Bab 12
Dia tahu jauh di sudut hatinya dia
mula menyayangi Farah lebih dari seorang kawan. Tapi kalau nak di bandingkan
dirinya dengan Farah. Macam enggang dengan pipit. Walaupun dia tak mengenali
keluarga gadis itu tapi dari gayanya dia dapat merasa Farah bukan calang-calang
orang. Siapalah dia nak di bandingkan Farah...
Farah datang dari Johor Bahru,
bandar besar. Sedangkan dia dari perkampungan kecil di pinggir bandar kecil,
Semporna.
Semporna adalah sebuah bandar yang terletak di kawasan
pantai timur sabah, berhampiran dengan daerah Tawau. Semporna terletak di
kawasan teluk yang cantik dengan pantai yang menarik dan menjadi tempat tumpuan
utama pelancong untuk aktiviti scuba.Aktiviti laut adalah sumber pendapatan
penduduk semporna di mana mutiara adalah yang paling utama.
Populasinya penduduknya adalah kebanyakan dari suku kaum
Bajau yang tinggal di kampung yang di bina di atas air di pinggir bandar. Bajau
adalah suku etnik asli di sabah, brunei, indonesia, filipina dan sebahagian
dari sarawak. Mereka adalah suku kaum kedua yang terbesar di sabah selepas
kadazan dusun. Suku kaum bajau menganut agama Islam. Seperti suku-suku etnik
Sabah yang lain Bajau juga mempunyai adat budaya dan tutur bahasa mereka yang
tersendiri.
Mengikut sejarah, bajau adalah
nomad, orang laut, hidup di laut dengan bergantung kepada aktiviti perdagangan
dan perikanan. Mereka mula tinggal di darat dengan membina rumah rakit di tepi
pantai dan menggunakan lepa-lepa, bot buatan tangan mereka sendiri, sebagai
pengangkutan utama.
Menurut sejarah bajau, asal usul
keturunan mereka berasal dari kaum kerabat pengawal diraja sultan Johor yang
telah di bawa ribut ke timur laut Borneo.
Namun begitu sekarang kebanyakan keturunan muda Bajau
sudah meninggalkan kehidupan laut mereka, dan tinggal di atas darat.
Kebanyakkan mereka dah menetap di Kota Kinabalu dan Kota Belud. Mereka kini
bercucuk tanam dan menternak kerbau sebagai sumber pendapatan. Bajau yang
tinggal di kawasan barat sabah ini terkenal dengan panggilan ‘cowboy’, kerana
kehandalan mereka dalam teknik menunggang kuda.
Epi tergamam seketika. Dia sendiri tak sangka dia kan
bertindak sebegitu.
Ya Allah apa aku dah buat! Nampak berbekas lima jarinya
di muka adiknya itu. Sungguh, tak pernah terlintas langsung di hatinya nak
menyakiti adiknya.
“.... semua orang dapat apa yang diorang nak! Kenapa Amir
tak boleh? Bukannya mahal, RM10 jer kasut sukan tue, kasut sukan Amir dah
buruk! Mak ayah memang tak sayangkan Amir, lebih pentingkan adik-adik yang
lain! Macammana lah Amir boleh lahir dalam keluarga yang tak cukup makan nie!!!
Menyesal!” kata-kata itulah yang membangkitkan kemarahannya. Dia tahu Amir mahu
merasa apa yang orang lain dapat. Barang serba baru. Bukan barang buruk warisan
kakak dan abangnya. Lagipun Amir terlalu muda nak memahami erti kesusahan hidup
ini.
Amir yang masih tergamam di tarik dalam pelukannya. Di
usap pipi adiknya agar hilang bekas tapak tangannya. Tanpa sedar airmatanya mengalir.
Perjalanan hidupnya tak adalah sesenang orang lain. Dia
tahu mungkin ada yang lagi susah darinya. Sekurang-kurangnya adik beradiknya
cukup makan pakai. Cukup pelajaran. Belum pernah lagi mereka tak jumpa nasi
satu hari. Tak ada seorang pun adik beradiknya yang tak bersekolah.
Cuma mungkin hidupnya tak semewah
orang lain. Tak ada duit belanja ke sekolah. Tak ada baju baru setiap kali awal
persekolahan. Apa yang di gunakan adalah warisan dari kakak dan abangnya.
Dia ingat lagi saat itu gurunya datang
ke rumah memaklumkan keputusan STPM nya. Dia gagal. Cikgu nya memujuk untuk dia
berusaha sekali lagi.
“Berapa yurannya?”tanya Hj Abdullah,
bapanya.
Dia sekadar diam membatu di sebelah
bapanya..
“RM100.”
Bapa merenungnya. Dia tahu betapa
susah nak mencari wang. Ramai lagi adik-beradiknya yang menunggu di bawahnya.
“Epi tak payah ambil periksa tahun
nie. Tahun depan baru ambil ya? Bapa tak cukup duit.”
Dia tak salahkan bapanya. Dia faham.
2 bulan selepas itu dia membawa diri
ke Kota Kinabalu. Tinggal bersama abangnya. Bukan dia merajuk dengan bapanya
tapi dia tak mahu menyusahkan bapanya dengan duduk di rumah tanpa kerja. Kalau
di kampung apalah kerja yang dapat di buatnya. Kalau ada pun pendapatan tak
seberapa.
Hidup di bandar memang penuh cabaran.
Dengan kawan sekerja yang puas mempengaruhinya ke dunia yang negatif. Hampir
juga di terjerumus ke najis dadah. Mungkin dia ikut sama melepak dengan
teman-temannya tapi tak sekali-kali menyentuh semua itu. Memang tak di nafikan
pengalaman hidupnya yang penuh keperitan litu mengajarnya untuk jadi seorang
yang lebih berguna dan berhati-hati dalam membuat pilihan.
