22 June 2012

I do and I understand

** ENTRY DI TULIS SEMASA HATI PANAS...MAKA KEKASARAN JGN AMBIL HATI**

Hidup ini memang penuh dengan masalah. Sebab masalah itulah yang akan menentukan kita di masa hadapan. Bagaimana kita menangani masalah itulah yang akan membentuk kita samada menjadi seorg insan yang berguna ataupun tidak.



Ia umpana masa lampau. Bak kata pepatah, sekali melangkah jangan toleh ke belakang lagi. Tapi padaku, harus diubah. Kita menoleh bukan untuk menangisi atau meratapi kesilapan lalu tetapi lebih kepada untuk belajar daripada kesilapan lalu agar kita tak mengulangi kesilapan yang sama di masa akan datang.

Ya, memang kita sengaja di beri pilihan yang salah. Supaya kita lebih mengharagai apa yang datang selepas ia. Tapi pada aku pilihan itu tak sebenarnya salah, tp kita yang salah dalam menggunakan pilihan yang ada. Kita tidak boleh melangkah ke belakang untuk mengubah pilihan yang telah di ambil. Tak ada liquid paper atau pemadam yang boleh mengubah sejarah. Yang ada dalam genggaman kita harus di telan, kaki harus terus kan melangkah. Kita boleh mengubah yang salah menjadi betul dengan cara yang betul.

Dalam satu dahan, pasti ada buruknya juga. Tidak ada pokok yang berbuah semuanya jadi belaka. Buang sahaja yang buruk itu. Kenapa harus di peningkan fikiran untuk apa yang patut di lakukan pada buah yang buruk itu. Samalah seperti kehidupan, tak semua yang ada, yang kita dapat itu baik2 belaka. Buang sahaja yang buruk itu, fikirkan yang baik sahaja. Sebab ke mana pun kita lari, tetap ada buruknya juga.

Sabar itu separuh dari iman. Tapi aku bukan nabi yang mampu untuk sentiasa sabar dan memaafkan. Aku hanya seorg manusia, perempuan yang dikuasi 9 nafsu dan 1 iman. Tapi dengan satu iman itulah yang mampu buat aku berdiri, kuatkan semangat untuk hadapai pelbagai dugaan ini. Aku bukan manusia terbaik maka dengan 9 nafsu itulah aku marah dan terguris perasaan ini kerana kau. Bukan salah aku, jika aku singkirkan kau dari sisi aku sebab sememangnya benda yang buruk itu harus di buang.

Aku tau kita manusia tak sempurna, aku punya kelemahan, dan pasti kau juga sama. Kita manusia sentiasa melakukan kesilapan. Tapi pada aku, kali pertama ia memang kesilapan, kali kedua ia adalah sifat untuk org yang tidak pernah mahu belajar dari kesilapan dan sentiasa menyangkakan diri sendiri adalah benar. Anda silap kawan. Hidup ini tidak pernah berhenti dari belajar. Aku akui aku masih belajar, aku tak nak mendabik dada dengan sengulung kertas A4 itu aku sudah tau semuanya. Aku juga tidak mahu menongkat langit, dengan setahun jagung pengalaman kerja aku sudah boleh duduk goyang kaki. Jangan terpengaruh dengan drama yang dihidangkan di TV. It’s unrealistic! Executice, engineer, akauntan, Nampak gah di kaca TV, tetapi realiti tidak ada apa pun yang hebatnya selain gelaran yang di beri. Fresh Grad perlu merangkak mencipta nama, mencipta keyakinan orang2 atasan untuk nama dan kerja anda diingati dan di kagumi.



Ia sangat berbeza kawan, ini bukan sekolah, yang seorang guru akan menyuap terus ke dalam mulut setiap murid-muridnya. Ini bukan universiti, yang kau bebas buat apa saja asal lulus 2.00 PNGK setiap semester. Maaf kawan, ini dunia realiti, dengan pelabagai ragam manusia yang boleh buat kau lemah jika tidak pandai berenang. Ini realiti yang bukan lagi bergantung pada teori-teori dalam buku. Ini realiti yang kau harus guna logic akal sebelum buat apa-apa keputusan. Ini realiti yang tidak ada cuti sekolah mahupun cuti smester. 

Jika kau yakin kau benar, bangkit dan tegakkan kebenaran. Bukan mencicip macam burung di warung kedai makan dengan org2 yang tak berkenaan. Jika kau benar, luahkan dengan berhemah, bukan menghempas fail ke atas meja yang tak bersalah itu ataupun dengan mengumpat dengan teman sebelah meja di Skype. Dah lah kerja tak dapat nama, dosa pun bertambah.

Jangan dianggap sesuatu tanggungjawab itu berat ataupun satu masalah. Pada aku tanggungjawab itu adalah satu peluang untuk kita berjaya. Satu peluang untuk kita buktikan kemampuan diri. Seseorang tidak akan memberi kita sesuatu kerja jika tidak yakin kita mampu melakukannya. Kita telah Berjaya melangkah satu anak tangga ke puncak dengan menerima satu kerja, Berjaya melaksanakannya pula sekadar satu bonus.

Mungkin sesuatu itu kadang2 nampak berat, tapi dh di katakan, dengan masalah lah manusia belajar. Dan itulah di dunia reality, trial and error. Apa guna ada FMEA dan Fishbone Diagram (Ishikawa diagram) kalau bukan untuk settlekan masalah. Apa guna planner, kalau bukan untuk time management. Hidup ini tak pernah menyusahkan, cuma kita sahaja yang menyusahkan hidup sendiri dengan alasan-alasan tak munasabah serta Cop M yang makin membesar di kepala.



Fahami teori, aplikasi kan nya dengan praktikal dan rasional. Apa guna bos, kalau tak boleh mengarahkan anak buah. Apa guna rakan sekerja, kalau asyik menyusahkan org lain. Hidup bermasyarakat, kerja berkumpulan. a group member tak akan menyusahkan kumpulannya dengan perkara2 yang tak berfaedah. Jangan biar amarah menguasai diri, kelak diri sendiri yang rugi. Jangan dengar kata hati yang pentingkan diri sendiri, tapi gunakan lah akal yang berfikir secara rasional. Muhasabah lah diri sendiri bila datangnya masalah, bukan menunding jari pada yang tak bersalah.

Ilmu itu tak akan datang sendiri, tapi kita yang mencari. Ilmu itu takkan senang untuk di fahami kalau tidak ada ikhlas di hati.

0 comments:

Post a Comment