27 June 2012

Novela....

bukan telenovela lah... itu aku tak minat. ini Novel.
sorry yer... baca novel x bermaksud jiwang. sebenarnya org yg tak baca novel tue lagi jiwang...hati berbunga2 mengalahkan taman bunga istana!
Skrang nie untuk aku, nak di jadikan value for money, aku hanya beli novel hasil tulisan 3 org penulis sahaja. which is Ramlee Awang Murshid, Imaen and Hlovate. Cerita diorg nie x der lah terlalu syahdu dan syahdan...more to thriller and something to be remember and practice.
kenapa aku cakap mcm2? aku membaca bukan untuk suka, tp aku mencari input. so dgn baca novel diorg aku boleh dpt tahu sesuatu ttg something yg aku x pernah tahu. Cam dari Novel Imaen - Vendetta, aku tahu pasal urus niaga berlian.
Cerita Vendetta tue ada dlm Gurindam Jiwa nie.
Ramlee Awang Murshid
Aku start baca novel dia bermula dgn A.D.A.M
mula2 masa kat umah makcik aku, nmpak adik dia baca buku nie..adik makcik aku nie kira stock tudung labuh tau, n bila dipadankan tajuk buku n tudung labuh, aku ingatkan buku nie pasal keagamaan lah.
sekali duk tgk tv, ada terdampar buku nie kat depan. pick up, tgk blakang, baca sinopsis... Wahhh!! macam best jek.
cerita pasal seorg lelaki nak mempertahankan dirinya dan anak dia kat US setelah diorg nie terperangkap dlm komplot White House.
 
blk terus cari kedai buku... so the rest is history. asal nmpak jek ada buku baru RAM nie, aku mesti beli x kira ada duit ke x ada.
 
ikutkan aku lg suka cerita 'Hatiku di Harajuku'
 

cerita dia overally pasal Yakuza melayu. yes yakuza, gangster. bukan stail KL gangster yg bergaduh jek lebih. well, gangster mesia mmg cam2 pun, gaduh jek tau, tgk Young & dangerous, gangster2 jugak, tp x der lah tau merosakkan harta benda awam, n nyusahkan org jek.
 
bila baca novel RAM, aku rasa cam aku tgk live apa yg jadi dalam novel tue. leh bayangkan camner Ryu Watanabe lawan pedang. leh bayangkan camner Sunan senyum bila berhadapan dgn Taghut. wahhh! bestnyer kalo jadi filem! tp mesti jadik cam dlm jln citer lah..kalo hampeh, aku buat piket bantah filem tue. ngegenge
 
 
 
Imaen
 
 xsilap novel dia nie x byk lg. dalam 3-4 buah novel jek. dia nie cam RAM gak lah, suka tulis cerita thriller.

cam yg aku cam..novel dia ada input... kekadang aku rasa novel dia cam story criminal minds.

Hlovate
 
Aku kenal tulisan dia nie dari blog. dulu dia tulis novel kat blog aje
 
nak komen pasal novel dia nie..almost speechless . sebab sgt x jemu baca. novel dia baca cerita tentang perkara yg berlaku kat keliling kita aja. n bahasa penulisan yg dia guna pun sgt simple.
 
 
satu verse dr Hlovate yg sgt aku suka
"take a bit from my plate, chew and then talk. if and if only you not throw out."
 
all this kind of novel disamping menambah pengetahuan aku juga sebenarnye mendekatkan aku pada Dia. All the verse of Al-Quran, mmg aku baca, tp bukan aku tahu pun maknanya, n aku pun x rajin utk cari tafsir.
 
from their novel above, I know what Al-Insyrirah meaning for, I know how power the Doa is. And I know the answer to all my question..
 
"Nape nak buat sesuatu kalo terpaksa, bukan dpt pahala pun"
"Sesuatu yg terpaksa tue, akan jadi darah daging bila hari2 dah buat"
 
aku ingin nak jadi Ratna Sang Ratu..ingin nak jadi Ryu-Watanabe, ingin nak jadi Minn Edina...berubah dari kosong ke sesuatu. watak2 ini yg kuatkan aku bila hadapi masalah.
 
aku ingin jadi Minn Edina yg tak pernah kisah berseorangan sebab aku tahu Dia dah mencukupi. aku jadi Ratna Sang Ratu yg mencari lelaki yg mencintai Dia dari cinta duniawi.
 
 

3 comments:

RIZZNA said...

CiM pun peminat tegar RAM. taknak jadi Ratna, taknak juga jadi Haryani, tapi nak jadipenulis terkenal mcm RAM....hehehe berangan jewr

auRoRa^boRealis said...

dah beli novel terbaru, sambungan pasal sunan. best!

RIZZNA said...

Sunan Kembali, hard cover special edition.

★pinjam★

Post a Comment