya. Gembira lain macam!
            Bila dengar tepukan gemuruh penonton masa curtain call, terasa lega sangat. Sekurang-kurangnya kalau pun apa yang mereka lakukan tue tak cukup baik tapi dapat memuaskan hati penonton. Bila dengar balik feedback penonton lagilah teruja. Terasa macam jadi pelakon popular pulak sekejap.
            Rakan-rakannya silih ganti datang mengucapkan tahniah. Dan kini Epi berdiri di hadapannya.
            “Terima kasih.” Farah mulakan bicara.
            “Untuk apa?”
            “..sebab datang tengok aku malam nie lah!” dia nie kan... memang sengaja buat aku blushing! Dah lah mekap nie tebal 2-3 inci, nie nak tambah lagi tebal kulit muka aku ke! Dia nampak sengihan Epi seolah-olah memerlinya. Sakit hati melihatnya. Malas nak melayan kerenah Epi, dia meninggalkan lelaki itu menyertai kumpulan produksi yang sibuk bergambar.
            Epi ketawa. Dia sekadar mengekori tingkah laku Farah yang gembira bergambar dari jauh. Entah kenapa secebis senyuman dari Farah sudah cukup untuk buat dia ketawa seharian.


                       
Exam fever! Biasalah ayat tue untuk student. Tak kira student peringkat mana...sekolah, kolej or universiti. Time yang paling di geruni dan yang paling seronok sebab dapat tengok perangai yang pelik-pelik. Mase nie lah malam pun boleh jadi siang. Pulun habis! Dah berbuih mulut cikgu, pensyarah, motivator cakap...jangan study last minute... tapi itulah yang paling suka student buat.
Farah sengih sorang depan nota pengurusan seninya. Entah kenapa terbayang kekalutannya saat pertama kali jumpa Epi. Hmmm...apa kes tengah-tengah malam nie ingat teruna orang? Orang tue entah ingat tak kat awak.
Come on, Farah! Study! Esok petang paper last nie... lepas tue..kita enjoy! Yes! Nak balik rumah...lagi 3 hari. Cuti semester 2 minggu nie nak jalan puas-puas kat bandar JB yang dah 6 bulan kena tinggal. Farah peluk Nemo kesayangannya. Itulah peneman setianya. Waktu belajar, waktu tidur..waktu sedih..waktu gembira. Kalau tidur, Nemo tak ada dalam pelukannya memang tak lena lah tidurnya.
Isyarat berbunyi dari telefon bimbitnya. Mesej!
‘holla, minah! Study ea? Hehe.. pas abis paper kita gi shopping kat pasar philippines yok! Jomlah..nak cari kerongsang and gelang...plz...-Sarah’
Apa punya spesies lah minah sorang nie. Esok nak exam die boleh fikir nak pergi shopping lagi. nasib baik kau bukan sebelah aku sekarang nie...kalau tak aku ketuk kepala kau! Farah bebel sendirian.
“...Apa kau bebel tengah-tengah malam nie, Farah?”
Kus semangat! Dah lah khamis malam jumaat. Elok-elok aku tengah study kat bawah nie sorang-sorang, pukul 1-2 pagi pulak tue, boleh ada pulak suara yang menyampuk.
“Kau Noy! Berhenti kejap jantung aku nie. Aku ingat kan siapa lah tengah-tengah malam nie. Isk! Hilang dah apa yang aku baca tadi...turun tangga tak ada bunyi langsung!”
Gadis kacukan kadazan-dusun itu senyum menampakkan lesung pipitnya. Di tanggannya ada buka Phonology. “Bukan aku turun tangga tak ada bunyi tapi telinga kau tue yang dah bersumbat walkman! Macam tak biasa pulak aku study pukul berapa. Kita kan selalu tukar shift.”
            Tukar shift! Dah menjadi kebiasaan untuk Farah yang hanya akan bukak buku jam 11 malam sampai jam 1-2 pagi. Dan selepas itu Noy mengambil alih sampai jam 4 pagi. Kalau ada perompak nak masuk rumah mereka pun rasanya jenuh perompak tue nak tunggu semua orang dalam rumah nie tidur.
            “Emm... oklah...aku pun dah ngantuk nie. Sok ada paper. Doakan aku!”
            “Good luck!”



