23 June 2017

*SELF*CONTAINED*UNDERWATER*BREATHING*APPRATUS*

SCUBA : *SELF*CONTAINED*UNDERWATER*BREATHING*APPRATUS*

Aku mmg sangat suka dengan laut. I don’t mind kalau kena duduk kat pulau sebulan ke setahun. Given that gaji jalan macam biasa lah kan.  Cuma part yang leceh sikit bila kat pulau or pantai nie, mmg akan kena sunburn. Dahlah aku jenis malas nk tenyeh sunblock setiap masa. Biasa aku akan pakai sekali, pastu malas nk top up. Yerzzaa, sunblock kena selalu topup. Tapi aku penah nmpak ada org korea nie pakai sunblock mmg teballah smpai putih terus muka, pastu dia diving, naik diving x hilang ea sunblock tue.  How come sunblock dia bukan block sun jer tapi block air skali kot!

Even aku suka dengan laut, dulu aku tak reti berenang. Serius tak boleh. Recently jek, nekad masuk kelas renang. And by one month, boleh lh redah kolam kat pool pejam mata. Ewaahhh! Ok, tak lah hebat, nak selamatkan org tue mmg taklah.  But utk own safety dalam air, insyaAllah boleh. 

Dulu nak belajar berenang, byklah halangan. Antaranya pakaian renang. Salah satunya zaman aku dulu takder lagi pakaian muslimah, and kedua masalah size, nak kena cari size besar.  Pastu masalah tak tau nak belajar kat mana. That’s why masa kat UMS bila diorg offer special price utk sesiapa nak ambil lessen scuba, aku tak amik. Sebabnya aku takut aku tak tau berenang.

Actually its not compulsory pun kena pandai berenang utk ambil lesen scuba. Pada aku cukup kau tau utk floating. Nie utk elakkan kes panic attack bila berlaku apa2 masalah. Ada jek beberapa orang kawan aku yang mmg tak tau berenang pun, tapi ada lessen scuba. Depends on person, if you feel confident enough in water, go on.

Owh, aku belajar swimming bukan sebab nak amik lesen scuba asalnya. Just for fun, nak ada aktiviti. Jogging x suka, badminton payah nak kena tunggu kawan. So swimming lah paling senang. Then bila selalu kat pool, selalu jugak nmpak orang buat refresher or discovery scuba kat pool. Serius sangat jeles. Aku swim kepala senget dok tengok org tgh scuba dalam pool tue.
  
Then, kawan aku ajak ikut dia pergi pulau. Mula2 memang cam tak best nak ikut sebab kawan aku nie mmg diver. Aku cakaplah nanti aku tinggal sorg2 bila diorg dive. Hahaha sekali last2 aku yang tinggal diorg.

Plan asal nk holiday, menenangkan hati yg rawan. Cewah! Eh, tak tipu…mmg something yang berlaku and buat aku nekad buat benda2 yang dulu aku tak pernah buat. Takyah citer lah apa stepping stone tue ea. It’s a bless sebenarnya. Nnt ada masa aku ringkaskn cerita dia.

Discovery Scuba (DSD)
Kawan aku bawak seorg lagi kawan dia yang nak buat lesen. Aku mmg tak decide pun nak ambil lesen time nie. Duit pun tak prepare.  Aku just ckp aku nak ambil discovery scuba jek. Ok discovery scuba nie macam introduction to scuba. Kau akan belajar basic things macam how to assemble scuba equipment, macammana pakai and guna scuba equipment. and lastly of course kau akan di bawa masuk dalam. dalam mana depends pada center, mungkin tepi laut, mungkin tengah laut or ada juga yang buat di pool sahaja. tak perlu risau, instructor memang akan berkepit dengan kau sepanjang masa.

Masa yang diperlukan untuk course nie tak lama, tak sampai seharian pun. Dah kos yang di perlukan dalam lingkungan rm250 kebawah.

Open Water Diver (OWD)
At the end bila kena pujuk dengan instructor tue, terus jadi ambil lesen open water. Maka bermulalah sesi kelas open water. Dia ada 2 type kelas yang kena complete. Satu kelas atas darat which is teori dan satu lg practical dalam air. Kitorg kena complete each chapter teori tue, dengan knowledge assessment then go for practical pulak. Penat jugak, tapi instructor best, dia tak kasi kitorg kelam kabut suruh settle slow2. Banyak instructor yang aku kenal mmg personality diorg sgt approachable which is korg tak perlu risau untuk segan ke takut ke.

