01 April 2012

review filem : 7 petala cinta

ok. done tgk dgn khusyuk. huhu~

Sinopsis :

Kisah mengenai cinta sesama manusia, cinta diantara seorang lelaki dan perempuan, cinta diantara seorang Islam dengan agamanya, cinta diantara seorang ayah dan anaknya, cinta diantara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan sehinggalah bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim yang telah mengajar Attar mengenai Islam. Dalam diam, Attar menyimpan perasaaan terhadap SAIDATUL NAFISA namun dia redha apabila Saidatul Nafisa bertunang dengan HAMKA.

Saidatul Nafisa dan Hamka disatukan didalam satu ikatan pertunangan dan akan dikahwinkan sebaik sahaja Hamka pulang daripada menuntut ilmu di Tanah Arab. Ditakdirkan, malapetaka berlaku dan Hamka dikatakan telah meninggal dunia. Saidatul Nafisa meneruskan hidupnya dengan tabah namun Aby Ikhwan, ayah kepada Saidatul Nafisa mahu anaknya itu cepat – cepat mendirikan rumah tangga supaya sinar kebahagian dapat kembali kepada Saidatul Nafisa. HILMA AQILA, adik kepada Hamka juga menuntut di tempat yang sama dengan Saidatul Nafisa.

Hubungan diantara Hilma Aqila dan Saidatul Nafisa seperti adik beradik. Semenjak kematian Hamka, keluarga Saidatul Nafisa menjaga Hilma Aqila seperti anak sendiri. NIDA, seorang wanita yang dipaksa menjadi pelacur oleh ahli keluarganya sendiri telah bertemu dengan Attar dan terdetik rasa suka di hati Nida. Attar cuba untuk membawa Nida kembali ke jalan yang benar, namun Nida mempunyai niat lain terhadap Attar. Ditakdirkan, jodoh Saidatul Nafisa adalah dengan Attar namun pelbagai halangan datang menghalang hubungan mereka. Dapatkah Saidatul Nafisa dan Attar bersatu? Apakah niat Nida?

sorry, terpaksa copy paste jek sinopsis, cause its much better than aku karang jalan cerita yg akan spoil ending org yg blum tgk. hehe

1. yang paling buat aku tertarik ngan cerita nie is skor muzik yang digunakan sepanjang jalan cerita nie. best! sesuai dan menarik. tak kisah time muzik nasyid ker or time muzik cinta ke. overall its soothing

2. jalan cerita dia ok, x meleret2. simple. tp pada aku terlalu cepat. tempo cepat tue bagus tp, cam x sempat nak feel, eh dah habis? erm..well known jalan cerita melayu mesti takkan jejak 1 jam setengah. kenapa ek? watak tue boleh di kembangkan kot, cam cerita Nida, cerita Hilma, cerita Nafisah, tp buat dalam cara yang meaningful lah. cam dalam cerita nie kita tau cerita mereka, bila mereka cakap (cerita) kat watak lain.

3. mungkin research untuk bawak jalan cerita islamik kena lebih sikit kot. islamik nampak kat pakaian yg di gunakan n dialog. tp dari segi islam yang ad-din tue tak jelas. atau kurang di paparkan.

well, x banyak kot dari segi opinion aku dan list out kan. overall aku puas hati jek lah. yang bg point lebih utk cerita nie just muzik skor lah. well, keep it up.

p/s : nape org beli cetak rompak or download utk filem melayu? one of the reason. "I won't pay RM10 utk tgk citer tak sampai 1 jam 30 setgh"

0 comments:

Post a Comment