            Farah sekadar mengekor Sarah dan Alan dari belakang. Agak boring jugak rasanya hari nie... Mulanya nak meneman Sarah beli kerongsang tapi sekarang dah rasa macam meneman Alan borong satu pasar Philipines nie pulak. Sabar aje lah tengok Alan yang shopping mengalahkan perempuan.
            Farah belek gelang tangan kristal yang di pamerkan. Macam lawa tapi bila tersarung dekat tangannya nampak macam pelik pula. Apa punya perempuan lah nie Farah! Memang satu badannya kosong. Tak ada satu pun perhiasan perempuan yang terlekat di badannya. Yang ada di pergelangan tangannya hanya jam. Pelik kan?
            Sebelum dia kenal teater, tak adanya dia kenal apa tue mascara ke compact powder ke. tak adanya benda tue semua nak lekat di mukanya kalau tak ada pementasan. Tapi satu keistimewaannya. Even tak pernah pakai semua mekap tue, tapi kalau bab mentouch up orang lain serah saja kat dia. Confirm cun, hilang rupa asal!
            “Farah, jom!”
            Dah abis dah ke memilih?huh! abis memilih kat kedai nie jek...banyak lagi kedai  nak di singgah nie...
            Dia dah habis ayat dah nak cakap dengan Sarah. Bila di tegur, alasannya sama. Salah ke kalau lelaki dan perempuan jadi kawan baik?
            Tak ada hukum pun yang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik tapi biarlah betul-betul kawan baik. Dia sendiri ada lelaki sebagai kawan baik. Pije. Mereka kenal sejak sekolah lagi. Dari lelaki itu berdua, ke single dan berdua kembali...segala suka dan duka mereka kongsi bersama. Walaupun jarak yang jauh memisahkan mereka semua itu tak jadi masalah utama. Antara mereka memang tak ada apa-apa. Farah paling suka kata-kata lelaki itu. Tempat farah dalam hatinya lebih dari seorang kawan tapi belum sampai tahap kekasih.
            “Hi, banyak shopping!”
            Macam aku kenal jek suara tue...
            “Hi...Adia.” tergagap-gagap Sarah menjawab.
            Nasib baik lah aku ada sama...kalau lah Adia jumpa Sarah dan Alan jek. Menjawab lah kau Sarah.
            “Eh, kata Adia tak mahu keluar hari nie?” Alan masih dengan sikap selambanya.
            “Mula-mula memang tak nak keluar, tapi tadi Ira, Rasdi dengan Emi ajak. Lepas tue fikir pun tak ada apa nak buat kat dalam bilik tue...”
            Emi... Farah ukir senyuman untuk Adia. Sudah-sudah lah tue berpura-pura....


            Farah duduk selesa dalam bas. Leganya rasa lepas satu hari berjalan dan menunggu Alan dan Sarah membeli- belah. Rasa macam jadi pak pacak pulak hari nie. Dia relakan diri hari nie sebab Sarah. Nasib baik tadi jumpa Adia dia ada bersama...
            Kaki dah macam tak larat jek nak menapak dari bus stop nie ke rumah. Balik nanti nak kemas barang lagi. nasib baik lah lusa baru balik. Esok memang hari special nak kemas barang. Sarah dan Alan kat belakang bukan main seronok lagi membelek barang yang diorang beli tadi. Tak abis-abis lagi bercerita.
            “Mak!” rasa macam jantungnya dah jatuh masuk dalam longkang! “Epi! Bagi salam boleh tak? Dah lah tengah gelap nie, duduk depan orang macam mayat!”
            “Assalamualaikum! Tue lah siapa suruh pergi jalan tak ajak orang!”
            “Bagi sepuluh sebab kenapa kena ajak kau. Dah lah janji nak ajar aku main gitar, tapi  tak ajar-ajar pun.”
            Epi sengih menampakkan barisan giginya. “Kau belilah gitar sendiri dulu...”
            “Dah beli dah... mane tadi Sarah, gitar yang kau beli tue...” farah menyelongkar beg plastik dalam tangan Sarah. Sebiji gitar mainan yang Sarah beli untuk adiknya di bawa keluar. “Nah, nie gitar. Bleh lah...”
            Pecah ketawa mereka semua. Ada ke patut gitar mainan yang nak di buat belajar. Jari pun tak muat nak tekan chord!

“Di mana ada cinta di situ ada persahabatan dan di mana ada persahabatan di situ ada cinta. persahabatan dan cinta adalah teman baik yang tak dapat di pisahkan. Kalau salah satu cuba di pisahkan, akan hilang indahnya ikatan itu...kesedihan dan kekecewaan yang akan menyelubungi....”

0 comments:

Post a Comment