15 June 2009

kata hati ini (part 2)

Bab 1

Natalie’s Cafe masih penuh dengan pengunjung walaupun waktu makan tengah hari sudah hampir ke penghujung. Farah dan Zek memilih tempat kegemaran mereka di hujung suatu sudut. Menghadap ke sebuah kolam ikan buatan. Kegemaran Farah untuk melihat gelagat ikan-ikan yang lincah di dalam kolam itu.
Farah menatap penuh wajah Zek di hadapannya yang kelihatan agak keruh. Sejak minggu lepas hatinya berdebar-debar. Macam ada sesuatu yang tak kena. Entah mungkin permainan perasaan atau mungkin rasa tak enak ini berkaitan dengan keberangkatan Zek ke Amerika Syarikat minggu depan. Dalam 5 tahun jalinan perhubungan mereka buat pertama kalinya mereka akan terpisah jauh merentas benua.
Zek mencapai tangan Farah dan mengelusnya lembut. Lama jari-jemarinya bermain dengan cincin platinum yang tersarung di jari manis Farah. Cincin itu adalah pemberiannya sebagai tanda kasih pada tahun ketiga hubungan mereka. Sungguh, memang dia sayang Farah!
“Excuse me, sir, miss!”
Lamunan mereka terhenti. Pelayan menghidangkan makanan tengah hari buat mereka.
Buat seketika masing-masing leka menikmati hidangan.
“...ada benda Zek nak bagitau Farah...”kata-katanya putus di situ.
Farah sekadar memberi isyarat mata agar Zek meneruskan kata-katanya.
“Kalau boleh, Sebelum Zek ke US nie, Zek harap antara kita ada ikatan yang pasti...”kalau boleh Zek nak mencintai Farah selama-lamanya.
“Ikatan yang pasti?”
“Kita bertunang... Tak perlu besar-besaran. Yang simple aje. Semua Zek akan tangung. Zek cuma nak kita ada satu ikatan...”
“...tapi tunang bukan satu ikatan yang pasti Zek... Apa sebenarnya Zek nak sampaikan pada Farah?” jantungnya kembali bergetar hebat. Lintasan perasaan kembali menjelma. Ya Allah, jauhkan lah aku dari hasutan syaitan.
“...Alia ada di US.”
Cukup! 3 patah perkataan yang ringkas itu dah cukup untuk menjelaskan segala-galanya. Tak perlu lagi nak buat karangan berjela-jela. Sudu di tangannya di letak ke pinggan. Hilang sudah selera makannya walaupun perutnya menjerit meminta di isi. Terasa semacam ada batu di anak tekaknya.
“Zek sayang Farah. Sekurang-kurangnya Zek tahu ada tanggungjawab pada Farah. Kalau boleh Zek nak kahwin dan bawa Farah pergi sana sekali...”kata-katanya terhenti di situ apabila Farah mengangkat tangannya.
“Tunang atau perkahwinan tak menjamin apa-apa Zek. Biarlah kita kekal begini. Sekurang-kurang kalau terjadi sesuatu yang tak dijangkakan, ia antara kita. Family takkan terlibat.” Farah penat. Penat bermain dengan teka-teki begini Zek.
“Takkan ada apa-apa yang akan berlaku.”Zek mengenggam erat tangan Farah menyatakan keyakinannya.



Farah merenung kosong skrin komputer yang memaparkan e-mel dari Zek.
“Takkan ada apa-apa yang akan berlaku...”sebaris perkataan itu terlahir dari bibirnya tanpa sedar. Sebutir mutiara yang mulai melintasi pipinya di seka cepat. Farah ketawa cuba menutupi dukanya namun dia tewas. Air matanya makin laju mengalir.
5 tahun hubungan itu di pertahankan. 5 tahun! Betullah orang cakap. Jangka masa perkenalan tak menjamin apa-apa. Dan kini...takkan ada apa-apa yang berlaku...

Assalamulaikum, Farah.
Farah sihat? Jangan lupa makan tau. Macam mana sibuk pun, makan tue penting tau. Zek tak nak dengar Farah sakit.
Tak lama lagi musim bunga di sini. Cukup sudah 4 musim Zek di sini. Raya pun dah merasa di perantauan. Bila lagi Farah nak datang sini?
Belajar di sini memang lah lain sikit. Tapi alhamdulillah, Zek dapat adapt cepat dengan environment kat sini.result sem lepas pun alhamdulillah 3 pointer. Semua nie berkat doa family and Farah juga. Terima kasih Farah sebab sentiasa beri sokongan atas apa yang Zek buat.
Farah...
Macammana dapat Zek mulakan... sebelum tue Zek nak Farah tau yang Zek memang sayang Farah. Sayang yang benar-benar. Tapi Zek minta maaf kali ini...je suis desole,moi cherie!
Zek tak tahu macammana ia berlaku. Puas sudah Zek pahat nama Farah dalam hati Zek. Tapi Zek tewas juga. Bersama Alia setiap hari menjadikan hati Zek berbelah bagi. Maafkan Zek sebab mengingkari ikrar cinta kita.
Zek harap Farah dapat meneruskan hidup seperti biasa...lupakanlah kenangan kita andai itu menyakitkan hati Farah. Anggaplah, kita adalah orang baru selepas ini tapi bukan orang yang tak mengenali. Sebab Farah memang seorang kawan yang baik. I want to be your friend forever.

Zakri.


Benarlah kata orang, hati tak pernah silap menilai. Ya, kita adalah orang baru selepas ini. Farah merenung jari manisnya yang dah setahun kosong.
Alia kekasih pertama Zek..orang pertama yang mengajarnya cinta. mana mungkin cinta pertama mudah di lupakan. Dan apabila mendengar cerita Zek yang akan ke US, dan Alia juga di sana. Hatinya sudah dapat menyimpulkan sesuatu. Padanlah hatinya seakan tak enak hendak melepaskan Zek melanjutkan pelajaran ke US. Bila jarak dan waktu memisahkan mereka dan di sisi Zek pula ada orang pernah di cintainya, tak mustahil cinta itu boleh beralih arah bagai pertukaran angin monsun di bulan November.



“Antara kita biarlah begini..atau lebih jelas lagi biarlah kita sekadar kawan...” Farah meletakkan jarinya di mulut Zek apabila Zek membuka mulutnya untuk membantah kata-kata Farah.
“Kalau benar ada jodoh di antara kita, Zek cari lah Farah lepas pulang dari US nanti. Tapi kalau kita masing-masing dah jumpa orang yang lebih sesuai, teruskanlah persahabatan ini. Sebab persahabatan ini tak berdosa untuk dibunuh begitu sahaja.”
Farah menarik keluar cincin yang tersarung di jari manisnya dan diletakkan di dalam genggaman Zek. Air mata yang dah bertakung di tahan dari mengalir. Saluran pernafasan terasa tersekat. Betapa payahnya nak melepaskan orang yang tersayang. Kalau benar dia untukku, pasti dia akan kembali....
Air mata yang di tahan dari tadi mengalir juga akhirnya sebaik sahaja tayar pesawat MH707 meninggalkan bumi Malaysia.

“pergilah sayang andai itu terbaik buatmu... pergilah sayang andai di sana akan kau temui cintamu... pergilah sayang... andai kau untukku, pasti kau kan kembali....”

2 comments:

youramoi said...

yeaayyyy
saf dah ade blog di sini
hehhehe
leh comment!
aku komen kat blog friendster kamu tak approve2
huhuuhu
keep on writting!
muahs~

auRoRa^boRealis said...

ade lah approve...mane der tak approve...

Post a Comment