First practical mestilah kena assemble equipment, belajar kenal tank and equipment semua. Belajar pakai. Belajar untuk check if anything fault and everything in place before turun air. Generally, apa yang di belajar adalah mostly tentang safety. What should you do, what you should not do, what to do if this things happen and so on.
Compulsory practical to be complete 2 session in confine water and 2 more in open water. Ada sesetgh center dia akan conduct dekat pool utk confine water. Maksud confine water disini adalah air yg tenang. Tapi kat pulau nie takder pool, so kitorg buat dekat tepi laut.

Mula2 kitorg pergi kat tempat yg tak berapa dalam macam dalam 3-5 meter. Kitorg praktik apa basic technique yang dah belajar dalam teori macam clear mask, bukak fin, pakai balik, open regulator, release weight, bukak bcd, pasang balik, semuanya dalam air. Ini perlu sebab incase terbelit ke sangkut ke dalam air, kita boleh bukak and adjust sendiri. Lepas tue buat plak bukak and pasang equipment on water surface. Ini pulak sebab ada sesetgh bot, kena pakai equipment dalam air contoh bot kecik. Tapi last time g Lombok, bot besar tapi kitorg kena bukak equipment dalam air. Tapi senang lah nak panjat naik atas bos kalau takder equipment.
Next dive pulak kitorg belajar camner nak handle emergency situation macam out of air, regulator freeflow, use of emergency regulator, emergency ascend, manually inflated bcd, leg crammed, towing faint / tired buddy.  Boleh katakan benda nie smua buat skali jek, time ambil lesen. Dan akan datang kalau kena buat means ko dlm emergency situation. Dulu aku penah ckp, aku harap aku takkan kena buat semua nie lagi. Tapi ada instructor marah aku, xleh ada mind set macam tue sebab if jadi nnt aku akan panic and gelabah. Since that, aku selalu try utk picture balik all the emergency procedure before dive. Bersedia tak salah kn.

Sebelum ke open water, kitorg ada final theory exam. Khusyuk kitorg jawab  nasib ada geng boleh bawak bincang jawapan.
Next 2 dive is open water. Inilah yang di tunggu2. Berdebar kot. Actually aku takut tgk coral terhampar kat bawah tue. Kesian diorg. Takut tersepak. Yerlah buoyancy ke laut lagi. Breathing mcm asap lori lagi. Either terlebih tenggelam or tak tenggelam. Tanggan tue tak lepas dari inflator/ deflator. Harap itu jek nak control jgn ternaik or terturun.

Tak termasuk lagi mula2 nak terjun dari bot. ada 2 cara nak turun. First, backroll, which korg duduk tepi bot and jatuh ke belakang. Second is giant stride, korang masuk dengan cara berdiri dan bukak langkah besar masuk ke air.
Untuk korg pass open water nie tak silap korang kena berada dlam air sekurang2nya 20 minit. Biasa kalau tak ada masalah, dgn kedalaman 18 meter, korg boleh bertahan dalam air sehingga 50 minit atau lebih. So sepanjang dalam air, kita enjoy the view. Keep with buddy, jgn dive sorang2. Ini penting.

Tapi buoyancy mmg kena gain melalui experience. Which is kena dive selalu. At least setiap 6 bulan supaya tak lupa. Sampai skrang pun aku masih tak ok buoyancy lagi. Aku dive selalu dgn tujuan nak betulkan buoyancy aku.
Untuk ambil lesen open water diver korang perlukan masa 4 hari 3 malam basically.  Tapi if dah buat confine water kat pool means, sebelum ke pulau, mungkin korg hanya perlukan 2 hari sahaja masa di pulau. Budget kos yang di perlukan dalam RM 1200 – RM 900.


Advanced Open Water Diver (AOWD)

Tak smpai setahun dapat lesen open water, aku dah buat lesen advance. Ini kes sebab dapat keje baru nie lah. Asalnya plan nak buat bulan 8 nnt, tapi sbb takleh cuti 6 bulan, aku amiklah awal. Kalo tunggu lagi 6 bulan, siapa pulak nak teman aku g ambil lesen nnt.

Untuk advance under PADI nie pun ada teori and practical. Advance nie macam introduction to specialities. Ada 2 yang wajib kena ambil, lagi 3 boleh pilih. Yang wajib adalah deep dive and navigation.

Deep dive
Masa deep dive korg akan di bawa ke kedalaman lebih dari 30 meter. And masa kat bwah tue korg akan di check utk pastikan tiada narcosis effect. Apa itu narcosis? Maknanya oxygen toxicity. Macammana dia check? Diorg akan bagi soalan2 mudah, macam soalan matematik ke mengeja ke. Sebab if korg kena narcosis korg mmg akan act out of control, cannot think normally. Tapi bab soalan matematik aku mmg lembab skit, atas darat pun kena guna calculator, nie kan pulak dalam air. Aku jadi mengira macam budak tadika dalam air tue.

