01 October 2012

kata hati ini (part 12)


Bab 11

            Tak berkelip dia melihat Epi dengan gitarnya. Dia yang minta lelaki tue ajar gitar jadi dia kenalah bagi tumpuan sepenuhnya. Sesekali dia menatap helaian kertas yang menempatkan chord gitar. Banyak nyer chord! Macam mana nak ingat nie?
            “Nah, cuba ko try pulak.” Epi hulurkan gitar klasik itu pada Farah.
            Agak teragak-agak jugak gadis itu nak mengambilnya, first time pegang gitar. Pegang jek tak per, nie kena main sekali! 
            “...aaa..tak reti...”
            “Cuba lah dulu...main jek. Nak belajar tak boleh malu.”
            Farah cuba jugak. Perlahan dia meletakkan jari telunjuk di tali yang kedua,jari tengah di tali ketiga dan jari manis di tali keempat membentuk not A minor. Kemudian dia mula melarikan jari-jari kirinya memetik perlahan not itu. Epi senyum melihat gadis itu yang masih teragak-agak.
            Itu dulu...sebulan yang lepas. Waktu tue nak menatap muka Epi pun masih malu-malu. Nak petik gitar pun slow yang mungkin agar orang lain tak dengar petikan gitarnya yang sumbang itu. Tapi sekarang, dia dah bebas bergelak tawa dengan Epi, kalau dulu kebanyakan petemuannya dengan Epi pasti di temani Sarah. Bukan apa, tak yakin nak berdepan dengan Epi berdua-duaan. Takut! bukan takut kan Epi...lelaki itu masih boleh di percayai lagi. Sepanjang dia kenal Epi, serasanya belum pernah lagi Epi menyentuhnya walau di hujung jari! Cuma dia masih tak biasa lagi, masih kaku nak berbual dengan Epi. Lainlah Sarah yang kenal Epi sejak tahun pertama lagi.
            Epi senyum sebaik sahaja Farah menamatkan lagu Pergilah sayang. Sebulan gadis itu berlatih dan hari ini lagu itu dah perfect di tangan Farah. Memanglah kalau dikirakan lagu tue adalah yang terpaling mudah, 4 kod utama jek. C, Am, F, G. Sesuailah untuk Farah sebagai budak baru belajar nie. Kira hebat jugak lah, kurang dari sebulan Farah dah bleh main semua chord.
            Masa mula-mula Farah minta dia ajar dulu, macam tak percaya jugalah. Jarang pulak perempuan nak blajar gitar crius macam nie. Kalau ade pun cuma nak main satu lagu ke, tak adalah sampai kenal semua chord. Lagipun tak susah mana ajar Farah nie. Cepat tangkap.
            Sebulan dah farah menuntut ilmu dengan Epi. Tempoh masa sebulan itu cukup sudah untuk merapatkan mereka.
            “Rapat kau sekarang dengan Epi.” Pernah Sha suarakan dahulu.
            “Biasa jek. Dia kan abang aku.”
            Itulah jawapan Farah bila ada yang menyuarakan tentang dirinya dan Epi. Lagipun perbezaan umurnya dengan Epi jelas ketara. Lelaki itu lebih tua 3 tahun darinya.Dia senang di samping lelaki itu. Rasa selamat di tambah lagi dengan sikap lelaki itu yang memanjakan dirinya. Epi matang. Mungkin pengalaman hidup yang menjadikannya begitu. Tapi dia cukup kuat mengusik dan menyakat. Tapi tak adalah melampau. Bila tengok riak wajah Farah berubah, Epi akan berhenti mengusik dan cepat-cepat memujuk.
            Bagi Farah. Dia masih keliru dengan perasaannya terhadap Epi. Sayang tue ada Cuma tak tahu sebagai apa. Dia tak mahu tertipu dengan perasaannya sendiri. Memang sedikit sebanyak Epi membantunya untuk melupakan kenangannya dengan Zek. Dia tak mahu sayang dia pada Epi hanya sekadar untuk melupakan Zek. Sayang plastik!
            Epi biarkan Farah mencari sendiri rhythme untuk lagu XPDC, semangat yang hilang. Biar gadis itu belajar sendiri. Tiba-tiba handphone Farah berbunyi. Miss call. Farah biarkan sahaja.
            Sebentar kemudian telefon itu berbunyi lagi. Epi dah menjeling. Farah sengih. Handphone di tukar ke silent mode. Farah kembali pada gitar. Gitarnya yang baru dibeli minggu lepas. Yang murah jek.
            Tiba-tiba meja yang mereka duduk bergetar kuat. Farah nak capai handphone. Tapi Epi lagi pantas. Sekelip mata handphone Farah dah berada di tangan Epi. Tergamam kejap Farah dengan tindakan Epi. Kali nie bukan miss call tapi mesej.
            “Siapa Lyd nie?”
            “Kawan aku lah...” Farah berusaha untuk mendapatkan handphonenya balik. Tapi Epi cepat mengelak.
            “Dia ajak kau turun bawah kul 5.”
            Farah senyum. Lyd...Lydia....
            “Siapa dia?”
            “Lah...kawan aku, kau tak kenal pun. Dah! Cepat ajar aku nie...”
            Dengan berat hati Epi serahkan balik handphone tue pada tuannya. Namun persoalan itu masih berlegar dalam otak fikirannya. Siapa Lyd? Lelaki ke perempuan?


