Showing posts with label laugh out loud. Show all posts
Showing posts with label laugh out loud. Show all posts

31 August 2010

iklan raya (radio)

klakar plkak dgr iklan raya kat radio s'pore

tut tut..(bunyi telefon)
"Man, bapak nie, bapak nk bg tau..bapak nk berpisah ngan mak."
"apa?!!! bapak kan dah bertahun dengan mak! bapak jgn buat apa2. Man nak call akak."

tut tut..
"Kak, bapak ngan mak nak berpisah!"
"Apa???!!!cakap ngan bapak jgn buat apa2. akak nak tempah tiket flight skrang jugak!"

tut..tut
"Bapak jgn buat apa2. tgu sampai man dengan akak balik sana."
"mm..yerlah, bapak tgu kamu balik."

"mah, mah oo mah...anak kita balik raya tahun nie!!! yahooo!!!"

17 June 2009

kisah seram

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari Khamis petang Jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 1.00 malam, diapun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja...
Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya "Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?"
"Abang... tolong lah saya. Kereta saya rosak ni... Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??"
Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu...
"Oklah. Sayapun nak ke Seremban jugak." Terkeluar dari mulutnya...
Tapi hatinya masih lagi was-was...Dia pun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu
bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan di sebelahnya.Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup jugak hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya...
seolah-olah takde apa. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni...seorang diri pulak tu... Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu... Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan!
Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika... Tiba-tiba...dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi.Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh
mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk. Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh ke arah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih... ditambah lagi dengan baju yang dipakainya....Dia pun beranikan diri dan bertanya.
"Kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??"
"Ni memang pakaian rasmi saya setiap malam Jumaat...saya ada kelas yasin..." jawab perempuan tu. "Tapi..putihnya lain macam aje...tak pernah pulak saya tengok" tanya lelaki tu lagi.
"Apa yang lain nya...sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??"
"Eyea...lain macam aje.
Seram pulak saya dibuatnya..." "Ehh takkan sampai seram...??? Pakai aje le Breeze colour baru!!!'"
Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya.

soalan2 temuduga

jawapan yang gagal dalam temuduga

G: Kamu minta gaji berapa?
A: 2000
G: Terlalu tinggi. Kamu tidak diterima
A: Kalau begitu, 1000 sahaja
G: Makin tidak saya terima
A: Alasannya?
G: Perusahaan ini tidak menerima staff murahan

G: kamu ada pakwe?
B: ada
G: Di mana?
B: Di luar negeri
G: Kamu tidak diterima
B: Alasannya?
G: Nanti kamu hanya telifon pakwe jer.... mahal tue
B: Minggu depan pakwe saya pulang
G: Makin tidak saya terima
B: Alasannya?
G: Lha, nanti kamu selalu ponteng untuk jumpa pakawe kamu.....

G: Kamu ingin bekerja sebagai apa?
C: Setiausaha
G: kamu rasa kamu cantik atau tidak
C: saya rasa saya cantik
G: Kamu tidak diterima
C: Alasannya?
G: Nanti pengurus jatuh cinta ke kamu
C: Sebetulnya saya merasa tidak cantik
G: Makin tidak saya terima
C: Alasannya?
G: buat sakit mata saja

G: kamu dah berpunya
D: Belum
G: Pernah mencari?
D: Pernah, tetapi belum berhasil
G: Kamu tidak diterima
D: Alasannya?
G: Lha, kamu cari pakwe tapi tak berjaya
D: Sebetulnya saya ada pakwe, tetapi sudah saya tinggalkan, karana saya tidak suka.
G: Makin tidak saya terima
D: Alasannya?
G: Nanti kamu keluar kerja, dengan alasan kamu tidak suka



G: Ada mertua?
H: ada
G: kaya?
H: Ya
G: Kamu tidak diterima
H: Alasannya?
G: Mertuamu saja tidak mahu mempekerjakan kamu
H: Tapi... Sebetulnya mertua saya tidak kaya.
G: Makin tidak saya terima
H: Alasannya?
G: Nanti kamu sering minta naik gaji dengan alasan untuk membantu mertuamu.