Navigation.
Nie belajar guna compass. Macammana nak cari jalan balik ke darat. Ataupun bila nak pergi satu arah tu then nak balik ke tpt asal balik. Utk yang nie kitorg belajar 2 bentuk iaitu square and triangle. And satu lagi matematik! Dia akan bagi satu koordinat, and korg kena bergerak ke sana dengan jarak diukur guna bilangan kayuhan fin. So kalau square, utk balik ke tpt asal, korg kena belok 90o 3 kali sehingga membentuk 4 segi, akan balik ke tpt asal. So kena buat matematik kena tambah 90 setiap kali belok. Kalo ko dpt original coordinates 0o senang lah jugak. Kalo dapat 320o? ok, maybe susah kat aku jek. Fine!

Lagi 3 elective aku pilih peak performance buoyancy, night dive and search and recovery.

Peak performace buoyancy
Nie untuk ajar korang how to get natural buoyancy. Once turun, x perlu deflated sampai abis pun, just enough utk tenggelam jek. Control breathing. Instuctor aku ajar, Tarik nafas, stop kira 1-3, hembus, stop kira 1-3. Baru nmpak buoyancy tue. Sebab bila kita Tarik nafas, kira akan ternaik skit, bila hembus kita kan turun. And effect dia bukan serta merta. Jgn tnya aku dah ok ke tak buoyancy?! Still kena practice and try and error. Aku penah jek jumpa seorg DM nie dia tak pakai bcd pun, totally bergantung pada breathing utk control buoyancy. Pergh!

Night Dive
Aku rasa aku paling suka night dive. Tapi kena cari area yg memang banyak hidupan laut waktu malam lah. Baru menarik. Kenapa aku suka night dive?

1.       Bawah laut Nampak lain dari waktu siang. Dan ada peluang jmpa hidupan yg tak keluar waktu siang.
2.       Lebih focus sebab bergantung pada torchlight kau jek utk tgk keliling. Had pemandangan terhad. Focus lebih.
3.       Sebab tak panas terik.hahaha. yer aku tau dalam air bukan panas pun kalau siang. Tapi dalam bot, sementara tunggu nak descend and nak tunggu naik bot. sempat tau sun burn. Owh one more, jgn risau main air waktu malam sebab air laut tak sejuk waktu malam.

Sebab no. 3 tue mesti kena kecam kan.
Apa lagi beza night dive? Macam hand signal yg guna waktu siang tak boleh nk guna sama waktu malam. Semua signal pakai torchlight. Atau pun buat hand signal dan halakn torch pada tangan, waist level. And ada tambahan do and don’ts. Antaranya jangan suluh torchlight straight ke muka org, careful bila suluh sebab ada ikan akan attract dengan cahaya, torchlight kena buka sebelum masuk air and jgn tutup selagi tak naik darat.

 Search & Recovery
Mula2 plan asal nk buat wreck dive tapi after discuss balik tukar kepada search & recovery.  Kitorg belajar lah cara nak ikat tali. Ada 3 jenis ikatan yang kitorg belajar. Pusing sana belit sini, dh jadi. Lain ikatan lain fungsi dia. Pastu pattern utk buat search. Empat segi ke bulat ke.. depend pada apa benda yang nak dicari.

Then settle advance open water license.  Untuk Advance kos yang di perlukan lagi murah, dalam lingkungan RM900- RM700. Dan masa pun singkat jek. 3 hari dah boleh habis dah.



TIPS:
1.       Apa pun center yang korg pergi tak ada masalah pun. Ko punya lesen under siapa pun tak ada masalah. Sebab once ko dah ada lesen, bila korg buat fun dive, diorg takkan tnya ko PADI ke SSI ke SDI ke etc. diorg tnya ko punya certification level. Takde dive center yang cakap hanya PADI jek boleh dive kat sini. Penting utk pilih organization nie hanya if korg dh start nak jadi serius dalam dunia diver, maksud nya nk jadikan kerja. So start dari rescue plih satu jek organization yang mana kita nak bekerja sebagai instructor and above.

2.       Baju untuk dive. Tak kisah. Mana yang korang selesa. Lagi2 air laut kat Malaysia nie yang suhu dia dalam 30-32oC. just nak inform apa yang ketat atas darat, dia akan longgar dalam air. So mmg better cari yang fit. Aku bukan suruh korg tunjuk body kat sini, tapi itu part of safety. Kalau pakaian korg merawang2 dalam air, boleh sangkut kat mana2 pastu boleh effect ko punya streamline which akan effect ko kena guna byk energy utk gerak which lead to byk guna oxygen then kurang lah masa dlm air. Aku pkai swimsuit muslimah tue jek pun. Tak suruh pun pakai bikini. Tapi utk safety jugak better pakai yg fully cover. Nie utk protect body kita. Kot2 terlanggar coral ke batu ke. Tak lah senang luka. Antara sebab org guna wet suit adalah untuk protection jugak. Utk keep badan warm dan jugak untuk protect body dari benda2 tajam sbb material dia lagi tebal dari kain biasa..