            Farah senyum bila Epi menghalakan langkah ke arahnya. Buku komunikasi yang di bacanya tadi di tutup. Dan seminggu tak jumpa Epi. Yelah, lain bidang. Masing-masing kan ada tugas sendiri. Farah alihkan begnya yang tadi di letakkan di sebelah memberi ruang untuk Epi duduk.
            “Kenapa kau tak datang semalam?” tanya Epi memulakan bicara.
            Semalam... pertandingan Battle of the band. Dia tahu Epi menyertai pertandingan tue. Epi selaku pemain bass untuk kumpulannya. Epi dah maklumkan padanya 3 minggu lepas. Selalu juga Epi cerita macam mana suasana latihan dia dan kawan-kawannya.
            “Kau nak aku datang ke?” Farah bagi soalan provokasi. Bukan dia tak mahu pergi semalam. Tapi...entah. dia tak pasti sama ada kehadirannya nanti di perlukan atau tidak. Epi mesti sibuk dengan kawan-kawannya nanti. Dari makan hati baik tak payah pergi. Dia cuma hantar mesej kata-kata semangat.
            Epi diam tak menjawab. memang itulah sikapnya. Dia pun tak pasti apa yang akan di jawab Epi. Pernah dulu dia cuba menduga lelaki itu. Tanya adakah lelaki itu mengizinkan jika dia memanggil lelaki dengan panggilan ‘abang’. Lelaki itu juga diam. Tak menjawab dan terus mengubah topik.
            “Dapat nombor berapa?”
            Epi senyum. “Tak dapat. Band luar lagi terrer.” Epi mula rancak bercerita tentang suasana pertandingan malam tadi. Macam-macam kerenah orang bertanding. Macam-macam lagi kerenah orang yang menonton.
            Farah tekun mendengar. Sesekali dia turut tergelak mendengar cerita Epi. Farah tatap muka Epi yang sedang rancak bercerita. Dari mata lelaki itu yang mengecil ketika dia ketawa. Hidung yang pesek! Hahaha! bibir yang sedikit hitam! Dia tahu lelaki itu kadang-kadang merokok. Tapi di hadapan Farah, lelaki itu tak pernah menyentuh rokok kerana menghormati farah yang tak suka dengan asap rokok.
            Di kedua-dua belah pipi lelaki itu jelas terukir lesung pipit. Cacat! Kecacatan yang cantik. Manis...di bawah bibir lelaki itu pula ada 2 biji tahi lalat bertindih. Kalau Epi senyum nampak jelaslah. Kemudian Farah alih pandangan ke arah rambut Epi yang panjang menyentuh bahu. Dah panjang dah. Baru sebulan lelaki itu potong rambut. Cepat betul rambutnya tumbuh. Apa yang dia suka pada lelaki ini ya? Mata? Hidung? Tahi lalat? Lesung pipit? Entah...tak tahu
            Epi memetik jari betul-betul di hadapan muka farah bila melihat kekhusyukan gadis itu menatapnya. Terperanjat Farah. Erk, dah habis cerita ke? Macam mana aku boleh tak perasan?
            Epi senyum. Farah dah gelabah. Dia malu! Kantoi mengusha anak teruna orang!


