10 June 2009

forgiveness...

betullah kot, dulu aku ada terbaca satu words "men easy to forget but hard to forgive, women easy to forgive but hard to forget" aku pun selalu dgr women cakap "ok, aku maafkan ko. tapi aku takkan lupakan apa yg kau buat pada aku sampai bila2!" and kalo lelaki easy jek dia cakap "did I know you?" (with sarcacism tone included).

penat jugak dgr kata "sorry seems to be tha hardest word" kira bukan setakat org yg nak mntak maaf tue susah, org yg nak memberi maaf nie pun susah. dulu kalau aku wat salah ngan mak aku, macam cacing kepanasan gelisah nak mntak maaf. pastu bila cakap jek 'bu, nini mintak maaf' tak tau nape air mata terus jek mengalir.

susah nak memaafkan orang, lagi2 dengan apa yang orang tue wat menyimpan kesan yang mendalam pada diri kita. biasalah, bila buat salah skit, yang baik melambak2 dulu tue semua dh x nampak dah.

kadang2 cakap jek kat mulut dh maafkan, tapi dalam hati masih membara lagi. sebab kalo maaf yg sbanar2nya adalah sampai ke hati. ikhlas tak ada effect lagi kat hati tue. ingat tue ingat tapi ingat yang boleh buat kita senyum sebab ia skadar satu pengalaman, pengalaman untuk kita tahu yg kita takkan buat perkara yang sama kat org lain sebab kita tahu betapa sakitnya rasa itu.

tapi bila kita ikhlas maafkan orang, kita rasa lapang. masalah tue hilang. InsyaAlah. mungkin ada yang akan cakap "alah ko tak rasa sendiri boleh lah cakap macam tue."

true, it's hard. tapi tak salah mencuba kan. maafkan kesalahan orang kan dapat pahala jugak. pernah ada kawan aku cakap "buat apa nak marah, nak dendam, nak sakit hati kat org? yang sakit kita sendiri jugak. orang yang kita marah, benci dan dendam tue tak rasa apa2 sgt."

aku dah cuba maafkan seseorang. cuba untuk jadi kawan balik. mula2 cam susah gak. tapi lama2 kuatkan hati sikit2, lama hilang dah rasa marah dan benci tue. aku harap aku dapat terus mcm nie. buka kan hati untuk maafkan org. manalah tau kalo kita maafkan org, mungkin ada org pulak yg akan maafkan kita. "Dosa sesama manusia takkan terhapus selagi manusia (yang teraniaya) itu tak memberi ampun."

'something is better than nothing'

0 comments:

Post a Comment