3.      Equipment diving tak perlu nak beli semua skali on the spot. Sebab equipment dia bergantung pada keselesaan kita. Selesa kat orang lain, tak semestinya selesa kat kita. Contohnya, Kenal dulu jenis2 fin, apa kelebihan fin, dan jugak apa kelemahan kita. Kalo kaki tak kuat, ko amik fin keras, mmg crammed lah. Untuk aku first things aku beli adalah Dive Computer. Aku rasa dia penting. Especially time nak buat safety stop  (berhenti 3 minit pada kedalaman 5 meter untuk process release gas nitrogen dari dalam badan) and utk ko record dive log kau. Next boleh lah beli mask and fin. Please choose carefully, make sure confortable to wear. Masa open water diorg dah ajar macam mana nak test equipment. Kalau tak pun, bila selalu dive tue kat mana2, make friends, boleh try equipment diorg. If sesuai, next boleh beli.

4.       Utk advanced PADI memang boleh buat pilihan nak ambil elective apa, tapi utk organization lain aku tak pasti, kalau SSI mmg fix apa module untuk advance. Tapi tak perlu risau, semuanya sama. Main purpose advance adalah utk improve and widen your diving capability. Macam boleh pergi lagi dalam, boleh explore new things macam masuk wreck, night dive. So tak perlu risau organization mana pun. Basic utk advance sama sahaja.

5.       If korg kena coral..coral tue tajam and adalah selaput kat permukaan dia yang akan effect your skin. Ada jenis coral, effect dia sgt teruk. Masa kena tue mmg nmpak macam luka sikit jek. Tapi once dia nak beransur baik, amik ko dia punya gatal. Tak taulah nak cakap macammna. Nak garu tak digalakkan takut lagi melarat. Aku curah minyak kapak jek kalau tak tahan, at least rasa berangin tue kuranglah rasa gatal. tapi yang paling penting jangan sentuh coral, jangan sepak coral, jangan bawak coral atau apa2 hidupan laut keluar dari air. masuk rumah org, sila beradab. kalau semua hidupan tue dah tak ada, kita juga yang susah. nak diving tengok apa. pasir?


6.       Accident happen but very rarely. Kalau berlaku sama ada equipment malfunction, environment or human error. Even equipment malfunction sebenarnya kau dah di ajar what you should do kalau apa2 berlaku. Out of air, kau ada buddy system. Regulator rosak, freeflow or x der air langsung, pun dah di ajar. Factor environment or nature nie susah skit lah nak cakap, mmg ada sesetgh dive site, condition water dia agak mencabar. Maksudnya current…kalau current tolak ke tepi kiri, kanan, depan, belakang..no hal. Cuba kalau current yang boleh tolak korang dari 5 meter to 30 meter dalam beberapa saat or dari 20 meter to 5 meter. Ini yang jadi bahaya bila korang panic. Aku cakap tentang perubahan pressure kat sini. Makin dalam makin tinggi pressure. Your eardrum can be hurt or maybe deaf. Bila naik terlalu cepat pulak, tak sempat decompressed.  Dalam tank tue, bukan 100% oxygen, ada campuran oxygen dan nitrogen. Bila tak decompressed, nitrogen takkan release dalam badan. Bila tak release, dia boleh jadi embolism dalam darah and muscle. It may cause death. You should know how is the condition dive site yang korang nak pergi. Sebab tue ada tempat yang ada possibility downcurrent or upcurrent, diorg akan ada extra requirement contoh macam dive log korang kena lebih 30 ke. Tapi panic mmg real killer, ko panic ko takkan boleh fikir normal, dan kau takkan boleh execute safety procedure dengan betul.

7.       Gain experience bukan hanya dengan dive banyak kali. Tapi dengan make friends during dive trip. everyone has their own experience yang kita boleh belajar. Dan tak lupa jugak, read. Sekarang semua info senang nak dapat. Sambil scroll hp tue, search jek apa2 berkaitan diving. Tak pun join community, group or free newsletter.

8.       Jom diving! Seriously its another world down there. Experience yourself.  You will appreciate nature and live more and more.

(copy video from youtube. for underwater view)
Reference list :
1. why we need safety stop?
2. diving course - PADI
3. SSI diving course
4. SDI diving course
5. decompression sickness
6. downcurrent
7. Upcurrent
8. oxygen toxicity

0 comments:

Post a Comment