            Semua orang tahu hubungan Alan dan Adia dah berakhir. Memang agak berat jugak Alan dah menghadapi. Namun dia kuatkan hati. Kadang-kadang dia tersermpak juga dengan Adia. Tapi dia buat seolah-olah tak nampak aje gadis itu. Emi pulak tak cakap apa-apa. Dia pun malas nak membangkitkan soal nie lagi.
            Kadang-kadang dia rasa macam tak ada orang boleh percaya kat dunia nie.teringat balik pertemuan pertamanya dengan Emi saat dia menjejakkan kaki ke UMS.
            Aduh..mana pulak bilik aku nie. Penat aku angkat beg nie. Nasib baiklah luggage besar tue aku tinggal jek kat bawah tangga tadi. Dah lah blok nie aku tengok macam tak ada penghuni jek. Apa diorang tak masuk daftar lagi ke?
            “Cari bilik ke?” ada orang baru keluar dari bilik air bertanya. agaknya kerutan kat dahi aku nie mesti jelas kelihatan kan?
            “bilik A104.”
            “selang sebuah dari bilik aku... jom!”
            Dan itulah detik pertemuan pertama mereka. Kesibukan dan kepenatan minggu orientasi mereka lalui bersama. Tambahan lagi, teman sebilik mereka belum masuk lagi. Jadi mereka makin rapat.
Lagi buat dia senang hati bila dapat tahu Emi dan Adia sama jurusan. Sekurang-kurangnya adalah yang boleh tengokkan Adia. Biarpun satu unversiti,tapi bila lain jurusan, mungkin payah sikitlah nak jumpa. Dah lah lain jurusan, lain fakulti pulak tue.
Sepenuh kepercayaan diberi pada Emi. Selalu juga mereka bertiga, dia, Emi dan Adia keluar bersama. Kalau tak pun, setiap petang dia dan Emi akan menghabiskan masa di kompleks sukan. Adia pula akan datang bawak kan air ke apa-apa makanan untuk mereka berdua.
Tanpa dia sedar dia jadi orang bodoh. Orang bodoh yang yang tak menyedari kasih sayang yang mula berputik antara Emi dan Adia di hadapannya. Semua tue berlaku sebab dia terlalu percaya. Salahkah kalau dia memberi kepercayaan pada orang yang dia sayang?
Dan sekarang apa yang berlaku, bila berakhirnya hubungannya dan Adia, dia yang di persalahkan. Dia yang di katakan melupakan Adia. Dia yang dikatakan curang. Kenapa semua menuding jari padanya? Kenapa bila musnahnya sesuatu hubungan itu, lelaki yang di persalahkan? Lelaki yang dikatakan punca semua masalah. Kenapa?
Dia boleh pekakkan telinga. Buat tak tahu dengan apa yang orang cakap. Satu hari orang pasti berhenti berkata-kata. Tapi dia kasihan kan Sarah. Orang bukan sahaja tunding jari padanya tapi juga pada Sarah.
Sarah dikatakan punca Alan curang pada Adia. Padahal gadis itu tak tahu menahu dalam hal ini. Memang dia rapat dengan Sarah. Tapi sungguh! Gadis itu tempat dia mengadu, tempat dia meluahkan perasaan. Gadis itu lah yang selalu berikannya semangat. Kadang-kadang rasa bersalah pula bila melihatkan Sarah yang menghadapi semua tohmahan orang.
“Alan...”
Sarah melabuhkan pungungnya di sebelah Alan. Dari tadi melihat Alan termenung seorang di situ.
Alan senyum.
“Apa Alan fikir?”
Sarah dah cukup dapat baca fikirannya. Gadis itu tahu bila dia perlukan seseorang. Dia tak boleh kata dia tak fikir apa-apa. Dia tak boleh tipu Sarah.
“...Alan mintak maaf. Sebab aku, kau kena hadapi semua nie...”
Sarah menghembus nafas lembut.
“Aku tak pernah kisah apa yang orang cakap. Diorang bukan tahu apa-apa, Cuma buat-buat tahu benda yang diorang tak tahu. Lama-lama, bila dah penat berhenti lah diorang. Lainlah kalau Adia sendiri yang serang aku....”

“....hidup ini bukan tak adil...tapi kadang-kadang kita di beri dugaan dahulu agar kita lebih menghargai apa yang akan datang kemudian....”

0 comments:

Post a Comment