Di Kota Kinabalu dia bekerja kilang. Dapatlah pendapatan
cecah RM800 sebulan. Cukup untuk di hantar sikit ke kampung. Cukup untuk makan
pakainya. Dan cukup juga untuk kelas tambahan dan yuran peperiksaannya.
Kali pertama dia mencuba, dia gagal
lagi. Kertas pengajian amnya tak cukup kredit. Dia redha tapi takkan pernah
sekali-kali berputus asa. Perkataan putus asa takkan pernah wujud dalam kamus hidupnya.
Dan dia mencuba sekali lagi pada tahun hadapannya.
Alhamdulillah, dia berjaya. Dan
akhirnya sekarang dia di sini. Di Universiti Malaysia Sabah. Tercapai juga
hasratnya untuk bergelar mahasiswa.
Dia masih ingat titis air mata
bapanya saat memaklumkan kejayaannya melayakkan diri ke universiti. Dia takkan
lupa bagaimana gembiranya kedua-dua orang tuanya itu. Itulah yang di pegang
sampai sekarang. Dia takkan musnahkan harapan dan kegembiraan mereka.
“Sorry, awak ambil buku saya tue.”
Dalam kelam kabut mengemas
barangnya, dia tak perasan dia dah terambil buku orang lain. Jenis buku yang
sama buat dia tak sedar. Kalau tak kerana gadis itu menegur pasti dia dah bawa
balik terus.
Gadis itu senyum bila di meletakkan
balik buku itu di atas meja.
‘Nurul Ain’ sempat lagi sepasang
matanya menangkap nama yang terlekat di baju kurung gadis itu.
Itu pertemuan pertama mereka. Dia
pun tak menjangka pertemuan seterusnya menjadi titik tolak perhubungan mereka.
Niat asal menyertai persatuan pantun sekadar untuk suka suka membawa dirinya
untuk mengenali Nurul Ain yang sebenar, presiden persatuan pantun.
Dia tak ingat bagaimana mereka boleh
rapat. Mungkin aktiviti-aktiviti persatuan membawa mereka untuk lebih mengenali
dan menjadi rapat. Dari kawan biasa hubungan mereka mula berubah menjadi
sepasang kekasih.
Ain gadis pertama yang dia sayang.
Sayang yang sebenar-benar sayang. Mengajarnya kenal erti cinta dan rindu.
Mungkin ada yang menganggap cinta di bangku sekolah sekadar cinta monyet tapi
bukan untuk dirinya. Dia serius. Tidak keterlaluan kalau dia katakan dia pasti
akan menyunting Ain untuk jadi suri hidupnya satu hari nanti.
“Epi! Tengok apa Ain dapat nie!”
bukan main seronok lagi Ain bila umpannya di makan ikan.
“Ini tidak adil! Epi baru dapat
seekor. Ain dapat dapat 4 ekor. Confirm ikan nie memilih. Dia pergi kat orang
yang cantik jek!” Epi dah putus asa. 5 jam menunggu dari tadi Ain je yang
terjerit-jerit kegembiraan.
Ain melabuhkan punggung di sebelah
Epi. Senyum dia melihat muka monyok lelaki itu.
“Merajuk?”
Epi diam.
“Macam manalah ikan tak
lari...muncung macam tikus mondok!”
Ain dah ready nak lari tapi Epi
pantas menangkap tangannya. Pantas di geleteknya gadis itu.
“Epi. Stop! Tak tahan dah! Ampun!”
berair matanya kena geletek.
“Pandai mengutuk orang!” di renjis
air ke muka gadis itu.
Malam itu malam paling bahagia buat
mereka. Buat pertama kalinya dia meluahkan perasaannya yang sebenar pada Ain.
Dengan gitar kapuknya, di dendangkan lagu Menghitung Hari kegemaran Ain. Dia
main lagu, Ain nyanyi. Rasa mahu di hentikan detik waktu itu agar saat bahagia
itu kekal selamanya
“Epi sayang Ain.”
Menitis air mata gadis itu tatkala
mendengar kata-katanya itu. Tak ada kata-kata yang terlahir di bibir gadis itu.
Sekadar senyuman yang terukir. Senyuman sebagai jawapan.
Dia tak tahu mana silapnya. Adakah
orang yang bodoh sepertinya tak layak untuk bercinta?
Dia gagal pada STPM nya yang
pertama. Ain berjaya dengan cemerlang. Dapat pula melanjutkan pelajaran ke
universiti terkemuka di semenanjung. Dia tak melarang gadis itu pergi. Dia
gembira untuk gadis itu. Dia faham kalau gadis itu tak dapat menerima dirinya
lagi seperti dulu. Tapi tak perlu menghinanya!
“Maaf, Epi. Kita tak sepadan. Takkan
lah Ain yang bakal bergelar graduan nanti nak bersama dengan Epi yang duduk di
kampung macam nie. Yang tak tahu lagi hala tuju hidup.”
“Lagipun Ain tak sayang kan Epi.
Hubungan kita nie sekadar suka-suka saja.”
Mudah sungguh kata-kata itu keluar.
Tak terfikir langsung betapa tajamnya ia menghiris hati.
Sejak itu dia tak mendengar lagi
lagu Menghitung Hari. Bukan kerana ia lagu kegemaran Ain tapi juga kerana lagu
itu seolah-olah menyindir dirinya saat itu.
“...tatkala
kasih telah ku berikan sepenuh jiwa, kau musnahkannya dengan kata-kata duri
berbisa. Salah aku kah untuk hidup begini? Salah aku kah kerana memilih
kau?...”
0 comments:
Post a Comment