03 July 2017

Maldives - bukan percutian orang kaya

yer yer yer..masa aku bgtau org aku nak pergi Maldives, semua macam "waaa!!" " Huyooo!!!"
then bila aku bgtau budget dia semua jadi "serius?!" "murahnya" "macammana nak pergi?"
Yes, aku habis duit less than RM 3000. all inclusive. JB-KL-MALE-KL-JB

since aku dari JB, aku ambil flight from JB to KL tgh hari tue. flight dari KL - Male jam 6.55 pm. so budget untuk international flight 4 Hours before flight dah kena ada dekat KLIA2. seriously guys, terima lah hakikat, kalau naik flight sila lah datang awal. KLIA2 tue dah lah besar, and aku selalu dapat gate yang jauh2. tak yah lah nak buat scene lari2 di airport kalau masuk last minute tue.

Bawah nie itinerary ringkas utk 5 hari 4 malam kat sana.

1st day
- arrive at Hulhumale at 8.10 pm
- check in hotel
- candle light dinner

2nd day
- breakfast
- boat transfer to Maafushi Island
- lunch
- check in Hotel
- night fishing
- dinner

3rd day
- breakfast
- snorkeling 3x
- sandbank trip and lunch
- dinner

4th day
- free & easy

5th day
- breakfast
- Male city tour
- Whale Submarine
- airport transfer

Direct flight Malaysia ke Male buat masa nie hanya boleh didapati di airasia. direct flight pun take time 4 hours. Kalau naik MAS kena transit di Sri Lanka. Dan satu hari hanya ada satu flight sahaja. terima kasih lah pada Air Asia sebab buat flight nie. masa pergi nie ramai jek orang Malaysia kat sana. dah tak rasa asing pun.

Flight ke Maldives pakai flight Airbus 330 yang besar. punyalah ramai orang nak ke Maldives. Dan fligt nie flight air asia Indonesia. ermmm...satu jek...aku rasa stewardess dia cantik2 dari air asia Malaysia. hehhehe

kitorg sampai malam, xdapatlh nak terus ke main island. kitorg bermalam di Hulhumale. di Hulhumale nie tak ada apa yang menarik pun. lagipun kitorg just stay overnight. esok2 pg2 dah nk gerak ke Maafushi.

oh ya, lagi satu beza masa Malaysia dan Maldives adalah 3 jam lewat. so masa kitorg sampai tue sepatutnya ikut biological clock kitorg dah pukul 11 mlm. dan kat sana baru pukul 8 mlm, baru masuk waktu makan malam, kitorg dah nak tido dah.

2nd day ...
bila sampai dekat pulau maafushi tue pun dah cukup cantik lah. air biru, well sepanjang dalam bot tadi air mmg dah biru pun. senang cakap, siapa suka laut mmg akan sangat suka lah dengan scenary kat sini.
Jeti Male nak ke Maafushi

Arena Beach Resort. Hotel kitorg dekat Maafushi.

Nie bilik kitorg. bilik nie sebenarnya boleh masuk 4 org. 1 katil queen, 1 single bed, 1 sofa bed.

view dari balkoni.


after settle check in, lunch...since mmg xder planning apa2 utk ptg tue... kitorg discuss what to be done utk hari ke 4, hari free & easy tue...byk benda boleh buat sebenarnya tapi semua melibatkan air lah. antaranya:
- private island tour (Price 80 usd- 200 usd)
- water sport ( depend on activity, lowest price is 20 usd)
- diving (from 40 usd per dive)
- snorkeling
- picnic at sandbank
- night fishing and bbq (around 20 usd-40 usd)
nie lah package yang sedia ada kat sana.

untuk snorkeling and sandbank picnic mmg dah masuk dalam itenarary kitorg. jadi tinggal choice yang lain. boleh jek jalan sekitar pulau tue utk survey harga. boleh jek tawar menawar harga utk dapat best price.

sbb utk hari tue tak sempat nak buat byk activity, yang sempat hanyalah night fishing and ikan yang dapat tue leh buat bbq. all gear, umpan semua diorg siapkan. ko tinggal pegang tali kail tue jek. night fishing nie waktu sunset. view cantik lah tgh2 laut dengan sunset..pergh.. tapi masalahnya kitorg nie mancing dapat 3 ekor ikan jek. hampeh. aku rasa ikan tue vegetarian kot hari tue.

Gang Travel Club Malaysia. boleh search kat FB kalau nak join trip diorg.

masa diorg dah kata nak balik tue. mmg rasa frust jugak lah tak dapat ikan. aku pun gulung lah tali tangsi tue slow2. rasa cam berat skit...tapi tak rasa ada ikan kot. berat kail kot. smpai sudah aku gulung baru tau ada ikan dah melekat kat kail aku. wahhh seronoknya! Berjaya! ada jugak ikan nak makan umpan aku. hehehe.

disebabkan ikan dpt 3 ekor jek, tak berbaloi langsung nak buat bbq. pergi 20 orang, ikan 3 ekor. tapi enjoy, new experience. good things to try.

3rd day...
pagi2 dh kena get ready utk snorkeling trip. well x tau lah nak cerita camner. main air!!! kalau korg pakai life jacket mmg on the water surface tgk dari jauh lah. nak ikan dtg dekat bawaklah roti bagi dia makan. if korg boleh freedive skit2, boleh lah get a little closed to the coral, fish underwater.

utk lunch kitorg stop di sandbank. Sandbank nie adalah satu kawasan yang akan being above water level bila waktu air surut, bila air pasang, kawasan nie akan tenggelam. Sandbank nie byk di sekitar Maldives nie. its just an area yang berpasir dan lapang.


nie lah rupa sandbank tue. boatman tue ada jek bawak paying. tapi masa nie dah lapar sgt. makan dulu. paying tak sempat turun bot lagi.


4th day...
kat sini group kitorg berpecah skit ikut aktiviti yang kitorg nak buat. kalau boleh nak buat semua. tapi ada time clash.

so ada group yang pergi ke private island tour.
Maldives nie terdiri dari beberapa gugusan pulau kecil. so ada antara pulau2 nie adalah private island. kat private island nie yang ada water bungalow which kau boleh terus terjun masuk laut dari dalam bilik. kat private island nie boleh pakai bikini, kalau public beach mmg tak dibenarkan.

harga satu malam bergantung pada resort. aku rasa paling murah ada dalam USD 150. Tapi kan, dah nama pun private islandkan, memang isolated lah. kedai tak der. dan ada sesetgh pulau WiFi pun tak ada. untuk honeymoon, nak larikan diri dari dunia kejap ok kot. nak duduk boleh pada aku, tapi tak perlu lama2 lah..dlm semalam merasa kejap, pastu pindah main island balik.
main transportation kat sini memang bot. antara satu pulau ke satu pulau mmg kena naik bot. by the way, rasa macam tak perlu pun kereta kat pulau nie, maafushi tue kitorg pusing jalan kaki dalam sejam jek, jln lenggang kangkung, amik gambar semua.

Ada sesetengah pulau yang jauh ke hujung selatan, kalau naik bot memang makan masa berjam. so diorg ada sediakn water taxi. huh. nama sesedap harga. one way trip harga lebih USD 500. kalah harga flight pergi balik Malaysia.
Antara water taxi yang ada. atau nama pasar kita kapal terbang yang boleh landing atas air.

nie pantai depan hotel.

utk aku, hari ke 4 nie aku buat diving! nekad dah dating nak jugak rasa diving di Maldives. tak kisah lah masa tue ada kawan ke tak. tapi nasiblah ada 2 org yang nak join. aku buat survey untuk diving place nie sebelum pergi lagi. siap email contact dengan dive shop kat sana semua. not bad lah deal dgn diorg. boleh tawar menawar.


Go pro aku takder red filter. sebab tue gambar semua hijau jek bila dalam air. ingat balik spectrum colour yer. warna yang first hilang adalah warna merah.


Inipun aku amik 2 dive jek, so separuh hari jek. ptg tue kitorg buat water sport pulak. ini pun tak dapat buat semua. kena tengok budget. aku dapat buat jet ski dengan sailing jek. parasailing nak buat tak cukup budget, nnt tak leh nak beli souvenier.




sebab 2 hari berturut2 main air nie lah aku sunburn. bawak jek sunblock, pakai sekali jek. dengan pergi sailing yang mmg tgh2 laut, tak der atap. selamat lah warna kulit. satu jek masalah Maldives nie, panas gila! gila pun tak panas macam nie. tapi ada kelebihan gambar lighting cantik jek semua.

5th Day...
nie dah hari terakhir dah. pagi tue kitorg amik peluang pusing2 pulau tapi kali nie naik basikal. walaupun Maafushi nie kecik, tapi boleh katakana basic things semua ada. even penjara pun ada kat sini.



 dalam pukul 10 macam tue kitorg bergerak ke Male. rasanya perjalanan dari Maafushi ke Male nie ambil masa lebih kurang sejam jugak kot.
Sepatutnya lepas lunch di Male, kitorg akan naik whale submarine. dari sebab masalah cuaca, dengan arus yang kuat, submarine tak dapat menyelam. sedih.. tanda kena dating lagi.
whale submarine trip nie ada 2 kali dalam sehari. satu waktu pagi, satu lagi waktu petang. rasanya lepas nie better ambil waktu pagi, sebab bila dah petang cuaca tak menentu.
dapatlah jugak bergambar dalam submarine yang tak berjalan nie. boleh Nampak lah betapa arus kuat, tengok dari tingkap submarine tue, ikan pun berenang ke belakang.


nie muka excited semua Nampak camera.


Flight Male ke KL pukul 9.25 pm (Maldives Time).  mana nie ada salah sorang geng kitorang hilang waller + passport. wei, kalau aku rasa dah menangis kot. nak balik, tak nak kena tinggal. Diorg terus buat report dekat tourist police kat airport tue. and contact hotel untuk check di bilik dan area sekitar hotel. finally jumpa jugak, walaupun duit USD semua dah kena kebas. yang penting passport tue. lain tue belakang kira. fuhhh!!!

Sampai KLIA2 lebih kurang 5.30 pg, siap clear immigresen. pastu terus boarding flight ke JB pukul 7 pagi. mula2 risau jugak takut tak sempat kejar flight . tapi malas nak balik lambat sgt. gamble jek. yang penting check in awal2 dekat website. sekurang2 nya dah settle check in.

tips dan tips!
1. kat Maldives duit ringgit tak laku. yes even kau bawak ribu2 pun, tak boleh nak tukar ke USD or Rufiya. kawan aku yang hilang wallet tue, duit RM ribu2 tak berusik dalam tue. sedih. Kat Malaysia pulak takder tukar duit rufiyaa. so terus lah tukar duit USD. lagipun kat sana diorg memang banyak pakai duit USD pun untuk apa2 urusan. dan jugak sebelum balik, kalau ada tukar duit rufiyaa, habiskan lah duit rufiyaa kau tue, balik Malaysia takleh buat dah. owh lagi satu, masa tukar duit USD kat Malaysia nie, pastikan duit tue dalam keadaan elok, tak koyak. diorg sensitive sikit duit koyak nie. tak nak accept.
2. sebabkan Maldives nie Negara muslim, so pasal makanan dan solat memang tak payah risau. 99% penduduk dia adalah Muslim. cuma masalah kalau macam tempat solat kat airport ke, diorg takder fullset telekung. maksudnya diorg ada sediakan telekung atas sahaja, kain tak ada. siap2 lah bawak kain sendiri ke, stoking dia ada sediakan. ataupun if seluar kau tak ketat, sarung jek lah telekung tue.
3. web online check in. semua boleh dibuat 2 minggu sebelum flight. baik buat. rather than beratur panjang kat airport. rather than kena denda sebab tak check in 1 hour before flight(domestic). lepastue sampai airport print jek luggage tag sndiri, then pergi jek kaunter drop off luggage. semua benda nie lagi senang. serius.
4. travel insurans. ok rasanya mostly semua ada life insurance. make sure insurance korang cover oversea jugak yer. other than that, its beneficial untuk ambil travel insurance. nie pun boleh buat online. come on guys, dunia di hujung jari lah. Air asia ada insurans bila kita beli tiket, tapi tue cover masa kita dalam flight jek. kalau travel insurance dia akan cover dari start kita naik flight sampai kita sampai kembali. maknanya kalau ada flight delay, barang hilang masa bercuti, kita sakit kena warded, accident, natural disaster, rumah kita masa kita bercuti kena rompak pun cover. macam aku, aku ambil extra coverage untuk diving. yang nie korang kena baca policy dia. tak semua ada cover diving or extreme activity. and diving depth pun tak semua insurance sama. yang aku survey, AIG cover depth paling dalam iaitu sampai 30 m. korang boleh pilih nak buat untuk setahun ataupun untuk hari yang korg pergi jek pun boleh. harga tak mahal pun, aku punya dalam RM150 rasanya.
5. peak time kat Maldives masa hujung tahun dengan awal tahun. so jgn pergi time nie. memang lah weather cantik, tapi harga semua melonjak naik. pergilah dalam bulan 4 ke atas. boleh bargain harga.
6. Maldives sangat panas. sila lah bawak pakaian yang sesuai. ada jek masa dia hujan, tapi tak menyejukkan pun. aku basuh baju, sidai malam, esok pagi kering. ko rasa?
7. pada sesiapa yang teringin nak bercuti di Maldives, boleh lah contact GTCM nie, tahun depan diorg buat lagi. or kalau nak arrange sendiri pun boleh, asalkan yakin. check tiket flight tue selalu. masa hari tue dalam sebulan sebelum kitaorg pergi, harga tiket KL-Maldives pergi balik RM399. Kawan aku cakap Maldives tue kat Sarawak ke apa murah macam tue.

rasanya macam dah cukup...kalau ada nnt aku buat amendment yer...

2 comments:

Unknown said...

Hai sis.sy akan ke maldives pda april 2019 ni. Sy non smimmer,xboleh berenang..tp teringin nk buat diving..boleh ke sis?

Gayathri said...

Premium Resorts in Maldives

Post a Comment